Hibah, Wasiat, Pengurusan & Perancangan Harta
464 subscribers
1.36K photos
106 videos
471 links
Perunding Hibah Hartanah, Wasiat, Pengurusan Pusaka, Perlantikan Wasi, Perlantikan Pentadbir Harta bagi anak bawah umur dan harta sepencarian bagi memudahkan waris menerima harta pusaka

Sebarang pertanyaan, Whatsapp Admin klik
↪️ www.wasap.my/60192290113
Download Telegram
Harta pusaka besar adalah harta peninggalan simati yang nilaian keseluruhannya seperti berikut:

i. Harta-harta alih sahaja apabila nilainya lebih dari RM600,000.00.

ii. Harta-harta tak alih sahaja apabila nilainya lebih dari RM2,000,000.00.

iii. Harta-harta tak alih dan harta alih apabila jumlah keseluruhannya bernilai lebih RM2,000,000.00.

Sebelum harta pusaka simati dapat dicairkan dan dibahagikan kepada waris faraid yang berhak, harta tersebut hendaklah diuruskan terlebih dahulu.

Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Pihak Mahkamah akan mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir (Harta Tidak Wasiat) atau Geran Probet (Harta berwasiat)

Apa pula perbezaan jika simati meninggalkan wasiat pentadbiran dan TANPA wasiat pentadbiran? Boleh rujuk ilustrasi di bawah:

Sila LIKE, KOMEN dan SHARE untuk manfaat bersama.

Berminat nak buat dokumen pelantikan wasi/ wasiat dan hibah. Terus klik link di bawah:

www.wasap.my/60192290113/dokumenharta

PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com

#hibah #faraid #hartapusaka #uruspusaka #pusakabesar #mahkamahtinggisivil #rancangkeranasayang #eko

©️Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.
CUCU PEREMPUAN!
"Ibu tunggal meninggal. Ada seorang anak perempuan sahaja juga ada seorang cucu perempuan. Si mati ada adik-beradik seibu sebapa. Nak tau siapa yang dapat bahagian ustaz."

Nak menjawab soalan ni...
Kena tanya dulu, cucu perempuan tu daripada mana.

1. Jika cucu perempuan tu daripada anak lelaki yang mati dulu. Maka cucu perempuan tu layak dapat 1/6 selepas anak perempuan dapat 1/2. Baki 2/6 lagi akan diwarisi oleh adik beradik seibu sebapa.

2. Jika cucu anak perempuan tu daripada anak perempuan tunggal itu, maka cucu tu tidak berhak mendapat apa-apa pun kerana dia bukan waris. Jadi baki 1/2 selepas anak perempuan dapat akan diwarisi oleh adik beradik seibu sebapa.

3. Dalam hal ini, adik beradik seibu sebapa tidak kisah lelaki atau perempuan. Kerana mereka walau apa jua jantinan sekali pun akan tetap menghabisi baki harta tadi dengan perincian berikut...

* Jika mereka lelaki, akan dapat Asobah Binnafsi
* Jika mereka lelaki dan perempuan akan dapat Asobah Bil Ghoiri..dan
* Jika mereka perempuan sahaja, akan dapat Asobah Maal Ghoiri.

Sekian. Terima kasih Ustaz Mohamad Razi Zulkifli kerana bagi idea untuk ambe menulis petang ni.

DIF USTAZ MOHD KHUSAIRI SALEH
Daie Ilmu Faraidh.
𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝗸𝗮𝗱 𝗹𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗪𝗮𝘀𝗶𝘁𝗮𝗵, 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀
𝑷𝑬𝑹𝑩𝑬𝒁𝑨𝑨𝑵 𝑫𝑰𝑨𝑵𝑻𝑨𝑹𝑨 𝑾𝑨𝑺𝑰𝑨𝑻 𝑫𝑨𝑵 𝑯𝑰𝑩𝑨𝑯
Ayuh kenali apakah perbezaan diantara wasiat dan hibah. Berikut adalah perbezaan yang boleh Tuan-Tuan dan Puan-Puan jadikan rujukan.
Para suami, anda wajib bertanya dan mengingatkan isteri dan anak-anak perempuan, dah qadha' puasa Ramadhan atau belum....?

Kalau mereka tak sempat qadha', anda bertanggungjawab pula memastikan fidyah yang tertunggak itu dibayar.

Selagi tak qadha', berganda-ganda jadi fidyah tu.

Jangan ambil ringan ya kaum lelaki....
Kita sibuk mengumpul harta semasa hidup tapi adakah harta tersebut boleh dimanfaatkan oleh waris selepas ketiadaan kita?

Rugi betul bila semasa hidup kita penat kumpul harta untuk memastikan kebajikan waris-waris terjaga selepas ketiadaan kita namun semua itu sia-sia.

Mengapa sia-sia?

Kerana kita terlepas pandang bahawa tanggungjawab merancang harta itu terletak dibahu kita sebagai pemilik harta dan perlu bermula HARI INI.

Bertindak sekarang dengan terus menghubungi kami atau klik pautan dibawah untuk mendapatkan rundingcara PERCUMA!

www.wasap.my/60192290113/pengurusanhartaislam
Ini adalah cerita seorang kawan saya.

🔹Tahun lepas ayahnya telah tukar hak milik tanah di kampung kepada semua anak jumlah 5 orang. Semua anak dapat 5 ekar tanah, kecuali anak sulung ( kawan saya) cuma dapat 2 ekar tanah. Sebab ayahnya lebih sayang anak anak lain.

🔹 Awal bulan Feb, ayahnya jatuh sakit perlu masuk hospital , ayahnya minta anak bongsu hantar ke hospital,tapi anak bongsu dengan alasan sibuk kerja tidak ada masa nak hantar. Last sekali anak sulong yang hantar ayahnnya ke hospital siap sekali daftaran di hospital , walaupun pada masa itu anak sulong sibuk juga dengan niaga di luar kawasan , tapi masih dapat luangkan masa hantar ayahnya ke hospital.
Cerita ini seperti gambar di bawah, semasa ke pejabat tanah tukar hak milik tanah semua orang hadir walaupun sibuk ,tapi bila nak hantar ayah ke hospital semua orang cari alasan sibuk dengan kerja.

Financial Coach
KY Tee

**Sekadar perkongsian😊
Antara isu yang jarang dibincangkan oleh masyarakat, sekiranya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun menerima harta pusaka, maka seorang penjaga harta perlu dilantik bagi memegang harta itu secara amanah.

Persoalannya;

📍Siapakah yang layak untuk mentadbir harta anak bawah umur?
📍Adakah isteri boleh menjadi penjaga harta bagi anak-anak bawah umur atau OKU?
📍Bagaimana status hak penjagaan anak-anak yatim selepas kematian kedua ibubapa?
📍Apakah jaminan atau tanggungjawab individu yang dilantik menjadi pentadbir menguruskan sepenuhnnya kebajikan anak bawah umur ini?

Hubungi kami untuk mendapatkan rundingan percuma. boleh klik link dibawah

www.wasap.my/60192290113/pengurusanhartaislam