Kolej Yayasan Pelajaran Johor
563 subscribers
1.5K photos
9 videos
2 files
308 links
Info terkini daripada KYPJ
Download Telegram
#KYPJinfo | TABUNG AMANAH KPYPJ disalurkan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan bagi kelangsungan pembelajaran di kolej-kolej di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ.
.
Bantuan yang diberikan merupakan BANTUAN SARA DIRI bernilai RM500.00/semester dan KEPERLUAN PENGAJIAN bernilai RM200.00/semester. Terdapat juga bantuan dari segi KOS RAWATAN dengan nilai tidak melebihi RM500.00.
.
Bantuan perlu dimohon setiap semester apabila permohonan dibuka. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar KYPJ : 013-755 6348 (Cik Fiqa)
.
#TabungAmanah #KPYPJ #KYPJ #KKJ #B40
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tuan Haji Mahadon Bin Marnin (Pengurus Besar YPJ merangkap Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Pendidikan YPJ) yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 Disember 2021 (Khamis) bersamaan 11 Jamadilawal 1443H.
.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi ujian Allah. Al-Fatihah.
.
#SalamTakziah #YPJ #KPYPJ #KYPJ
TAHNIAH diucapkan kepada semua para graduan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) dan Kolej Kemahiran Johor (KKJ) atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran sepanjang mengharungi pengajian masing-masing.
.
Syabas dan tahniah juga kepada ibu bapa dan ahli keluarga kerana sokongan dan dorongan yang telah diberikan kepada para graduan sehingga mereka berjaya melakar sejarah peribadi ini dalam hidup mereka.
.
Tidak lupa penghargaan kepada barisan pensyarah, pengajar dan pembimbing yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam mencurah ilmu dan mendidik para graduan sehingga berjaya.
.
Tahniah!
.
#Konvo #KPYPJ #KYPJ #KKJ #Tahniah
Nantikan acara yang paling dinanti-nantikan. #AkanDatang #MajlisKonvokesyen #KPYPJ
#KonvoKPYPJ2023 | 𝗙𝗘𝗦𝗞𝗢! 𝗙𝗘𝗦𝗞𝗢! 𝗙𝗘𝗦𝗞𝗢! 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 🔥
.
Festival Konvokesyen (FESKO) KYPJ sempena Majlis Konvokesyen KPYPJ Ke-24 akan berlangsung selama 2 hari pada 13 hingga 14 Oktober 2023 bertempat di perkarangan parkir Blok E, Kolej Yayasan Pelajaran Johor. 🎉🎉
.
Pelbagai jualan dan aktiviti-aktiviti menarik bakal mencetuskan gelombang kegembiraan buat para pengunjung. Festival kali ini terbuka kepada orang ramai untuk bersama-masa memeriahkan lagi suasana. Jom lah ajak kawan-kawan dan keluarga untuk datang dan meriahkan FESKO 2023 KPYPJ! 🎉🎉
.
#FESKOKPYPJ2023 #kpypj #kypj #kkj
#VARIOUSCULTURE
#FESKO2023 | 𝗦𝗔𝗟𝗦𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗦𝗘𝗜 𝗕𝗥𝗢𝗢𝗞𝗟𝗬𝗡! 🔥
.
Nak sihat?? Tapi dalam masa yang sama nak FUN FUN?? 💪
.
Rasai pengalaman SALSATION yang diinspirasikan daripada pelbagai jenis budaya, tarian serta program kecergasan yang berbeza seperti Latin Aerobics, Aerolatin, Zumba dan banyak lagi.
.
Jom sertai aktiviti Salsation bersama SEI Brooklyn di pentas utama FESKO KYPJ 2023 pada 13 Oktober 2023 (Jumaat), jam 9.00 pagi. Semua dijemput untuk turut serta merasai kehebatan Salsation tak kira pelajar, staf mahupun orang ramai. Pendaftaran adalah PERCUMA! Ayuh! Usah lepaskan peluang ini.
.
Klik link di bawah untuk pendaftaran : https://bit.ly/feskosalsation
.
.
#FESKOKPYPJ2023 #kpypj #kypj #kkj
#VARIOUSCULTURE
#KonvoKPYPJ2023 | 𝗙𝗘𝗦𝗞𝗢! 𝗙𝗘𝗦𝗞𝗢! 𝗙𝗘𝗦𝗞𝗢! 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 🔥
.
Festival Konvokesyen (FESKO) KYPJ sempena Majlis Konvokesyen KPYPJ Ke-24 akan berlangsung selama 2 hari pada 13 hingga 14 Oktober 2023 bertempat di perkarangan parkir Blok E, Kolej Yayasan Pelajaran Johor. 🎉🎉
.
Pelbagai jualan dan aktiviti-aktiviti menarik bakal mencetuskan gelombang kegembiraan buat para pengunjung. Festival kali ini terbuka kepada orang ramai untuk bersama-masa memeriahkan lagi suasana. Jom lah ajak kawan-kawan dan keluarga untuk datang dan meriahkan FESKO 2023 KPYPJ! 🎉🎉
.
#FESKOKPYPJ2023 #kpypj #kypj #kkj
#VARIOUSCULTURE
#FESKO2023 | 𝗭𝗘𝗥𝗢 𝗧𝗢 𝗕𝗔𝗦𝗜𝗖 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗚𝗥𝗢𝗢𝗠𝗜𝗡𝗚 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗠𝗔𝗥𝗬 𝗞𝗔𝗬 💄
.
Nak cantik tak? Kalau nak kena rajin! 😍 Jom belajar dengan pakar kecantikan Mary Kay secara percuma! Kenali jenis kulit sendiri, belajar cara penjagaan muka yang betul, produk yang sesuai dengan kulit, basic makeup dan banyak lagi aktiviti menarik.
.
Semua pelajar, warga kerja dan orang ramai dijemput untuk turut serta dalam Skincare Class with Mary Kay Beauty Consultants pada 14 Oktober 2023 (Sabtu), jam 9 hingga 11.00 pagi bertempat di DK4, Blok C KYPJ. Penyertaan adalah PERCUMA! Ayuh! Usah lepaskan peluang ini.
.
Hubungi Miss Farah 012-7025442.
.
.
#FESKOKPYPJ2023 #kpypj #kypj #kkj
#VARIOUSCULTURE
*Orang Muda Johor!*
.
Temui Team Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) dan Kolej Kemahiran Johor (KKJ) yang akan membuka booth pameran serta sesi konsultansi dan beramah mesra di program Johor Youth Meet-Up By OMJ. Kami akan menjawab segala persoalan anda berkaitan peluang sambung belajar di KYPJ dan KKJ. Ibu bapa dan lepasan SPM, jangan lepaskan peluang ini. Kami akan berada di 'booth' Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) ya!
.
Jom hadir beramai-ramai ke Kompleks Sukan Educity pada Ahad, 9 Jun 2024 ini bermula 8.00 pagi hingga 6.45 petang. Banyak aktiviti menarik disediakan seperti persembahan artis tempatan, pertandingan e-sports, pameran 'autoshow' dan sesi 'meet and greet' dengan 'player' Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
.
'Save the date' dan jumpa anda di sana!
.
#JohorYouthMeetup #OrangMudaJohor #YPJ #KPYPJ #KYPJ #KKJ
Detik berkongsi kejayaan dan kegembiraan bakal tiba.
#majliskonvokesyen #kpypj #kypj #kkj
Bersama raikan detik-detik manis kejayaan menuntut ilmu!
#majliskonvokesyen #kpypj #kypj #kkj
Hari yang bakal menjadi memori indah
#majliskonvokesyen #kpypj #kypj #kkj
#KonvoInfo | Bakal-bakal graduan Majlis Konvokesyen KPYPJ Ke-25 boleh dapatkan maklumat terkini dari saluran Telegram rasmi konvo yang diwujudkan secara berasingan untuk graduan KYPJ dan graduan KKJ :
.
Telegram Graduan KYPJ: https://bit.ly/TelegramKonvoKYPJ
Telegram Graduan KKJ: https://bit.ly/TelegramKonvoKKJ
.
#majliskonvokesyen #kpypj #kypj #kkj
📣 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗞𝗘𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗬𝗣𝗝 𝗞𝗘-𝟮𝟱
.
SYABAS GRADUAN!
.
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen KPYPJ kali ke-25 melibatkan graduan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) dan Kolej Kemahiran Johor (KKJ) akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :
.
🎓 Tarikh : 𝟮 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨)
🎓 Tempat : 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
.
Portal Konvokesyen akan dilancarkan dalam masa terdekat untuk memudahkan urusan semakan nama dan pendaftaran graduan. Dapatkan maklumat terkini dari saluran Telegram rasmi konvo yang diwujudkan secara berasingan untuk graduan KYPJ dan graduan KKJ :
.
Telegram Graduan KYPJ: https://bit.ly/TelegramKonvoKYPJ
Telegram Graduan KKJ: https://bit.ly/TelegramKonvoKKJ
.
#majliskonvokesyen #kpypj #kypj #kkj
📣 𝗣𝗢𝗥𝗧𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗞𝗘𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗬𝗣𝗝 𝗞𝗘-𝟮𝟱
.
PERHATIAN UNTUK BAKAL GRADUAN
.
Layari portal rasmi konvokesyen : https://konvokesyen.kpypj.edu.my/ untuk semakan nama dan pengesahan kehadiran. Graduan juga boleh dapatkan informasi berkaitan majlis seperti etika pemakaian, penyewaan jubah, tertib acara majlis, panduan kepada ibu bapa & tetamu dan sebagainya.
.
#majliskonvokesyen #kpypj #kypj #kkj
🎓 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗞𝗘𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗞𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗬𝗣𝗝 𝗞𝗘-𝟮𝟱
.
Fakta dan angka yang anda perlu tahu tentang Majlis Konvokesyen KPYPJ ke-25 yang akan diadakan pada 2 November 2024 di Dewan Besar Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Jalan Kulai-Kota Tinggi, Johor.
.
PORTAL RASMI KONVOKESYEN : https://konvokesyen.kpypj.edu.my/
.
#faktadanangka #majliskonvokesyen #kpypj #kypj #kkj