KELANTAN RED​ WARRIOR FC (KRWFC)
1.62K subscribers
42 photos
7 videos
6 links
Download Telegram
SAYA PERCAYA IRFAN ADA PERANCANGAN KHUSUS - PRESIDEN.

Presiden Kelantan Red Warrior FC, Dato' Muhamad Zaki Harun percaya ketua jurulatih, Irfan Bakti mempunyai perancangan khusus bagi menghadapi dua perlawanan terakhir Liga A1 Semi Pro 2025/26 di Kota Bharu.

Menurut Dato' Muhamad Zaki, pengendali berpengalaman itu sudah tentu memiliki taktikal tersendiri kerana menyedari kepentingan dua perlawanan menentang Imigresen Football Club II pada 17 Mei dan Bunga Raya FC (23 Mei) sekaligus menamatkan saingan di kedudukan sekarang atau lebih baik.

"Melihat pada kepentingan perlawanan, saya lihat Irfan jelas memahami bahawa dua pertemuan itu nanti memang kami tidak boleh tercicir mata. Saya yakin beliau sedang merancang dan akan melaksanakan taktikal terbaik supaya kita keluar dengan tiga mata penuh".

"Imigresen FC pada pusingan pertama telah mencicirkan mata kami tetapi bagi aksi ini kekecewaan itu tidak boleh berulang kerana sasaran kita ialah mengakhiri saingan Liga A1 Semi Pro pada kedudukan sekarang atau lebih baik".

Sementara itu, ditanya hasrat utama beliau kepada semua penyokong Red Warrior, Dato' Muhamad Zaki menyeru semua lapisan rakyat Kelantan supaya hadir memberikan sokongan penuh kepada pasukan pada dua perlawanan terakhir itu nanti.

"Kelantan Red Warrior dibina dengan satu semangat untuk mencipta sebuah kelab atau pasukan yang rakyat Kelantan boleh banggakan".

"Kami mungkin masih muda sebagai sebuah kelab tetapi semangat perjuangan, disiplin, cita-cita yang dibawa sangat besar. Setiap sokongan membawa makna besar kwpada pihak penguruaan dan juga pemain. Kehadiran penyokong bukan sekadar memenuhi kerusi tempat duduk stadium tetapi menjadi kekuatan kepada kami sekaligus menghidupkan suasana perlawanan".

" Saya seru seluruh rakyat Kelantan dan penyokomg bola sepak Kelantan untuk hadir ke stadium dengan memakai jersi atau baju warna kebanggaan kita dan bersama-sama mencipta malam istimewa buat Kelantan Red Warrior FC", katanya.

#NextMatch #IFCIIvKRW
#KRWFC #KELANTANREDWARRIOR
#NaskenCoffee #Warrix #EkspressPerdana #AmarAmran #BardGym #EmpayarJersi
#RoyalGuestHouse #SmartAutocareGarage
#NidGolok #PSHJayaConstruction
#LigaA1 #BolaKelantan #Revolusi
13🔥1
Selamat Hari Lahir Bos Nazif.

Kepimpinan kelab, pengurusan pasukan, pegawai, kejurulatihan serta semua pemain Kelantan Red Warrior FC ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada Pemilik Kelab yang juga CEO Nasken Coffee, Mohd Nazif Ab Aziz.

Terima kasih atas segala usaha dan kepimpinan beliau untuk membolehkan kelab ini bergerak maju dari hari ke hari sehingga berada pada tahap sekarang.

Kami mendoakan semoga segala urusan beliau dipermudahkan, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T.

Aamiin Ya Rabb.

#KRWFC #KELANTANREDWARRIOR
#NaskenCoffee #Warrix #EkspressPerdana #AmarAmran #BardGym #EmpayarJersi
#RoyalGuestHouse #SmartAutocareGarage
#NidGolok #PSHJayaConstruction
#LigaA1 #BolaKelantan #Revolusi
🎉8🥰5
🏆 Man of The Match: Mbarga
17 Mei 2026 - Imigresen FC II vs Kelantan Red Warrior FC

🥇 Mbarga #24
███████░░░░░ 61% (105)
🥈 Arham #4
█░░░░░░░░░░░ 12% (20)
🥉 Shafiq Afifi #22
█░░░░░░░░░░░ 8% (13)
4. Muhammad #3
█░░░░░░░░░░░ 5% (9)
5. Faiz Nasir #18
█░░░░░░░░░░░ 5% (9)

── 173 Undian Sah ──
Undian Telah Ditutup

📊 Public scoreboard: motm.kelantanredwarrior.com
1
Golllll. Kencang rembatan Emmanuel Mbarga m30'. Terus ke penjuru bawah sebelah kiri Imigresen Football Club II.

Imigresen FC II 0-1 Kelantan Red Warrior FC
🔴 Emmanuel Mbarga m30'

#MatchDay #IFCIIvKRW
#KRWFC #KELANTANREDWARRIOR
#NaskenCoffee #Warrix #EkspressPerdana #AmarAmran #BardGym #EmpayarJersi
#RoyalGuestHouse #SmartAutocareGarage
#NidGolok #PSHJayaConstruction
#LigaA1 #BolaKelantan #Revolusi
15👍2
Kita masih menantikan perlawanan bermula. Bagi semua penyokong kami, anda boleh saksikan sambungan perlawanan eebentar lagi menerusi link yang kami berikan ini. Hadiah dari Bos Nazif sempena hari lahir beliau. Sama-sama ucap terima kasih dan doakan beliau agar terus dipermudahkan urusan, diberi kesihatan yang baik dan dalam lindungan Allah sentiasa. Aamiin Ya Rabb..

#MatchDay #IFCIIvKRW
#KRWFC #KELANTANREDWARRIOR
#NaskenCoffee #Warrix #EkspressPerdana #AmarAmran #BardGym #EmpayarJersi
#RoyalGuestHouse #SmartAutocareGarage
#NidGolok #PSHJayaConstruction
#LigaA1 #BolaKelantan #Revolusi
11
TIGA MATA LAGI JADI MILIK KRWFC.

Panas di Kota Bharu tetapi tiga mata penuh tetap milik Kelantan Red Warrior FC selepas berjaya menewaskan Imigresen Football Club II 1-0 dalam saingan Liga A1 Semi Pro 2025/26.

Perlawanan terpaksa ditunda lebih sejam sebaik babak kedua bermula kerana hujan lebat dan kilat namun gol kemenangan jaringan Emmanuel Mbarga pada minit ke-30 separuh masa pertama sudah cukup untuk memberikan skuad Irfan Bakti kemenangan keenam berturut-turut untuk mengukuhkan cengkaman di tangga keempat carta.

Permulaan babak pertama seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun peluang terbaik menjaringkan gol diperoleh Kelantan Red Warrior menerusi Fazli Ghazali pada minit ketujuh namun ketangkasan penjaga gol The Mighty Tigers, Mohd Izarul Adly menafikan sepakan jarak dekat diatas garisan gol.

Selepas itu perlawanan terus rancak sehinggalah berpunca dari tandukan Fazli Ghazali telah menemui Emmanuel Mbarga yang tenang melakukan satu lencongan ke penjuru bawah sebelah kiri untuk menggegarkan arena dengan sorakan gol lebih 3000 penyokong yang bertandang.

Imigresen FC turut memiliki peluang keemasan seminit sebelum perlawanan berakhir tetapi rembatan penyerang mereka berjaya ditampan pertahanan Kelantan Red Warrior untuk menutup tirai 45 minit babak pertama.

Sebaik aksi disamhung semula, hujan turun dengan lebat serta kilat menyebabkan perlawanan ditangguhkan buat sementara oleh pengadil perlawanan, Khairul Anwar.

Selepas lebih sejam tertangguh, perlawanan dimulakan dengan Red Warrior melancarkan beberapa serangan berbahaya menerusi tiga percubaan dari Pillip Dandada Musa dan Emmanuel Mbarga.

Imigresen tampak terpaksa bekerja keras diatas padang becak namun mereka bagaikan mendapat rentak pada pertengahan babak kedua apabila mengasak bertubi-tubi memaksa pertahanan Kelantan Red Warrior diketuai Arham dan Kuhammad bertungkus lumus membantu Shafiq Afifi.

Percubaan tepat dari Imigresen FC II diselamatkan dengan cemerlang Shafiq Afifi nanakala bentesan bersih Muhammad berjaya menggagalkan usaha Said Khamis melakukan percubaan.

Tiga minit masa tambahan, perlawanan bertukar tegang dengan aksi kejar mengejar sehingga memaksa dua kad merah dilayangkan buat pemain kedua-dua pasukan sekaligus menutup malam dengan kemenangan tanpa bolos buat Kelantan Red Warrior FC.

#MatchReport #IFCIIvKRW #FullTime
#KRWFC #KELANTANREDWARRIOR
#NaskenCoffee #Warrix #EkspressPerdana #AmarAmran #BardGym #EmpayarJersi
#RoyalGuestHouse #SmartAutocareGarage
#NidGolok #PSHJayaConstruction
#LigaA1 #BolaKelantan #Revolus
👍14🔥32
SEASON PASS 26/27
Anonymous Poll
95%
BERMINAT BELI AWAL
5%
TAK BERMINAT