Matchex Broadcast Media
9.01K subscribers
608 photos
19 videos
4 files
32 links
Official News and Updates of MatcheX's Programs
Download Telegram
Salam semua.
Untuk para pemenang bagi program Aktif Merdeka 2025 yang lalu, pihak penganjur telah menghantar email untuk kemaskini maklumat para pemenang.

Sila balas email tersebut untuk urusan hadiah secepat mungkin. Jika ada yang Masih belum dapat email tersebut sila maklumkan segera melalui email kepada inquiry.matchex@gmail.com
Makluman;

Surat pengiktirafan KPM bagi program Aktif Merdeka 2025 telah diterima. Alhamdulillah telah mendapat pengiktirafan peringkat Kebangsaan.

Surat tersebut boleh dimuat turun di laman web www.matchexcellence.org dan boleh diberikan kepada guru kelas masing-masing untuk direkodkan dlm sistem PAJSK para peserta.
3👍3
Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Pengumuman keputusan Program STAYFIT @ HSN 2025: Nak Sihat Kekal Aktif

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang telah berjaya dalam acara-acara yang telah dipertandingkan kali ini.

Tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada semua pasukan sekolah, Guru-guru pembimbing serta Ibu bapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan tidak dilupakan juga kepada pihak BSKK KPM dalam memberikan sokongan dalam Program ini.

#MatchexStayFit2025
#NakSihatKekalAktif
#AboutDreamAndIdeas@matchexmedia
1
6🤔5
Makluman;

Surat pengiktirafan KPM bagi program STAYFIT@HSN 2025 telah diterima. Alhamdulillah telah mendapat pengiktirafan peringkat Kebangsaan.

Surat tersebut boleh dimuat turun di laman web www.matchexcellence.org dan boleh diberikan kepada guru kelas masing-masing untuk direkodkan dlm sistem PAJSK para peserta.
👍1
CABUTAN BERTUAH 555 MATCHEX
Tahniah kepada sekolah-sekolah bertuah yang telah memenangi hadiah-hadiah cabutan berupa:

2 x smartboard 65"
3 x baucer RM1000
1 x baucer RM500

Pemenang-pemenang boleh mendapatkan hadiah-hadiah tersebut dengan menghubungi Pn Hayati 013 9620780.

Tahniah dan jumpa lagi di tahun hadapan.....
1
PERHATIAN:

Pendaftaran baharu untuk ahli Remaja Matchex akan dibuka bermula 10/12/25.

Pendaftaran boleh dibuat secara individu oleh Ibu/bapa/penjaga dilaman sesawang www.matchexcellence.org

Rujuk panduan pendaftaran seperti yang diberikan.

Terima Kasih.
1
1👍1
Kongsi Info:

*MAKLUMAN RAYUAN DAN SEMAKAN PAJSK*

Assalamualaikum dan Salam Malaysia MADANI.

Dimaklumkan bahawa pihak kami masih menerima pertanyaan berkaitan pelanjutan tempoh aplikasi PAJSK walaupun surat pemakluman rasmi telah diedarkan dan peringatan turut diberikan sebelum ini.

Untuk makluman, semua urusan surat-menyurat berkaitan rayuan dan semakan PAJSK hendaklah dikemukakan dalam surat rasmi menggunakan kepala surat sekolah dan dipanjangkan secara rasmi melalui agensi masing-masing.

*Untuk perhatian, pihak BSKK tidak akan memproses surat atau e-mel yang dihantar terus oleh pihak sekolah tanpa melalui agensi (Pengarah jabatan masing-masing). Pihak agensi perlu memanjangkan surat rayuan sekolah mengemukakan permohonan secara blanket letter.*

Surat tersebut perlu dialamatkan kepada Pengarah BSKK melalui e-mel:
ithnin@moe.gov.my dan cc nurul.shahida@moe.gov.my

*Sebagai peringatan, tempoh rayuan dan semakan PAJSK yang ditetapkan adalah dari 8 hingga 21 Disember 2025.*

Sekian, terima kasih atas kerjasama semua pihak.

Unit Pembelajaran dan Pentaksiran
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan
4
PANDUAN PEMBAHARUAN KEAHLIAN REMAJA MATCHEX 2026

Adalah dimaklumkan Ahli-ahli Remaja Matchex sedia ada sudah boleh memperbaharui keahlian masing-masing untuk tahun 2026 bermula hari ini secara individu. Ianya bagi memudahkan untuk menyertai program online secara percuma tahun hadapan.

Sila rujuk panduan berikut untuk PEMBAHARUAN KEAHLIAN REMAJA MATCHEX.
👍31