Melaka Hari Ini
8.08K subscribers
20.3K photos
3 videos
24.8K links
Selamat datang ke Telegram Rasmi Melaka Hari Ini. Saluran ini adalah untuk berkongsi berita terkini dengan anda semua.
Download Telegram
Tuisyen Rakyat Melaka Bantu Calon SPM Kurang Mampu

23 Mei – Program Tuisyen Rakyat diwujudkan bagi membantu pelajar kurang berkemampuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti kelas tambahan secara percuma.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, hasrat tersebut telah disokong Yayasan Bank Rakyat dengan memperuntukkan RM100,000 untuk diagihkan kepada 10 buah sekolah di negeri ini

Katanya,…

Video penuh di ( https://melakatv.com/2024/05/23/tuisyen-rakyat-melaka-bantu-calon-spm-kurang-mampu/ )
Daftar segera, elak petani keciciran terima bantuan

MERLIMAU 23 Mei – Semua petani termasuk mereka mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan di halaman rumah diminta untuk membuat pendaftaran di Pejabat Pertanian Daerah masing-masing dengan segera.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pendafaran amat penting bagi mengelakkan petani berkenaan daripada ketinggalan atau keciciran daripada menerima pelbagai bentuk…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/daftar-segera-elak-petani-keciciran-terima-bantuan/ )
Perkasa misi pembangunan eko lestari di Jasin

SERI NEGERI 23 Mei – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mohd Shaiful Hizam Johan mahu meneruskan misi membangunkan projek-projek bercirikan eko lestari di daerah itu.

Mohd Shaiful Hizam yang baharu dilantik menerajui MPJ berkata, misi eko lestari itu akan difokuskan di kawasan atau zon sekitar Jasin dan Merlimau yang sedang pesat membangun ketika…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/perkasa-misi-pembangunan-eko-lestari-di-jasin/ )
Amaran Ribut Petir

Dikeluarkan pada: 6:40 petang, 23 Mei 2024
AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Batang Padang dan
Muallim) • Kelantan (Gua Musang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut,
Bentong, Temerloh, Maran dan Bera) • Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat)
• Negeri Sembilan • Melaka • Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang,
Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sarawak: Serian (Serian), Samarahan
(Samarahan dan Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan
Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) dan
Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) • WP Labuan sehingga
10:00 malam; Khamis, 23 Mei 2024.
ATM sahkan anggota Malbatt meninggal dunia di Lubnan akibat serangan jantung

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Sarjan Faridah Abd Rahman disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berasaskan keputusan bedah siasat Allahyarham yang dijalankan pihak Hospital Hammoud, Saida, Lubnan pada…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/atm-sahkan-anggota-malbatt-meninggal-dunia-di-lubnan-akibat-serangan-jantung/ )
Podcast Mana Lagi Melaka bersama hos anda Faris Haikal Zakaria.Sabtu ini.

Shares

Video penuh di ( https://melakatv.com/2024/05/23/podcast-mana-lagi-melaka-bersama-hos-anda-faris-haikal-zakaria-sabtu-ini/ )
Polis tahan tujuh remaja pukul, paksa pelajar masuk kumpulan haram

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Polis menahan tujuh remaja lelaki berusia 16 hingga 18 tahun kerana disyaki terlibat memukul dan memaksa pelajar sekolah menyertai kumpulan haram di sekitar Kajang pada Jumaat dan Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata penahanan itu susulan polis menerima dua laporan berhubung kejadian pukul melibatkan…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/polis-tahan-tujuh-remaja-pukul-paksa-pelajar-masuk-kumpulan-haram/ )
Tarikan baharu di Pusat Ekopelancongan Paya Lebar Fasa Kedua

AYER LIMAU 24 Mei – Fasiliti dan tarikan baharu kini dalam perancangan mampu menjadikan Pusat Ekopelancongan Paya Lebar, Masjid Tanah sebagai antara destinasi percutian dan santai pilihan di negara ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, Projek Pembangunan Pusat Ekopelancongan Paya Lebar Fasa Kedua yang diusul bakal memberikan…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/tarikan-baharu-di-pusat-ekopelancongan-paya-lebar-fasa-kedua/ )
‘P. Radhi Tribute To P. Ramlee’ gegar Panggung Bangsawan, 22 Jun depan

BANDARAYA MELAKA 24 Mei – Sebuah konsert muzikal bertajuk P. Radhi Tribute To P. Ramlee akan menggegarkan Panggung Bangsawan pada 22 Jun depan.

Konsert berkonsepkan parodi ‘broadway’ dan ‘cabaret’ yang diterbitkan Privilege Integrated Technology Sdn Bhd itu bakal membawa pengunjung kembali ke era 40-an hingga 70-an seterusnya dapat melepaskan ‘rindu’ menyaksikan karya seniman agung…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/p-radhi-tribute-to-p-ramlee-gegar-panggung-bangsawan-22-jun-depan/ )
Media ‘duta’ promosi seni, budaya Melaka

KESIDANG 24 Mei – Lebih 30 pengamal media berkumpul bagi memeriahkan program Sepetang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka bersama Media Melaka 2024, semalam.

Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Alias berkata program santai itu bertujuan untuk mengangkat dan mempromosi seni budaya serta warisan menerusi media massa.

Katanya, bertempat di pusat hiburan keluarga di Krubong…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/media-duta-promosi-seni-budaya-melaka/ )
RM10 juta untuk Kerajaan Negeri, agensi tangani impak Monsun Barat Daya

PUTRAJAYA, 24 Mei – Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan RM10 juta untuk digunakan kerajaan negeri dan agensi tindak balas terlibat dalam menangani impak Monsun Barat Daya (MBD) yang bermula sejak 17 Mei lepas.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan peruntukan di bawah Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) dikelola…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/rm10-juta-untuk-kerajaan-negeri-agensi-tangani-impak-monsun-barat-daya/ )
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Lima sekeluarga ditahan semula di bawah SOSMA

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Lima sekeluarga yang tamat tempoh tahanan reman hari ini berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru minggu lepas, ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata penahanan semula dibuat susulan siasatan polis mendapati keluarga itu…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/insiden-balai-polis-ulu-tiram-lima-sekeluarga-ditahan-semula-di-bawah-sosma/ )
Pentingnya ‘perbualan meja makan’

AYER KEROH 24 Mei – Institusi kekeluargaan masa kini berdepan cabaran getir apabila wujudnya gajet dan teknologi serba canggih yang dilihat semakin menjarakkan hubungan di antara ibu bapa dan anak.

Jika tidak dikawal ia mungkin boleh menjadi barah yang akan meruntuhkan institusi kekeluargaan masa kini.

Menurut Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk…

Baca berita penuh di ( https://www.melakahariini.my/pentingnya-perbualan-meja-makan/ )