Diary Seorang Lelaki
172 subscribers
11 photos
2 videos
5 links
Apa ingat lelaki takde diary?
Download Telegram
Aku tak mengerti apa yang ku rasa.
Namun demi hidup keduanya, aku relakan diriku untuk ke tanah semula.


๐Ÿฆ–
Forwarded from Mistaken Identity.
"Masih bersimpuh sambil dibelai manja alunan melodi rintik hujan. Kedinginan hawa yang meresapi hingga ke setiap inci salur darah membuatkan kelelakian aku semakin lemah. Lalu tanpa ku sedari dengan perlahan air mata yang tertakung setelah sekian lama menitis melintasi pipi lalu berderai jatuh ke bumi. Mungkin kedinginan angin yang menyapa seakan menyampaikan perasaanmu pada ketika itu. Yang juga sama membeku kerana silap yang entah bila terwujud.

Simpuhan ku terlerai seraya direnggang setiap urat yang membeku. Satu keluhan dalam aku lepaskan. Peritnya tetap melekat. Mungkin sudah bersatu dengan sel-sel darah merah yang gigih dalam kontribusi mereka untuk mengekalkan kehidupan.

6 jam yang ditinggalkan bersama cuaca yang berbeza langsung tak pernah menyakitkan.
Mengapa hanya dengan perkataan bisa menghancurkan segala harapan?
Oh ya, mungkin aku yang lemah. Sejujurnya sudah tiada daya lagi untukku kerah demi satu langkah.

Perlukah aku terus hidup dalam kesakitan?
Kerana aku bisa mengakhirinya dengan satu tusukan.

Entah. Tiada jawapan.
"


-Amsterdamn,
25112019 0922pm


@lakaranjiwa
Forwarded from Mocha.
Manusia menjauh bukan kerana benci, tapi kerana dia kecewa.

@lonelyastronaut
Loyal to few, rule by none.

๐Ÿฆ–


@mansdiary
Forwarded from Mistaken Identity.
Jangan kau jatuh cinta kepada penulisnya. Hanya kerana dia terlihat hebat dalam menyusun kata.

Kerana dia terlebih dulu mengenal luka dan lara, sebelum mula bermain kata.


20122019 11:58pm

@lakarajiwa
โค1
Aku rindukan suara merdumu menyanyi menenangkanku, selalu. Dan bebelan panjangmu sampai pejam mataku.

Jika waktu boleh diputar semula, aku ingin kembali menikmati masa itu; bersamamu.


๐Ÿ’ซ
@Mansdiary
Toxic people yang ada dalam hidup aku, semua aku dah tendang keluar.
Jadi kalau kau rasa nak masuk dalam hidup aku, cermin dulu diri kau.

Oh ya, aku tak kenal kau. Eh betul ke?
Aku tahu boleh kata banyak pasal kau. Kau yang tak kenal aku. Sebab tu kau nak kenal dengan aku.

Jadi macam ni lah kawan, apa kata jangan kacau aku. Sebab aku bukan macam yang kau sangkakan.
Aku boleh jadi lebih kejam dari yang kau bayangkan. Baik aku, bukan sesuatu yang mudah untuk orang dapat.
Jadi, assalaamualaikum.

Bye.



๐Ÿฆ–
Ada jenis lelaki yang sukakan perkongsian dalam segala hal. Kehidupan, rahsia, kesedihan dan kegembiraan.
Ada juga yang lebih memilih untuk bersendiri dalam beberapa hal.

Mereka tak campur adukkan hal antara kawan dan kelasih, keluarga dan keluarga mertua, isteri dan tempat kerja. Kerana bagi mereka itu adalah hal yang biar mereka sahaja yang hadap sendiri.

Berbeza pula dengan jenis yang pertama tadi. Mereka lebih suka terbuka dan berkongsi kesemuanya.
Hingga nak melepak dengan kawan pun bawa isteri bersama. Keadaan keluarga mertua dan keluarga sendiri bertukar cerita dari mulut ke mulut apabila berziarah. Tempat kerja menjadi satu hal yang dibincangkan dirumah bersama isteri.

Pada aku, dua dua tak salah. Asalkan positif.
Jenis yang pertama mahupun yang kedua.
Keduanya ada kebaikan dan keburukan. Tapi macam mana kita menukarkan keburukan tu dengan satu perkara yang positif.

Paling penting, pasangan kita memahami dan boleh mengikut arus.

Juga tak salah kalau kita yang mengikut arus pasangan kita. Dia jenis yang macam mana pun, kita terima dan 'follow the flow'.

Kerana aku tahu, sebagaimana terbuka pun seseorang lelaki itu, ada yang mereka simpankan. Pendamkan untuk kebaikan dan senyuman pasangan dan keluarga mereka.

Oleh itu, aku nak dedikasikan setinggi-tinggi penghargaan untuk lelaki-lelaki diluar sana yang sedang menghadapi kesukaran walau apa dan dimana sekalipun, mereka tetap tabah.

Baik yang sedang berusaha untuk menghalalkan seseorang yang dicintai, mahupun yang sedang berusaha untuk memberikan kehidupan yang selesa untuk isteri dan anak anak. Moga Allah membalas segala kesabaran dan ketabahan anda semua dalam melakukan perkara yang baik.
Kerana perkara yang baik itu, jika diniatkan kerana Allah ia akan menjadi satu ibadah.

Salam isyak dari aku.

Brotherhood, brothergood.


๐Ÿ


- Bee.
Januari 2020,
Puteri Harbour



@mansdiary.
Forwarded from Bayang Bintang
Campak saja semua kenangan kita pada api.
Biar ia terbakar hangus menjadi abu.
Tolak semuanya tentangku ketepi.
Biar semua pelangi menjadi kelabu.

@akuhanyabayang
Aku faham rasa bila kau tunggu someone sebab nak cerita banyak benda tapi dia tak muncul muncul. End up kau buat taktahu je.

Aku faham sangat.


@MonologJiwaKu
Definisi bahagia yang aku faham sangat berbeza dengan yang aku dapat.

Definisi cinta dan kehidupan yang aku harapkan adalah hanya sekadar untuk penulisan di masa lapang.

Jika benar wujud semua itu, berilah aku secebis harapan.
Jika tidak, jauhkanlah aku dari segala kesenangan agar aku fahami apa tujuan nyawa ini dipinjamkan.

Derita atau sekadar boneka.


๐Ÿฆ–

@mansdiary
"At that moment I knew that.. I will lose her."

โœจ

@mansdiary
Untuk kamu perempuan perempuan yang mempunyai pasangan tak berkemampuan atau miskin ni, aku sebagai lelaki yang juga tak punyai apa apa nak wakilkan maaf sedalam dalamnya.

Cuma nak korang tahu yang takde siapa yang nak pasangan dia rasa ketinggalan dan serba kekurangan. Lagi lagi pada zaman yang semua boleh dibeli dengan duit ni.

Even a hug.

So just sending a deepest sorry for you girls out there.
Kalau kamu semua rasa terbeban, tak mengapa.
Kami faham kesakitan yang kalian alami.
Senyumlah dengan mereka yang mampu membelinya. Walau perit, demi cinta kami rela berkorban. Kalau itu sahaja caranya untuk mengembalikan senyuman seperti awal perkenalan.

Salam Malam.


๐Ÿฆ–

@mansdiary
Adakah aku lemah?

Adakah aku lemah; saat silap yang tercipta aku tuturkan kata maaf. Walau sejuta kali, maaf tetap dihulur. Silap aku atau silap kamu, maaf aku lambungkan dari jauh dengan cermat.

Adakah aku lemah; saat janji yang tercipta kamu ingkari, aku memaafi dengan senyuman yang terukir. Kerana aku tahu peluang itu perlu. Tidak mengapa, cuba lagi.

Adakah aku lemah; saat diriku diletak tepi sementara lain yang kau fokuskan. Dan aku tetap menunggu belakang garisan, walau gurisan ini halus menikam jantung.

Adakah aku lemah; apabila aku mengharapkan kamu menghargai dan bangga dengan diriku disaat semua menutup mata dengan apa yang telah ku lakukan.

Adakah aku lemah dalam mencintai?
Atau aku lemah dalam memberi?
Adakah aku lemah dalam memahami?
Atau aku lemah dalam menjadi seorang lelaki?



๐Ÿ

@mansdiary
Forwarded from iptv & android box
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Lima Aksara
Perut yang kosong, dompet kosong, patah hati, kejatuhan selepas kejayaan, dan musibah menimpa; adalah pengajaran terbaik dalam hidup; Pengalaman dan panduan untuk memperbaiki khilaf diri di masa akan datang sebagai hambaNya.

Dan apabila kau tak punya apa-apa, kau akan lebih mengenali siapa kawan siapa lawan. Siapa manusia dan siapa celaka.

Https://t.me/limaaksara
๐Ÿ’”
๐Ÿ’š
Sebagai seorang yang mementingkan usaha, aku seringkali kecewa.

Kerana terbeban dengan pemikiran yang cetek sendiri.

"Aku sudah usaha. Mengapa hanya ini hasilnya."

Ya.
Aku adalah jenis manusia yang optimistik dalam melakukan sesuatu.
Dari segi hubungan hingga ke pekerjaan. Aku akan melakukan yang terbaik. Penat atau lelah bukan ukuran untuk aku kurangkan usaha.

Namun sejak akhir akhir ini, aku merasakan semuanya seakan tiada makna.
Usaha atau tidak, hasilnya tetap sama.

Lebih lagi jika aku usaha, aku akan lebih sakit.
Mungkin situasi yang sedang aku hadapi adalah situasi yang tiada siapa akan faham. Terangkan?

Jika aku terangkan, semua akan berkata "Lupakan sahaja. Mustahil untuk berjaya."
Dan mereka terus membuka kamus hidup mereka yang penuh dengan bantuan dah ihsan.
"Tak mengapa, situasi ini situasi biasa. Aku tahu kau kuat." Kata mereka yang akhirnya dibalas dengan hamun dalam hati.

Apa yang mereka harapkan? Aku rasa lebih kuat? Kerana sakit yang aku hadapi ini bukan yang biasa kamu dengar. Bukan yang bisa kamu ubati. Siapa sangka kenyataan yang gayal untuk aku terima adalah kenyataan jalan hidup aku sendiri. Kenyataan yang aku perangi sejak dari yang bisa aku ingati.

Aku lelah dengan lemah.
Namun aku adalah definisi kelemahan itu sendiri. Mana mungkin aku terlepas dari siksaan ini.

Apa yang perlu aku lakukan?

Terus berjalan atas deraian kaca yang menyucuk atau rebah mati atas onak duri yang beracun?


๐Ÿฆ”
Forwarded from 8 Patah Kata (โญ)
Anda pandai berpuisi ? Pandai bermain kata ? Kreatif dan kemas dalam menghasilkan penulisan dengan hanya lapan patah kata sahaja; kerana

@lapanpatahkata sedang dalam pencarian admin. Anda berminat menjadi anggota admin lapan patah kata ?

Pm
@lapanpatahbot