Diary Seorang Lelaki
172 subscribers
11 photos
2 videos
5 links
Apa ingat lelaki takde diary?
Download Telegram
Forwarded from Diary Seorang Lelaki
Entah sampai bila aku harus kaku dihentam pilu.
Dihenyak rindu yang kian meramu.
Dibantai persoalan yang menyelinap di setiap sel mindaku.

Akhirnya aku hanya terpaku dimakan waktu.
Memulihkan jiwa yang kian kematu.


🐢

@mansdiary
Forwarded from Diary Seorang Lelaki
Jika manisnya gula bisa menyakitkan kita,
Mengapa tidak pahitnya ubat menyembuhkan?

Jika manisnya percintaan bisa memeritkan jiwa,
Mengapa tidak pahitnya realiti mengubatkan?


🐝


- Bee.
August 2019,
Puteri Harbour.
Aku perhatikan, dalam dunia di mana semua berlumba untuk menyempurnakan fisik untuk tontonan semua; dunia di mana yang indah rupa dan mewah hidupnya dipandang kagum; dunia di mana segalanya adalah tentang duit; dan dunia dimana aku sedang berdiri.

Aku adalah insan terasing yang tidak pernah setuju dengan apa yang dipeluk majoriti. Mungkin kamu takkan faham. Mungkin kamu akan mempersoalkan. Tapi entahlah. Aku tidak peduli.

Minoriti mungkin takkan mati.
Cuma nafasku sudah mula memendek. Jika aku ditamatkan, harap perubahan bisa dimulakan.




-
June 2020
Somewhere


@mansdiary
Nostalgia mengusik akal,
Tidak tahu yang disangkal,
Kelam hati tiada kesal,
Susuk tubuh getar tiada berpangkal.

🐆

@mansdiary
Ada terasa juga. Entah.
Kalau dah macam tu gayanya aku tak nampak macam just a work friend.
Maybe aku je kot yang nampak paranoid.
Tapi kalau aku bentangkan memang obvious.

But tonight, my heart break a lil.
Apakah erti pergaduhan,
Jika hanya menimbulkan kesedihan,

Apa pula erti percintaan,
Jika tiada bibit kesetiaan,

Apa yang dimaksudkan sayang,
Jika hanya mengejar bayang,

Apakah erti kehidupan,
Jika tiada pengajaran.

🐆

@mansdiary
Aku takut perasaan sakit ini akan membuatkan hati yang pernah hancur ini berhenti berjuang.

🦔

@mansdiary
Bagai tempua meninggal sarangnya,
Meninggalkan rezeki kepada sang manusia,
Begitu juga aku hendaknya,
Mati tiada meninggal luka.

🐆

@mansdiary
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nothin' better than late night driving.. or maybe movies.

Oh wait... I can do both.


@mansdiary
Sampaikan rasa ini untuknya.
Agar dia tahu betapa sakitnya menanggung rindu yang semakin membengkak.

☕️

@mansdiary
Kelopak yang terbuka,
Kian menonjol segala duka,
Saat netra semakin luas menjelaskan,
Seakan hanyut dalam dunia yang melemaskan.

Arus yang deras membawa khayal,
Sentimen yang keras membawa sial,
Bianglala celaru kian jelas jalur warna,
Dibakar dalam salju lalu sirna.

Malim yang berlagu semakin keras,
Hanya untuk secupak beras.
Semua berlumba untuk meragang,
Memijak dibawah saat tegang.

Terlalu banyak yang aneh-aneh,
Melambung tudung periuk yang mereneh,
Kapasiti semakin berlebihan,
Kegilaan yang takkan bisa ditahan.

Namun kau masih hanyut,
Hilang segalanya untuk dipaut,
Masturbasi kata kau nikmati,
Merimpuhkan akal yang kian mati.

Lemah menelan lalu akal menjadi sebu ,
Saat mereka masih berambu-rambu,
Kau makin tenggelam,
Meninggalkan permukaan kewarasan dan makin dalam.


- Coffee ☕️


June 2019
@mansdiary
Ada banyak orang aku temui. Tapi takkan sama dengan dirimu seorang. Cuma kau saja yang jujur dan bersungguh untuk memiliki ku.

- Mocha.

December 2020.
@mansdiary
Aku hilang kata kata dalam meluah rindu.

Ingin aku luah semua kepedihan hati namun tiada siapa yang peduli.

Tuhan, bantu aku untuk bangun. Aku terlalu lemah untuk bergerak.


- Coffee

March 2019
@mansdiary
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
Bila kau tidak menemukan penyelesaian terhadap suatu masalah, mungkin sebenarnya bukan masalah itu perlukan penyelesaian tapi kau yang perlu siap menerima kenyataan.
Tiada kata untuk menggambarkan kekecewaan.
Cuma perubahan ini harap tidak kau persoalkan.


@mansdiary
Kini kusedari,
Apa yang ku jangka selama ini benar,
Ku hanya singgahan bukan sebuah perhentian.


🐆

@mansdiary
Forwarded from Fed up
Mengungkit adalah senjata yang terlemah dan pengecut. Dari lemahnya jiwa yang ingin melemahkan jiwa lain.

@fiqhsoul
Renungan yang semakin dalam membawaku terus ke alam fantasi. Membayangkan mimpi-mimpi yang ingin ku lewati.
Terus menerus menciptakan sketsa dan senario maya hinggakan aku terleka; bahawa realitinya aku masih terkujur kaku di atas pembaringan.
Masih sama, masih kosong dan masih berkhayal.

-Coffee

Oktober 2021

@mansdiary
"I have no feelings for you anymore."

-Her

@mansdiary
Bila kau kecewa dengan diri kau sendiri, itu lebih memeritkan jiwa.

@mansdiary
Serentak mengikut rentak nadi.
Resah membendung rasa hati.

@mansdiary