Ketabahan Ilmu
167 subscribers
520 photos
163 videos
8 files
96 links
Welcome to Ketabahan Ilmu

Hiasi diri dengan❤️
-Sabar
-Redha
-Ikhlas

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.

Creator
@akhi_aiman
Download Telegram
Hari ini, saya diberikan peluang untuk memberikan komen tentang Modul Bahasa Arab.

Untuk seseorang yang tidak menguasai bahasa arab dengan baik. Saya terasa rendah diri dalam memberikan pandangan tentang modul Bahasa Arab yang akan dikeluarkan.

Bahasa Arab adalah bahasa syurga dan kita sebagai seorang muslim hendaklah mempelajarinya untuk memudahkan kita memahami Alquran dan Hadis dengan baik.

Modul yang akan dibina membantu untuk seseorang itu memahami bahasa arab dengan baik. Saya mempercayai bahawa sistem pembelajaran yang sistematik memudahkan kefahaman dengan izin Allah.

Perjalanan Bahasa Arab saya, sangatlah indah. Saya bermula dengan hanya melihat Youtube serta belajar dibeberapa tempat. Namun ia hanya membuang masa dan duit disebabkan silibusnya kurang sistematik.

Saya mempelajari Matan Jurumiyyah ketika saya masih lagi tidak mempunyai basic yang kukuh dalam Bahasa Arab. Akhirnya masa dan duit saya terbuang begitu sahaja.

Kitab Matan Jurumiyyah hanya memberikan kita kaedah Nahu. Dan kaedah tanpa penguasaan perkataan Bahasa Arab. Maka ia hanya sia-sia sahaja.

Kata Ustaz Saya, Ustaz Amirul Fahmi. Kita tidak akan mampu memahami Bahasa Arab sekiranya sekadar mempunyai kaedah tanpa penguasaan Bahasa Arab.

Saya menangis dan saya fed up kerana saya tidak faham juga. Apabila saya mengenali beberapa sahabat yang membimbing saya dalam memahami Alquran dan Hadis.

Kenikmatan yang indah apabila mempunyai ramai sahabat yang membantu kita untuk mengenali Allah dan mengenali Rasulullah.

Saya dulu seorang pendosa namun pada hari ini saya masih seorang pendosa. Namun yang membezanya adalah saya mengetahui bahawa Allah ini maha pengampun. Saya membaca Alquran pada awalnya tidak dapat memahami apa yang saya baca. Saya terjumpa satu ayat yang membuatkan hati saya sedih dan gembira.

انه هو التواب الرحيم
Maksudnya, sesungguhnya, Dia Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Namun sekiranya kita mempelajari Bahasa Arab,Ia akan lebih memahami lebih daripada perterjemahan kita mengetahui bahawa ia ayat yang berbentuk penegasan dan menggunakan dua kali penegasan. Ia menunjukkan penegasan yang "Allah itu sememangnya Maha Penerima Taubat dan Penyayang".

Semoga Allah ampunkan segala dosa kita. Yakin bahawa Allah tidak meninggalkan kita, namun kita sering melupakan Allah. Kembali kepada Allah 💪🏻
Hidup ini perlukan berpasang-pasangan.

Tiga perkara yang perlu lelaki ada sebelum melafazkan cinta.

1. Kerja
2. kenderaan
3. Rumah, sewa takpe dah

Yakinkan pasangan kita, kenapa ia perlukan habiskan masa dengan kita seumur hidupnya.
#projekwakafquran
Assalamualaikum semua, slot wakaf pada bulan ini dah dibuka utk kutipan.

Bagi sesiapa yg berhajat utk menyumbangkan sebahagian duit dgn niat atas diri sendiri, mak ayah atau ahli keluarga ; sama ada yg hidup mahupun telah meninggal dunia... Boleh hubungi saya @akhi_aiman

Berapa 1 slot wakaf Quran tagging?
1 slot, 1 nama, RM10 🤍

Kecil nilainya, tapi besar maknanya. 🌻☺️🌷
ada RM10?

cukup dah tu untuk wakaf AlQuran 1 slot ❤️

#projekwakafquran
Jika mampu bagi sikit, sikit kami ambik.
Bismillah

Secara amnya saya tidak bersetuju dengan saudara Aiman banna.

Terdapat kesalahan dalam memberikan pandangan iaitu muzik bukanlah Ijma' ulama tetapi jumhur ulama.

Cuma terdapat beberapa ulama yang mengharuskan muzik dengan beberapa prinsip iaitu lagu tersebut tidak boleh lucah, tidak boleh ada kata-kata kesat, tidak boleh ada video clip yang seksi dan lain-lain lagi.

Kedua, Institusi Mufti adalah institusi yang ada autoriti untuk memberikan fatwa. Dan para ulama berkumpul untuk memberikan pandangan.

Dan pandangan tersebut bersesuai dengan persekitaran yang sesuai diamalkan oleh orang awam.

Para ulama ini adalah orang yang mengetahui kebenaran melebihi kita. Dan jika kita tidak mengetahui maka bertanya kepada mereka.

Isu muzik adalah satu bentuk khilaf para ulama, dan tidak perlu dibahaskan secara panjang lebar kerana ia tidak akan pernah habis.

Maka bersangka baik dengan semua orang

Sebagai orang islam yang tidak terlampau ahli dalam bidang agama maka rujukan yang terbaik untuknya adalah fatwa seorang mufti.

Semoga Allah permudahkan urusan kita dan menjadikan kita seorang muslim yang baik yang patuh akan agama. Dan semoga Allah memberikan kefahaman kepada saudara Aiman banna.

Saya menyeru kepada semua untuk tidak menjadikan saudara aiman banna sebagai tempat mengambil pandangan disebabkan saudara aiman banna bukan ahlinya.

Nota Kaki:
- Jumhur ulama adalah kesepekatan majoriti para ulama
- Ijma' ulama adalah kesepekatan secara keseluruhan
Bismillah,

Hargai gurumu walaupun dia melakukan kesilapan.

Kerana kamu berguru dengan manusia bukannya Malaikat.

Manusia pasti akan ada kekurangannya dan kesilapannya.
Sebahagian Manusia

Sebahagian manusia mempelajari erti kesucian agama melalui manusia itu sendiri.

Menunjukkan akhlak yang baik juga sebagai satu dakwah.

Kebanyakan orang bukan islam tidak mempelajari tentang Islam melalui kitab ulama ataupun penulisan ilmiah.

Tetapi dengan mereka melihat, sikap dan perwatakan penganut agama Islam.

Kembali kepada sebaik-baik zaman, Rasulullah mempunyai sifat yang sangat terpuji, baik daripada kelakuan, tingkah laku dan budi pekerti.

Hal ini menyebabkan ramai masyarakat jahilliah berminat untuk memeluk islam.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.
📝 KAEDAH PENDAFTARAN PENGAJIAN SAHIH AL-BUKHARI BERSAMA YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

1. Sila daftar akaun di laman web yang tertera sebelum membuat pembayaran https://maktabahalbakri.com/dashboard/

2. Masuk ke web www.maktabahalbakri.com dan pergi ke ruangan Kursus. Pilih Pengajian Sahih al-Bukhari.

4. Klik add to cart dan lakukan pembayaran mengikut langkah yang tersedia.

5. Setelah selesai proses pembayaran, masuk semula ke https://maktabahalbakri.com/dashboard/.

Anda kini telah mendaftar dan bersedia untuk mengikuti kursus yang disediakan!
Channel name was changed to «Akhi Aiman»
Channel photo updated
Channel name was changed to «Ketabahan Ilmu»
Doa pagi

Ya Allah.

Jadikan aku seorang yang faqih dalam ilmu agamaMu.

Ampunilah dosaku , dosa ibubapa ku dan dosa umat islam yang masih hidup ataupun yang telah mati.

Jadikan aku orang yang sabar dalam segala ujianMu.