Himpunan DOA
32.5K subscribers
2.5K photos
120 videos
1 file
22 links
Doa-Doa Daripada al-Quran & al-Hadis

Disusun & Dikumpul Daripada Pelbagai Sumber Rujukan. Saranan Berdoa Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya.
Download Telegram
Doa Berlindung Dari Lapar & Khianat

Ya Allah! sesungguhnya daku berlindung denganMu dari kelaparan kerana ia mencelakan tidur dan daku berlindung denganMu daripada khianat kerana ia seburuk-buruk kelakuan.

[HR. Abu Daud, (1547)]

@kitabdoa 📚📚📚
Ya Allah, dengan keberkatan pagi dan hari ini, ampunkanlah dosa dan kesalahan kami serta sucikan jiwa kami sebagaimana baju putih yang telah dibersihkan daripada segala kekotoran. Amin Ya Ghaffar, Ya Rabbal 'Alamin.

@kitabdoa 📚📚📚
Rasulullah S.A.W banyak ajarkan pelbagai sunnah kepada kita untuk elakkan bahaya di dunia dan akhirat.

Termasuk juga bahaya di sekeliling seperti makhluk jin. Jom amalkan membaca doa yang tertera setiap kali kita tanggalkan pakaian supaya aurat kita sentiasa terpelihara.

Moga kita sentiasa di dalam lindungan- Nya

@kitabdoa 📚📚📚
Doa Nabi Ibrahim

@kitabdoa 📚📚📚
سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

@kitabdoa 📚📚📚
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Semua anda semua dipermudahkan urusan harian terutamanya mereka yang ditimpa bencana

@kitabdoa 📚📚📚
Doa Memohon Syurga...

@kitabdoa 📚📚📚
Terdapat satu doa yang disebut sebagai "ummul doa" iaitu ibu kepada segala doa kerana doa ini merangkumi seluruh kebaikan di dunia dan menjauhkan dari semua keburukan.

Doa yang kerap dibacakan oleh Rasulullah SAW diajarkan oleh Allah SWT menerusi al-Quran yang menjadi mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW. Doa ini disebutkan dalam ayat 201, Surah al-Baqarah.

Luangkanlah sedikit masa untuk membaca doa seusai menunaikan solat, mudah-mudahan kita memperoleh kebaikan di dunia dan di akhirat, Insya-Allah.

@kitabdoa 📚📚📚
Semoga segala urusan kita dipermudahkan ❤️

@kitabdoa 📚📚📚
Aamiin Ya Allah

@kitabdoa 📚📚📚
Ya Allah, pada pagi ini kami memohon kepadaMu agar dijauhkan daripada segala keburukan terutamanya daripada sifat mazmumah dan pengakhiran hidup yang tidak baik iaitu mati dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat serta diazab di dalam kubur, Nauzubillahi min zalik.

@kitabdoa 📚📚📚
ZIKIR SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI

سبحان الله وبحمده

1. "Barangsiapa mengucapkan 'Subhanallahi wabihamdihi' (Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya) sehari 100 kali, maka kesalahan-kesalahannya akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan." (HR. Bukhari: 5926)

Status hadith: Sahih

2. "Rasulullah ﷺ bersabda: "Barangsiapa ketika pagi mengucapkan: "SUBHAANALLAHIL AZHIIM WA BIHAMDIHI (Maha Suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya) sebanyak seratus kali, dan ketika datang waktu petang juga melakukan seperti itu, maka tidak ada satu makhluk pun yang dapat menyamai apa yang ia lakukan." (HR. Abu Daud: 4427)

Status hadith: Sahih

3. "Rasulullah ﷺ bersabda: 'Barang siapa, ketika pagi dan petang, membaca doa; Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak seratus kali, maka pada hari kiamat tidak ada orang lain yang melebihi pahalanya kecuali orang yang juga pernah mengucapkan bacaan seperti itu atau lebih dan itu.'" (HR. Muslim: 4858)

Status hadith: Sahih

4. Pernah ditanya orang: 'Apakah ucapan zikir yang paling afdlal (utama), ya Rasulullah? ' Jawab beliau: 'Ucapan zikir yang dipilihkan Allah bagi para malaikat-Nya dan hamba-hamba-Nya, ialah; Subhanallahi wa bihamdihi.' (HR. Muslim: 4910)

Status hadith: Sahih

5. "Rasulullah ﷺ telah bersabda: 'Dua kalimat yang ringan diucapkan tetapi berat timbangannya dan disenangi oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala Yang Maha Pengasih iaitu, Subhanallahinwa bihamdihi subhaanallaahil azhim (Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan Maha Suci Allah Yang Maha Agung)." (HR. Muslim: 4860)

Status hadith: Sahih

@kitabdoa 📚📚📚
Bila kita dah hilang sesuatu nikmat tu baru kita sedar kan nikmat yang Allah bagi tu.

Padahal waktu ada tu tak pernah pun nak bersyukur.

Bersyukur la na dengan apa yang kita ada, doa banyak2 supaya Allah jauhkan kita semua dari hilangnnya nikmat yang dikurniakan sekarang ni.

@kitabdoa 📚📚📚
Beriman kepada Allah dan agama Islam adalah nikmat yang amat besar dan berharga.

Sentiasalah memohon kepada Allah SWT agar petunjuk iman tidak akan terpesong atau luntur.

Berdoalah disertai dengan azam untuk meningkatkan lagi amalan kita kepada-Nya serta teguh meninggalkan segala larangan.

Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk dan menjadi petunjuk ke arah kebaikan. Aamiin Ya Allah.

@kitabdoa 📚📚📚
DOA AGAR ALLAH TEMUKAN DENGAN ORANG SOLEH

Circle yang baik ni perlu sangat dalam kehidupan kita. Kalau belum ada cari la naa. Bila hidup dengan orang baik2 ni sama2 pakat nasihat dan tegur. Doa banyak2 naa moga Allah temukan kita semua dengan orang baik2 dan soleh.

@kitabdoa 📚📚📚
Aamiin ya Allah

@kitabdoa 📚📚📚
Semoga setiap perbuatan kita diiringi doa keberkatan, membawa sinar kebaikan dan membawa rahmat kepada hidup kita dan orang-orang di sekeliling kita. Aamiin 🤲

@kitabdoa 📚📚📚
Doa Nabi Musa 'Alaihissalam

رَبِّ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٌ

ROBBI INNII LIMAA ANZALTA ILAYYA MIN KHOIRIN FAQIIRUN

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat membutuhkan setiap kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku." (QS. Al-Qashas: 24)

@kitabdoa 📚📚📚
DOA SUPAYA TIDAK LAKUKAN PERKARA BURUK

Kita semua tak mau kan apa2 perkara buruk terjadi pada diri dan keluarga kita. Ni doa Nabi Lut kepada Allah SWT untuk selamatkan dirinya, keluarga dan pengikut2 dari perkara yang buruk. Amalkan naa.

@kitabdoa 📚📚📚
Keberkatan bukan bermakna mempunyai wang ringgit yang banyak, kereta mewah atau rumah besar, keberkatan itu dapat kita lihat apabila sesuatu yang sedikit tetapi sentiasa mencukupi bahkan kebaikannya berterusan umpama air yang sentiasa mengalir, memberi manfaat kepada semua.

Semoga semua yang membaca posting ini dikurniakan keberkatan dalam kehidupan dan dalam setiap apa juga perkara yang dilakukan, Insya-Allah.

@kitabdoa 📚📚📚