APA ITU NON-RESIDENT? 🏘
Non-Resident (NR) ditakrifkan sebagai mahasiswa UiTM yang tidak menetap atau tinggal di Kolej Kediaman. Oleh itu, mereka secara automatik akan bergelar pelajar NR kerana menetap di rumah sewa berdekatan kampus untuk meneruskan pengajian.
Merupakan tanggungjawab semua pelajar Non-Resident untuk menjaga nama baik UiTM dan menitikberatkan semangat kejiranan di dalam komuniti setempat.
#ApaituNonResident? #NR #NonResident

SITUASI PELAJAR NON-RESIDENT & JPNR SEMASA PERLAKSANAAN PKP/PKPB/PKPP 2020-2021
Seperti semua sedia maklum perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di negara kita telah memberikan kesan dalam kehidupan seharian kita. Dalam konteks mahasiswa UiTM sendiri, kita telah mula mengaplikasikan Online Distance Learning (ODL) dalam sesi pengkuliahan kita. Jumlah pelajar kolej & di rumah sewa telah berkurangan dengan kadar yang pesat kerana faktor-faktor tertentu.
Namun hal demikian, setiap sesi semester yang baharu, jumlah pelajar UiTM Kedah yang menetap di rumah sewa masih lagi ada walaupun jumlahnya tidak terlampau tinggi seperti sebelum PKP. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab JPNR untuk berkhidmat dan membantu pelajar NR dalam keadaan yang getir tersebut.
Pihak JPNR telah membantu dengan menjejaki keberadaan pelajar NR yang menetap di rumah sewa pada sepanjang semester tersebut melalui Borang Tinjauan Google Form yang dikeluarkan. Disamping itu, JPNR juga membantu dari segi dokumentasi dan memberikan panduan untuk pelajar NR melakukan pergerakan untuk pulang ke rumah sewa mahupun pulang ke rumah sendiri pada waktu-waktu tertentu seperti permulaan semester, cuti pertengahan semester, cuti akhir semester dan cuti perayaan berpandukan pada kebenaran Kementerian Pengajian Tinggi(KPT), UiTM & Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Selain itu, pihak UiTM juga ada membantu dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran pelajar pulang ke rumah masing-masing bertepatan dengan pelan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk memudahkan pergerakan pelajar IPT pada ketika itu.
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga menyediakan inisiatif Kiosk Prihatin untuk diberikan barangan keperluan kepada pelajar yang memerlukan.
Semasa perlaksaan PKP juga kebenaran keluar masuk kampus agak ketat bagi menjaga keselamatan pelajar di dalam kampus. Pelajar yang memilih untuk menjadi NR menetap di rumah sewa mungkin kerana faktor-faktor tertentu yang memaksa mereka mengharungi pelbagai prosedur yang rumit untuk kembali ke rumah sewa.
Walau bagaimanapun, pihak JPNR sentiasa akan membantu dan memantau serta membawa suara pelajar Non-Resident demi menjaga kebajikan mereka tidak kira apa jua situasi yang berlaku.
#NonResident #NR