Latihan Separa Perubatan: Rujukan Exam
386 subscribers
472 photos
3 files
1.02K links
Rujukan terkini untuk Exam Latihan Separa Perubatan. Lengkap Nota-nota, Contoh Soalan, Pengetahuan AM dan Huraian Format Terkini
Download Telegram
Calon PAC PTD 2026, kalau belum ada bahan persediaan, ini rujukan yang kami sediakan untuk bantu anda.

Rujukan PAC PTD 2026

112 muka surat
Padat dan tersusun
Berdasarkan pengalaman calon sejak 2009 hingga 2025

Antara isi kandungan:

Nota Persediaan PAC
Nota Persediaan UKJK 2026
Persediaan Sebelum PAC & UKJK
Topik umum yang sering dikemukakan
Strategi persediaan umum
Cara lalui setiap sesi
Public Speaking BM & BI
Group Discussion BM & BI

Saya sarankan calon ambil Pakej Full atau Partial kerana ada 2 ebook tambahan:

1. Ebook Persediaan Temuduga PTD
2. Ebook Nota Isu Semasa Terkini

Nota isu semasa boleh bantu calon tampil lebih informatif dan cakna semasa PAC dan temuduga.

Dapatkan rujukan PAC PTD 2026 di sini:
👉 https://semakan.info/tim/pakej-pac-2026/30
[EP1] TIPS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN: First Impression

Ramai calon temuduga Latihan Separa Perubatan risau sebab tak tahu panel nak nilai apa.

Sebenarnya panel bukan nilai jawapan hafal semata-mata.

Panel nak tengok:

Cara anda bercakap
Cara anda fikir
Keyakinan diri
Kefahaman tentang bidang separa perubatan
Kesungguhan untuk berkhidmat dalam sektor kesihatan

Contoh soalan:

“Kenapa anda berminat dengan Latihan Separa Perubatan?”


Jawapan jangan sekadar:

“Saya suka tolong orang.”


Boleh jawab begitu, tapi kena tambah nilai.

Contoh jawapan lebih baik:

“Saya berminat kerana bidang separa perubatan memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam sektor kesihatan, membantu pesakit secara langsung dan membina kerjaya yang memerlukan disiplin, empati serta tanggungjawab tinggi.”


Kalau masih blur nak susun jawapan, boleh buat persediaan dengan Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan.

Dalam pakej ini ada:

Simulasi Temuduga Separa Perubatan
Ebook Tingkatkan Keyakinan Diri
1 Template Resume
Soal jawab umum & khusus mengikut 10 latihan separa perubatan

📲 Dapatkan di sini:
https://semakan.info/tim/temuduga-u29/30
📢 Calon Pembantu Belia dan Sukan Gred S1, panggilan Ujian Psikometrik dah diumumkan!

Jawatan: Pembantu Belia dan Sukan Gred S1
Lokasi: Semenanjung & Sarawak
Kementerian: Kementerian Belia dan Sukan
Tarikh Ujian: 7 Julai 2026

Kekosongan: 16
Semenanjung: 9
Sarawak: 7

Simpanan: 50
Semenanjung: 25
Sarawak: 25

Ujian psikometrik ini bukan sekadar pilih jawapan ikut rasa hati.

Antara teras yang boleh dinilai:

Integriti dan amanah
Disiplin kerja
Tanggungjawab
Komunikasi dengan belia dan masyarakat
Kerjasama pasukan
Semangat kerja dan daya tahan
Kematangan emosi

Contoh soalan:

“Saya suka membantu menjayakan program walaupun tugasan yang diberi kelihatan kecil.”


Cadangan jawapan: Setuju

Sebab jawapan ini menunjukkan calon tidak memilih tugas dan boleh bekerjasama dalam menjayakan program.

Contoh soalan kedua:

“Saya mudah berputus asa apabila aktiviti yang dirancang tidak mendapat sambutan.”


Cadangan jawapan: Tidak Setuju

Sebab calon perlu ada semangat kerja, daya tahan dan kemampuan mencari penyelesaian apabila berdepan cabaran.

Tips ringkas:

Jangan jawab ikut rasa hati semata-mata. Fahami nilai kerja yang diperlukan seperti disiplin, kerjasama, komunikasi dan komitmen terhadap program belia dan sukan.

Untuk bantu persediaan, boleh dapatkan Rujukan Ujian Psikometrik 2026 di sini:
👉 https://bantuankerjaya.com/tempahrujukanpsikometrik/

Semoga berjaya calon Pembantu Belia dan Sukan S1.
[EP2] TIPS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN: Ceritakan Tentang Diri Anda

Soalan temuduga yang nampak mudah tapi ramai calon tersangkut:

“Ceritakan tentang diri anda.”


Untuk temuduga Latihan Separa Perubatan, jawapan pengenalan diri kena ringkas, kemas dan relevan.

Fokus kepada:

Latar belakang pendidikan
Kekuatan diri
Minat terhadap bidang kesihatan
Sikap yang sesuai dengan kerja separa perubatan

Contoh jawapan:

“Nama saya ___, berumur ___ tahun dan mempunyai kelulusan ___. Saya seorang yang berdisiplin, mudah belajar dan berminat dalam bidang kesihatan. Saya melihat Latihan Separa Perubatan sebagai peluang untuk saya membina kerjaya yang memberi manfaat kepada masyarakat.”


Tips penting:

Jangan jawab terlalu santai sampai nampak tidak yakin.

Contoh yang kurang sesuai:

“Saya ni biasa-biasa saja, tak ada apa sangat.”


Merendah diri itu bagus, tapi jangan sampai panel tak nampak potensi anda.

Untuk bantu calon lebih bersedia, boleh dapatkan Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan.

Dalam pakej ini ada simulasi temuduga, ebook keyakinan diri, template resume, soalan umum dan soalan khusus mengikut 10 latihan separa perubatan.

📲 Link rujukan:
👉 https://semakan.info/tim/temuduga-u29/30
[EP3] TIPS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN: Jangan Jawab Macam Sembang Kedai Mamak

Temuduga Latihan Separa Perubatan bukan sesi sembang kedai mamak. 😅

Kalau panel tanya:

“Apakah cabaran dalam bidang separa perubatan?”


Jangan jawab terlalu santai seperti:

“Cabaran dia mungkin kena bangun pagi kot.”


Jawapan calon perlu nampak matang.

Antara cabaran bidang separa perubatan:

Berdepan pesakit pelbagai keadaan
Tekanan kerja
Tugasan yang memerlukan ketelitian
Perlu ikut arahan dan prosedur
Komunikasi dengan pesakit dan pasukan kesihatan

Contoh jawapan:

“Antara cabaran dalam bidang separa perubatan ialah perlu berdepan pesakit dalam pelbagai keadaan, bekerja dengan disiplin tinggi dan memastikan setiap tindakan mengikut prosedur. Saya percaya cabaran ini memerlukan kesabaran, ketahanan emosi dan sikap bertanggungjawab.”


Panel suka calon yang faham cabaran, bukan calon yang nampak terlalu blur.

Kalau nak bantu diri lebih bersedia, boleh dapatkan Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan.

Pakej ini mengandungi:

Simulasi Temuduga Separa Perubatan
Ebook Tingkatkan Keyakinan Diri
1 Template Resume
Soalan umum & khusus mengikut 10 latihan separa perubatan

📲 Link rujukan:
👉 https://semakan.info/tim/temuduga-u29/30
[BAB 1] TIPS EXAM PEMBANTU BELIA DAN SUKAN: Jangan Jawab Psikometrik Ikut Rasa Hati Semata-mata

Calon Pembantu Belia dan Sukan S1, jangan jawab psikometrik ikut mood.

Kalau mood tengah semangat, semua jawab Sangat Setuju.

Kalau mood tengah lapar, semua rasa Tidak Setuju. 😅

Contoh soalan:

“Saya mudah hilang semangat apabila tugasan yang diberi memerlukan pergerakan luar pejabat.”


Cadangan jawapan: Tidak Setuju

Sebab jawatan ini boleh melibatkan aktiviti luar, program belia, sukan dan kerja lapangan.

Nak buat latihan contoh soalan psikometrik?

Dapatkan rujukan di sini:
👉 https://bantuankerjaya.com/tempahrujukanpsikometrik/
[EP4] TIPS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN: Contoh Soalan Tentang Minat Bidang Kesihatan

Contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan:

“Kenapa anda memilih bidang kesihatan?”


Jawapan yang terlalu umum:

“Sebab bidang kesihatan bagus.”


Jawapan ini tidak salah, tapi kurang kuat.

Contoh jawapan lebih baik:

“Saya memilih bidang kesihatan kerana bidang ini memberi peluang untuk saya berkhidmat secara langsung kepada masyarakat. Saya juga tertarik dengan kerjaya yang memerlukan disiplin, empati, ketahanan diri dan kemahiran komunikasi.”


Boleh tambah:

“Saya faham bidang ini bukan mudah, tetapi saya bersedia untuk belajar, mengikuti latihan dan memperbaiki diri supaya mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.”


Tips:

Jangan jawab seolah-olah bidang ini pilihan terakhir.

Elakkan jawapan seperti:

“Saya mohon sebab tak dapat bidang lain.”


Kalau anda belum tahu nak susun jawapan, boleh gunakan Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan.

Dalam rujukan ini ada:

Pengenalan separa perubatan
Kriteria yang dinilai panel
Soal jawab umum
Soalan khusus mengikut 10 latihan
Simulasi temuduga
Ebook keyakinan diri
Template resume

📲 Dapatkan di sini:
https://semakan.info/tim/temuduga-u29/30
[BAB 2] TIPS EXAM PEMBANTU BELIA DAN SUKAN: Teras Disiplin & Tanggungjawab

Teras penting untuk Pembantu Belia dan Sukan S1 ialah disiplin dan tanggungjawab.

Contoh soalan:

“Saya akan menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun tugasan itu kelihatan kecil dan kurang penting.”


Cadangan jawapan: Setuju / Sangat Setuju

Sebab tugasan kecil pun tetap amanah. Dalam program belia dan sukan, perkara kecil boleh beri kesan besar.

Nak contoh soalan dan teknik jawab psikometrik?

Dapatkan rujukan di sini:
👉 https://bantuankerjaya.com/tempahrujukanpsikometrik/
[BAB 3] TIPS EXAM PEMBANTU BELIA DAN SUKAN: Jangan Terlalu Perfect

Jangan jawab psikometrik terlalu perfect.

Contoh soalan:

“Saya tidak pernah berasa tertekan walaupun diberi banyak tugasan dalam satu masa.”


Cadangan jawapan: Tidak Setuju

Sebab manusia normal boleh rasa tertekan. Yang penting ialah cara kita kawal tekanan dan tetap siapkan kerja.

Hati-hati dengan ayat seperti “tidak pernah”, “sentiasa”, “langsung tidak” dan “semua orang”.

Nak belajar cara jawab soalan perangkap psikometrik?

Dapatkan rujukan di sini:
👉 https://bantuankerjaya.com/tempahrujukanpsikometrik/
[BAB 4] TIPS EXAM PEMBANTU BELIA DAN SUKAN: Teras Kerjasama Pasukan

Teras penting Pembantu Belia dan Sukan S1 ialah kerjasama pasukan.

Contoh soalan:

“Saya lebih suka membuat semua kerja sendiri kerana orang lain biasanya menyusahkan.”


Cadangan jawapan: Tidak Setuju

Sebab jawapan itu boleh menunjukkan calon sukar bekerja dalam pasukan.

Program belia dan sukan biasanya melibatkan ramai orang. Jadi calon perlu boleh bekerjasama, menerima arahan dan membantu pasukan.

Nak latihan psikometrik?

Dapatkan rujukan di sini:
📲 https://bantuankerjaya.com/tempahrujukanpsikometrik/
[BAB 5] TIPS EXAM PEMBANTU BELIA DAN SUKAN: Komunikasi Dengan Belia & Orang Awam

Komunikasi penting untuk calon Pembantu Belia dan Sukan S1.

Contoh soalan:

“Saya mudah berasa terganggu apabila orang bertanya perkara yang sama berulang kali.”


Cadangan jawapan: Tidak Setuju

Sebab dalam program belia dan sukan, anda mungkin berurusan dengan peserta, komuniti dan orang awam.

Calon perlu sabar, jelas dan profesional.

Nak rujukan contoh soalan psikometrik?

Dapatkan di sini:
👉 https://bantuankerjaya.com/tempahrujukanpsikometrik/
[BAB 6] TIPS EXAM PEMBANTU BELIA DAN SUKAN: Jangan Masuk Exam Dengan Kepala Kosong

Calon Pembantu Belia dan Sukan S1, jangan masuk exam psikometrik dengan kepala kosong.

Kesilapan biasa calon:

Jawab ikut mood
Jawab terlalu perfect
Tak faham ayat songsang
Tidak konsisten
Tak tahu teras penilaian
Ambil mudah sebab nampak macam soalan biasa

Dalam rujukan psikometrik ada contoh soalan, cadangan jawapan, huraian dan teknik menjawab.

Dapatkan rujukan di sini:
👉 https://bantuankerjaya.com/tempahrujukanpsikometrik/
[BAB 7 (Terakhir)] TIPS EXAM PEMBANTU BELIA DAN SUKAN: Jangan Tunggu Saat Akhir Baru Nak Study

Last call untuk calon Pembantu Belia dan Sukan S1.

Kalau exam semakin hampir, jangan tunggu saat akhir baru nak cari contoh soalan.

Semak semula:

Teras penilaian
Contoh soalan biasa
Soalan ayat songsang
Cara jawab soalan emosi
Cara elak jawapan terlalu perfect
Cara kekal konsisten

Contoh soalan:

“Saya sanggup membantu rakan pasukan walaupun tugasan saya sendiri sudah selesai.”


Cadangan jawapan: Setuju / Sangat Setuju

Sebab ini menunjukkan semangat pasukan dan sikap membantu.

Nak buat persediaan akhir?

Dapatkan rujukan psikometrik di sini:
📲 https://bantuankerjaya.com/tempahrujukanpsikometrik/

Masuk exam dengan usaha, bukan sekadar harap nasib.
[EP5] TIPS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN: Temuduga Dah Dekat, Jangan Baru Nak Panic

Kalau temuduga Latihan Separa Perubatan dah dekat, ini bukan masa untuk “nanti saya tengok la”.

Ini masa untuk:

Susun jawapan
Faham bidang
Latih bercakap
Semak resume
Buat latihan soalan temuduga

Contoh soalan:

“Apa yang anda faham tentang Latihan Separa Perubatan?”


Contoh jawapan:

“Latihan Separa Perubatan merupakan latihan yang disediakan untuk melahirkan tenaga kerja kesihatan yang terlatih dalam bidang tertentu. Latihan ini penting kerana graduan akan terlibat dalam perkhidmatan kesihatan dan membantu kelancaran rawatan serta penjagaan pesakit.”


Elakkan jawapan terlalu pendek seperti:

“Latihan untuk kerja hospital.”


Jawapan begitu nampak kurang persediaan.

Calon yang bersedia biasanya lebih tenang semasa temuduga.

Bukan sebab tahu semua soalan, tapi sebab sudah biasa susun jawapan.

Untuk bantu persediaan, boleh dapatkan Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan.

Pakej mengandungi:

Simulasi Temuduga
Ebook Tingkatkan Keyakinan Diri
Template Resume
Soalan umum & khusus mengikut 10 latihan separa perubatan

📲 Link rujukan:
https://semakan.info/tim/temuduga-u29/30
[HARI PERTAMA] PERSEDIAAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Kalau anda ada temuduga SPA dalam masa terdekat, hari pertama persediaan jangan terus hafal skrip jawapan semata-mata.

Mula dahulu dengan faham 3 perkara asas:

1. Jawatan yang anda pohon
2. Skop tugas jawatan tersebut
3. Kementerian atau jabatan yang terlibat

Ramai calon gagal bukan sebab mereka tidak pandai bercakap. Tapi sebab bila panel tanya soalan asas, mereka mula tergagap-gagap.

Contohnya panel tanya:

“Cuba terangkan tugas jawatan ini.”


Nampak macam soalan mudah, tetapi ramai calon beri jawapan terlalu umum seperti:

“Jawatan ini membantu jabatan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan.”


Jawapan begini terlalu selamat dan tidak cukup menunjukkan kefahaman anda.

Hari pertama ini, cuba buat 3 perkara:

Baca maklumat jawatan
Faham fungsi jabatan
Tulis 5 sebab kenapa anda sesuai untuk jawatan tersebut

Tak perlu terus jadi pakar. Tetapi sekurang-kurangnya bila panel bertanya, anda nampak bersedia.

Dalam Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan, ada diterangkan perkara penting yang calon perlu buat sebelum hadir temuduga, termasuk 4 tindakan penting sebelum temuduga supaya persediaan anda tidak tempang.

Ini bukan masa untuk cuba nasib. Ini masa untuk susun strategi.

📌 Dapatkan Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di sini:
https://semakan.info/tim/temuduga-kerajaan/30

Temuduga bukan sekadar jawab soalan. Temuduga ialah peluang untuk buktikan anda memang layak dipilih.
[HARI KEDUA] PERSEDIAAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN: Pakaian Pun Boleh Bagi Markah Percuma

Hari kedua persediaan temuduga SPA, kita bincang satu perkara yang nampak kecil tetapi sebenarnya boleh beri kesan besar, iaitu pakaian.

Ya, pakaian.

Kadang calon sudah hafal jawapan cantik, tetapi penampilan pula nampak macam nak pergi beli roti canai pagi Ahad. Panel belum tanya soalan, tetapi first impression sudah mula terbentuk.

Dalam temuduga kerajaan, pakaian menunjukkan kematangan, kesungguhan, disiplin, hormat kepada panel dan kesediaan untuk masuk dunia kerja.

Sebab itu jangan ambil ringan.

Untuk lelaki, pastikan pakaian kemas seperti kemeja formal, seluar slack, kasut bertutup dan rambut tersusun.

Untuk wanita pula, boleh pakai baju formal, baju kurung atau pakaian sopan yang sesuai. Pastikan tudung kemas jika bertudung, kasut sesuai dan elakkan aksesori yang terlalu berlebihan.

Biar panel nampak anda calon kerja kerajaan, bukan calon photoshoot raya.

Dalam Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan, ada dibincangkan bagaimana pakaian tertentu boleh membantu calon nampak lebih bersedia. Bahkan ada perkongsian tentang bagaimana penampilan yang betul boleh membantu calon mendapatkan markah percuma.

Nampak kecil, tetapi dalam temuduga, perkara kecil pun boleh jadi pembeza.

Jangan tunggu malam sebelum temuduga baru cari baju. Nanti baju tak gosok, kasut hilang sebelah, fail dokumen pula entah ke mana.

Persediaan awal boleh kurangkan panik.

📌 Dapatkan Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di sini:
https://semakan.info/tim/temuduga-kerajaan/30
[HARI KETIGA] PERSEDIAAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN: Latih Cara Bercakap, bukan hafal

Hari ketiga persediaan temuduga SPA adalah tentang cara bercakap.

Ramai calon terlalu fokus hafal jawapan sampai bila bercakap, bunyinya macam robot baca skrip.

Panel bukan nak dengar calon hafal karangan. Panel nak tengok cara anda berfikir, menyusun ayat dan menjawab dengan yakin.

Antara kesilapan biasa calon ialah jawab terlalu pendek, jawab terlalu panjang, meleret sampai panel hilang fokus, guna ayat terlalu skema dan terus panik bila soalan berubah sedikit.

Jawapan yang baik biasanya ringkas, jelas dan ada isi.

Contohnya soalan:

“Ceritakan tentang diri anda.”


Jawapan yang terlalu lemah:

“Nama saya Ahmad. Umur 25 tahun. Tinggal di Selangor. Saya suka bekerja.”


Jawapan yang lebih baik ialah jawapan yang memperkenalkan diri, menyebut latar belakang pendidikan, pengalaman berkaitan, kekuatan diri dan mengaitkan semua itu dengan jawatan yang dipohon.

Latihan mudah untuk hari ini:

Ambil telefon dan rakam diri anda menjawab 3 soalan ini:

Ceritakan tentang diri anda
Kenapa anda mohon jawatan ini?
Kenapa kami patut pilih anda?

Selepas rakam, dengar semula.

Kalau diri sendiri pun rasa mengantuk dengar jawapan sendiri, panel mungkin rasa perkara yang sama.

Dalam Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan, ada panduan bagaimana melatih diri supaya lebih hebat berkata-kata di hadapan panel penemuduga.

Bukan semua orang lahir-lahir terus pandai bercakap. Tetapi semua orang boleh berlatih.

📌 Dapatkan Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di sini:
https://semakan.info/tim/temuduga-kerajaan/30
[HARI KEEMPAT] PERSEDIAAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN: Soalan Killer

Hari keempat persediaan temuduga SPA, kita masuk bab soalan killer.

Antara soalan yang biasa buat calon tersangkut ialah:

“Kenapa kami patut pilih anda bagi jawatan ini?”


Soalan ini nampak mudah, tetapi kalau jawab ikut spontan semata-mata, boleh jadi bahaya.

Contoh jawapan yang kurang kuat:

“Sebab saya rajin dan saya perlukan kerja.”


Panel faham semua calon perlukan kerja. Tetapi panel nak tahu kenapa anda sesuai untuk jawatan itu, bukan sekadar kenapa anda perlukan gaji.

Gaji semua orang nak. Panel pun tahu.

Jawapan yang lebih baik perlu ada 3 elemen:

Kekuatan diri
Kaitan dengan jawatan
Nilai yang anda boleh beri kepada organisasi

Contoh rangka jawapan:

“Saya percaya saya sesuai kerana saya mempunyai disiplin kerja yang baik, mudah belajar perkara baharu dan mampu bekerja dalam pasukan. Saya juga faham jawatan ini memerlukan tanggungjawab, ketelitian dan komitmen kepada perkhidmatan awam.”


Antara soalan killer lain yang calon patut bersedia ialah:

Apa kelemahan anda?
Kenapa mohon kerja kerajaan?
Apa yang anda tahu tentang jabatan ini?
Bagaimana anda kendalikan tekanan kerja?
Apa akan jadi jika anda tidak dipilih?

Jangan tunggu panel tanya baru nak fikir. Masa itu otak biasanya terus buffering.

Dalam Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan, ada dibincangkan soalan-soalan killer dan cara menjawab dengan lebih tersusun.

Temuduga bukan tempat untuk jawab apa yang terlintas sahaja. Temuduga ialah tempat untuk tunjuk anda calon yang bersedia.

📌 Dapatkan Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di sini:
https://semakan.info/tim/temuduga-kerajaan/30
[HARI KELIMA] PERSEDIAAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN: Takut Soalan Bahasa Inggeris?

Hari kelima persediaan temuduga SPA, kita bincang tentang soalan Bahasa Inggeris.

Ramai calon mula cuak bila panel tanya:

“Can you introduce yourself in English?”


Terus rasa macam nak minta izin keluar beli air kejap.

Tenang.

Panel biasanya bukan nak cari guru grammar. Panel nak tengok keyakinan dan kemampuan komunikasi asas anda.

Antara kesilapan calon bila menjawab soalan Bahasa Inggeris ialah terlalu takut salah grammar, berhenti terlalu lama, jawab terlalu pendek, campur BM terlalu banyak dan hilang keyakinan walaupun soalan mudah.

Yang penting, jawab dengan ayat mudah dan jelas.

Contohnya:

“My name is Ahmad. I graduated in Business Administration. I am interested in this position because I believe I can contribute through my communication skills, discipline and willingness to learn.”


Simple, tetapi jelas.

Lebih baik guna ayat mudah tetapi lancar, berbanding ayat canggih tetapi sangkut setiap 3 patah perkataan.

Latihan hari ini:

Sediakan jawapan Bahasa Inggeris untuk 3 soalan ini:

Tell me about yourself
Why do you apply for this position?
What is your strength?

Latih 5 hingga 10 minit sehari. Yang penting konsisten.

Bahasa Inggeris untuk temuduga boleh dilatih. Jangan tunggu panel tanya baru mula teringat lagu ABC.

Dalam Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan, ada panduan khas untuk calon yang cuak disoal dalam Bahasa Inggeris. Anda akan belajar cara kuasai asas Bahasa Inggeris khusus untuk temuduga dalam masa singkat.

📌 Dapatkan Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di sini:
https://semakan.info/tim/temuduga-kerajaan/30