Nota Emas Linda Masehat
141 subscribers
426 photos
15 videos
1 file
186 links
Nurdzulmaslinda Masehat
🙋 Public Gold Authorised Dealer
📌 Kod Dealer PG00126602
⌨️ Penulis www.lindamasehat.com
📲Guide Beli Emas👇
http://www.wassap.my/60192160853/
Download Telegram
DUIT PUN TAK CUKUP, MACAM MANA NAK MENYIMPAN?

Perkongsian dari Puan Nur Zulaikha ;

Tulisan ini dari pengalaman & perjalanan hidup saya, saat mula balik hidup dari tiada apa-apa.

1) Yang pertama dan paling utama bagi saya adalah syukur. Ada sedikit, syukur. Dapat makan, syukur. Anak sihat, syukur. Masih hidup lagi, syukur. Syukur dulu.

2) Menyimpan adalah satu habit atau tabiat yang baik. Bila namanya habit maknanya dilakukan berulang-ulang. Dia bukan tiba-tiba je terus ada simpanan yang banyak.

3) Untuk suatu habit yang baik, diri sendiri perlu ada kesedaran dan kemahuan. Perlu rasa seronok nak menyimpan. Baru ada usaha. Baru jadi habit.

4) Sebenarnya ada sesuatu yang sangat penting iaitu MINDSET. Walaupun kita memang tak cukup duit, makan bercatu, ada pendapatan yang sedikit, atau langsung tiada pendapatan, MINDSET kita memainkan peranan ketika itu.

5) Mindset kita kena betul. Fikiran kita kena besar. Jiwa kita kena besar. Kepercayaan kita kena besar. Hatta ketika kita memang takdak duit, bukan tipu-tipu punya.

6) Mindset adalah suatu setting minda. Apa yang tertanam di minda kita. Sangat kuat dan teguh, menjadi sistem kepercayaan kita.

7) Mindset yang paling penting adalah kepercayaan kita kepada PENCIPTA kita, sejauh mana kita yakin dan percaya kepada Allah yang Maha Berkuasa, atas segala sesuatu.

Kita ada Allah.
Kita ada Allah.
Kita ada Allah.

Betapa, kita menyembah Allah yang Maha Kaya.

8) Apa yang akan berlaku dalam hidup kita selepas itu bergantung kepada mindset kita, bergantung kepada apa yang tertanam di minda kita, bergantung kepada sistem kepercayaan kita.

9) Kenapa? Mindset itulah menghasilkan cara kita berfikir, menentukan sudut pandang kita terhadap kehidupan ini dan menghasilkan tindakan kita tanpa disuruh dan dipaksa.

10) Tak apa kita belum kaya. It's okay kita tak ada banyak duit, kita tak cukup makan, kita susah sekalipun...asalkan mindset kita hebat. Jiwa kita besar, minda kita besar.

11) Sebab itulah ada orang kata, yang miskin sebenarnya adalah MINDA YANG MISKIN. Masalah yang sebenar adalah minda kita.

12) Kalau rajin boleh baca tentang growth mindset vs fixed mindset.

13) Kembali kepada topik tabiat menyimpan. Ini juga hasil daripada mindset kita. Jika kita rasa menyimpan itu baik, menyimpan itu penting, kita akan cari jalan untuk melakukannya.
.
.
.
Kesimpulan:

Kayakan minda, besarkan fikiran, besarkan jiwa, betulkan mindset. Caranya?

Tingkatkan keyakinan kita kepada Allah SWT. Dia Maha Kaya, Dia Maha Berkuasa. Tiada yang mustahil bagi-Nya.

Usaha atas "yakin" kita sendiri.

Ini usaha yang kita boleh lakukan untuk diri kita.

Jika kita sediakan "bekas" yang besar, barulah kita dapat menerima "isi" yang lebih besar.

HAKIKATNYA SEMUA DENGAN IZIN ALLAH SWT. KITA ADALAH HAMBA YANG LEMAH.

Sekian perkongsian.
DANA PENDIDIKAN ANAK

Jika ibu bapa ada perancangan menyimpan duit untuk Dana pendidikan anak-anak, saya menyokong penuh dan memberi galakan menyimpan dalam bentuk emas.

Simpan duit dalam bentuk emas #1gram1bulan sehingga mereka berumur 18 tahun.

Jom kira-kira,
👉1 tahun terkumpul emas 12gram.
👉18 tahun terkumpul emas 216gram.

Jika ketika itu harga emas RM500 segram, nilai simpanan emas (216gram) tersebut telah pun cecah RM108,000.

Jika tidak cukup untuk pelajaran mereka, sekurang-kurangnya ibu bapa ada sediakan Dana Pendidikan buat mereka supaya tidak terjebak dengan hutang pelajaran PTPTN dan sebagainya.

Biar simpan sedikit asalkan konsisten menyimpan. Daripada sikit itu akan bertambah dan bertambah menjadi banyak 😊
Dinar Emas adalah matawang yang digunakan oleh tamadun Islam.

Pada zaman sekarang, Dinar Emas tidak lagi digunakan sebagai matawang.

Namun ia boleh diaplikasikan sebagai simpanan, pelaburan, hadiah dan mas kahwin.

Apakah kelebihan emas?
Pertama sekali ia adalah insurans kekayaan untuk seorang manusia.

Apa maksudnya?

Emas akan memastikan anda kekal kaya! Bagaimana?

Dalam keadaan yang ekstrem seperti berlaku peperangan, kacau bilau, kejatuhan ekonomi dan politik dan hyper inflasi maka emas masih bernilai DAN BOLEH DIBAWA LARI bersama-sama anda.

Tanah dan rumah, walaupun berharga namun tidak boleh dibawa lari bersama-sama anda. Anda terpaksa tinggalkan kekayaan ini.

Sebab itulah emas dikenali sebagai insurans kekayaan.

Jika anda faham fakta ini, maka anda akan membeli emas dan simpan sebagai insurans kekayaan anda dan berdoa agar tidak berlaku malapetaka.

Sebab orang tak beli insurans kereta dan berharap esok keretanya eksiden. Namun jika kemalangan berlaku, maka insurans akan melindungi nilai kereta tersebut.

Begitu juga dengan emas. Ia adalah pelindung anda.

Beli dan simpanlah emas atas sebab ini. Ini maklumat paling asas tentang kelebihan emas.

Perkongsian Tuan Syukor Hashim
Sekarang Russia telah melancarkan serangan ketenteraan ke atas Ukraine.

Letupan kedengaran di beberapa bahagian negara Ukraine.

Harga emas melonjak naik kerana pelabur berpusu-pusu lari kepada aset selamat.

Presiden Russia Vladimir Putin memberikan amaran kepada mana-mana negara yang mahu campur tangan di dalam krisis di Ukraine, bahawa Russia akan memberikan tindak balas yang “tidak pernah dilihat dalam sejarah negara anda”

Krisis baru bermula gais.

Baru hari pertama.

Kita dah nampak kesan yang ketara terhadap harga emas.

Saya jangkakan situasi ini boleh memakan masa yang panjang. Boleh jadi berminggu atau berbulan-bulan.

Worst case senario adalah bila US dan Nato masuk campur dalam krisis ini.

Memang akan jadi perang skala besar!

Perkongsian Tuan SyukorHashim
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Salam Jumaat & Salam Nisfu Sya'ban ❣️

Edisi Masjidil Haram 1 gram Edisi Ke-2 boleh withdraw dari akaun GAP harini bermula jam 10 pagi.

Belum ada akaun GAP boleh daftar PERCUMA👇 http://www.wasap.my/60192160853/DaftarAhli

Linda Masehat
Pendidik emas Public Gold
PG001266002
Assalamualaikum dan selamat sejahtera 😊

Sekarang ada promosi menjadi dealer Public Gold dengan belian gold bar Raya combo set.

Combo Raya set ada 4 design.

Anda akan dapat 6 keping untuk setiap design
(6 keping x 4 design = 24 keping semuanya)

Ketulenan emas adalah 999.9 dengan berat 1g setiap keping.

Berapa kosnya?
RM7800 sahaja dan anda boleh buat belian secara syariah EPP 10 bulan (sebulan RM780 sahaja)

p/s: Anda perlu beli Wealth Card RM200 untuk menjadi dealer. Jadi kos bersih adalah RM8000

TERHAD 300 combo sahaja

Pertanyaan👇

http://www.wasap.my/60192160853/ComboDealer

Linda Masehat
Pendidik Emas Public Gold
PG00126602
👆Berikut adalah prestasi harga emas pada 17 Apr 22.

Seperti yang boleh dilihat, harganya memang meningkat sejak 20 tahun, 5 tahun, 1 tahun, 6 bulan dan malah 30 hari lepas. Emas telah memberikan pulangan lebih 9.5% setahun (total return lebih 560%) dalam masa 20 tahun kebelakangan.

Apa yang lebih pentingnya ialah peluang untuk harga emas meningkat lagi di hari2 akan datang adalah tinggi.

Jadi ini adalah validation yang langkah kita melabur dalam emas adalah langkah yang tepat dan betul.

Teruskan melabur dalam emas!

Perkongsian Tuan Azizi Ali
Assalamualaikum & selamat pagi. Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik ❤️
Alhamdulilah, Bantu Tuan Firdous, Mr Sureh & Cik Puan Maliha mulakan simpanan paksa 1 dinar dan 10gram emas 999.
Tahniah kerana telah bermula!

Tuan Puan, harga emas tidak pernah tidak mahal. Tahun 2000, harga emas hanyalah sekitar RM30 per gram. Waktu tu, semua orang kata mahal!

Hari ini harga segram emas ialah RM281. Semua orang pun masih kata mahal 😅

Lepas tu, orang akan kata murahnya harga emas pada tahun 2000.
Rugi pulak tak beli banyak-banyak!

Hakikatnya, kita hanya akan tahu bahawa harga emas itu MURAH apabila ia sudah jadi SEJARAH.

Jadi, jangan bertangguh untuk beli emas sebab tidak ada istilah tunggu harga emas murah sebab harga emas tak akan murah.

Nak mulakan simpanan emas? Daftar PERCUMA di sini 👇

https://publicgold.me/lindamasehat

Linda Masehat
Pendidik emas Public Gold
PG00126602
POSISI EMAS

Sebelum kita mula terlibat dalam emas, perkara utama yang kita patut ambil tahu adalah posisi kita dengan emas.

Ada 3 posisi utama dalam emas, setiap posisi ada cara dan teknik tersendiri mengikut kepada tujuan dan bajet kita.

1. Penyimpan:
• Fokus pada pertambahan gram, sentiasa simpan emas setiap masa.
• Beli emas mengikut bajet simpanan, minimum RM100 atau 1 gram.
• Penyimpan gunakan teknik “averaging cost” untuk memaksimumkan keuntungan simpanan.

2. Pelabur:
• Fokus pada keuntungan duit tunai, beli emas berdasarkan trend graf emas semasa.
• Beli emas dalam kuantiti yang besar, minimum 100g dan keatas.
• Pelabur gunakan teknik “buy low sell high” untuk memaksimumkan keuntungan pelaburan.

3. Peniaga:
• Fokus kepada keuntungan duit tunai, sentiasa jual beli emas setiap masa.
• Beli emas pelbagai saiz, makin banyak ready stok makin baik.
• Peniaga gunakan teknik “beli emas dibawah harga pasaran, jual pada harga pasaran” untuk dapat keuntungan.

Kesemuanya posisi diatas memberikan keuntungan dalam jangkamasa pendek dan panjang, pilih posisi yang sesuai dengan profile kewangan kita supaya kita boleh buat untung maksimum dengan emas.

Tak salah kalau bermula dengan jadi penyimpan dulu, bila dah kenal emas boleh beralih kepada pelabur atau peniaga.

Nak kekal sebagai penyimpan selamanya pun boleh, yang penting kita tahu apa yang kita buat jangan terikut-ikut orang lain.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua. Insyaallah.

Perkongsian Tuan Syawal Ameron

Nak mula simpan emas? Daftar PERCUMA di sini👇

https://publicgold.me/lindamasehat

Linda Masehat
Pendidik emas Public Gold
PG00126602
LETAKKAN TARGET MUDAH!

1 gram memang kecil sangat tetapi ianya adalah permulaan yang baik.

Menabung emas, cuba letak 1 gram pertama di akaun emas GAP.

Ianya kecil, tetapi BENCHMARK yang baik.

Sejak itu, kita akan dapat memantau erti “harga emas mahal? Atau harga emas murah?”

Yang paling susah dalam soal tabungan emas hanyalah 1 GRAM PERTAMA.

Bila dah konsisten 6 bulan berturut-turut kita akan mula faham bahawa emas bukan tentang turun naik harga.

Emas tentang memastikan :

wang kita sukar bocor.
disiplin kewangan bertambah baik.
kepentingan melindungi kekayaan daripada inflasi.
tentang simpanan jangkapanjang.
memiliki emas modal tak mati.

Sekarang ni, semua lapisan masyarakat boleh simpan emas. Tinggal nak mula atau masih mahu menunggu.

Nak mula simpan emas? Daftar PERCUMA di sini 👇

https://publicgold.me/lindamasehat

Linda Masehat
Pendidik emas Public Gold
PG00126602
BERHUTANG JANGAN SAMPAI MUFLIS?

1. Jika kita beli sebuah kereta Proton X50, Honda City atau Toyota vios. Peluang untuk menjadi muflis akan mula terhidang jika salah langkah.

2. Kadar seseorang diistihar muflis bila gagal selesaikan hutang lebih dari RM50,000.

3. Beli rumah lagilah mudah menjadi muflis jika kita salah langkah. Pastikan beli rumah yang betul bukan rumah yang over market price.

4. Jika belum bersedia buat hutang, jangan buat hutang dulu. Jika dah buat, lepas 6 bulan gagal bayar kita akan mendapat notis mahkamah nantinya.

5. Sebelum buat hutang, tanya diri kita akan disiplin membayar atau tidak nanti. Jika nak beli rumah bayaran RM1200 sebulan, cuba menabung RM1200 selama setahun, mampu atau ada disiplin atau tidak.

6. Jika selama ini hutang PTPTN pun kejap bayar kejap tidak. Pertimbangkan kembali nak buat hutang kereta. Malu woii kereta kena tarik waktu lepak kedai mamak.

7. Jika kita dah diistihar muflis, kita akan dibawah pemantauan KP Insolvensi, tidak boleh keluar negara, akauan bank dibekukan dan had kredit berlaku,semua aset dirampas, tidak boleh bekerja dalam bidang profesional, tindakan tatatertib jika penjawat awam.

Kawan kawan,

Kawal dan pastikan hutang kita bawah 40% dari gaji yang kita terima ya.

Perkongsian Tuan Azizul Azli Ahmad
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hidup ini jangan cepat menilai orang lain daripada penampilan saja.

Yang bergaya belum tentu kaya
Yang biasa-biasa belum tentu miskin

Pesan guru emas saya, hidup biarlah memberi manfaat kepada orang lain.

Nak mulakan simpanan?
👉https://publicgold.me/lindamasehat

Kredit Video : #sheena11y

Linda Masehat
Pendidik emas Public Gold
PG001266002