Malaysia For Syria - MFS
370 subscribers
1.56K photos
548 videos
2 files
689 links
Malaysia For Syria - MFS adah sebuah NGO yang terbesar membantu pelarian Syria di seluruh dunia (1147832A). www.malaysia4syria.org / www.infaksyria.com
Download Telegram
Forwarded from MyAqsa Defenders
Bendera Afrika Selatan dinaikkan di bandar Nablus, sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas usaha Afrika Selatan dalam mendakwa Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai terhadap Semenanjung Gaza.

Sumber: QNN
أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان
Semoga Allah SWT mengabulkan doa-doa kita & pertemukan kita kembali dengan bulan Ramadhan kali ini. Aamiin 🤲🏻

Sama-sama amalkan doa ni. Kongsikan agar lebih ramai mendapat manfaatnya ❤️

#doa #rejab2024 #MFS #malaysiaforsyria #60harikeramadan
𝟔𝟎 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 🌙

Ayuh mempersiapkan diri. Semoga diberi kelapangan & kesihatan untuk bertemu kembali dengan bulan Ramadhan tahun ini, InsyaAllah.

Jangan lupa gantikan puasa tau guys

#60harimenjelangramadan #ramadan2024 #RAH #MFS #malaysia4syria
Forwarded from Irfan _ Newboys News
KEMASKINI

US SERANG YAMAN KALI KEDUA

JAM 9 PAGI TADI

Tentera US melancarkan serangan secara bersendirian ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a dan Bandar Sana'a serta kawasan sekitar

Serangan itu membabitkan serangan ke atas fasiliti radar Houthi Yaman

Serangan membabitkan kapal perang US dan Pesawat Tempur US berlepas dari Pangkalan Udara Tentera US Al Dhafra, Abu Dhabi UAE dan Kem Lemonnier, Djibouti
Forwarded from MyAqsa Defenders
#DakwaIsrael

Penerangan berkenaan pendakwaan Israel di ICJ oleh Afrika Selatan. Jam 4.30 petang ini adalah giliran Israel mengemukakan hujahan balas.

Sumber: al-Jazeera
Forwarded from MyAqsa Defenders
#TerkiniGaza - Hari ke-97 Perang Taufan Al-Aqsa🇵🇸
.
Prosiding bermula dengan Menteri Perundangan Afrika Selatan, seterusnya daripada wakil-wakil peguam. Berikut merupakan pernyataan-pernyataan yang jelas daripada wakil Afrika Selatan terhadap jenayah Israel.
.
Fuh memang keras pernyataan mereka ni, agak-agak Israel akan berbohong apa untuk pertahankan diri mereka hari ini? 🫣 Prosiding hari ini akan bermula pada waktu yang sama iaitu pada pukul 4:30 Petang.
.
Jom saksikan! 🇵🇸

#PalestinMerdeka #TaufanAlAqsa #IsraelCuak

Link Live 👇🏻
https://www.youtube.com/watch?v=H6CEKVSjg7o
Forwarded from MyAqsa Defenders
"Daripada rakyat Palestin di Gaza, terima kasih Afrika Selatan!" 🥹🥹🥹
Forwarded from MyAqsa Defenders
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza:

Jumaat, 12 Januari 2024
Hari ke-98 pencerobohan "israel" kejam di Semenanjung Gaza.

Penjajahan "israel" melakukan 13 pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza, mengakibatkan 151 syahid dan 248 cedera, dan ini hanya yang telah sampai ke hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Masih terdapat mangsa di bawah runtuhan dan di jalanan, tidak dapat dihubungi oleh ambulans dan krew pertahanan awam.

Jumlah korban pencerobohan "israel" telah meningkat kepada 23,708 mati syahid dan 60,005 cedera sejak 7 Oktober lalu.
Forwarded from MyAqsa Defenders
Gambar banjir manusia berjuta-juta orang yang marah dalam perarakan "penaklukan yang dijanjikan dan jihad suci" di Dataran Al-Sabeen di ibu negara Yaman, Sana'a.