KELANTAN RED​ WARRIOR FC (KRWFC)
1.53K subscribers
30 photos
6 videos
4 links
Download Telegram
Tutorial untuk akses page live streaming PPV 20 April 2026 KRWFC VS MCFC :

1. Pastikan anda sudah buat pembelian tiket PPV di - https://krw.bcl.my/form/live20april
2. ⁠Pastikan mendapat email selepas pembelian
3. ⁠Ke page ini - https://krw.bcl.my/content/LIMBRROF/access
4. Masukkan emel ataupun nombor telefon semasa pembelian
5. Klik pada button "Access Content"
6. Masukkan OTP menerusi emel, telefon ataupun WhatsApp
7. Page PPV live streaming 👍🏻
8. ⁠Join support group WhatsApp: https://chat.whatsapp.com/DxC3LpMkPfDCGV3iNKQKGC
1
Hari pertama jualan tiket atas talian (ONLINE) Kelantan Red Warrior FC menentang Armed Forces F.C. Nampaknya sambutan luar biasa dari pihak penyokong setelah jualan dibuka bermula jam 3.30 petang tadi. Alhamdulillah, ini yang kita.mahukan.

Ayuhhhh, kita MERAHKAN STADIUM KERAMAT, Sabtu ini. GOMO KELATE GOMO.

#NextMatch #KRWvAFFC
#KRWFC #KELANTANREDWARRIOR
#NaskenCoffee #Warrix #EkspressPerdana #AmarAmran #BardGym #EmpayarJersi
#RoyalGuestHouse #SmartAutocareGarage
#NidGolok #PSHJayaConstruction
#LigaA1 #BolaKelantan #Revolusi
4
Kemaskini hari kedua. Terima kasih yang sudah beli. Yang belum, apa tunggu lagi. Segera buat pembelian. Sabtu ni kita gegarkan STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV.

#NextMatch #KRWvAFFC
#KRWFC #KELANTANREDWARRIOR
#NaskenCoffee #Warrix #EkspressPerdana #AmarAmran #BardGym #EmpayarJersi
#RoyalGuestHouse #SmartAutocareGarage
#NidGolok #PSHJayaConstruction
#LigaA1 #BolaKelantan #Revolusi
🥰2
4 aksi terakhir Kelantan Red Warrior FC Liga A1 Semi Pro 2025/26. Tidak mudah tapi kami akan beri yang terbaik untuk mendapatkan keputusan yang kita inginkan.

GOMO KELATE GOMO

#KRWFC #KELANTANREDWARRIOR
#NaskenCoffee #Warrix #EkspressPerdana #AmarAmran #BardGym #EmpayarJersi
#RoyalGuestHouse #SmartAutocareGarage
#NidGolok #PSHJayaConstruction
#LigaA1 #BolaKelantan #Revolusi
KRWFC SAMBUT BAIK CADANGAN TMJ.

Kelantan Red Warrior FC menyambut baik dan mengambil serius cadangan yang dikemukakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung pelaksanaan model bayar untuk tontonan (pay-per-view) dalam usaha menjana pendapatan lebih menyeluruh kepada setiap kelab yang bersaing dalam saingan Liga Malaysia.

Bagi kami, cadangan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu cukup.menarik dan perlu diteliti oleh pihak Malaysian Football League (MFL) sekaligus dibincangkan dengan lebih serius bersama pemegang taruh yang lain.

Semalam, Tunku Ismail pada perbincangan meja bulat bersama MFL tampil menyerahkan kertas kerja setebal lima muka surat berkenaan pelan komprehensif bagi menangani kemelut kewangan menerusi cadangan pelaksanaan model itu dan lain-lain lagi.
1😁1
Ini kerana, pihak KRWFC sebenarnya telah melaksanakan model tontonan berbayar lebih awal dimana terbukti pendapatan yang diperoleh dapat menampung sebahagian kos operasi kelab setelah mendapat sokongan berterusan dari penyokong setia wira merah.

Lebih membanggakan, data kami menunjukkan purata 1000 penyokong membeli akses pada setiap perlawanan melibatkan KRWFC dalam saingan Liga A1 Semi Pro untuk musim 2025/26.

Jelas ia menjadi satu inisiatif yang dapat menjana pendapatan stabil kepada kelab malah mempunyai potensi besar untuk dikembangkan dengan lebih lanjut oleh MFL berdasarkan kertas kerja yang diberikan oleh Tunku Ismail.

Secara tidak langsung ia dapat mewujudkan hubungan lebih rapat antara kelab dan penyokong selaras dengan  hasrat “mengembalikan bola sepak kepada rakyat”,

Sehubungan dengan itu, KRWFC bersedia untuk bersama Tunku Ismail dan MFL bagi memperkukuh cadangan ini sebagai sebahagian daripada persediaan utama kelab untuk bersaing di peringkat lebih tinggi termasuk bwraksi di Liga Super pada masa hadapan.
👍5😁1
SUARA PENYOKONG PENENTU KEPUTUSAN

Di padang, pemain berjuang.
Di luar padang, penyokong menentukan.
Kini giliran anda.

📢 Undi Man Of The Match
📢 Suara anda diambil kira
📢 Setiap undian ada nilai

Sertai channel rasmi KRW sekarang.

Channel WhatsApp Rasmi KRW
https://whatsapp.com/channel/0029Vb73iCY9hXF1NSncN31u

Channel Telegram Rasmi KRW
https://t.me/krwfc

Jangan sekadar menyokong. Jadi sebahagian daripada keputusan.

BILA PENYOKONG BESUARA, KEPUTUSAN BERUBAH

#KRWFC #KELANTANREDWARRIOR
#NaskenCoffee #Warrix #EkspressPerdana #AmarAmran #BardGym #EmpayarJersi
#RoyalGuestHouse #SmartAutocareGarage
#NidGolok #PSHJayaConstruction
#LigaA1 #BolaKelantan #Revolusi
8😁1
3 Game ke depan.
Man Of the match akan dipengaruhi oleh undian di telegram rasmi KRW dan Whatsapp Channel Krw.
👍304
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video ini sekadar perkongsian perjalanan data sepanjang musim
dari 2 Ogos 2025 hingga 2 Mei 2026 . Setiap perlawanan direkodkan untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang perkembangan liga.

Dalam paparan ini, semua pasukan diwakili dengan warna putih.
Manakala merah dan kelabu diletakkan warna yang berbeza untuk memudahkan fokus kepada dua pasukan ini sepanjang musim.

Setakat hari ini, KRW berada di tangga ke-4.
Namun musim belum berakhir. 23 Mei 2026 akan menjadi penentu kepada kedudukan sebenar.

KRW FC berjuang dengan apa yang ada. Berbekalkan kebolehan, pemikiran yang positif dan semangat kesukanan yang tinggi.
Tiada yang perlu dibanggakan secara berlebihan, dan tiada juga yang perlu diperlekehkan.

Dalam bola sepak, angka hanya menunjukkan apa yang sudah berlaku.
Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita menutup perjalanan ini.

Dulu ketika jadi pasukan pelawat, 6-0 jadi saksi.
Kali ni apa kesudahannya ketika jadi pasukan tuan rumah.
👍2615🔥9👏1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pemain kami menanti kehadiran anda untuk aksi Kelantan Derby. Jika anda Wira Merah, ayuh sahut panggilan ini. Kita MERAHKAN dan GEGARKAN arena keramat kita.
38🔥10👍5
Gendang dibenarkan masuk agar kemeriahan perlawanan bola sepak terus dipertahankan di Stadium Sultan Muhammad IV. Lagi pula, dengan paluan gendang turut membuatkan kami menjaringkan gol terpantas di tempat lawan sepanjang musim serta menang besar tempoh hari. Bagaimanapun, kami melarang keras payung besar atau payung putu halba dibawa masuk kerana tidak enak dipandang. Kami beritahu lebih awal bukan sejam sebelum perlawanan supaya tidak tergesa:gesa pada saat akhir.

Pakatt turun ghama sekk kito. Kito wakkk gegeyyy dale stadium skali.. Ejahhh...
🤣46👍244😁2🔥1🤡1
KOPI HARGA RM6-00

Gilaaaaa. Kami bercadang nak minta Nasken Coffee buat promo kaw-kaw untuk 6 jenis air dengan harga RM6-00 segelas. Biasa Nasken Coffee yang paksa kami, KELANTAN DERBY ni kita yang paksa mereka jual tanda "SUPPORT" hari perlawanan. Ok tidak cadangan kami? Kenapa 6 jenis untuk RM6-00 segelas? Jangan tanya, k.
👍40😁65🔥3🤪2😈1
Pertemuan setempat sudah tiba. Hari ini, kedua-dua pasukan bakal berentap, bukan sahaja memburu tiga mata penuh tetapi demi satu impian menjadi RAJA DI KOTA BHARU. Kelab mana yang akan keluar dengan kemenangan atau hanya sekadar berkongsi mata, 90 minit di Stadium Sultan Muhammad IV, MALAM INI.

HADIRLAH JADI SAKSI.
15🔥5👍1
Kaunter tiket fizikal akan dibuka selepas solat Jumaat bermula jam 3.30 petang sehingga jam 8.30 malam di Kaunter perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Turut disertakan harga tiket untuk penbelian fizikal.

HADIRLAH JADI SAKSI.
🔥6