Forwarded from Astro AWANI
Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang, susulan dakwaan bahawa Hamas telah melanggar perjanjian gencatan senjata yang dimeterai dengan pengantaraan Amerika Syarikat (AS) termasuk insiden penemuan mayat tebusan yang didakwa direka.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan tentera melancarkan “serangan segera dan berkuasa” ke atas Semenanjung Gaza, menurut kenyataan ringkas pejabat beliau.
Seorang pegawai Amerika Syarikat memaklumkan kepada CNN bahawa Washington telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/terkini-netanyahu-lancar-serangan-baharu-gaza-kembali-bergolak-hamas-dituduh-langgar-gencatan-545100

❤4👎2
Bahasa Melayu di angkat semula. Tahniah kerajaan. Pastikan jika tidak di ikut hukuman tertentu dilaksanakan bukan hanya di atas kertas sahaja. Ini penting kerana dunia sedang menjadikan Malaysia sebagai gelanggang utama.
👍2❤1
BERHENTI MENJADIKAN RAKYAT SEBAGAI TARUHAN POLITIK. PEMIMPIN PERLU JAGA TINGKAH LAKU DAN LAKSANAKAN AMANAH DI AKAR UMBI
Orang politik masih terus menjadikan rakyat sebagai taruhan. Akibatnya, tekanan hutang dan kos sara hidup semakin meningkat tanpa kawalan. Lesen peminta hutang bersepah, penguatkuasaan lemah, dan rakyat yang sudah bingung dengan kehidupan hari ini akhirnya menjadi mangsa utama sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental seluruh masyarakat.
Kewujudan peminta hutang yang berkeliaran, aktiviti pinjaman tidak berlesen serta “scammers” yang bebas bergerak tanpa tindakan tegas, semakin menjadi punca utama masalah tekanan mental rakyat Malaysia.
Kita perlu berani menyatakan kebenaran:
masalah mental health rakyat bukan hanya disebabkan tekanan diri, tetapi sistem yang tidak dijaga.
Sampai bila rakyat perlu menanggung beban yang tercetus daripada kegagalan pemimpin melindungi mereka? Pemimpin sepatutnya menjadi pelindung rakyat, bukan membiarkan mereka terus menjadi mangsa.

❤2
Peace dan Ceasefire Tidak Sama Ini Permainan USA dan Israel.
Ramai orang di dunia keliru antara peace dan ceasefire.
Sebenarnya dua ini sangat berbeza.
Peace bermaksud peperangan dihentikan secara kekal, perjanjian dibuat, dan keamanan dibina dengan syarat yang jelas.
Ceasefire pula hanya berhenti tembak buat sementara waktu.
Bila perlu, bila sesuai, perang boleh sambung semula.
Ceasefire itu hanyalah “pause button”.
Hari ini, USA dan Israel pandai bermain di antara dua perkataan ini.
Mereka sebut “ceasefire”, kemudian dunia rasa lega sedikit, rakyat rasa proses damai sedang berlaku, tetapi realitinya mesin perang tidak dihentikan, hanya ditukar masa, strategi, dan justifikasi.
Ini bukan mahu cari peace.
Ini mahu kawal naratif.
USA sangat tahu, peace sebenar akan menggugat kepentingan strategik mereka di Timur Tengah – minyak, perdagangan, pengaruh politik, dan kawalan terhadap negara-negara Islam.
Sebab itu mereka sentiasa gunakan perkataan “ceasefire” untuk nampakkan mereka kononnya “neutral” atau “concerned”.
Sedangkan secara senyap – bantuan senjata, intelligence, dan political cover masih diberi.
Kita kena faham satu perkara:
Kalau mereka benar mahu peace – mereka akan hentikan supply senjata, bukan sekadar minta pause.
Selagi USA dan Israel masih mengawal definisi “aman” melalui media, diplomasi, dan bahasa halus, selagi itu umat Islam akan terus tertipu bahawa dunia sedang menuju damai.
Sedangkan mereka hanya mengatur masa untuk fasa perang seterusnya.
⸻
Kesimpulan:
Peace dan ceasefire bukan sama.
• Ceasefire = hentikan sekejap
• Peace = hentikan sepenuhnya
Dan permainan ini bukan baru.
Ini strategi USA dan Israel untuk melengahkan masa, dan mengurus persepsi, bukan menghentikan kezaliman.
Dunia mesti berani sebut dengan jelas:
Kita bukan perlukan ceasefire sementara.
Kita perlukan peace sebenar, dengan penghentian perang, pengunduran tentera, dan keadilan untuk rakyat yang dizalimi.

👍3❤1👏1
JANGAN TAKUT MENYATAKAN KEBENARAN
Apabila kita berada di bawah pengaruh kuasa besar, suara kita menjadi perlahan. Kita tidak berani menyatakan kebenaran kerana kita terlalu menjaga hati mereka, seolah-olah masa depan kita terletak di tangan mereka. Hakikatnya, kuasa besar itu tidak pernah konsisten membela umat Islam, kerana kepentingan mereka hanyalah geopolitik dan keuntungan ekonomi.
Menurut World Bank, lebih 80% perdagangan global dikuasai oleh blok G7 dan sekutu mereka. Maknanya, naratif ekonomi dunia ditentukan oleh mereka. Selagi dunia Islam hanya menjadi pengguna sistem mereka, selama itulah suara dan keputusan kita akan terikat dengan mereka.
Umat Islam bukan kecil. Kita ada 1.9 bilion populasi. Kita ada 57 buah negara OIC. Dari sudut sumber pula 70% rizab minyak dunia dan hampir 45% rizab gas dunia berada di negara-negara Islam (data Energy Institute 2023). Kita juga menguasai laluan perdagangan penting seperti Selat Melaka, Teluk Aden, Bab Al-Mandeb dan Selat Hormuz. Ini semua bukan angka kecil. Ini kuasa sebenar.
Namun kelemahan kita ialah kita tidak menyatukan kekuatan ini. Kita terlalu sibuk bersaing sesama sendiri. Kita terlalu sibuk ingin “fit in” dalam sistem Barat. Sedangkan sistem itu diwujudkan untuk mengekalkan kebergantungan kita kepada mereka.
Setiap hari, umat Islam terus memberi dana dan keuntungan kepada syarikat bukan Islam. Mereka pandai menunggang kuasa pembelian kita untuk mengembang dan mengawal pasaran. Akhirnya orang Islam sendiri semakin sempit bukan kerana kita tidak ada bakat atau sumber tetapi kerana kita tidak menyokong ekosistem kita sendiri.
Dalam masa yang sama, agama kita bukan sahaja ditekan di luar, tetapi juga diperkotak-katikkan dari dalam negara. Dasar sosial, media, naratif dan polisi secara halus cuba melemahkan identiti Islam. Semua ini berlaku kerana kita terlalu berhati-hati menjaga hubungan dengan kuasa luar, tetapi kita tidak bertegas menjaga kekuatan dalaman umat sendiri.
Jika dunia Islam bersatu kita boleh berdikari. Kita boleh membentuk pasukan pengaman Islam sendiri, khusus untuk melindungi tanah dan maruah umat. Kita boleh membina sistem kewangan sendiri, tanpa bergantung kepada SWIFT atau USD hegemony. Kita boleh menggerakkan pelaburan sesama kita, tanpa “middleman” kuasa besar.
Dan perkara ini hanya boleh berlaku jika ia digerakkan oleh pemimpin negara yang benar-benar berani, bukan pemimpin yang takut kepada tekanan IMF atau rating agensi Barat.
Pemimpin yang faham bahawa ekonomi bukan tuhan ia boleh dibina semula dengan integriti, sumber dan visi umat yang bersatu.
Kerana keimanan apabila hilang jauh lebih mahal untuk ditebus berbanding ekonomi.

❤5
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video Bangsa Palestin di rogol dan di liwat oleh Zionist di dalam tahanan tersebar. Kita masih lagi berpeluk tubuh dengan kezaliman ini? Semoga Allah swt memberikan pelindungan kepada umat Islam di dunia ini.
🔥3😢2❤1😱1
Forwarded from Harian Metro (Yatt)
Imej satelit dedah kubur besar-besaran di El-Fasher, Sudan
https://www.hmetro.com.my/global/afrika/2025/11/1284679/imej-satelit-dedah-kubur-besar-besaran-di-el-fasher-sudan

Harian Metro
Imej satelit dedah kubur besar-besaran di El-Fasher, Sudan | Harian Metro
Port Sudan, Sudan: Imej satelit terbaharu mengesan aktiviti yang ‘konsisten dengan kewujudan kubur besar-besaran’ di bandar El-Fasher, Sudan, menurut penyelidik Yale dalam satu laporan yang dikeluarkan semalam, lebih seminggu selepas insiden pembunuhan beramai…
❤1
PM Anwar Ibrahim Perlu Perkukuh Sokongan Ekonomi Melayu Melalui Dasar dan Geran Strategik
Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menunjukkan kemajuan dalam pengurusan ekonomi negara, termasuk pengawalan inflasi dan peningkatan pelaburan asing. Namun begitu, dalam konteks memperkukuh ekonomi bangsa Melayu, masih terdapat ruang besar yang perlu diberi perhatian agar keseimbangan ekonomi negara benar-benar inklusif.
Ramai penggiat industri dan usahawan Melayu merasakan mereka masih terkekang untuk bersaing disebabkan kurangnya akses kepada fasiliti kewangan, peluang pasaran, dan bantuan teknikal. Dalam masa yang sama, UMNO yang sepatutnya menjadi suara utama dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dalam kerajaan perpaduan dilihat gagal memainkan peranan dengan berkesan. Akibatnya, persepsi yang timbul ialah kerajaan PM Anwar Ibrahim kurang menumpukan perhatian terhadap pengukuhan ekonomi Melayu dan lebih memberi ruang kepada pendekatan yang dilihat sekular bersama DAP.
Bagi memperkukuh semula keyakinan rakyat, khususnya di kalangan usahawan Melayu, PM Anwar wajar memperkenalkan satu rangka dasar yang lebih fokus dengan langkah-langkah berikut:
1. Penubuhan Dana Strategik Pembangunan Syarikat Melayu (DSPM)
Mewujudkan dana khas berjumlah sekurang-kurangnya RM5 bilion di bawah Kementerian Kewangan atau PUNB bagi membantu syarikat-syarikat Melayu yang berpotensi dalam bidang teknologi, tenaga boleh baharu, pertanian moden, halal dan digital ekonomi. Dana ini boleh disalurkan dalam bentuk grant padanan (matching grant) bagi projek yang mempunyai kesan ekonomi tinggi dan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
2. Skim Transformasi Usahawan Bumiputera (STUB)
Program latihan intensif dan bimbingan selama 12 bulan yang disokong dengan akses pembiayaan, fasiliti teknologi, dan pasaran antarabangsa — bagi melahirkan 1,000 usahawan Melayu berprestasi tinggi setiap tahun.
3. Pembentukan Konsortium GLC–Bumiputera
Kerajaan boleh menggalakkan GLC dan GLIC utama (seperti PETRONAS, Khazanah, PNB, TNB) untuk membentuk konsortium bersama syarikat bumiputera bagi projek strategik seperti tenaga hijau, infrastruktur dan eksport halal. Ini akan membuka ruang kepada syarikat Melayu mendapat pengalaman dan kontrak bernilai tinggi secara langsung.
4. Geran Inovasi & Automasi Melayu (GIAM)
Grant khusus untuk membantu syarikat Melayu beralih kepada automasi, AI, dan pendigitalan operasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing di peringkat global.
5. Pelaksanaan Penilaian Impak Ekonomi Melayu (Malay Economic Impact Review)
Satu laporan tahunan di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi menilai sejauh mana keberkesanan dasar kerajaan dalam meningkatkan penyertaan ekonomi Melayu. Hasil laporan ini boleh menjadi rujukan dasar bagi bajet tahun berikutnya.
Dengan melaksanakan langkah-langkah strategik ini, PM Anwar Ibrahim bukan sahaja dapat memperkukuh ekonomi Melayu, malah akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan perpaduan. Tindakan ini akan menunjukkan bahawa beliau bukan sekadar mengurus ekonomi negara secara makro, tetapi juga memahami denyut nadi majoriti rakyat yang masih memerlukan sokongan untuk bangkit dan berdikari dalam arus ekonomi moden.

❤7
Memperkasa Penanaman Semula: Mengimbangi Keperluan Modal, Risiko Pekebun Kecil dan Peranan Felcra
Isu penanaman semula (replanting) kekal sebagai salah satu cabaran terbesar sektor komoditi negara. Datuk Seri Johari Ghani menyatakan bahawa keperluan modal bagi program penanaman semula mencecah RM1.4 bilion, namun hanya RM100 juta diperuntukkan kerajaan. Jurang RM1.3 bilion ini menimbulkan persoalan penting mengenai strategi pembiayaan, keberlanjutan pekebun kecil serta peranan agensi pembangunan seperti Felcra.
1. Realiti Kos Penanaman Semula
Secara purata, kos penanaman semula sawit dianggarkan sekitar RM12,000–RM16,000 sehektar, termasuk:
• Pembersihan tanah
• Kos anak benih
• Baja dan penyelenggaraan 3–4 tahun tanpa hasil
• Pekerja dan logistik
Jika jumlah kawasan pekebun kecil yang perlu ditanam semula melebihi 100,000 hektar dalam tempoh 2–3 tahun, maka jumlah kos keseluruhan sememangnya mencecah lebih RM1 bilion. Ini bukan angka yang kecil, dan memerlukan mekanisme pembiayaan yang stabil serta tidak membebankan.
2. Cadangan Pajakan Bank: Bersifat Kapitalis, Bukan Sosialis
Mengambil jalan mudah dengan memajak tanah kepada bank bagi mendapatkan modal segera adalah langkah yang berisiko tinggi. Ia mencerminkan pendekatan kapitalis:
• Modal diperoleh melalui pinjaman,
• Aset digadai,
• Risiko ditanggung pekebun kecil,
• Keuntungan jangka panjang berpindah kepada institusi kewangan jika berlaku kegagalan bayaran.
Dalam keadaan pekebun kecil yang rata-rata memiliki pendapatan tidak menentu — sebahagian mencecah RM1,500–RM2,500 sebulan, manakala kos sara hidup terus meningkat — disiplin kewangan jangka panjang adalah amat rapuh.
Jika hasil sawit turun atau berlaku kegagalan pengurusan kebun, pekebun kecil tidak mampu memenuhi komitmen. Di sinilah risiko terbesar muncul:
Akhirnya tanah mereka boleh dirampas bank.
Ini bercanggah dengan agenda sosial negara untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera, melindungi tanah warisan keluarga, dan menstabilkan pendapatan luar bandar.
3. Felcra: Platform Konsolidasi Pekebun Kecil
Sebagai sebuah agensi yang dibina khusus untuk membangunkan tanah pekebun kecil, Felcra mempunyai kelebihan struktur:
• Model konsolidasi ladang (estate management)
• Ekonomi skala lebih besar
• Kos operasi lebih rendah
• Profesional pengurusan ladang
• Keupayaan mengurus replanting secara berpusat
• Rekod prestasi lebih stabil berbanding pengurusan individu
Felcra sepatutnya diperkasakan untuk:
1. Menyatukan kebun kecil dalam satu kawasan operasi bersepadu.
2. Memohon peruntukan tambahan melalui model pembiayaan campuran (hybrid financing) menggunakan dana kerajaan, GLC, dan instrumen pembangunan.
3. Mengurangkan risiko hutang ke atas pekebun kecil.
4. Menyediakan sistem bayaran hasil bulanan supaya pendapatan pekebun tidak terputus sepanjang tempoh tanaman belum matang.
4. Kenapa Felcra Lebih Sesuai Daripada Bank
(Rujuk gambarajah yang disertakan)
Ini menunjukkan jelas bahawa Felcra adalah pilihan lebih selamat dan strategik dalam jangka panjang.
5. Cadangan Dasar
Untuk menyelesaikan jurang RM1.3 bilion, kerajaan boleh mempertimbangkan:
1. Dana Pemulihan Sawit Nasional — model seperti Dana Jaminan Agro.
2. Penerbitan sukuk pembangunan (Sukuk Replanting) oleh GLC komoditi.
3. Geran padanan (matching grant) antara kerajaan dan syarikat pemproses.
4. Insentif cukai untuk kilang yang menyumbang kepada dana penanaman semula.
5. Transformasi Felcra menjadi pusat replanting nasional untuk pekebun kecil.
Kesimpulan
Jika tanah pekebun kecil mula berpindah ke tangan institusi kewangan akibat kegagalan bayaran balik, maka negara bukan sahaja menghadapi isu ekonomi, tetapi krisis sosial jangka panjang.
Penanaman semula bukan sekadar isu pertanian ia isu survival tanah Bumiputera luar bandar.
Dengan memperkasa Felcra dan mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman bank, kita bukan sahaja melindungi aset rakyat, tetapi membina model ekonomi yang lebih stabil, adil, dan mampan.
Orang politik jangan ambil jalan mudah!

Kisah Palestin Senyap Selepas Lawatan Delegasi USA, Tetapi Penderitaan Sebenar Terus Meningkat.
Selepas kehadiran delegasi Amerika Syarikat ke Malaysia, naratif mengenai Palestin kelihatan semakin senyap. Liputan media menjadi perlahan, dan suara yang dahulunya lantang membela Gaza seakan meredam. Namun hakikat di lapangan tidak pernah berubah - penderitaan rakyat Palestin bukan sahaja berterusan, malah semakin berat.
Dalam dunia diplomasi, senyap tidak bermakna isu itu selesai. Ia hanya mencerminkan bagaimana pengaruh kuasa besar mampu mengalihkan fokus, sementara tragedi kemanusiaan terus berlaku setiap hari.
⸻
Laporan PCHR: Rogol & Seksual Torture terhadap Lelaki dan Wanita Palestin
Sementara dunia semakin senyap, organisasi hak asasi Palestin terus mengeluarkan bukti baharu mengenai kekejaman di penjara Israel.
Yang paling mengejutkan ialah laporan rasmi Palestinian Centre for Human Rights (PCHR) bertajuk:
👉 “PCHR Documents Testimonies of Systematic Rape and Sexual Torture in Israeli Detention against Released Palestinian Detainees”
Sumber: https://pchrgaza.org/pchr-documents-testimonies-of-systematic-rape-and-sexual-torture-in-israeli-detention-against-released-palestinian-detainees/
Antara dapatan penting laporan ini:
1. Rogol & penderaan seksual berlaku kepada lelaki dan wanita
PCHR mendokumentasikan testimoni bekas tahanan yang mendedahkan bahawa tentera Israel melakukan:
• Rogol secara langsung
• Ancaman rogol
• Penyeksaan seksual menggunakan objek
• Pemaksaan membuka pakaian
• Sentuhan seksual paksa
• Gangguan seksual terhadap lelaki dan wanita
2. Penderaan dilakukan secara sistematik
PCHR menegaskan bahawa ia bukan kes terpencil, tetapi sebuah pola yang konsisten ke atas tahanan:
• Wanita tahanan mengalami penghinaan seksual dan ancaman berkali-kali.
• Lelaki tahanan melaporkan rogol, ugutan rogol, serta penyeksaan alat sulit.
• Ramai yang ditahan tanpa pertuduhan, kemudian dibebaskan tanpa sebarang proses undang-undang.
3. Laporan terperinci PCHR turut menyatakan:
• Lebih 130 testimoni penderaan fizikal dan seksual terkumpul.
• Tahanan Palestin menyaksikan tahanan lain didera secara seksual di hadapan mereka.
• Amalan ini diklasifikasikan sebagai “gender-based torture”.
Sumber dokumen PDF PCHR (laporan rasmi):
• https://pchrgaza.org/wp-content/uploads/2025/05/Torture-and-Genocide-The-Shattered-Futures-of-Former-Palestinian-Detainees-in-Gaza.pdf
• https://pchrgaza.org/wp-content/uploads/2024/03/PCHR-Report-English-2024-2.pdf
⸻
Kesimpulan: Dunia Boleh Senyap - Tetapi Fakta Tidak Akan Hilang
Walaupun naratif isu Palestin menjadi perlahan selepas lawatan USA ke Malaysia, realitinya kekejaman di Gaza dan penjara Israel terus berlaku tanpa henti.
PCHR telah membuktikan dengan dokumentasi lengkap bahawa:
• Lelaki dan wanita Palestin telah dirogol,
• Mereka diseksa secara seksual,
• Dan penderaan ini dilakukan secara sistematik oleh pihak penjara Israel.
Senyapnya media bukan bermakna kebenaran telah berubah.
Hanya suara manusia yang semakin diam — tetapi penderitaan rakyat Palestin tetap berlanjutan.

pchrgaza.org
PCHR Documents Testimonies of Systematic Rape and Sexual Torture in Israeli Detention against Released Palestinian Detainees
The Palestinian Centre for Human Rights (PCHR) documents one of the most heinous crimes that can be committed against human beings and their dignity in the modern era. In recent weeks, PCHR staff collected new testimonies from a number of Palestinian detainees…
❤5😢2
Menteri Agama tidak seharusnya bermain politik atau terlalu mencari perhatian. Kita faham beliau mungkin bimbang jika tidak terpilih dalam kabinet baharu, namun jawatan itu adalah amanah. Pemimpin perlu berani menghadapi risiko, termasuk kemungkinan kehilangan jawatan.
Ramai umat Islam berhasrat untuk mengakhiri hayat di Mekah atau Madinah. Namun dalam masa yang sama, kita sering terlalu sibuk menghantar pulang jemaah yang sakit atau tidak sihat tanpa memberi ruang untuk berdakwah serta menenangkan keluarga dengan penjelasan yang tepat.
Dalam kes Hajah Asmah, kita doakan kepulangannya membawa kesihatan yang baik. Sewajarnya, beliau dirawat sehingga pulih sepenuhnya di sana sebelum dibawa pulang. Wallahualam..

PERJANJIAN AMERIKA SYARIKAT / MALAYSIA BAHAYA UNTUK KEDAULATAN NEGARA: Penilaian Dasar Terhadap ART 2025
Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART 2025) antara Malaysia dan Amerika Syarikat merupakan instrumen ekonomi yang bertujuan memperkukuh hubungan perdagangan dua hala serta meningkatkan akses pasaran. Walau bagaimanapun, beberapa komponen perjanjian ini memerlukan penilaian teknikal yang lebih mendalam untuk memastikan keserasian dengan kerangka perundangan domestik, dasar ekonomi negara dan kedudukan Malaysia sebagai negara berkecuali.
1. Kerangka Perdagangan dan Tarif
ART 2025 memperuntukkan:
• Penurunan tarif purata daripada 25% kepada 19%,
• Pengharmonian prosedur perdagangan, serta
• Akses pasaran yang diperluas bagi beberapa kategori eksport.
Dari perspektif ekonomi, penurunan tarif ini berpotensi meningkatkan daya saing eksport, tetapi pada masa yang sama boleh memberi tekanan kepada industri tempatan yang belum cukup matang untuk bersaing dengan produk import kos rendah dari negara maju.
2. Kebimbangan Terhadap ‘Regulatory Alignment’
Perjanjian ini dilapor mengandungi elemen penyelarasan regulatori (regulatory alignment) dalam sektor-sektor strategik seperti:
• agro-makanan dan pertanian,
• pembuatan dan standard keselamatan,
• industri pertahanan,
• serta nadir bumi dan mineral kritikal.
Penyelarasan regulatori sedemikian boleh meningkatkan ketelusan peraturan dan standard eksport Malaysia, namun juga berpotensi mengehadkan autonomi dalam menetapkan standard domestik — terutamanya dalam sektor yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri atau agensi berkaitan.
3. Kebolehkesanan Klausa Keluar (Exit Clause)
Klausa keluar atau exit clause menjadi antara peruntukan yang sering menjadi tumpuan dalam perjanjian perdagangan. Dari sudut teknikal:
• Perjanjian antarabangsa selalunya mengkehendaki tempoh notis yang panjang,
• dengan keperluan pematuhan kepada obligasi sedia ada sebelum penarikan diri berkuat kuasa.
Sekiranya struktur exit clause ART 2025 tidak menyediakan laluan yang jelas untuk penamatan tanpa penalti besar, ia boleh mencipta risiko jangka panjang terhadap fleksibiliti Malaysia dalam membuat pelarasan dasar.
4. Keserasian Dengan Struktur Perlembagaan
Beberapa klausa yang menyentuh aspek tadbir urus negeri, hal ehwal agama (termasuk pensijilan halal), serta pengurusan sumber asli memerlukan penelitian terhadap:
• Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama,
• kuasa kerajaan negeri dalam kawal selia tanah dan mineral kritikal,
• serta implikasi terhadap agensi pensijilan halal yang berada di bawah autoriti agama.
Penjajaran peraturan yang terlalu luas boleh membuka ruang konflik antara obligasi perjanjian antarabangsa dan kerangka undang-undang domestik.
5. Persepsi Risiko Geopolitik
ART 2025 turut dilihat dalam konteks geopolitik Indo-Pasifik, di mana:
• kuasa besar sedang bersaing untuk pengaruh,
• negara berkecuali seperti Malaysia perlu mengekalkan ruang manuver,
• dan sebarang perjanjian yang dilihat memihak kepada satu blok boleh memberi kesan kepada hubungan Malaysia dengan rakan dagang utama lain.
Media antarabangsa serta badan pemikir ekonomi melaporkan bahawa ART 2025 berpotensi memberi persepsi bahawa Malaysia mengikat dirinya kepada blok tertentu, sekali gus menjejaskan fleksibiliti diplomatik.
6. Penilaian Keseimbangan Kos-Manfaat
Analisis teknikal bagi perjanjian seperti ART 2025 perlu menimbang:
• Faedah ekonomi jangka pendek (akses pasaran, pengurangan tarif),
• Risiko jangka sederhana (persaingan industri, standard regulatori),
• Implikasi jangka panjang (kedaulatan regulatori, kesan geopolitik),
• Kesesuaian dengan strategi pembangunan negara seperti NIMP2030, Dasar Mineral Negara, Dasar Halal Malaysia, dan rancangan perindustrian negeri.
Hanya melalui penilaian menyeluruh terhadap tiga horizon masa inilah nilai sebenar ART 2025 dapat dinilai dengan tepat.

ART 2025 perlu diteliti secara sistematik mengikut prinsip:
• kedaulatan regulatori,
• keserasian perlembagaan,
• keseimbangan pasaran,
• keberkecualian geopolitik, dan
• kebolehlaksanaan pelaksanaan dasar.
Penilaian mendalam oleh pakar dasar awam, ekonomi antarabangsa, perundangan dan industri diperlukan untuk memastikan perjanjian ini benar-benar membawa manfaat bersih kepada Malaysia tanpa menjejaskan keupayaan negara menentukan dasar sendiri.

❤4
Perang Persepsi: Israel dan AS Memerangkap Negara-negara Islam
Israel dan Amerika Syarikat dilihat menggunakan strategi halus untuk memerangkap semua negara Islam melalui gabungan persepsi dan “deal” strategik. Matlamat utama mereka adalah memastikan negara-negara Islam berkonflik sesama sendiri, sekaligus melemahkan perpaduan umat Islam di peringkat global.
Salah satu kaedah yang digunakan adalah melalui proxy wars – di mana pihak ketiga atau kumpulan proksi dilibatkan untuk melaksanakan konflik tanpa campur tangan langsung. Dengan cara ini, negara-negara Islam secara tidak langsung terperangkap dalam perang yang bukan hak mereka, sementara pihak luar kekal selamat dan memanfaatkan ketegangan tersebut untuk kepentingan geopolitik dan ekonomi mereka.
Strategi ini bukan sahaja menimbulkan ketegangan politik dan ketidakstabilan di rantau Islam, malah juga membentuk naratif media dan persepsi awam supaya rakyat negara-negara Islam saling mencurigai antara satu sama lain. Hasilnya, perpaduan umat Islam tergugat, manakala pihak luar terus mengukuhkan pengaruh mereka di kawasan strategik yang kaya dengan sumber dan kepentingan ekonomi.
Kesimpulannya, umat Islam perlu meningkatkan kesedaran terhadap manipulasi geopolitik ini dan menumpukan kepada perpaduan, keamanan, dan kerjasama sejagat untuk menghadapi tekanan luar yang halus tetapi berkesan ini.

👏2
Kehadiran Malaysia di G20: Neutral atau Persepsi Semata-mata?
Tengku Zafrul menyatakan bahawa kehadiran Malaysia di G20 menunjukkan Malaysia berada dalam kedudukan neutral. Namun, kenyataan ini dilihat sebagai cubaan untuk membodohkan rakyat Malaysia, kerana terdapat perbezaan jelas antara perjanjian yang telah ditandatangani bersama Amerika Syarikat dengan sekadar hadir sebagai jemputan di G20.
Kehadiran di G20 tidak semestinya bermakna Malaysia bebas daripada pengaruh atau tekanan politik dan ekonomi dari kuasa besar. Sementara itu, perjanjian yang telah ditandatangani membawa implikasi tertentu terhadap dasar luar negara dan hubungan ekonomi Malaysia.
Oleh itu, rakyat Malaysia perlu lebih kritis dan peka terhadap naratif rasmi, supaya tidak terkeliru antara persepsi neutral dan realiti hubungan antarabangsa yang sebenar.

❤2👍1😢1
Nama Malaysia diburukkan di peringkat dunia oleh golongan syarikat yang tamak. Mereka adalah syarikat-syarikat bangsa lain yang menyorok di belakang nama Malaysia. Kerajaan Malaysia harus tegas kerana bangsa melayu juga terpalit di luar negara. Mereka hanya mengenali pelaku sebagai rakyat Malaysia sahaja dan mengangap bangsa Melayu pun sama. Yang untung bangsa lain.
https://www.instagram.com/reel/DQETpy1CORW/

Instagram
@brunomanserfondsrimbawatch
Stop the Malaysian Land Grab in Papua New Guinea! Sign the petition: www.stopfca.org
❤5