Dakwah Jalan Hidup, Redha Allah Maksud Hidup
818 subscribers
587 photos
599 videos
33 files
108 links
Silakan save dan share segala ilmu dan video yang di post dalam telegram ini . Semoga bermanfaat .
Download Telegram
- Maksudnya, sekali Allah celup dalam neraka, kesakitan itu buat kita lupa dan hilang segala nikmat yg Allah berikan di dunia
- Orang yg paling dasyat bala di dunia, dia dapat masuk syurga sekejap sahaja, Allah tanya, pernahkah kamu pernah rasa susah di dunia? Dia kata tidak, saya rasa nikmat sahaja di dunia.
- Orang yg sentiasa memuji Allah swt ketika dalam kemudharatan - inilah orang yang sabar, tidak merintih

Allah bawa 4 Nabi sebagai saksi -hujah atas 4 jenis manusia
- Nabi Sulaiman bin Daud: kepada orang kaya, kekayaan telah menyibukkan dgn dunia, Nabi sulaiman kekayaannya tidak menghalangnya utk beribadah kepadaNya
- Nabi Yusuf dijadikan hamba, dikhianati adik bradik (dengki dan campak dalam perigi), dijual dan dibeli gabenor mesir.. kepada hamba datang di akhirat, bila jadi hamba tak ada masa utk beribadah
- Fakir miskin, hujahnya Allah bawa Nabi Isa as, sesungguhnya hajat aku keperluan aku menghalang aku utk beribadah kepadaMu.. adakah kamu lagi miskin atau nabi Isa lebih miskin?
- Orang sakit dengan hujah Nabi Ayub as.. kesakitan telah menghalang utk beribadah kepadamu. Adakah sakit kamu lebih dasyat dari Nabi ayub? Sesungguhnya kesakitan nabi ayub tidak menghalang dia utk beribadah kepadaKu

- abu dardar seorang sahabat Nabi SAW yg sangat zuhud
- Kehidupan di dunia sangat sekejap, persinggahan menuju ke akhirat
- Makruh: yg tidak disukai, tinggal dapat pahala, buat tak berdosa
- Manusia tak suka kepada kemiskinan, tapi Abu Dardar suka fakir miskin sebab sifat hamba
- Manusia tak suka kematian, tapi Abu Dardar suka
- Manusia tak suka sakit, tapi Abu Dardar suka supaya Allah dapat ampunkan dosa
- Abu Dardar cintakan kematian sbb rindu nak jumpa Allah SWT

- pasangan kita, anak2 kita, ahli keluarga kita, sahabat2 kita, akan menjadi saksi kita di akhirat
- Merintih, meminta doa kepada Allah SWT
- Manusia yg jenis mana yg paling kuat ditimpa bala,
- Yg pertama nabi2
- Orang2 soleh
- Orang2 yg mengikuti jalan org2 soleh

- Cara Allah nak tinggikan darjat dengan bagi bala pada orang2
- Hawariyun - pengikut bani israel
- Bila ditimpa bala, kena senang hati
- Allah bawa kita dalam jalan org yg soleh
- Maka, apabila nak lalui jalan org soleh, kena lalui kesusahan
- Bila Allah bagi kesenangan, kena menangis utk diri kamu kerana jalan itu adalah jalan yg berbeza dari jalan org2 soleh utk mendapat maqam yg tertinggi oleh Allah SWT

- Betapa dasyat kelaparan Nabi SAW
- Sahabat sampai menangis melihat Nabi SAW, sanggup buat apa sahaja utk Nabi SAW
- Apakah yg kita telah buat utk Nabi SAW, apakah yg kita pernah buat agama
- Bersiap sedialah dengan baju yg tebal, demi Allah bala itu lebih cepat kepada org yg mencintai Nabi SAW
- Barangsiapa yg mencintai Nabi SAW maka akan melalui jalan susah payah, jalan mujahadah, jalan Nabi SAW

- kesabaran paling tinggi, apabila kita boleh sabar dengan perkara yg kita boleh untuk lawan contohnya orang berkasar dengan kita, bersabar di kala kita mampu utk berlawan tapi kita tidak melawan.. kita bersabar
- Ganjaran sabar Allah tak kira, terlalu banyak, tak dapat nak timbang/kira
- Bi ghoiril hisab, bukan tak boleh kira, tapi terlebih dari timbangan utk dihitung
- Orang yg bersabar, malaikat tanya, siapa kamu? Kami orang2 bersabar.. maka malaikat menjawab masuklah kamu ke dalam syurga
- Mereka masuk syurga tanpa hisab
- Kita hidup di dunia utk dapat redha Allah, doa minta redha Allah, minta syurga Jannatul Firdaus
Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:

“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surahan-Naba’:18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada saya, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam...allahuakabar....
“ Selagi mana seseorang itu tidak rasa gerun dengan الله tentang apa yang dibelajar olehnya, ketahuilah yang dia tidak tergolong dalam kalangan orang yang alim ( berilmu ) walaupun ilmunya telah melaut “

- Tuan Guru Mursyid Sheikh Hj Abd Rahman Jaafar Al Kholidi.
Pesan Al-Habib Umar Bin Hafidz :

Gunakan sosial-media untuk hal-hal yang bermanfaat.

"Jadikanlah televisi, handphone, internet, dan alat-alat lainnya sebagai pelayan dan pembantu untuk agamamu.

Jika tidak, alat-alat itu akan menghancurkan dirimu, sedangkan engkau malah tertawa (karena tidak menyadarinya,) ia akan merusak hatimu, akalmu, akhlakmu, dan fikiranmu tanpa kau sadari.

Engkau tertawa bahagia padahal alat-alat itu telah merusak hal-hal yang paling berharga yang kau miliki.

(Al-Habib Umar Bin Hafidz)

اللهم صلى على سيدنا محمد واله وصحبه وسلم
Saya antara sahabat yg menyaksikan Ebit Lew, org yg betul2 susah miskin, dihina, dikenakan, diketawakan.. Tiba2 Allah beri kekayaan padanya yg bukan sedikit.

Ustaz Ebit ni antara sahabat baik saya. Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing2 belum kahwin. Ustaz Ebit baru bertunang.

Dulu kami kerja selang satu meja waktu di Company Dato Fadzilah Kamsah. Ustaz Ebit ni antara yg selalu dtg kumpul depan meja saya bercerita kisah Nabi dan Sahabat.

Ada satu ketika, Ustaz Ebit bagi saya duit, minta hias pula kawasan meja dia bagi lawa. Sebab katanya buruk sgt.

Saya beli barang2 hiasan, dan hias dengan bunga2 warna putih waktu Ustaz Ebit sedang cuti kerja.

Ustaz Ebit ni takde satu hari tak sembang kisah Nabi. Kalau dgr Ebit bersembang, rasa macam wayang gambar depan mata kisah2 sahabat. Bila dia ada masalah, dia dtg cari sy dan terus cerita pung pang pung pang apa org kutuk dia.

Selepas 2 bulan kerja di ofis yang sama, Ustaz Ebit ni kahwin. Kemudian dia keluar jemaah tabligh, dia call sy kirimkan duit minta belikan bunga untuk isterinya.

Saya pilih dan minta kedai gubahkan dgn sgt cantik. Tak lama sy terima whatspp gambar isteri Ebit pegang bunga tu dgn senyum manis. Ya tuhan, hati sy sgt2 berbunga.

Saya juga belikan rantai emas untuk sang bidadari. Ebit transfer duit gaji dia untuk saya tolong belikan. Saya pergi kedai emas carikan. Waktu tu duit dia cukup2.

Kata dia, "cukuplah Farah (nama isterinya) gembira, Ebit dah puas hati.

Sebelum tu bila dia bagitahu dia nak keluar jemaah ke sekian2 tempat..saya tanya dia..

"Ebit.. Ebit nak keluar jemaah, asyik keluar duit..Nanti macam mana kalau duit habis?" ( soalan saya 14 tahun dlu waktu tak faham *hakikat memberi* )dan saya tahu dia memang tak ada duit.

Ebit jawab.. "Takpe laila.. Keluar je jemaah dlu.. Nanti Allah ganti"

Dulu keretanya buruk sgt2. Masih terbayang di mata saya kereta dia. Org ketawakan dia..

Kawan2 kata, "Ebit.. Ko pakai macam ni.. Cakap macam ni..lembik...Sapa nak dgr cakap ko.. Sapa nak dgr ko ceramah.. Tak laku"

Memang org kenakan dia cukup2, ketawakan dia cukup2..

Sebelum buka Elews Mart tahun lepas, tengah tahun dia bagitahu saya yg dia nak buka 10 cwgn tahun lepas.Akhirnya Allah makbulkan dlm 2bulan.

Bahkan lebih berganda banyak lagi cawangan Elews Mart, dan macam2 perancangan dia yg dia bagitahu saya, Allah bg semuanya jadi kenyataan. MashaAllah Tabarakallah!

Sampai kes org sakit hati, ugut ke.. Tu perkara biasa😢

Sampai dia kata, kdg Ebit rasa nak lari bawak family ke luar negara. Malas pikir. Dok je sana terus. Buat baik salah. Tak buat baik pun salah.

Tp saya tahu, tu kata2 saja. Kata2 org yg letih sgt berjuang dgn karenah pelbagai pihak tp cintanya pada dakwah Nabi untuk tengok semua org peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha illallah tu x pernah mati.

Amalan dia yg sy takkan lupa yg sy tengok di ofis selama 4 tahun tiap2 hari tanpa gagal.

Rajin sgt2 usaha
Qailulah
Cara tidur ikut sunnah Nabi
Selalu belanja kami
Senyum setiap hari
Nangis bila berdoa
Dhuha 6 rakaat dan lebih
Solat jemaah & bersiap awal ke Masjid tanpa gagal
Berbuat baik dgn isteri tanpa gagal
Amalan memberi hadiah buat isteri
Berbuat baik dgn mak ayah, adik beradik
Keluar dakwah
Amalan doa khusus

Nampak macam biasa2... Kita pun tahu amalan tu.. Tapi dia ada amalan memaafkan org dan meminta maaf serta amalan memberi walaupun dia sendiri tak cukup..

Kredit: Noor Laila Aniza Binti Zakaria
20 Jamadil Akhir adalah hari kelahiran wanita penghulu syurga, penghulu semua wanita jagat raya, bidadari dunia yang suci, selalu menjaga pandangannya. Ath-Thohirah, Al Batuull, Al-Mardhiya, Ya Fatimah Bintu Rosulillah.

Diceritakan suatu kisah, Sayedah Fatimah Az Zahra mempunyai rasa malu yang sangat tinggi menjelang ketika hidupnya, juga ketika kewafatannya. Tatkala hidupnya beliau berkata,

"Yang baik pada seorang perempuan itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang lelaki".

Tiba masa menjelang wafatnya, beliau sempat mewasiatkan 3 perkara,

1- Supaya Saidina Ali mengkafankannya.
2- Dikebumikan waktu malam.
3- Supaya jasadnya diletakkan didalam keranda (yakni dilindungi daripada dilihat orang kerana beliau sangat malu jika dilihat tubuhnya yang dibaluti kemas oleh kain kafan).

Kitab Innaha Fatimah AzZahra ~

Fatimah AzZahra mewarisi lisan Nabi Muhammad ﷺ, Isyfa'lana Ya Habibati, Madad.

#KalamUlama
Di mulai dengan ucapan ALHAMDULILLAH..
Ingin saya kongsikan cerita tentang kelebihan dan keajaiban dalam BERSEDEKAH..
KELMARIN..ketika aku sedang buka gerai burger tiba2 muncul seorang lelaki muda dalam keadaan pakaian sangat kotor dan tak terurus lalu bertanya..abangg.. Ada makanan tak..?Saya nak makan..saya lapar belum makan.. Lalu aku menjawab kedai burger belum siap buka.. Awak nak makan apa..?sambil merenung air muka lelaki muda tersebut.. aku yakinkan diri yang aku sedang di uji.. tampa memikir panjang Lalu aku mengajak lelaki muda tersebut pergi ke gerai mamak dan memberitahu mamak tolong bagi apa sahaja makanan yang dia nak makan nanti saya bayarkan.. Lalu aku pun beredar dari gerai mamak tersebut untuk menyambung kerja membuka gerai burger..
setelah siap buka gerai burger aku terus pergi ke gerai mamak untuk membayar apa yang dimakan oleh lelaki muda tersebut..lelaki muda tersebut sudah pun beredar.. Cuma kelihatan bekas makanan yang dimakan oleh lelaki tersebut yang ditinggalkan di tempat dia makan.. Kelihatan cuma tinggal sisa2 tulang ayam yang licin dan bersih...sah memang betul2 lapar..dan aku pun terus pergi bayar makanan tersebut dalam sekitar Rm 7.00 harga yang dikenakan.. hakikat sebenarnya aku pun dalam keadaan tak berduit sangat sebab meniaga pun cuma kais pagi makan pagi sejak dah nak masuk setahun dalam tempoh PKP ni..😅
HARI INI.. Aku buka gerai burger seperti biasa.. Setelah selesai buka gerai burger..tak lama kemudian Aku di datangi seorang pelangan lalu memesan burger.. Abang.. Bungkus burger daging double special cheese telur benjo satu..Sambil masak burger sambil berbual dengan pelangan tersebut tentang keadaan perniagaan di musim PKP ni.. hakikatnya ramai yang susah..meniaga cuma bertawakal pada Allah.. Ada rezeki ada la.. Sikit atau banyak yang pasti tetap kena bersyukur.. Kata aku..
Bila burger dah siap lalu pelangan tersebut membayar pada harga yang ditetapkan rm 7.00..sebelum beredar pelangan tersebut mengeluarkan duit Rm 100 lalu diselitnya dibawah botol sos..nah.. Ini saya bagi dekat anak2 abang..abang ambik.. Sambil memberi salam dan berlalu pergi..
Aku agak terkejut kerana tak menyangka.. sambil otak aku memikirkan tentang lelaki muda yang aku beri makan KELMARIN..
Aku YAKIN...
Apa pun jangan takut untuk BERSEDEKAH walaupun kita susah..
Bersedekahlah dengan seiklas hati kerana janji ALLAH itu pasti..
Semoga sentiasa dilimpahi rahmat kasih sayang Dari Allah kepada pelangan yang mulia hati.. AMINN..
INSYAALLAH...
DUNIA HANYA DI TANGAN, DI HATI JANGAN!

Kata Ulamak..dunia ini ibarat kapal yg perlukan air untuk berlayar. Tatkala kapal sedang berlayar, perkara yg sangat penting adalah memastikan air supaya tidak masuk kedalam kapal. Sekiranya air masuk kedalam kapal nescaya kapal akan karam!

Begitulah kehidupan dunia ini..kita perlukan dunia utk jalani kehidupan. Tetapi sangatlah penting utk memastikan dunia yg kita miliki ini supaya tidak masuk kedalam hati kita!

Kehidupan di Dunia ini hanyalah sementara.. Kehidupan Akhiratlah yg kekal selama-lamanya..

Laa ila ha illallah ☝️

#DSAS
Hati yang bersih adalah hati yang sentiasa :

Melihat kesalahan dan aib diri

Sentiasa yakin dengan Allah

Melihat segala kebaikan adalah satu kurnia dari Allah

Sentiasa tamak dengan kebaikan dan ketaatan

Menjaga hubungan dengan Allah dan dengan segala makhluk

TG Ahmad Rizam Ghazali
Pokok dari tauhid dan makrifat adalah tajalli kepada Allah.Orang yg dipilih Allah adalah ahli makrifat yg sentiasa dipelihara istiqamahnya.Orang yg tidak dipilih adalah orang yg disibukkan oleh dirinya dan urusan dunia sehingga hatinya lalai walaupun zahirnya mengerjakan taat.

Orang yg dekat dengan Allah disibukkan dgn solat,puasa,ilmu dan berzikir pada Allah.kalaupun dia sibuk bekerja mencari rezeki hatinya sentiasa ingat kepada Allah.Mereka sentiasa melihat sifat Allah dalam kurniaan nikmat yg tidak terhitung.

Kehidupan orang jauh dengan Allah hidupnya terseksa iaitu terhalang dirinya istiqamah amal dan berat dalam melakukan amal lebih teruk lagi apabila merasa nikmat pada maksiat.Selagi mana kita tidak benar2 bertauhid kepada Allah maka hati kita akan cepat bergantung dgn selain daripada Allah.

النعيم وإن تنوعت مظهره إنما لشهوده واقترابه والعذاب وإن تنوعت مظاهره لوجود حسابه والسبب العذاب ووجود الحساب.
Bahawa nikmat Allah meskipun pelbagai namun ia menjadi saksi bagi dekatnya dengan Allah, adapun azab Allah meskipun pelbagai merupakan hisab ( perhitungan ) Allah kpd mereka.

Hati itu hidupkan Tauhid dgn ilmu yg benar disertai amal zikir dibawah bimbingan guru rohani yg mendapat irsyad agar dikurniakan Allah hati nurani yg murni lagi luhur dengan perasaan yg jernih.

Wallahu A'lam.
*Sabar atas bala & musibah*

*Maulana Ali Hanafiah - 25/1/2021*

- Syukur kepada Allah SWT
- Allah kurniakan bermacam2 nikmat, pancaindera, keafiatan, nikmat iman & islam
- dapat kenal Allah dapat kenal Nabi SAW
- Sabar adalah perintah Allah SWT
- Allah perintahkan fi il amar (menyuruh, sabarlah kamu sebagaimana rasul2 ulul azmi) - mereka diuji oleh Allah SWT
- Nabi Nuh berdakwah, Allah hantar dia 1000 tahun kecuali 50 tahun maknanya 1000-50=950 siang dan malam buat dakwah
- Dugaan demi dugaan sehingga Nabi Nuh berdoa minta Allah
- Hanya 83 org ikut Nabi Nuh
- Nabi ibrahim as, dakwahnya, dihalau oleh Namrud
- Tak ada anak sampai dia dapat anak, terpaksa tinggal di Mekah kemudian dia ke Baitulmaqdis
- Kemudian kembali ke Mekah diperintahkan utk sembelih anaknya
- Nabi Isa as, ujiannya sampai skrg
- Org menyembah Nabi Isa as, org menyekutukannya
- Besar ujian Nabi Isa
- Wa lan tar dho sesekali tidak akan redha org yahudi dan nasrani selagi orang islam mengikut agama mereka
- Sehingga kini mereka berusaha utk merosakkan orang islam
- Allah memerintahkan kita bersabar
- Sabar dalam menerima hukum Allah
- Jangan kamu jadi tak sabar seperti Nabi Yunus as, tak nak buat dakwah dengan org kampungnya, tinggalkan kampungnya, naik kapal, nabi yunus terpaksa keluar dari kapal, terjun dan dimakan ikan paus, duduk dalam perut ikan paus selama 40 hari
- Zikir nabi yunus, lailaha illa anta subhanaka inni kuntuminaz zholimin
- Kalau nabi yunus tidak zikir, Allah swt akan letaknya dalam perut ikan paus sampai hari kiamat
- Kerana zikir ini Allah keluarkan nabi yunus dari musibahnya
- Sabar dalam AlQuran Allah berfirman lebih dari 7 kali
- Sabar adalah satu bahagian yg tersangat penting dalam AlQuran, pentingnya air dalam kehidupan, samalah pentingnya sabar dalam agama
- Air 71% darat 29%
- Allah berfirman, Allah ciptakan setiap benda yg hidup mesti ada unsur air
- Tumbuh2an, manusia
- Apakah kamu tidak beriman lagi dengan Allah?
- Di dalam setiap amalan perlu ada sabar
- Solat perlukan kesabaran, kena khusyuk, 5x sehari, wuduk, puasa dari pagi sampai ke maghrib, menahan diri dari melakukan perkara yg dilarang oleh Allah
- Orang yg sentiasa berzikir hidup di sisi Allah, org yg tak berzikir mati di sisi Allah
- Sedekah, perlukan kesabaran
- Haji, perlukan kesabaran, banyak pantang larang dalam ihram
- Jihad perlukan tahap kesabaran yg tinggi
- Dalam muamalah, tak boleh ada riba
- Menjual beli kena tunjuk barang baru blh bagi duit
- Saidina Ali, jagalah 3 perkara:
- Janganlah seseorang takut kecuali kepada dosa kita sendiri, jangan tengok dosa orang
- Bila takut tengok dosa sendiri, takut nak tengok dosa orang lain
- Allah tutup aib kita
- Rendah diri, tengok keburukan diri sendiri
- Jangan berharap kecuali kepada Allah SWT
- Hanya Allah yg turunkan bala dan boleh angkat bala
- Jangan kamu malu nak belajar
- Jangan malu kalau kamu ditanya sesuatu dan kamu cakap yg kamu tak tahu
- Ketahuilah
- Sabar makamnya seperti kepala pada badan, maka sekiranya terputus kepala dari badan maka binasa jasad kita
- Apabila terputusnya sabar dalam setiap perkara, maka rosaklah setiap perkara dan ibadah kita rosak

- tiada kebaikan kepada hamba jika tiada kesakitan
- Sesungguhnya apabila Allah sayang kepada manusia, dia bagi bermacam ujian kepadanya, Allah memberi kesabaran kepadanya
- Jangan takut dapat bala dari Allah
- Sesungguhnya Allah menyediakan seseorang satu darjat, amalan dia tak sampai pada darjat itu,
- Telah turun kepada Nabi SAW, ayat itu lebih baik dari dunia dan seisinya
- Sesiapa yg buat satu keburukan dapat 1 dosa, kemudian Allah bagi dia kesempitan dan bala atas dunia
- Allah takkan azab kali ke dua
- Orang yg paling dapat banyak nikmat dalam dunia, org itu dicelup dalam neraka sekejap sahaja dan dikeluarkan
- Adakah pernah berlalu dapat nikmat di dunia? Tidak, saya sentiasa dapat azab dan bala di dunia
- Maksudnya, sekali Allah celup dalam neraka, kesakitan itu buat kita lupa dan hilang segala nikmat yg Allah berikan di dunia
- Orang yg paling dasyat bala di dunia, dia dapat masuk syurga sekejap sahaja, Allah tanya, pernahkah kamu pernah rasa susah di dunia? Dia kata tidak, saya rasa nikmat sahaja di dunia.
- Orang yg sentiasa memuji Allah swt ketika dalam kemudharatan - inilah orang yang sabar, tidak merintih

Allah bawa 4 Nabi sebagai saksi -hujah atas 4 jenis manusia
- Nabi Sulaiman bin Daud: kepada orang kaya, kekayaan telah menyibukkan dgn dunia, Nabi sulaiman kekayaannya tidak menghalangnya utk beribadah kepadaNya
- Nabi Yusuf dijadikan hamba, dikhianati adik bradik (dengki dan campak dalam perigi), dijual dan dibeli gabenor mesir.. kepada hamba datang di akhirat, bila jadi hamba tak ada masa utk beribadah
- Fakir miskin, hujahnya Allah bawa Nabi Isa as, sesungguhnya hajat aku keperluan aku menghalang aku utk beribadah kepadaMu.. adakah kamu lagi miskin atau nabi Isa lebih miskin?
- Orang sakit dengan hujah Nabi Ayub as.. kesakitan telah menghalang utk beribadah kepadamu. Adakah sakit kamu lebih dasyat dari Nabi ayub? Sesungguhnya kesakitan nabi ayub tidak menghalang dia utk beribadah kepadaKu

- abu dardar seorang sahabat Nabi SAW yg sangat zuhud
- Kehidupan di dunia sangat sekejap, persinggahan menuju ke akhirat
- Makruh: yg tidak disukai, tinggal dapat pahala, buat tak berdosa
- Manusia tak suka kepada kemiskinan, tapi Abu Dardar suka fakir miskin sebab sifat hamba
- Manusia tak suka kematian, tapi Abu Dardar suka
- Manusia tak suka sakit, tapi Abu Dardar suka supaya Allah dapat ampunkan dosa
- Abu Dardar cintakan kematian sbb rindu nak jumpa Allah SWT

- pasangan kita, anak2 kita, ahli keluarga kita, sahabat2 kita, akan menjadi saksi kita di akhirat
- Merintih, meminta doa kepada Allah SWT
- Manusia yg jenis mana yg paling kuat ditimpa bala,
- Yg pertama nabi2
- Orang2 soleh
- Orang2 yg mengikuti jalan org2 soleh

- Cara Allah nak tinggikan darjat dengan bagi bala pada orang2
- Hawariyun - pengikut bani israel
- Bila ditimpa bala, kena senang hati
- Allah bawa kita dalam jalan org yg soleh
- Maka, apabila nak lalui jalan org soleh, kena lalui kesusahan
- Bila Allah bagi kesenangan, kena menangis utk diri kamu kerana jalan itu adalah jalan yg berbeza dari jalan org2 soleh utk mendapat maqam yg tertinggi oleh Allah SWT

- Betapa dasyat kelaparan Nabi SAW
- Sahabat sampai menangis melihat Nabi SAW, sanggup buat apa sahaja utk Nabi SAW
- Apakah yg kita telah buat utk Nabi SAW, apakah yg kita pernah buat agama
- Bersiap sedialah dengan baju yg tebal, demi Allah bala itu lebih cepat kepada org yg mencintai Nabi SAW
- Barangsiapa yg mencintai Nabi SAW maka akan melalui jalan susah payah, jalan mujahadah, jalan Nabi SAW

- kesabaran paling tinggi, apabila kita boleh sabar dengan perkara yg kita boleh untuk lawan contohnya orang berkasar dengan kita, bersabar di kala kita mampu utk berlawan tapi kita tidak melawan.. kita bersabar
- Ganjaran sabar Allah tak kira, terlalu banyak, tak dapat nak timbang/kira
- Bi ghoiril hisab, bukan tak boleh kira, tapi terlebih dari timbangan utk dihitung
- Orang yg bersabar, malaikat tanya, siapa kamu? Kami orang2 bersabar.. maka malaikat menjawab masuklah kamu ke dalam syurga
- Mereka masuk syurga tanpa hisab
- Kita hidup di dunia utk dapat redha Allah, doa minta redha Allah, minta syurga Jannatul Firdaus
Nafkah ada 2 jenis:

Nafkah zahir. Contohnya seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, menyetubuhi isteri dan sebagainya apa yang dapat dilihat dan pernah dilihat... Sehinggalah hadir perasaan tidak takut anak dan isteri kelaparan (utamakan yang batin iaitu akhirat walaupun isteri dan anak berlapar seperti kedatangan dajjal)...

Nafkah batin. Contohnya agama seperti iman & amal, keyakinan dengan Allah, tanggungjawab sebagai ketua keluarga supaya isteri dan anak kenal siapa Allah, Rasulullah, para sahabat Rasulullah, ambya' (kekasih Allah) dan sebagainya...sehinggalah hadirnya kefahaman agama iaitu dengan cara utamakan akhirat (biar anak isteri berlapar di dunia tetapi di akhirat jangan)...

Orang yang mengutamakan nafkah zahir dan melupakan nafkah batin adalah orang yang jahil tentang agama...dan orang yang mengutamakan nafkah batin sehingga tidak sempat untuk menyempurnakan nafkah zahir adalah orang yang faham agama...

Sepertimana para sahabat Rasulullah yang dalam keadaan isteri², anak² mereka berlapar kerana nak menyempurnakan tugasan agama (takaza)...walaupun keadaan mereka begitu mereka juga ada sifat ihsan terhadap orang lain yang berlapar dan sebagainya...
Ijazah Amalan persiapan di akhir zaman oleh Ulama Sufi Haraki TG Syeikh Zainul Asri

1)10 Ayat awal surah Kahfi

2) Surah Al Ikhlas 11 kali selepas Subuh

3) Solawat 1000 kali setiap hari

4) Surah Yassin

5) Solat Sunat Hifzil Iman & Awwabin selepas maghrib

Pakat2 beramal.Kalau tak penting Syeikh tak akan pesan benda ni berulang kali.Kita sudah berada di akhir zaman

Semoga Allah pelihara kita dari fitnah akhir zaman... 🤲

Sebut Qobiltu

Sumber : Syeikh Muhd Zainul Asri
HIDUPKAN AMALAN TAKLIM HARIAN RUMAH

[جَزَى اللهُ عَنَّا مُحَمَّدًا مَا هُوَ أَهْلُهُ]

Rumah adalah madrasah pertama dan paling utama dalam pembentukan generasi muslim yang beriman dan bertaqwa.

Bila kita mau bersungguh-sungguh untuk menghidupkan amalan agama seperti taklim keluarga di rumah kita sehari-hari, maka rumah kita dikunjungi oleh para malaikat-malaikat Allah SWT dan syaitan-syaitan akan keluar dari rumah.

Rumah kita juga dikurniakan dengan taufiq & hidayah, curahan rahmat akan turun ke rumah kita, dan sakinah (ketenangan) akan masuk ke dalam setiap jiwa anggota keluarga kita,

Amalan ini fadilahnya rumah kita akan di penuhi nur yang cahayanya sampai ke langit, dan In syaa Allah kehidupan suami, isteri dan anak-anak akan bahagia dan dijauhkan dari fitnah dajjal kerana dajjal tidak akan masuk ke dalam rumah yang hidup dengan taklim rumah.

Dalam hadits Abu Hurairah (رضي الله عنه), Rasulullah ﷺ bersabda,

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

“Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah membaca Kitabullah dan saling mengajarkan satu dan lainnya melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), akan dinaungi rahmat, akan dikeliling para malaikat dan Allah akan menyebut-nyebut mereka di sisi makhluk yang dimuliakan di sisi-Nya.” (Hadits Riwayat Muslim, no. 2699)

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

Ertinya:
“Barangsiapa dikehendaki Allah (mendapat) kebaikan, maka akan diberikan padanya kefahaman dalam (masalah) agama.”
(HR. Bukhari Dan Musliim)

[ TAKLIM MENGAJARKAN IHTISAB IMAN & AMAL KEPADA UMAT ]

Sayyidina Anas (رضي الله عنه) meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah ﷺ memberitahu sesuatu perkara (yang penting) maka Baginda akan mengulanginya tiga kali supaya ia dapat difahami. (Bukhari)

Lantaran itu, adalah patut setiap Hadis dibaca atau diperdengarkan sebanyak tiga kali. Latihkanlah diri untuk membaca Hadis dengan penuh tawajjuh, berserta perasaan cinta dan dengan beradab.

Jangan berbual-bual perkara lain, dalam keadaan berwuduk dan usahalah duduk seperti duduk tahiyyat awal serta jangan bersandar.

Sibukkanlah diri dengan ilmu yang agung ini berserta sifat melawan nafsu.

Maksud daripada majlis taklim ialah supaya hati mula terkesan dengan al Quran dan Hadis lalu timbul keyakinan terhadap janji Allah ﷻ dan janji Rasulullah ﷺ sehingga wujud kecintaan terhadap agama yang menyebabkan seseorang itu pergi bertanya kepada ulama tentang sunnah Nabi ﷺ serta masa'il-masa'il agama untuk dia beramal.

Hari ini kita telah putuskan hubungan antara ilmu dan amal. Seolah-olah ilmu sesuatu yang berasingan dan amal pula perkara yang berasingan.

Bahkan kedua-dua perkara ini ada hubungkait antara satu sama lain.

Ada hubungan yang kuat antara satu sama lain.

Bila ada ilmu kena ada amal.

Maksud dari ilmu adalah amal, sedangkan hari ini, kita telah pisah²kan antara ilmu dan amal.

APA MAKSUD TAKLIM?

Maksud taklim ialah untuk mendatangkan #Ihtisab dalam amalan kita. Supaya setiap amalan yang kita lakukan dengan penuh keghairahan/keinginan atas apa yang telah dijanjikan oleh ALLAH ﷻ.

Hari ini kita buat taklim semata-mata kerana ianya suatu rutin dalam amalan dakwah, tanpa kita tahu apakah sebab kita buat amal tersebut. Apabila kita tidak tahu apa sebab kita buat amal, maka akan datang sifat kemalasan. Kita akan rasa malas dan jemu untuk duduk dalam majlis taklim.

Sedangkan, amal tanpa Ihtisab tidak akan dapat ganjaran dari Allah ﷻ.

Umar bin Khattab رضي الله عنه berkata, "Tidak ada amalan tanpa niat, dan tidak ada niat tanpa Ihtisab.

Kita harus wujudkan sifat Ihtisab dlm setiap amalan. Ihtisab akan mendorong kita untuk buat amal.

Lima amal patut ada di setiap rumah orang Islam. Di setiap rumah ada halaqah membetulkan bacaan Quran.

Lima perkara kena buat dalam taklim di rumah:

1. Halaqah Tajwid
2. Taklim Kitabi
3. Muzakarah 6 perkara
4. Tasykil
5. Mesyuarat