MEKANIK IMAN.
333 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.34K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
๐Ÿ‘‰ https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Memandang Mudah Dosa Kita Pada Orang Lain

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู  ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ : ู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ู„ูŽู‡ู ู…ูŽุธู’ู„ูŽู…ูŽุฉูŒ ู„ูุฃูŽุฎููŠู‡ู ู…ูู†ู’ ุนูุฑู’ุถูู‡ู ุฃูŽูˆู’ ุดูŽูŠู’ุกู ููŽู„ู’ูŠูŽุชูŽุญูŽู„ู‘ูŽู„ู’ู‡ู ู…ูู†ู’ู‡ู ุงู„ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ  ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ู„ุงูŽ ูŠูŽูƒููˆู†ูŽ ุฏููŠู†ูŽุงุฑูŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุฏูุฑู’ู‡ูŽู…ูŒ  ุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ุนูŽู…ูŽู„ูŒ ุตูŽุงู„ูุญูŒ ุฃูุฎูุฐูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู ุจูู‚ูŽุฏู’ุฑู ู…ูŽุธู’ู„ูŽู…ูŽุชูู‡ู  ูˆูŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ุชูŽูƒูู†ู’ ู„ูŽู‡ู ุญูŽุณูŽู†ูŽุงุชูŒ ุฃูุฎูุฐูŽ ู…ูู†ู’ ุณูŽูŠู‘ูุฆูŽุงุชู ุตูŽุงุญูุจูู‡ู ููŽุญูู…ูู„ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa pernah melakukan kesalahan terhadap saudaranya, sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta dihalalkan kepadanya hari ini (di dunia) sebelum datang suatu hari yang sudah tidak ada lagi dinar dan dirham (hari Kiamat). Ketika itu, jika dia memiliki amalan soleh, amalan solehnya diambil darinya dan diserahkan kepada saudaranya sesuai dengan kadar pelanggaran yang pernah diperbuatnya. Namun, jika dia tidak memiliki amal-amal kebaikan, kesalahan-kesalahan saudaranya itu diambil, lalu dipikulkan kepadanya. (HR Bukhari No: 2282) Status Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim perlu sentiasa berusaha menghindarkan diri dari melakukan dosa dan maksiat sama ada kepada Allah mahupun sesama manusia lain.

2.  Barangsiapa yang pernah melakukan kesalahan terhadap orang lain,  sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta maaf semasa hidup.

3.  Jika dosa seseorang terhadap orang lain tidak dimaafkan, dibimbangi ia menjadi hutang yang perlu dibayar dengan pahala amalan solehnya di akhirat nanti.

4.  Jika amal kebaikan yang dimiliki telah habis kerana membayar hutang kepada orang lain, maka dosa saudaranya itu akan dipikulkan kepadanya.

5.  Ingatlah firman Allah SWT:

ุซูู…ู‘ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽูƒูู…ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุนูู†ุฏูŽ ุฑูŽุจูู‘ูƒูู…ู’ ุชูŽุฎู’ุชูŽุตูู…ููˆู†ูŽ

Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu.(Surah al-Zumar : 31)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Zubair bin Awwam, dia berkata: Ketika turunnya ayat 31 Surah al-Zumar (di atas), Zubair bertanya: โ€œWahai Rasulullah, apakah perkara yang terjadi di antara kita di dunia akan diungkit kembali di samping dosa-dosa peribadi?โ€ Baginda SAW menjawab:

ู†ูŽุนูŽู…ู’ ู„ูŽูŠููƒูŽุฑู‘ูŽุฑูŽู†ู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูุคูŽุฏู‘ูŽู‰ ุฅูู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุฐููŠ ุญูŽู‚ู‘ู ุญูŽู‚ู‘ูู‡ู

Ya, benar. Semuanya akan diungkit semula sehingga setiap orang memperoleh hak yang semestinya. (HR: Tirmizi No: 3236)

Imam al-Suyuti ketika mengulas ayat ini berkata: โ€œOrang yang dizalimi menuntut (haknya) daripada orang yang zalim, orang yang lemah menuntut haknya daripada orang yang menindas, sehinggalah setiap mereka dipulangkan hak-hak mereka. Apabila telah dipulangkan hak masing-masing, maka diperintahkan kepada ahli syurga untuk masuk ke syurga manakala ahli neraka untuk masuk ke dalam neraka.โ€ (Lihat al-Durr al-Manthur fi al-Taโ€™wil bi al-Maโ€™thur, 4/16)

Semoga kita tidak memandang mudah dosa yang kita lakukan kepada orang lain semasa di dunia seperti dosa memfitnah, mengumpat melalui media sosial yang dengan mudah tersebar keseluruh dunia. Jika kita berdosa, maka bersegeralah meminta maaf dan tidak mengulangi lagi.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

16hb Ogos 2023
29hb Muharam 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tertangguh Keampunan Kerana Persengketaan

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุชููู’ุชูŽุญู ุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ูุงุซู’ู†ูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽู…ููŠุณู ููŽูŠูุบู’ููŽุฑู ู„ููƒูู„ู‘ู ุนูŽุจู’ุฏู ู„ูŽุง ูŠูุดู’ุฑููƒู ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฑูŽุฌูู„ู‹ุง ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ู ูˆูŽุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุฃูŽุฎููŠู‡ู ุดูŽุญู’ู†ูŽุงุกู ููŽูŠูู‚ูŽุงู„ู ุฃูŽู†ู’ุธูุฑููˆุง ู‡ูŽุฐูŽูŠู’ู†ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุตู’ุทูŽู„ูุญูŽุง ุฃูŽู†ู’ุธูุฑููˆุง ู‡ูŽุฐูŽูŠู’ู†ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุตู’ุทูŽู„ูุญูŽุง ุฃูŽู†ู’ุธูุฑููˆุง ู‡ูŽุฐูŽูŠู’ู†ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุตู’ุทูŽู„ูุญูŽุง

Daripada Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Semua dosa hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu akan diampuni, kecuali bagi orang yang antara dia dan saudaranya terdapat kebencian dan perpecahan (bersengketa)." Lalu dikatakan kepadanya: 'Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai! Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai! Tangguhkanlah kedua orang ini hingga mereka berdamai! ' (HR Muslim No:  4652) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Pintu syurga dibuka setiap hari Isnin dan Khamis.

2.  Hari Isnin dan Khamis ada kelebihannya dimana Rasulullah SAW suka berpuasa sunat pada hari tersebut.

ุชูุนู’ุฑูŽุถู ุงู„ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ุงูุซู’ู†ูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุงู„ู’ุฎูŽู…ููŠุณู ููŽุฃูุญูุจูู‘ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุนู’ุฑูŽุถูŽ ุนูŽู…ูŽู„ูู‰ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุตูŽุงุฆูู…ูŒ

โ€œBerbagai amalan diangkat (pada Allah) pada hari Isnin dan Khamis, maka aku suka jika amalanku diangkat  sedangkan aku sedang berpuasa.โ€ (HR. Tirmidzi No: 747) Status: Hadis Hasan

3.  Dosa setiap mukmin akan diampunkan dengan syarat tidak melakukan syirik.

4.  Dosa setiap mukmin tidak akan diampunkan segera jika dia membenci dan tidak bertegur sapa  dengan Muslim yang lain sehinggalah dia berdamai dan berkasih sayang.

5. Diulang tiga kali agar ditangguhkan keampunan daripada dosa bagi mereka yang masih tidak bertegur dan berdamai, menunjukkan pentingkan perdamaian dan berkasih sayang.

Ayuh kita saling mengasihi. Berdamailah segera jika bergaduh dan bermusuh sesama Muslim.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#TekadPerpaduanPenuhiHarapan
#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

17hb Ogos 2023
30hb Muharam 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram