Kak Iman - Pesta Buku IMAN
8.35K subscribers
7.72K photos
490 videos
7 files
2.76K links
Komuniti Buku IMAN 📚 #imanshoppe #imanpublication #imanplus

Perkongsian, borak-borak dan informasi tentang BUKU
Download Telegram
“Banyak benda dalam hidup ni yang kita tak boleh nak ubah. Kita tak minta pun. Ia dah memang ketentuan Allah. Tapi ada satu benda yang kita boleh kawal.”

“Apa dia?”

“Mentaliti. Kita boleh kawal mentaliti kita sendiri.”

(Dialog Ben dalam Signature Jalanan oleh Teme Abdullah)

Selamat bekerja di hari pertama 2022 kawan-kawan!

Moga dimudahkan segala yang susah, dilapangkan segala yang kusut, dianugerahkan segala kebaikan! 😇
NEW ARRIVAL

50 Pengajaran Kisah Luqman Al-Hakim (Dwibahasa Melayu-Arab
)

Penulis: Shaykh ‘Abd Al-Razzaq bin ‘Abd Al-Muhsin Al-Badr
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil. Muka surat: 196 ms
Format: Paperback
Harga: RM30.00
Berat: 0.28 kg
Sinopsis:

Terdapat banyak sekali manfaat yang boleh diperolehi daripada wasiat-wasiat dalam kisah Luqman. Dengan mentadabbur ayat tersebut, kita boleh mendapat bimbingan-bimbingan dan jalan yang benar dalam berdakwah kepada Allāh, pendidikan anak-anak dan masyarakat.

Oleh itu, ibu bapa, para guru dan para murabbi perlu memerhatikan wasiat-wasiat dalam kisah Luqman ini dan mengambil pelajaran daripada kisah tersebut. Dakwah bukan sekadar amalan tanpa memerlukan persediaan, bahkan dakwah memerlukan hikmah kebijaksaan dan metod-metod yang berkesan supaya dakwah tersebut berjaya ditanam dalam hati orang ramai.

Allāh taʿālā telah mengurniakan hikmah kebijaksaan ini kepada Luqman, hamba-Nya yang soleh. Kisah Luqman ini berada dalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman dalam al-Qurʾān dan Shaykh ʿAbd al-Razzāq bin ʿAbd al-Muḥsin al-Badr telah mengeluarkan sebanyak 50 faedah yang boleh didapati menerusi tadabbur ayat-ayat ini.

Dapatkan di Imanshoppe.com
Apa promosi bulan ini? 😇

Teruja untuk kami maklumkan! Bahawa anda boleh menikmati promosi berikut sepanjang Januari 2022:

1. Penghantaran percuma ke Semenanjung Malaysia dengan pembelian minimum RM130.

2. Diskaun berperingkat sebanyak 10%:

• Diskaun RM10 setiap pembelian RM100 dan ke atas.

• Diskaun RM15 setiap pembelian RM150 dan ke atas.

• Diskaun RM20 setiap pembelian RM200 dan ke atas.

Nantikan juga promosi lain yang akan diumumkan dari masa ke masa 😉

Layari imanshoppe.com untuk nikmati promosi ini sekarang!

Hello 2022! Tahun baru, buku baru 📚
"Even kalau satu dunia pun nak tolong kau... kalau kau tak tolong diri sendiri, kalau kau tak bergerak... sampai bila-bila pun kau takkan berjaya. Semuanya bergantung pada kau"

(Petikan dari Signature Jalanan oleh Teme Abdullah)
Bagaimana tahun baru anda setakat ini? Moga baik-baik sahaja ya🥰

Kak Iman kongsikan 5 Ayat Al Quran & hadis daripada buku IMAN untuk kalian mendepani 2022❤️
He has forgiven you. Now, it is up to you to forgive yourself.

(Nearness to You by Fadhilah Wahid)
Siri #SharingIMAN pada minggu ini dikongsikan oleh Aiman Haziq AB Yazik yang merupakan Intern Tech di IMAN dan amat berbakat dalam coding. “Coding is my passion” katanya.

Aiman kongsikan kepada kami hobi-hobi masa lapang beliau dan merupakan seorang yang suka mengisi masa lapangnya dengan aktiviti-aktiviti fizikal dan sukan.

Aktiviti-aktiviti yang menjadi hobi Aiman adalah workout, skipping, badminton, berenang, dan hiking. Kesemuanya adalah aktiviti-aktiviti fizikal.

Bagaimana boleh terjebak dalam dunia workout?

Aiman mengatakan ianya bermula semasa dia belajar di Matrikulasi dahulu. Pada awalnya beliau hanya ikut-ikut kawan sahaja, kini sudah menjadi minat dia pula.

Sampai dia rasa seronok untuk bersukan dan melakukan aktiviti fizikal kerana inginkan fizikal dan mental yang sihat.

Ada juga yang bertanya, "Bagaimana Aiman boleh konsisten dalam workout?"

Beliau cakap "Cari kawan untuk workout bersama sehinggalah biasa untuk workout seorang diri."

Perkongsian Aiman telah membuka minda para IMANGERS bahawa bersukan bukanlah untuk badan kurus semata, tetapi untuk mendapatkan tubuh badan serta mental yang sihat dan sejahtera.

Semoga perkongsikan Aiman dalam siri #SharingIMAN kali ini memberi inspirasi dan semangat kepada semua IMANGERS dan seterusnya orang-orang di luar sana.

Terima kasih kerana sudi baca perkongsian ini sehingga habis. Jangan lupa like dan share post ini jika ianya bermanfaat untuk anda.

Nantikan siri #SharingIMAN yang seterusnya!

#SharingIMAN #IMAN #IMANGERS