Sirah Nabawiyah
2.51K subscribers
129 photos
6 videos
19 files
23 links
Channel yang mengisahkan kehidupan Nabi Muhammad ﷺ, sunnah Baginda Nabi ﷺ, kelebihan Baginda Nabi ﷺ dan Syamaail Baginda Nabi ﷺ
Download Telegram
Ketika Nabi Muhammad ﷺ berumur 42 tahun


Part 1

📢DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN📢

🔥 Selepas Nabi ﷺ berdakwah secara sir (sembunyi) maka Allah perintah Nabi ﷺ untuk berdakwah secara Jahr (terang-terangan) seperti dalam firman Allah dalam al-Quran (surah al-Hijr, ayat 94).

🔥Nabi ﷺ setiap hari berdakwah di merata tempat di Mekah & ada mereka yang menerima Islam kerana mereka sudah muak hidup dalam jahiliah.

🔥Selepas turun wahyu Allah (surah as-Syu'ara, ayat 214), Nabi ﷺ memanggil keluarga terdekat seramai 45 orang dari Bani Hasyim & Bani Abdul Mutholib untuk beri peringatan. Abu Lahab memotong & mengganggu ucapan Nabi ﷺ. Abu Tholib menyambutnya walaupun belum menerimanya. Walaupun Abu Lahab marah dengan ajakan Nabi ﷺ, Abu Tholib memberi jaminan akan mempertahan & membela Nabi ﷺ.

BERDAKWAH DI BUKIT SAFA

🔥 Pada hari lain, Nabi ﷺ naik ke Bukit Safa (Bukit Safa biasa digunakan untuk mengumumkan sesuatu).

🔥Setelah menyeru satu2 nama kaum Quraisy, Nabi ﷺ menyeru kepada agama mentauhidkan Allah. Mereka yang hadir tidak memberi apa2 reaksi.

🔥Abu Lahab yang hadir mengeluarkan kata2 kasar kpd Nabi ﷺ. Allah menurunkan surah al-Lahab kerana peristiwa itu.

😡KUFFAR QURAISY MULA MENENTANG NABI MUHAMMAD ﷺ & MENYEKSA ORANG YANG MASUK ISLAM😡

🔥Peristiwa di Bukit Safa mula tersebar di seluruh Makkah.

🔥Nabi ﷺ & orang Islam mula mendapat tentangan drpd kuffar Quraisy.

🔥Kecintaan mereka kpd Nabi ﷺ bertukar kebencian, keakraban menjadi semakin renggang, kebenaran Nabi ﷺ dikatakan dusta & perbuatan Nabi ﷺ dijadikan ejekan.

🔥Nabi ﷺ tetap teruskan usaha dakwah walaupun mendapat tentangan.

🔥 Orang Musyrikin pertama kalinya berjumpa Abu Tholib untuk menasihatkan anak saudaranya (Nabi ﷺ) untuk menghentikan dakwah Nabi ﷺ ini.

💀PEMBESAR QURAISY YANG PALING KUAT MEMUSUHI DAKWAH NABI ﷺ💀

ABU JAHAL


🔥 Abu Jahal bercakap kasar & mengejek orang yang berkedudukan dalam masyarakat masuk Islam, Abu Jahal akan mengatakan mereka telah membelot agama nenek moyang kamu & tidak siuman.

🔥 Jika orang masuk Islam dari kalangan pedagang maka Abu Jahal berkata bahawa perdagangan kamu akan rugi, membinasakan & memusnahkan harta kamu.

🔥Jika di kalangan orang yang lemah memeluk Islam, Abu Jahal akan memukul & mengajak orang lain memukulnya.

ABU LAHAB


🔥 Abu Lahab menuduh Nabi ﷺ seorang pendusta, melempar batu kepada Nabi ﷺ sehingga berdarah tumit kaki Nabi ﷺ serta meminta kepada kedua2 anaknya yang mengahwini anak2 Nabi iaitu Ruqayyah & Ummu Kaltsum untuk bercerai.

'UQBAH BIN MU'ITH


🔥Pernah mencekek Nabi ﷺ yg sedang solat di Masjidil Haram.

🔥 Dia pernah meludah muka Nabi ﷺ.

🔥 Meletakkan kotoran unta di antara kedua2 bahu Nabi ﷺ ketika Nabi ﷺ sedang sujud. Kotoran itu terlalu banyak sehingga Nabi ﷺ tidak mampu untuk bangun dari sujud maka Saidatina Fatimah datang sambil menangis & membuang kotoran2 itu.

al-Walid bin al-Mughirah


🔥Menuduh Nabi ﷺ sebagai ahli sihir (surah al-Mudatstsir, ayat 11)

Tokoh Kuffar yang berjiran dengan Nabi ﷺ


🔥Ibn Ishaq berkata : "Mereka yang menyakiti Nabi ﷺ di rumah Nabi ﷺ ialah Abu Lahab, al-Hakam bin al-'Ash bin Umayyah, 'Uqbah bin Abi Mu'ith, 'Addi bin Hamra' ath-Thaqafi dan Ibnu al-Ashda' al-Huzali. Mereka adalah jiran Nabi ﷺ"

#kenalNabiﷺ
#cintaiNabiﷺ
Ketika Nabi Muhammad ﷺ berumur 42 tahun


Part 2

😡KEKASARAN YANG DILAKUKAN KUFFAR QURAISY TERHADAP NABI ﷺ😡

🔥Ubay Bin Khalaf menaburkan tulang belulang ke angin yg bertiup ke arah Nabi ﷺ.

🔥Umayyah bin Khalaf mengumpat & mencela Nabi ﷺ setiap kali jumpa Nabi ﷺ maka Allah turunkan ayat 1 dari surah al-Humazah.

🔥Nabi dilempar isi perut kambing ketika Nabi ﷺ sedang solat.

🔥Memasukan bangkai ke dalam periuk ketika Nabi ﷺ sedang memasak.

🔥Nabi ﷺ dituduh sebagai abtar (tidak mempunyai keturunan).

🔥Kuffar Quraisy bermesyuarat untuk mentohmah Nabi ﷺ.

😡KEKASARAN YANG DILAKUKAN KUFFAR QURAISY TERHADAP NABI ﷺ😡

🔥Zubair bin al-'Awwam berusia 16 tahun : tubuhnya dipukul bertubi-tubi sehingga dadanya dijangkiti penyakit.

🔥Usman bin Affan : digulung dalam tikar oleh bapa saudaranya lalu dipanggang dari bawah.

🔥Mush'ab bin 'Umair : dibiarkan kelaparan oleh ibunya kemudian diusir dari rumahnya.

🔥Shuhaib bin Sinan ar-Rumi : Diseksa hingga hilang ingatan dan tidak faham apa yang dikatakan olehnya.

📃TUNTUTAN QURAISY KEPADA NABI ﷺ SENDIRI📃

🔥Setelah semua bentuk penyeksaan & tentangan Kuffar Quraisy kpd Nabi ﷺ & sahabat tidak berhasil, mereka berjumpa terus dengan Nabi ﷺ.

🔥Mereka meminta persetujuan untuk sama2 menyembah tuhan masing2. Nabi ﷺ menyembah tuhan mereka manakala mereka akan menyembah Allah. Allah turunkan surah al-Kafirun.

🔥Selepas itu, mereka juga meminta Nabi ﷺ membuang ayat dalam al-Quran yang boleh membuatkan mereka marah. Maka Allah turunkan ayat dari surah Yunus ayat 15.

#kenalNabiﷺ
#cintaiNabiﷺ
Ketika Nabi Muhammad ﷺ berumur 44 tahun


🐫HIJRAH PERTAMA KE HABSYAH🐫

🔥Nabi ﷺ mengarahkan orang Islam berhijrah ke Habsyah (Ethiopia).

🔥Disertai 11 lelaki dan 4 perempuan termasuklah Saidina Usman bin Affan & isterinya, Ruqayyah binti Muhammad , Ummu Salamah akhirnya menjadi isteri Nabi ﷺ. Rombongan diketuai oleh Utsman Bin Mazh'un.

🔥Rombongan Muslimin yang berhijrah ke Habsyah bertolak ke Pelabuhan asy-Syuaibah pada waktu malam supaya tidak ketahui oleh Kuffar Quraisy. Mereka perlu sampai perlabuhan sebelum malam hilang.

🔥Kuffar Quraisy mengetahui pemergian Kaum Muslimin ke perlabuhan. Kuffar Quraisy mengejar sambil menghunus pedang tapi mereka tidak sempat kerana Kaum Muslimin sudah sampai dahulu ke perlabuhan.

🔥Dengan izin Allah, mereka menaiki 2 kapal yang bersiap ke Habsyah.

🔥Selepas 3 bulan, mereka kembali ke Mekah.

🔥Nabi ﷺ & sahabat yang lain masih berada di Mekah & berdakwah. Pada bulan Ramadhan, Nabi ﷺ pergi ke Masjidil Haram. Ketika para pembesar Quraisy sedang berkumpul, Nabi ﷺ masuk ke tengah mereka & membaca surah An-Najm. Ini kali pertama mendengar al-Quran.

🔥Mereka tergamam dengan gaya bahasa al-Quran yang dibaca oleh Nabi ﷺ, mereka memghayati & menundukkan kepala.

🔥Ketika Nabi ﷺ membaca surah an-Najm ayat 62, Nabi ﷺ bersujud maka pembesar Kuffar Quraisy turut bersujud tanpa mereka sedari. Setelah sujud baru mereka perasan perbuatan (sujud) mereka itu. Mereka tidak mahu orang lain apa yang berlaku. Walaubagaimanapun, berita tersebar. Mereka diejek oleh kaum musyrikin lain. Mereka mereka-reka jawapan untuk menutupi perbuatan mereka dengan menyebut, "itulah al-Gharaniq (sebuah berhala) yang mulia, yang syafaatnya selalu diminta."

#kenalNabiﷺ
#cintaiNabiﷺ
KETIKA NABI MUHAMMAD ﷺ BERUSIA 45 TAHUN


SAYYIDUNA HAMZAH BIN ABDUL MUTHALIB & SAYYIDUNA UMAR MEMELUK ISLAM

• Pada tahun ke 6 [ada pendapat kata tahun ke 5], bapa saudara Nabi ﷺ Sayyiduna Hamzah bin Abdul Mutholib memeluk Islam.

• Antara sebab saidina Hamzah memeluk Islam ialah suatu hari saidina Hamzah menemui seorang jariah [hamba perempuan] iaitu hamba kepada Abdullah bin Jadan , jariah tersebut mengatakan apa tindakan kamu [saidina Hamzah] terhadap Abu Jahal yang menganiyai terhadap anak saudara mu iaitu Nabi Muhammad ﷺ ? Lalu Saidina Hamzah menemui Abu Jahal sambil memarahinya, “Kenapa engkau berani menghina Muhammad [Nabi ﷺ] sedangkan aku mengikut agamanya ? Dia kemudiannya memeluk Islam. Beliau dikenali sebagai Asadullah [pedang Allah] kerana keberaniannya mempertahankan Islam. Abu Jahal telah menggangu dan mencaci Nabi ﷺ di Bukit Safa. Nabi ﷺ tidak membalas dan tidak berbicara sepatah perkataan pun. Pengikut Bani Makhzum beramai-ramai menuju kea rah Hamzah untuk menolong Abu Jahal, Abu Jahal menyuruh mereka membiarkan Hamzah kerana Abu Jahal mengaku yang dia tadi menghina anak saudaranya [Nabi ﷺ].

• 3 hari selepas itu, orang yang Nabi ﷺ sangat berharap memeluk Islam iaitu saidina Umar telah memeluk Islam.

• Selepas Saidina Umar memeluk Islam, beliau pergi berjumpa menemui Abu Jahal, kerena Abu Jahal sangat memusuhi Nabi ﷺ. Umar mengisytiharkan keIslamannya di hadapan Abu Jahal. Abu Jahal sangat marah dan terus menutup pintu rumahnya dengan kuat.

• Saidina Hamzah dan saidina Umar merupakan tokoh terpengaruh Quraisy yang dihormati.

• Ketika Islamnya dua-dua tokoh ini, ketika itu ada 40 orang.

#kenalNabiﷺ
#cintaiNabiﷺ
KETIKA NABI MUHAMMAD ﷺ BERUMUR 46 TAHUN


BOIKOT KE ATAS BANI HASYIM DAN BANI AL-MUTHOLIB

• Ketika Islam semakin berkembang, maka golongan Kuffar mengambil kesempatan untuk membunuh Nabi ﷺ.

• Golongan Kuffar telah memulau kabilah Bani Hasyim dan Bani al-Mutholib selama 3 tahun.

• Musyrikin Quraisy memulau mereka dalam urusan jual beli, perkahwinan dan lain-lain. Pengisytiharaan pemboikotan [ash-Shohifah] ini digantung di dinding Kaabah.

• Walaupun pemulauan berlaku, Nabi ﷺ tetap melaksanakan dakwah, Nabi ﷺ tidak takut kepada sesiapa pun.

• Isi pengisytiharaan ini ialah “Bahawa mereka [kuffar Quraisy] selama-lamanya berlaku perdamaian dengan Bani Hasyim dan tidak belas kasihan dengan mereka sehingga mereka membunuh Muhammad [Nabi ﷺ].”

• Kehidupan kaum Muslimin ketika itu hidup dalam kesusahan. Bani Hashim dan Bani Mutholib tetap mempertahankan Nabi ﷺ ketika itu. Seluruh harta Saidatina Khadijah dihabiskan untuk membantu kaum Muslimin sekalian. Mereka hanya dibenarkan membeli makanan hanya pada bulan-bulan haram “al-Asyhur al-Hurum” [ZUlkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab].

• Tetapi ada sebahagian Kuffar menolong kaum Muslimin seperti Umar al-Amiri, dia meletakkan makanan di atas unta lalu memukul unta tersebut kea rah kaum Muslimin. Kuffar lain mengetahui perkara ini, dia dimarahi dan diminta untuk tidak mengulanginya lagi. Tapi dia tetap menolong kaum Muslimin sehingga akhirnya dia dipukul oleh Kuffar lain. Selain itu, Hakim bin Hizam juga menolong ibu saudaranya, Saidatina Khadijah. Dia membawa gandum kepada ibu saudaranya. Dia ditahan oleh Abu Jahal, lalu Abu al-Bukhturi meminta dia dilepaskan untuk membawa gandum tersebut.

• Kuffar Quraisy berjumpa dengan Abu Thalib agar menyerahkan anak saudaranya [Nabi ﷺ] untuk dibunuh. Abu Thalib sangat marah dan dia mengumpulkan sekumpulan pemuda daripada kabilah sambil diperintahkan membawa besi. Mereka semua duduk di belakang para pembesar Kuffar Quraisy. Abu Thalib mengugut mereka, jika mereka membunuh Nabi ﷺ maka Abu Thalib akan menyuruh para pemuda tersebut membunuh pembesar Quraisy tersebut. Selepas perjumpaan itu, Abu Thalib memerintahkan kepada semua kabilah untuk mempertahankan Nabi ﷺ. Mereka bersepakat mempertahankn Nabi ﷺ samada mereka Islam atau tidak.

HIJRAH KEDUA KE HABSYAH

• Ketika Nabi ﷺ dan kaumnya berada di Syiib Abi Tholib, Nabi ﷺ memerintahkan kaum Muslimin berhijrah ke Habsyah untuk kali kedua.

• Seramai 83 orang [73 lelaki dan 11 perempuan] yang diketuai oleh Ja
far bin Abi Tholib telah menyertai rombongan ini. Orang Islam dari Yaman turut bersama iaitu Abu Musa al-Asyari dan sepupu-sepupunya.

• Kuffar Quraisy menghantar 2 orang wakil untuk memujuk Raja Najasyi untuk mengembalikan mereka, tetapi Raja Najasyi menolaknya setelah Ja
far bin Abi Tholib menerangkan hakikat Islam dan membaca permulaan surah Maryam kepadanya.

• Raja Najasyi dan pembesar-pembesarnya memeluk Islam. Allah telah turunkan ayat tentang mereka [surah al-Maidah, 82]

• Setelah beberapa ketika, Raja Najasyi telah meninggal dunia. Nabi ﷺ mensolatkan solat jenazah ghaib kepadanya. Ini adalah pertama kali solat jenazah ghaib yang dilakukan oleh Nabi ﷺ.

#kenalNabiﷺ
#cintaiNabiﷺ
KETIKA NABI MUHAMMAD ﷺ BERUMUR 47 TAHUN


SURAH AR-RUM DITURUNKAN TENTANG PEPERANGAN DI ANTARA FARSI DAN ROM

• Kaum Muslimin suka jika pihak Rom menang dalam peperangan ini kerana mereka adalah golongan ahli kitab.

• Surah ar-Rum, ayat 1-6 :

- Alif, Laam, Miim

- Orang Rom telah dikalahkan [oleh kerajaan Farsi].

- Di negeri yang dekat sekali, dan mereka sesudah kekalahan itu akan mengalahkan lawannya.

- Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya, dan pada ketika berlakunya kemenangan Rom itu, orang yang beriman akan bergembira.

- Dengan pertolongan Allah. Dia menolong akan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dia jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

- Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janji-Nya, akan tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui hakikat sebenarnya.

#kenalNabiﷺ
#cintaiNabiﷺ
Sirah Nabawiyah

Channel yang mengisahkan kehidupan Nabi Muhammad ﷺ bermula Nabi ﷺ berumur 1 tahun sehingga 63 tahun. 😊😊😊 Rujukan utama ialah dalam kitab karangan Al-fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll, Kitab Kelahiran Teragung.
https://telegram.me/kisahNabiMuhammad

@kisahNabiMuhammad

#kenalNabiﷺ
#cintaiNabiﷺ
Selamat menyambut hari #Mawlid Nabi Muhammad ﷺ
KETIKA NABI MUHAMMAD ﷺ BERUMUR 49


PEMULAUAN BERAKHIR DAN "TAHUN DUKACITA"

- Pada tahun ini, pemulauam musyrikin Quraisy berakhir.
- 5 orang pembesar Quraisy telah mengoyak pengisytiharan pemboikotan (ash-sohifah) yang digantung di Kaabah.
- 6 bulan selepas itu, Abu Thalib wafat, kemudian 3 bulan selepas itu, isteri tercinta Nabi ﷺ pula yang wafat.
- Tahun ini dikenali sebagai tahun kesedihan ('Am al-Huzn) kerana kematian 2 individu yang banyak membantu perjuangan Nabi ﷺ.
- Ketika Abu Thalib hidup, musyrikin Quraisy tidak berani mengganggu Nabi ﷺ, selepas Abu Thalib wafat, hampir setiap hari Nabi ﷺ disakiti.

UTUSAN NAJRAN

- Seramai 20 orang lelaki dari Najran (negeri antara Mekah dan Madinah) bertemu Nabi ﷺ.
- Mereka ketahui ajaran dakwah Nabi ﷺ daripada sahabat yang berhijrah ke Madinah, Nabi ﷺ membaca beberpa ayat al-Quran maka merek semua memeluk Islam.

PERKAHWINAN NABI DENGAN SAUDAH BINTI ZAM'AH DAN AISYAH BINTI ABU BAKAR

- Ketika tempoh 25 tahun hidup bersama dengan Siti Khadijah, Nabi ﷺ bermonogami, tidak berkahwin dengan mana-mana wanita. Selepas kewafatan Siti Khadijah, Nabi ﷺ berlahwin dengan Saudah (berumur 66 @ 65 thn). Selepas sebulan, Nabi ﷺ berkahwin dengan Aisyah binti Abu Bakar.

PERISTIWA BULAN TERBELAH DUA

- Tahun ini juga berlaku peristiwa bulan terbelah (insyiqaq al-qamar).
- Nabi ﷺ dan Zaid bin Haritsah berangkat ke Thoif dengan harapan dapat menyebarkan Islam dan mendapat perlindungan kabilah Tsaqif di sana.
- Di Thoif terdapat patung berhala bernama Latta, Thoif sebagai pusat kekuatan dan kepimpinan di wilayah Hijaz, jarak antara Thoif dari Mekah ialah 60 batu.
- Setelah sampai Thoif, Nabi ﷺ berjumpa 3 tokoh bersaudara : Abdu Yalila bin Amru, Mas'ud bin Amru, Hubaib bin Amru untuk berdakwah tetapi mereka menolak dakwah Nabi ﷺ.
- Nabi ﷺ dan Zaid dilayan dengan teruk sekali, dicaci, dan dimaki. Golongan orang jahat dan hamba melontar batu pada Nabi ﷺ hingga mengalir darah di kaki Nabi ﷺ.
- Zaid berdarah kepala kerana ingin mempertahankan Nabi ﷺ.
- Nabi ﷺ berdakwah di kawasan pasar di Thoif, Nabi dan Zaid berada di Thoif selama 15 malam (ada mengatakan sebulan). Apabila Nabi ﷺ berjumpa orang ramai, maka Nabi memberi salam dan menyeru mereka untuk mengucapkan kalimah tayyibah لا اله إلا الله . Jika Nabi ﷺ berjumpa orang Yahudi, Nasrani atau musyrik, Nabi ﷺ akan menerangkan terus mengenai ajaran Islam.
- Akhirnya Nabi ﷺ dan Zaid pergi ke kebun 'Utbah bin ﷺ Rabi'ah dan Syaibah bin Rabi'ah. Mereka kesian melihat keadaan Nabi ﷺ maka mereka memerintahkan hamba mereka, Addas yang beragama Nasrani untuk membawa setangkai anggur yang diletakkan dalam dulang untuk dimakan.
- Ketika Nabi ﷺ ingin memakan anggur, Nabi ﷺ membaca bismillah. Addas hairan kerana tidak pernah dengar kalimah bismillah itu sebelum ini. Nabi ﷺ bertanya kepada Addas, siapa nama dan asal dari mana. Addas menjawab soalan Nabi ﷺ yang mulia dan Addas dari kampung yang sama dengan Nabi Allah Yunus iaitu Niwawi. Nabi ﷺ mengakui bahawa Nabi Allah Yunus adalah saudaranya dan merupakan Nabi seperti aku. Addas akhirnya memeluk Islam dan mencium kepala, tangan dan kaki Nabi ﷺ.
- Setelah malam itu, Nabi ﷺ memutuskan untuk kembali ke Mekah. Ketika sampai di Qarnul Manazil, Jibril dan malaikat penjaga gunung yang diutuskan oleh Allah. Malaikat penjaga gunung ingin meratakan al-Akhsyabaian (dua gunung di Mekah iaitu Gunung Abu Qubais dan Gunung Qa'iqaian), tetapi menunggu perintah dari Nabi ﷺ untuk ditimpa pada penduduk Thoif. Nabi ﷺ menjawab, "Jangan. Siapa tahu Allah akan mengeluarkan seseorang yang akan mengucapkan kalimah لا اله إلا الله daripada rahim (keturunan) mereka".

KEMBALI KE MEKAH DAN JIN BERIMAN

- Nabi ﷺ dan Zaid kembali ke Mekah. Ketika mereka sampai di Nakhlah (kawasan wilayah Mekah), Nabi ﷺ beristirahat.
- Ketika Nabi ﷺ berqiamulail, datang 7 jin dari utara Iraq, jin-jin tersebut mendengar Nabi ﷺ membaca al-Quran, beriman kepada Nabi ﷺ dan kembali kepada kaum masing-masing untuk berdakwah.
@kisahNabiMuhammad
Sambungan

KETIKA NABI MUHAMMAD ﷺ BERUMUR 49 TAHUN


MASUK MEKAH

- Nabi ﷺ dan Zaid memasuki Mekah pada bulan Zulkaedah, dengan perlindungan daripada al-Muth'im bin Adi. Selepas itu, Nabi ﷺ berjumpa dengan 26 kabilah, meminta tolong dan melindunginya dalam dakwah.

@kisahNabiMuhammad

#kenalNabiﷺ
#cintaiNabiﷺ
KETIKA NABI MUHAMMAD ﷺ BERUMUR 50 TAHUN


ROMBONGAN KHAZRAJ MENYATAKAN KEIMANAN MEREKA DAN JIN JUGA BERIMAN

Nabi ﷺ mengambil peluang berdakwah kepada bangsa Arab dari luar kota Mekah ketika menunaikan haji.
6 orang daripad Khazraj, Madinah berjumpa dengan Nabi ﷺ di Aqabah pada musim haji dan beriman pada Nabi ﷺ. Setelah mereka kembali ke Madinah, mereka menceritakan kepada kaumnya mengenai Nabi ﷺ dan menyeru untuk memeluk Islam. Nama Nabi ﷺ menjadi terkenal dan mereka itu menjadi asbab kepada orang Madinah memeluk Islam.
9 jin dari Nashibah, kota di negeri Syam datang berjumpa Nabi ﷺ dan beriman pada Nabi ﷺ (surah al-Ahqaf, 29) pada tahun itu.

💚 Nama Sahabat Yang Berada Luar Mekah Yang Beriman Dengan Nabi ﷺ 💚

1. Suwaid Bin Shamit
- penduduk Madinah.
- dikenali sebagai al-Kamil (yang sempurna) kerana warna kulitnya.
- penyair yang terkenal dan nasab yang dihormati.

2. Iyas bin Mu'az
- pemuda Aus dari Madinah yang datang ke Madinah untuk meminta pertolongan Quraisy melawan Khazraj.

3. Abu Zar al-Ghiffari
- pemuda dari Madinah, dengan kerasulan Nabi ﷺ melalui Suwaid bin Shamit dan Iyas bin Mu'az.

3. Thufail bin 'Amru ad-Dausi
- ketua kabilah Daus yang sangat dihormati di Yaman.
- penyair yang hebat.

4. Dhimad al-Azdi
- berasal dari Yaman.
- selalu mengubat dengan cara hembusan.

@kisahNabiMuhammad

#kenalNabiﷺ
#cintaiNabiﷺ
KETIKA NABI MUHAMMAD ﷺ BERUMUR 51 TAHUN


PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Israk bermaksud perjalanan Nabi ﷺ pada waktu malam dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Palestin. Mikraj pula bermaksud perjalanan langit, bermula langit pertama hingga ke Sidratul Muntaha.
Rahsia peristiwa ini ialah :
- Menghiburkan hati Nabi ﷺ yang telah kehilangan 2 insan tersayang iaitu Saidatina Khadijah, isteri baginda ﷺ dan Abu Thalib, bapa saudara baginda ﷺ.
- perristiwa penolakan penduduk Thoif untuk menerima Islam.
Ibadah solat disyariatkan.
Esok paginya Nabi ﷺ menceritakan peristiwa ini. Hanya Saidina Abu Bakar sahaja yang menerima berita peristiwa ini dan beliau membenarkan Nabi ﷺ.

KENAPA 2 MASJID ?

Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam.
Masjid al-Aqsa wajib dibersihkan daripada kesyirikan yang dibawa oleh orang Yahudi sepertimana Masjid al-Haram dibebaskan daripada kesyirikan berhala.
Menjaga keamanan Masjid al-Aqsa daripada orang Yahudi sepertimana menjaga keamanan Masjid al-Haram.

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA

Penduduk Madinah menghantar 12 orang lelaki Ansar (10 orang dari Aus dan 2 orang dari Khazraj) berjumpa Nabi ﷺ.
Mereka berjumpa di Aqabah. Mereka semua menyatakan keIslaman mereka dan berbaiah dengan Nabi ﷺ. Perjanjian ini juga dikenali sebagai Baiah an-Nisa' (perjanjian tentang wanita).
Nabi ﷺ mengutuskan Mush'ab bin 'Umair sebagai pendakwah ke Yatsrib. Beliau mengajar tentang Islam, solat, membaca al-Quran dan lain-lain kepada penduduk Madinah. Mereka dikenali sebagai "al-Muqri" (ahli baca al-Quran).
Islam semakin berkembang selepas itu.

ISI PERJANJIAN AQABAH PERTAMA

Jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu.
Jangan mencuri.
Jangan berzina.
Jangan membunuh anak-anak.
Jangan menentangku (Nabi ﷺ) dalam perkara kebenaran.

https://telegram.me/kisahNabiMuhammad

#kenalNabiﷺ
#cintaiNabiﷺ
UBAT HATI

Malam ni al-faqir diajukan satu soalan: "Bagaimana nak ubat hati?".

Cara mengubati hati ada banyak, antaranya ialah yang disarankan oleh Sidi Ibrahim al-Khawwas, seorang tokoh sufi yang masyhur. Kata beliau:

دواء القلب خمسة أشياء:
(قراءة القرآن بالتدبر، وخلاء البطن، وقيام الليل، والتضرع عند السحر، ومجالسة الصالحين).

"Ubat hati itu lima perkara:
1. Membaca al-Quran dengan tadabbur
2. Mengosongkan perut (dengan berpuasa)
3. Qiamullail
4. Merendahkan diri (dengan berdoa dan bermunajat kepada Allah) pada waktu sahur
5. Duduk-duduk bersama orang-orang soleh".

Wallahua'lam.

(FB Ustaz Abdul Rahman dan zaujah)

https://telegram.me/majlistazkirah
Assalaamualaikum semua. Boleh follow channel Majlis Tazkirah yang dikendalikan oleh Admin. Semua perkongsian mengenai nasihat, ilmu Tauhid, ilmu Fiqh, Tasawwuf dan berkaitan. Ayuh sebarkan.

https://telegram.me/majlistazkirah
Admin minta maaf kerana admin sudah lama tidak post sirah Nabi selepas berumur 51 tahun. InsyaAllah admin sambung post, doakan admin istiqamah.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحّب إليه من والده وولده والناس أجمعين"

Telah bersabda Rasulullah sallahu 'alaihi wa sallam : "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintaiku lebib daripada bapanya, anaknya, dan manusia keseluruhannya."

Sollu 'ala nabi

Jenis-jenis cinta :

1. Cinta tapi lawan seperti Abu Lahab
2. Cinta tapi tak ikut seperti Abu Thalib
3. Cinta dan ikut seperti sahabat2 dan ahli keluarga nabi
Jom kenali anak-anak Rasulullah ﷺ