Kempen Semak Hadis
9.68K subscribers
5.71K photos
54 videos
30 files
3.51K links
Download Telegram
[Tambahkan 'production' (pengeluaran), kurangkan 'consumption' (penggunaan) Musim Gawat]

Dr Zaharuddin Abd Rahman dalam sesi "Ibrah Strategi Nabi Yusuf Hadapi Musim Gawat" di Tadabbur Centre tadi mengupas ayat 47 surah Yusuf:

قَالَ تَزۡرَعُونَ سَبۡعَ سِنِينَ دَأَبٗا فَمَا حَصَدتُّمۡ فَذَرُوهُ فِي سُنۢبُلِهِۦٓ إِلَّا قَلِيلٗا مِّمَّا تَأۡكُلُونَ

"Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."

Kata beliau, Sheikh Ali Sollabi pernah mengatakan bahawa Ayat 47 Surah Yusuf ini membawa dua perkara penting iaitu pertama gandakan pengeluaran, kedua kurangkan penggunaan semasa kegawatan.

t.me/mutiaratadabbur
*Hadith 19. Luruskan Saf Solat!*
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ
“Luruskan saf (solat) kamu!.”

1. Hadith riwayat al-Bukhari no. 723 dan Muslim no. 433 daripada Anas bin Malik RA. Teks hadith ini sebahagian daripada teks penuh dengan tambahan dihujungnya (فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاَةِ) – ‘Sesungguhnya meluruskan saf daripada (kesempurnaan) mendirikan solat’. Hadith ini merupakan arahan Rasulullah SAW supaya meluruskan saf sebelum menunaikan solat berjamaah. Dalam riwayat lain Sahabat seperti ‘Umar bin al-Khattab RA tidak memulakan solat sebelum dimaklumkan saf telah lurus serta Bilal bin Rabah RA membantu meluruskan saf dengan mengetuk kaki makmum. Hukum meluruskan saf adalah sunnah menurut pandangan majoriti empat mazhab untuk kesempurnaan solat. Walaupun begitu, kita sewajarnya mengambil berat tentang tuntutan ini kerana terdapat pandangan seperti Ibn Taymiyah dan al-Bukhari yang mewajibkannya. Al-Bukhari meletakkan tajuk khas (بَابُ إِثْمِ مَنْ لَمْ يُتِمَّ الصُّفُوفَ) – ‘Bab Dosa Seseorang yang Tidak Menyempurnakan Saf’ selepas hadith ini (al-Bukhari, 1/146). Menurut al-Nawawi (al-Minhaj, 4/154), hadith ini adalah hujah bagi pandangan mazhab al-Syafi’i dan jumhur ulama tentang harus bercakap-cakap antara iqamah dan memulai solat, sama ada melibatkan urusan solat atau bukan.

2. Hadith ini menjelaskan sunat dan kepentingan meluruskan saf sebelum solat. Imam, wakil atau ahli jamaah sendiri perlu memainkan peranan tersebut sama ada menggunakan teks hadith atau lafaz lain yang mencapai maksud meluruskan saf. Terdapat pelbagai cara untuk meluruskan saf seperti tercatat dalam banyak hadith. Secara umum, saf perlu lurus dan rapat tanpa sebarang ruang celahan kosong, antaranya dengan menyamakan antara bahu dan tumit kaki jamaah di kiri kanan ketika berdiri memulakan solat. Banyak hadith yang menyebut tentang kelebihan tuntutan ini. Antaranya menimbulkan khusuk tanpa gangguan syaitan, mendapat rahmat Allah SWT, membina perpaduan jamaah dan menonjolkan nilai Islam yang tersusun. Selain itu, hadith ini juga secara tidak langsung menunjukkan kepentingan solat berjemaah yang 25 atau 27 kali ganda lebih baik daripada solat bersendirian (al-Bukhari, 645 & Muslim, 650).

p/s Ulang teks hadith 40 kali, anda mampu menghafalnya!

19 Ramadhan 1441
Fiqh hadith tidak semudahnya dengan hanya status hadith. Bab status hadith adalah satu sudut, ia perlu dirincikan sahih atau dhaifnya kerana ia melibatkan penisbahan kepada Nabi SAW. Manakala bab fiqh pula adalah satu sudut yang lain, bergerak seiring tetapi tidak mesti sejalan dengan hadith, kerana fiqh bukan terbentuk dengan hanya hadith semata.

Pemikiran formula mudah “dhaifnya hadith maka tiada fiqh, sahihnya hadith pasti ada fiqh” adalah salah, kerana di sana terdapat hadith yang disepakati Dhaif oleh semua muhaddithin, namun disepakati fiqhnya oleh semua fuqaha’, serta hadith yang disepakati Sahih oleh muhaddithin namun ditinggalkan fiqhnya.

~ Dr Fathi al-Sakandary
Imam baca slow doa Qunut bahagian Faiinaka Taqdhi.

Di dalam Doa Qunut yang selalu dibaca, ada 3 bahagian iaitu:

1- Permintaan.
2- Pujian kepada Allah (الثناء)
3- Selawat ke atas Nabi.

Bahagian permintaan ialah kita meminta kepada Allah supaya memberi hidayah, afiah (kesihatan), pemeliharaan, keberkatan dan keselamatan daripada keburukan yang telah ditakdirkanNya. Setelah selesai meminta kepada Allah, maka kita pun memuji ALLAH dengan mengucapkan:

فإنك تقضي ولا يقضى عليك،

Maksudnya: Maka Sesungguhnya Engkaulah yang menghukum (mentakdirkan sesuatu) dan tidaklah Engkau yang kena hukum.(yakni tiada yang akan dapat memberi mudarat kepada Allah)

إنه لا يذل من واليت
Sesungguhnya tiada kehinaan bagi sesiapa yang yang telah Engkau pimpin (beri kemuliaan)

ولا يعز من عاديت

Dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi.

تباركت ربنا وتعاليت

Maha suci Engkau dan Maha Tinggi Engkau Wahai Tuhan kami.

Isu

Apabila solat berjemaah, Imam yang akan mewakili kita membacakan doa Qunut. Maka part yang pertama iaitu permintaan, maka makmum perlu berkata āmīn yang bermaksud wahai Allah perkenankanlah.

Apabila tiba ke part yang kedua iaitu pujian kepada Allah maka sebahagian Imam terus memperlahankan suaranya lalu makmun pun membaca sekali bersama Imam dengan suara yang perlahan.

Ralatnya ialah pada Imam yang memperlahankan suara. Sepatutnya imam kekal membaca dengan jahar (keraskan suara) bukan dengan sirr (perlahan).

Tapi takkan orang dulu salah kot? Takkan imam-imam kami salah kot? Ustaz pun baca perlahan part tu.

Jawapannya:

Perkara ini terhasil kerana kekeliruan memahami teks kitab. Jadi saya tampilkan teks yang menjadi kekeliruan.

Dalam Fathul Mu'in

أما الثناء وهو: فإنك تقضي - إلى آخره - فيقوله سرا.

Adapun bahagian pujian: iaitu -فإنك تقضي- sehingga habis- maka "dia" ucapkannya secara sirr (perlahan).

Kekeliruan terhasil apabila dipahami "dia" pada teks ini merujuk kepada Imam. Walhal yang sebenarnya "dia" itu merujuk kepada makmum.

Maksudnya makmum tak perlu kata amin seperti bahagian permintaan kerana ianya adalah pujian. Maka selayaknya makmun juga mengikuti bacaan imam tapi dengan perlahan. Yelah, kau makmum takkan nak sailang Imam baca kuat-kuat.

Buktinya dengan merujuk kepada syarah Ulama Syafiiyah bagi teks ini dan juga merujuk kepada kitab-kitab lain yang membicarakan perihal doa qunut.

Dalam kitab I'anah al-Tolibin dalam mensyarahkan lafaz-lafaz kitab Fathul Mu'in:

(قوله: فيقول سرا) أي أو يقول: أشهد، أو: بلى وأنا على ذلك من الشاهدين، أو نحو ذلك، أو يستمع. والأول أولى.

perkataan "dia" mengucapkam secara perlahan atau "dia" katakan أشهد (aku bersaksi) atau
Bahkan sesungguhnya aku dari kalangan yang telah menyaksikan atau seumpamanya atau "dia" dengar sahaja (yakni dia diam dan dengar tanpa ucap apa-apa). Dan yang pertama adalah yang lebih utama.

Perhatikan "dia" ini merujuk kepada Imam atau makmum? Sudah pastilah merujuk kepada makmum. Makmum ada pilihan samada baca sekali atau sebut ashadu atau diam sahaja. Namun kata pengarang pilihan pertama adalah lebih utama yakni membaca bersama imam dengan perlahan.

Jelas di sini yang membaca secara perlahan adalah makmum bukannya imam.

Begitu jugalah yang dikatakan Imam Nawawi dalam Majmu':

"وأما الثناء وهو قوله فإنك تقضي ولا يقضى عليك إلى آخره فيشاركه في قوله أو يسكت والمشاركة أولى لأنه ثناء وذكر لا يليق فيه التأمين"

Begitu juga Imam al-Syairazi dalam al-Muhazzab.

ويستحب له أن يشاركه في الثناء لأنه لا يصلح التأمين على ذلك فكانت المشاركة أولى

Begitu juga kata Syeikh al-Islam Zakariya al-Ansori dalam athna al-Matholib:

وفي الثناء يشارك الإمام سرا، أو يستمع له؛ لأنه ثناء وذكر لا يليق به التأمين

Insyaallah saya akan bentangkan pelbagai lagi rujukan dalam buku yang sedang ditulis dan jawapan yang mengatakan ada juga pandangan marjuh dalam mazhab syafie yang mengatakan imam baca perlahan.

Wallhualam.

Akhukum Fillah
MAHAT
Nak kongsi dengan sahabat-sahabat peluang buat duit tambahan.

Duit sebanyak tu adalah hasil komisyen saya promote link affiliate. Baru dua tiga kali post, dah dapat RM 78.50.

Lepas dah nak buat beli pampers anak hehe.

Ada yang berminat?

Hanya ikut 5 langkah di bawah:

1. Dapatkan dulu E-learning ini di
https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/videoBMW/SeminarBMW2020

2. Link affiliate boleh didapati dalam portal On Pay. Boleh daftar jika belum.

3. Selepas daftar dan login, dapatkan link affiliate.

4. Boleh join group sokongan. Link akan dihantar melalui emel sebaik sahaja pembelian berjaya. Dalam group disediakan bahan-bahan marketing.

5. Boleh start mempromosi dan mendapat income. Target balik modal pun dah ok. Cari 2 pembeli.

Dah balik modal harga beli ebook.

Untuk urusan teknikal berkaitan #eSeminarBMW seperti urusan pembelian, affiliate dsb , klik mesej https://infaqtechsupport.wasap.my untuk respon pantas bertenaga.
Forwarded from DrZaharuddin Group
PELUANG 'LAST MINUTE' & LAILATUL QADAR

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah BERSEDIA untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengata
Forwarded from DrZaharuddin Group
kan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya lailatul Qadr ( selain bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
20 Ramadhan 1441 H

Bacaan lanjut di link berikut

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/604-peluang-last-minute-lailatul-qadar-a-kita.html
Forwarded from Hakaza Sunnah Channel via @like
Bagaimanakah sikap kita terhadap Sunnah Nabi ﷺ ?

Firman Allah ﷻ yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah."
(Surah al-Ahzab, ayat 21)

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan memasuki syurga melainkan mereka yang enggan, "Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, lantas siapakah yang enggan?" Nabi SAW menjawab: "Sesiapa yang taat kepadaku akan memasuki syurga dan sesiapa yang mengingkariku bererti dia enggan masuk syurga."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith :7280)
Perkongsian Hadis: BERSUNGGUH-SUNGGUH PADA 10 MALAM TERAKHIR

Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha, beliau berkata:

أنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Maksudnya: "Pada 10 terakhir Ramadan, Rasulullah ﷺ lebih giat dan bersungguh-sungguh beribadah melebihi hari-hari yang lain”. [HR Muslim: No.1175]

Imam Sufyan Al-Tsauri rahimahullah (161H) berkata:

"Apabila masuknya 10 akhir Ramadan, aku lebih suka untuk seseorang itu melakukan tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya, serta membangunkan isteri dan ahli keluarganya ke arah mendirikan solat sekiranya mereka mampu melakukannya. [Lataif al-Maarif, h.186]

Kita sangat digalakkan untuk perbanyakkan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan kerana di situ terdapatnya Malam al-Qadr, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Maka, beruntunglah mereka yang menjumpainya lalu melafazkan sepotong doa yang diajar oleh Nabi ﷺ kepada Aisyah radiyallahu 'anha:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka mengampunkan (dosa dan kesalahan hamba-Mu), maka ampunilah daku." [Musnad Ahmad: No.25384]

Justeru, marilah kita sama-sama mengisi baki malam yang ada dengan mempertingkatkan lagi amal ibadah kita bagi memperoleh klimaks ganjaran yang Allah ﷻ kurniakan kepada hamba-Nya yang soleh iaitu Malam al-Qadr.

NA,
Team Hakaza Sunnah

Ikuti kami di,
Facebook: https://t.co/KSYG51SzNz
Instagram: https://t.co/4Qu0IfR9er
Youtube: https://t.co/1y86PduKJU
Telegram: https://t.co/9M77ZjYsG8
Twitter: https://t.co/HakazaSunnah
Galakan untuk bersungguh dalam melakukan ibadah pada 10 hari terakhir Ramadan itu tidak terbatas pada malam-malam harinya sahaja. Bahkan ia meliputi siang hari dan juga malam hari.

Imām Ibn Rajab Al-Hanbali (w. 795 h.) berkata :

وَاعْلَمْ أنَّ المُؤمِنَ يَجْتَمِعُ لَه ُفِي شَهْرِ رَمَضَانَ جِهَادَان لِنَفْسِهِ جِهَادٌ بِالنَّهَارِ عَلَى الصِّيامِ وَجِهَادٌ بِاللَّيلِ عَلَى القِيَامِ فمَن جمَعَ بيْنَ هَذَين الجِهَادَين وَوَفَّى بِحُقُوقِهِمَا وَصَبرَ عَلَيهما وفى أجْرهُ بِغيرِ حِسَاب

Maksudnya : Dan ketahuilah bahawa seorang mukmin itu terhimpun baginya dua jihad untuk dirinya. (Iaitu) jihad pada waktu siang dalam berpuasa serta jihad pada waktu malam dalam melakukan qiyāmullail. Sesiapa yang menghimpunkan antara dua jihad ini dan melunaskan hak keduanya serta bersabar dalam melakukannya, dia telah memperoleh ganjaran pahala yang tidak terhitung.

Rujuk Lathā’if Al-Ma’ārif, Ibn Rajab (1/171)

Dahulu kita sebut : Jangan jadikan hari kita berpuasa, sama sahaja dengan hari kita tidak berpuasa.

Sekarang ini kita katakan : Jangan jadikan ibadah kita dalam 10 hari terakhir Ramadhan ini, sama sahaja dengan kadar ibadah kita pada hari-hari sebelumnya, apatah lagi lebih kurang. نسأل الله التوفيق والسداد

Ustaz Fahmi Rusli
[10 AKHIR RAMADHAN: BANTULAH HAIWAN KELAPARAN DI ZOO NEGARA]

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mewajibkan perlakuan ihsan dalam semua perkara.
[HR Muslim:1955]

Memberi makanan kepada haiwan yang kelaparan adalah satu bentuk perlakuan ihsan kepada makhluk Allah.

Rasulullah pernah bercerita tentang seorang lelaki yang memberi minum anjing yang kehausan menggunakan kasutnya lalu Allah meredhainya dan mengampuninya.

Lalu para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah bagi kami pahala jika (kami memberi makan dan minum) kepada haiwan ternakan?”

فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

Maksudnya: Dalam setiap hati yang basah terdapat pahala padanya. [HR Bukhari:2363]

Kita sedia maklum bahawa Zoo Negara adalah tempat yang terjejas teruk akibat PKP.

Dalam zoo ada binatang² yang duduk dalam kurungan yang perlu makan. Kasihan mereka kerana tak mampu nak cari makanan sendiri. Hanya bergantung kepada makanan yang diberikan oleh pihak Zoo Negara yang juga bergantung kepada sumbangan orang ramai.

Jadi bersempena dengan 10 akhir Ramadhan ini, marilah kita memberikan sedikit bahagian dari harta kita kepada haiwan-haiwan ini melalui Zoo Negara.

Moga ia boleh menjadi asbab dosa kita diampunkan bahkan dianugerahkan syurga oleh Allah.

Sumbangan misalnya serendah RM50 boleh disalurkan terus ke akaun;

︎Malaysian Zoological Society
︎514422103830
︎Maybank Berhad

Boleh juga menyumbang melalui link ini:
https://www.ticket2u.com.my/event/18171/zoo-negara-adoption-package
DOA YANG RASULULLAH SAW BACA KETIKA SUJUD

وَعَنْ أبِي هُرَيْرَةَ أنَّ رَسُولَ الله صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم كَانَ يقُولُ في سُجُودِهِ:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ : دِقَّهُ وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، وَعَلَانِيَتَهُ وَسِرَّهُ .

رَوَاهُ مُسْلِم

Dari Abu Hurairah ra. Rasulullah saw. biasa mengucapkan dalam sujudnya:

Allahummaghfir li zanbi kullahu, diqqahu wa jillahu, wa awwalahu wa akhirahu, wa alaniatahu wa sirrahu.

Ya Allah, ampuni aku atas semua dosaku, yang kecil dan yang besar, yang dulu dan yang akan datang, yang tampak dan yang tersembunyi.

(HR Muslim)

t.me/mutiaratadabbur