DUIT PUSAKA RM56,360
"Ustaz! Ayah saya mati, tinggal saya anak perempuan tunggal, mak tiri saya dan pakcik saya iaitu abang arwah ayah. Nok mintak tolong ustaz bahagikan faraidh.."
Abang arwah tu seibu sebapa dengan arwah ke?
"Ye, ustaz. Adik beradik arwah yang lain semua dah mati dulu.."
Ok, bahagian untuk setiap waris adalah:
Anak P tunggal 1/2 RM28,120
Isteri aka mak tiri 1/8 RM7,045
Abang arwah dapat baki (asobah) RM21,195
Semua waris kena tahu kadar yang telah diwajibkan oleh Allah dulu. Lepas tu, nak berunding macam mana pun tak ada masalah. Nak bahagi samarata ke, pakcik taknak bahagian dia ke, mak tiri tak nak ke, awak sendiri taknak ke, boleh belaka.
Atau kalau semua waris sepakat taknak, boleh bagi ke ambe..haha. Jeng penasihat🤣
USTAZ MOHD KHUSAIRI SALEH, DIF

Kalau kita buat baik, kebaikan itu adalah untuk diri kita. Sebaliknya jika kita buat jahat, maka akibat daripada kejahatan itu akan kembali kepada diri kita juga.
Jadi, jangan pernah rasa penat untuk buat baik. Jangan sesekali berhenti untuk menebarkan jala kebaikan kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling.
Biar manusia tidak menghargai. Biar manusia tak pandang dan endah sedikit pun. Tapi Allah tetap ada untuk memberi balasanNya yang setimpal.
Selamat pagi kawan-kawan.
Setiap kali kita masih bernafas di hari yang baru, setiap kali itulah peluang kita untuk menambah kebaikan.
Jangan sia-siakan. Jangan lepaskan begitu saja.
Dunia adalah ladang untuk akhirat. Kerjakan sebanyak mungkin kebaikan di dunia. Akhirat nanti kita akan menuai hasilnya.
Pasti.
#KAB

Dalam hidup kita dari mula dilahirkan sampai la kita mati dan dibangkitkan balik di hari kiamat, hanya ada 4 prinsip asas yang akan kita guna pakai.
Ingat betul-betul 4 prinsip ini. Nanti kita buat apa pun, kita akan buat sehabis baik kerana kita tahu dan faham 4 prinsip ini.
Pegang erat-erat 4 prinsip ini. Nanti kita buat apa pun, kita akan jaga diri kita baik-baik jangan sampai tersasar dan terjerumus dalam perkara dosa dan maksiat.
❤️ Walau panjang mana pun umur kita, suatu hari nanti kita akan mati. Tak ada orang yang boleh hidup menongkat langit. Hebat macamana pun kita, kita akan menempuh satu saat nafas kita akan terhenti. Pasti!
❤️ Allah akan balasan yang seadil-adilnya kepada kita di hari akhirat. Mungkin ada usaha kita di dunia yang tidak menerima balasan yang setimpal. Mungkin ada yang kita tak puas hati. Tapi di akhirat, semua orang akan dapat upah yang setimpal untuk setiap usahanya di dunia. Semua orang akan puas hati. Pasti!
❤️ Kejayaan sebenar ialah apabila seseorang itu selamat daripada api neraka dan masuk ke dalam syurga. Itu kejayaan yang hakiki. Sebab kita akan hidup selama-lamanya dalam tu dan tak mati-mati dah. Pasti!
❤️ Segala kesenangan, kebahagiaan, keseronokan, kecantikan, kesempurnaan dan sebagainya yang kita ada dan dapat di dunia ni… semuanya adalah palsu dan menipu semata-mata. Jangan mudah terpesona. Jika kita terperdaya, maka kita akan rugi dan menyesal di akhirat nanti. Pasti!
Ok? Dapat sesuatu pagi ini?
Sebarkanlah. Semoga ia jadi ilmu yang berpahala dan bermanfaat buat semua.
Selamat pagi!

"Faraidkan ada, pandai-pandailah waris saya uruskan harta saya nanti"
Bila sebut tentang persediaan pusaka dan perancangan harta, ramai yang beranggapan waris-waris boleh uruskan pusaka.
Berdasarkan statistik daripada setiap 100 orang yang meninggal dalam setahun, hanya 20 waris sahaja yang proaktif dan memfailkan pada tahun pertama, majoriti akan menguruskan pusaka selepas 20 tahun dan baki akan cuba selesaikan dalam tempoh 70 tahun.
Ayuh kita dengarkan kupasan lanjut Harta dan Pusaka bersama Puan Umi ;
🗓 26 Oktober 2021(Selasa)
⏰ 9.00 malam
Jumpa anda di FB Live Umi Khlsom - Wasiat, Hibah, Faraid
#harta #pusaka #hibah #wasiat #faraid #rancangkeranasayang

AWAS SCAMMER HARTA PUSAKA !
Lama saya tak menulis di page ini kerana kekangan masa. Namun saya tertarik untuk mengulas tajuk ini kerana ia dipapar dalam satu sesi fblive yang saya tonton. Menarik.
Di mana ada gula di situ ada semut. Apabila hari ini masyarakat mula ada kesedaran tinggi tentang perancangan harta dan pengurusan pusaka maka banyaklah pihak menawarkan perkhidmatan berkaitan.
Walau saya sudah bekerja 23 tahun dalam industri ini , saya sendiri pun susah nak kenalpasti adakah sesuatu pihak itu scammer atau tidak.
Kenapa ? Kerana urusan pusaka sangat teknikal. Mengurus harta pusaka tidak selesai dengan hanya buat sekeping dokumen. Ramai salah faham kerana ingat sebaik dokumen dibuat semua masalah selesai.
Urusan ini terkait emosi waris dan proses teknikal undang2 sivil dan syariah yang akan berlaku mungkin berpuluh tahun selepas dokumen dibuat dan kita sudah mati. Akan ada banyak kos juga terlibat di peringkat ini.
Mana2 pihak yang berpengetahuan boleh saja menawarkan perkhidmatan berkaitan namun kita sebagai masyarakat perlu pandai menilai dan memilih.
Tips saya kepada masyarakat dalam memilih penawar perkhidmatan bagi mengelakkan risiko discam :
1. Periksa trek rekodnya.
Lihat berapa lama organisasi ini sudah beroperasi. Lagi lama ia beroperasi lagi selamat perkhidmatannya anda gunakan. Lihat testimoni pelanggannya. Scammer takkan bertahan bertahun-tahun lamanya.
2. Periksa latarbelakang organisasinya.
Lihat laman webnya. Pastikan tertera dengan jelas siapa lembaga pengarah dan panel syariahnya. Pastikan siapa pasukan pengurusannya dan apakah tahap tadbirurus korporat yang digunapakai. Jika maklumat2 ini tiada dalam laman webnya, anda perlu fikirkan risiko menggunakan perkhidmatan mereka.
Scammer biasa tidak meletakkan dengan jelas semua maklumat ini untuk tontonan awam. Laman web mereka biasanya berorientasikan pemasaran sahaja.
3. Pastikan unsur kelangsungan.
Ada penawar perkhidmatan ini bergerak atas kapasiti individu. Individu itu mungkin berpengetahuan dan berpengalaman dalam urusan harta pusaka namun dia akan mati. Bila dia sudah mati siapakah pula yang akan bantu waris kita melalui semua proses perundangan harta pusaka ?
Jika anda menggunakan perkhidmatan Syarikat berstatus sdn bhd pula, ia juga berisiko ditutup operasi dan waris berdepan masalah yang sama di atas.
Mereka bukan scammer namun ketiadaan unsur kelangsungan merisikokan waris kita berdepan masalah jika kita menggunakan perkhidmatan mereka.
Jangan silap memilih kelak waris merana dan hasrat tidak tercapai.
ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

“Peninglah … Nak buat apa ni?
Nak daftar penama ke, nak buat wasiat, harta sepencarian atau hibah?”
Bila nak buat perancangan harta, ramai yang keliru nak buat pilihan yang mana satu. Tak kurang juga ada yang tersilap dalam merancang, akhirnya semua sia-sia. Menyesal tak sudah.
Merancang harta tak boleh setakat siap ada dokumen, semua dah selesai. Nak merancang pun perlu ada ilmu. Nak ilmu perlulah belajar dari orang yang tahu.
Jom luangkan hujung minggu anda untuk menambah ilmu perancangan pewarisan harta.
Kami sajikan dua sesi kepada anda
3.00 pm - 3.45 pm : Sesi 1 - Betul ke bila buat Wasiat, semua urusan pusaka selesai?
4.00 pm - 4.45 pm : Sesi 2 - Ada harta nak bahagi guna Penama, Wasiat, Harta Sepencarian atau Hibah?”
Sesi ni PERCUMA tau.
Kita adakan melalui Zoom jadi anda boleh bertanya direct segala persoalan tentang pewarisan harta.
Apa tunggu lagi. Daftar sekarang,
https://forms.gle/67Qtgj7sd6X2ZBd88
Nama Pengenal : Mazrina
No Telefon Pengenal: 0192290113
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi kami pada link di bawah 👇🏼
https://linktr.ee/puanumi
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com
#wasiat #hibah #faraid #hartapusaka
#uruspusaka #khairatpusaka
#rancangkeranasayang
©️Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.

Google Docs
TAKLIMAT PERANCANGAN PEWARISAN HARTA
“Peninglah … Nak buat apa ni? Penama, Wasiat, Harta Sepencarian atau Hibah?”
Tarikh : 19 Mac 2022 (Sabtu)
Masa : 3.00 pm
Tentatif:
3.00 pm - 3.45 pm : Sesi 1 - Buat Wasiat, Semua Selesai. Betul ke?
4.00 pm - 4.45 pm : Sesi 2 - “Peninglah … Nak buat apa…

Bagaimana kaedah pewarisan jika kita tak dapat pastikan kedudukan waris sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia?
Kita ambil satu contoh situasi, seorang anak ditinggalkan oleh bapanya sejak kecil dan anak tidak tahu apa-apa maklumat berkaitan bapanya sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Andaikata anak atau bapanya meninggal dunia, mereka layak untuk mewarisi bahagian pusaka yang meninggal dunia terlebih dahulu.
Dalam ilmu pewarisan kes ini sama seperti kes orang yang hilang (Al-Mafqud).
Andaikata anak meninggal dunia terlebih dahulu;
1. Status bapa akan dianggap masih hidup secara hukum, kerana asalnya dia hidup dan tiada bukti jelas menunjukkan bapanya telah mati.
2. Bahagian pusaka bapa perlulah diasingkan sehingga ada bukti jelas bahawa bapa telah meninggal dunia.
3. Waris (waris lain si anak) boleh membuat carian maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kalau JPN telah sahkan bahawa bapa sudah meninggal dunia, maka bapa boleh dianggap sudah meninggal dunia mengikut tarikh kematian yang disahkan oleh JPN.
4. Jika maklumat bapa tidak ditemukan, waris boleh membuat permohonan anggapan kematian. Anggapan kematian ini akan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi (Sivil) bagi tujuan untuk memohon surat tadbir harta pusaka.
5. Di Malaysia, Undang-undang Persekutuan, Seksyen 108, Akta Keterangan 1950, Akta 56, memperuntukkan bahawa orang yang hilang boleh dianggap mati mestilah menunggu setelah tidak mendengar khabar berita tentang diri orang yang hilang itu selama tujuh tahun.
6. Pembuktian bahawa waris-waris yang ada telah berusaha mencari bapa boleh dilakukan melalui iklan di media, surat khabar dan lain-lain.
7. Jika tempoh tujuh tahun sudah berlalu, bapa boleh dianggap mati setelah permohonan anggapan kematian disahkan oleh mahkamah.
8. Apabila bapa telah meninggal dunia berdasarkan berdasarkan bukti-bukti dan keputusan hakim, maka hartanya perlulah dibahagikan kepada waris-waris yang layak. Tapi jika ada waris faraid bapa yang meninggal dunia sebelum keputusan mahkamah ditetapkan, maka dia tidak akan mewarisi apapun daripada harta pusaka tersebut.
Sumber:
1. Mohd Zamro Muda et al. Undang-undang Pusaka Islam: Pelaksanaan di Malaysia.
2. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3854-irsyad-al-fatwa-siri- ke-341-hukum-harta-orang-yang-mafqud
3. Ahmad Termizi Abdullah. Waris Hilang.
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com
#wasiat #hibah #faraid #hartapusaka
#uruspusaka #khairatpusaka
#rancangkeranasayang
#NAZA

Soalan:
Puan Aminah meninggal dunia dan meninggalkan dua orang anak perempuan, seorang anak lelaki, seorang cucu perempuan dan seorang cucu lelaki (anak lelaki dan anak perempuan daripada anak lelaki yang telah meninggal dunia).
Siapkah waris faraid Puan Aminah?
A. Anak perempuan dan anak lelaki
B. Semua adalah waris
Jawapan:
Kes kali ini, kes yang hampir sama dengan kes faraid sebelum ini. Kes kematian datuk atau nenek yang meninggalkan cucu (anak-anak daripada anak lelaki yang telah meninggal dunia lebih awal).
Jawapan yang lebih tepat untuk kes ini adalah A. Waris Puan Aminah hanyalah anak lelaki dan anak perempuannya. Kes yang hampir sama tapi jawapan yang berbeza.
Berdasarkan kes, contoh sekiranya Puan Aminah meninggalkan aset bernilai RM 50,000 merangkumi barang kemas dan wang simpanan. Waris-waris akan dapat bahagian seperti berikut :
Anak lelaki - 2/4 (RM 25,000)
Anak perempuan 1 - 1/4 (RM 12,500)
Anak perempuan 2 - 1/4 (RM 12,500)
Cucu lelaki dan cucu perempuan tidak layak mewarisi pusaka nenek kerana didinding oleh anak lelaki si mati. Tetapi kalau nenek berhasrat memberikan sebahagian harta kepada cucu, nenek boleh hibahkan atau wasiatkan sejumlah harta kepada cucunya.

4 SEBAB UTAMA KENAPA PEMILIK RUMAH PERLU HIBAHKAN RUMAH MEREKA.
1. Rumah yang telah dihibah tidak menjadi harta pusaka.
Rumah yang telah sempurna dilaksanakan rukun & syarat semasa hidupnya pemberi hibah telah pun terkeluar dari harta pusaka dan tidak perlu difaraidkan.
HIBAHKAN SAHAJA RUMAH ITU … tak perlulah penerima hibah kita nanti nak bergelut dengan waris2 faraid lain bagi mendapat hak ke atas rumah ini. Dah jadi milik
mereka pun.
2. Rumah yg dibeli secara pinjaman LAGI PENTING dihibahkan.
Bila kita mati, seseorang perlu jelaskan baki pinjaman rumah yg masih tertunggak. Memang kita ada MRTT/MRTA tapi dalam banyak keadaan tak cukup untuk tmpung semua baki pinjaman.
Jadi siapa yg perlu tanggung liabiliti ini? Biasanya pasangan & anak2 lah yg kena tanggung sebab mereka yg tinggal di rumah itu. Tak bayar kena lelong pulak nanti.
Selepas bertungkus-lumus membayar baki hutang, rumah itu perlu pula diagih kepada semua waris mengikut hukum faraid. Waris2 ini terdiri daripada ibubapa dan mungkin juga adik-beradik simati atau pihak lain.
HIBAHKAN SAHAJA RUMAH ITU … walaupun pasangan & anak2 masih perlu menanggung liabiliti, rumah itu sudahpun jadi milik mereka.
3. Kita beli rumah untuk pasangan dan/atau anak2.
Setakat 24 tahun buat kerja ni saya tak pernah pula jumpa orang beli rumah utk adik beradik dia. Biasanya kita beli rumah utk pasangan dan/atau anak2. Kita nak kalau sesuatu berlaku kepada kita, adalah mereka ini tempat berteduh kerana mereka tanggungan & tanggungjawab kita.
HIBAHKAN SAHAJA RUMAH ITU … Menghibahkan rumah kita kepada mereka akan membantu mencapai matlamat membahagikan rumah itu kepada pasangan & anak2.
4. Nilai rumah semakin tinggi.
Rumah yg kita beli hari ini pada harga RM 400,000 mungkin akan bernilai RM 1 juta 10 tahun akan datang bila kita mati.
Kalau waris faraid kita ada terdiri daripada adik-beradik ( dalam kes tertentu ), jika pasangan & anak kita mahu menebus bahagian mereka (itupun jika mereka setuju ia ditebus ) , mereka perlu membayar nilai bahagian itu.
Dengan peningkatan nilai rumah, bahagian yang perlu ditebus itu akan menjadi semakin mahal.
HIBAH SAHAJA RUMAH ITU .. tak perlulah pasangan & anak2 anda mengeluarkan belanja yang semakin banyak dari poket sendiri untuk menebus bahagian waris2 faraid lain yg semakin mahal.
Ada banyak sebab lain tapi ini 4 yang utama.
ANDA SUDAH HIBAHKAN RUMAH ANDA? Wasiyyah Shoppe Berhad boleh membantu.

BAHANA WASIAT KEPADA WARIS
Panggilan daripada Kajang pagi ni.
"Ustaz, saya ni tak faham sangat pasal faraidh, jadi saya google cari video-video, saya jumpa video ustaz, barulah saya faham hukum wasiat. Begini ustaz, ayah saya ada buat 1 dokumen wasiat dengan syarikat xxx sebelum dia meninggal tahun 2001. Dalam wasiat tu dia bagi harta dia kepada mak dan kami 2 beradik. Ayah tak ada anak lelaki."
"Bila ayah meninggal, mak sebagai penama duit TH keluarkan duit tu dan kami bahagi duit tu seperti wasiat ayah dalam dokumen dengan syarikat xxx tu. Kami tak berurusan pun dengan syarikat tu. Sekarang rumah ayah masih belum diuruskan lagi. Rumah tu dalam bandar KL. Harga anggaran lebih 500k. Kakak saya yang duduk sekarang."
"Saya baru je dengar video ustaz di YT. Baru saya faham bahawa wasiat ayah tu tak boleh pakai. Setahu saya ayah ada adik beradik lain ibu, tapi saya tak tahu berapa orang dan semua mereka di Indonesia. Sebab atuk memang asal orang sana. Ada dah adik beradik ayah yang meninggal."
Ini kes yang ambe terima pagi ni. Lama akak ni bercakap dengan ambe. Hampir 40 minit. Daripada harta pusaka arwah ayah dia yang dah meninggal 20 tahun lalu, yang wasiat ayah menjadi malapetaka besar kepada duit TH yang dah habis dibahagi dan dibelanjakan. Terus kepada status harta mak, yang sekarang sedang uzur dan bakal menempuh ujian yang panjang juga.
Wasiat dan Hibah ada keperluannya tapi biarlah betul caranya. WA
USTAZ MOHD KHUSAIRI SALEH DIF
Daie Ilmu Faraidh
Perunding Bebas Harta Pusaka

𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐮𝐭𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤!
"Puan, ayah saya meninggal dunia tahun 2016. Saya telah dilantik untuk urus pusaka arwah ayah saya. Sampai sekarang masih belum selesai lagi". Beritahu Tuan Lan sejurus saya terangkan proses urus pusaka.
"Apa yang menyebabkan belum selesai lagi ya Tuan?" tanya saya pula.
"Baru saya tahu bila ada rumah, perlu ke Pejabat Pusaka Kecil. Mula-mula saya tak tahu nak ke mana. Saya pergi ke Amanah Raya Berhad. Kes tertangguh bila ada dokumen tak cukup. Kemudian disebabkan kekangan masa, saya tak dapat nak uruskan." Luah Tuan Lan kepada saya.
****
Tahukah anda❓
Pembahagian harta pusaka tidak berlaku secara automatik. Lebih-lebih lagi harta yang ditinggalkan adalah harta yang berdaftar. Sebagai contoh seperti rumah, kereta, simpanan di bank, saham dan lain-lain. Waris perlu mendapatkan surat kuasa dahulu barulah harta tersebut dapat dicairkan.
Namun, masih ada di kalangan masyarakat kita tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan pusaka. Malah ada juga yang keliru institusi yang manakah perlu dituju dan apakah bidang kuasanya.
Sebelum hendak menguruskan pusaka, waris perlulah melakukan perkara berikut:
1. Selesaikan urusan pengebumian jenazah.
2. Waris bermuafakat melantik pentadbir untuk menguruskan harta peninggalan si mati.
Selain daripada lantik individu sebagai pentadbir, waris boleh melantik Syarikat Amanah patuh syariah untuk membantu waris melalui proses tuntutan pusaka dengan lebih mudah, cepat dan tepat.
3. Waris-waris perlu bekerjasama dengan pentadbir untuk senaraikan aset yang ada dan juga sediakan dokumen yang diperlukan.
4. Sebelum harta dicairkan dan hendak dibahagikan kepada waris, perlu tadbir urus pusaka di institusi yang berkaitan berdasarkan nilaian aset yang ditinggalkan.
Pentingnya setiap dari kita dan juga waris ambil tahu serba sedikit tentang bagaimana hendak menguruskan harta pusaka.
Walaubagaimanapun, bagi memastikan urusan pusaka anda berjalan lancar, tidak tertangguh dan bermasalah serta tanpa membebankan waris-waris, Khairat Pusaka Al-Wasitah adalah solusi yang terbaik.
Rancang harta anda sekarang melalui Khairat Pusaka.
Kongsikan agar lebih ramai yang mendapat informasi untuk bertindak.
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com
#hibah #wasiat #faraid #pusaka
#wasitah
#eko
©️Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI

“Mahal lah dokumen hibah yang kamu cadangkan ini. Lebih baik saya pergi ke Pejabat Tanah tukar nama kepada isteri saya terus. Tidak dikenakan apa-apa bayaran. Lagipun rumah saya tiada hutang lagi dengan bank”.
Inilah kata-kata Encik Aris bukan nama sebenar kepada perunding kami 3 tahun lepas. Dokumen yang kami cadangkan dikatakan mahal. Encik Arif mengambil keputusan pergi ke pejabat tanah menukar nama rumah atas namanya kepada nama isterinya. Encik Arif bimbang jika beliau yang pergi dahulu isterinya dihalau keluar dari rumah mereka.
Perkahwinan Encik Arif dan isteri tidak dikurniakan cahaya mata. Ibu dan bapanya juga telah lama meninggal dunia. Adik beradik Encik Arif seramai 11 orang. Sudah pasti kepala masing-masing berbeza. Ditambah lagi masing-masing telah berkahwin dan mempunyai penasihat sendiri.
Perkara paling utama yang difikirkan oleh Encik Arif adalah “Tak kan isteri aku nak berkongsi rumah dengan 11 orang adik beradik aku”. Kebetulan kesemua mereka lelaki.
Encik Arif merancang, namun perancangan Allah lebih baik. Isteri Encik Arif pergi terlebih dahulu. Disebabkan Encik Arif membuat hibah mutlak, maka rumah tersebut menjadi pusaka si isteri.
Faraid isteri terdiri daripada suami, 3 adik beradik lelaki dan 4 adik beradik perempuan. Walaupun mereka sedar bahawa rumah tersebut dibeli dan dibayar oleh Encik Arif memandangkan kakak mereka seorang surirumah sepenuh masa, namun mereka masih mahukan bahagian mereka. Nilai semasa rumah tersebut adalah RM500,000.
Suami 10/20 = RM250,000
3 Saudara Kandung Lelaki 2/20 = RM50,000 setiap seorang
4 Saudara Kandung Perempuan 1/20 = RM25,000 setiap seorang
Termenung Encik Arif memikirkan sikap adik-adik iparnya yang tidak mahu bertolak ansur. Rupa-rupanya manusia boleh gelap mata hanya kerana duit.
Buat dokumen hibah memang ada kos yang perlu dibayar. Kos dokumen hibah bermula dengan 1,600 bagi rumah yang telah habis dibayar dan 2,100 bagi rumah yang masih dalam pinjaman.
Nilai ini mungkin nampak besar sekarang tetapi bagi golongan kritikal yang tidak membuat apa-apa perancangan harta, nilai ini boleh menyelamatkan mereka dari pergaduhan merebut pusaka selepas kematian.
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com
#faraid
#pusaka
#kirafaraid
#hartapusaka
#wasiyyahshoppe
#SD
©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.

Soalan :
Nak tanya, mak saya dah lama meninggal. Lepas mak meninggal, ayah kahwin semula. Ayah ada seorang anak lelaki hasil perkahwinan dengan isteri baru. Ayah saya dah meninggal tahun lepas.
Kalau berlaku apa-apa kat saya siapa ja yang boleh waris pusaka yang saya ada?
Saya ada seorang suami dan seorang anak perempuan. Mak tiri saya masih ada lagi. Saya tiada adik-beradik lain melainkan adik lelaki daripada perkahwinan kedua ayah?
Siapakah waris faraid Puan A?
Jawapan:
Untuk soalan ini, andai kata Puan A tiada, waris yang layak menerima pusaka beliau hanyalah suami, anak perempuan dan saudara lelaki sebapa.
Mak tiri tidak layak menerima pusaka daripada anak tirinya kerana tidak tergolong dalam senarai waris faraid.
Macam mana nak kira pembahagian faraid ni?
Contohnya, Puan A ada rumah, kereta, barang kemas dan simpanan. Total keseluruhan harta lebih kurang RM 600,000.
Setiap waris akan layak dapat bahagian seperti ini:
Suami - 1/4 (RM 150,000)
Anak perempuan - 2/4 (RM 300,000)
Saudara lelaki sebapa - 1/4 (RM 150,000)
Ini cerita waris Puan A, waris anda pula macam mana?