KakiMakan Channel Β©
4.77K members
720 photos
4 videos
1.29K links
Resepi, Tips, Info & Lokasi Tempat Makan Yang Menarik!

Semoga Dapat Memberi Tambah Nilai Kepada Hidup Orang Lain.

Started: 28/11/2017

Hubungi KakiMakan: @KakiMakan_bot

Stickers:
https://t.me/addstickers/KakiMakan

Copy Link & Paste di Group Anda
πŸ‘‡πŸ‘‡
Download Telegram
to view and join the conversation
​​@kakimakan
πŸ“ŒFISHBALL HOMEMADE

Bahan:

β€’ 300gm Isi ikan tenggiri atau β€œyellow fish tail” (paling sesuai) segar.
β€’ 2 Sudu teh tepung jagung.
β€’ Garam secukup rasa.
β€’ 1/2 Sudu teh serbuk lada sulah.
β€’ 1/2 – 3/4 Cawan air sejuk (dalam peti).

Caranya:

Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik. Ambil hanya isinya sahaja.

Kisar isi ikan hingga lumat.

Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cucur pisang.

Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. Baling / hempas adunan ikan tadi ke dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin. Semakin lama adunan dihempas, semakin kenyal tekstur fishball anda.

Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.

Ambil fishball menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.

Didihkan air dan masak fishball anda sehingga terapung. Kemudian bolehlah di toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.

Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong tau fu atau dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Ia juga boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.

βž–Unknown

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒSOTONG BAKAR BERSAMBAL

Bahan:

β€’ Sotong saiz besar.
β€’ 10 Tangkai lada kering dikisar.
β€’ 4 Ulas bawang kecil.
β€’ 1 Biji bawang besar.
β€’ 4 Ulas bawang putih.
β€’ 4 Biji buah keras.
β€’ 1 Batang serai.
β€’ 2 Sudu besar sos tiram.
β€’ Air asam jawa secukupnya.
β€’ Garam dan gula.
β€’ Sedikit minyak masak.

Caranya:

Sotong dibersihkan dan dikelar tetapi tidak putus.

Kisar semua bahan lada, bawang, buah keras dan serai.

Masukkan sos tiram dan air asam jawa.

Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak.

Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.

Masaklah lebih kurang 5-6 minit, untuk keringkan air, buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak.

Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

βž–unknown

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒCHICKEN SWEET & SOUR

Bahan;

β€’ 2 Sudu minyak.
β€’ Dada ayam tanpa tulang, dihiris dan di gaul dengan garam dan lada.
β€’ 4 Cawan tepung jagung, dicampur dengan 4 sudu air, satu sudu tepung penaik dan;
β€’ 1/2 Sudu minyak masak
β€’ 1/2 Cawan tomato paste
β€’ 1/2 Cawan jem raspberry
β€’ 3 Sudu besar gula perang
β€’ Sesudu cuka.
β€’ 1 / 4 Cawan stock ayam / air biasa / jus dari nenas tin.
β€’ 1 / 2 Cawan cili holland hijau.
β€’ 1/ 2 Cawan cili holland merah
β€’ 1/ 2 Cawan cili holland kuning
β€’ 1/ 2 Cawan bawang holland
β€’ 1/2 Cawan nenas atau 1/2 cawan nenas dalam tin, bersama 1/2 cawan air jus.

Caranya;

Dalam kuali yang tidak melekat, panaskan minyak.

Gorengkan ayam yang telah dia gaul dengan tepung.

Setelah ayam keperangan, angkat dan tos kan minyak.

Dalam minyak yang sedikit masukkan paste tomato, jem, gula perang, cuka, garam dan stock ayam/air/jus nenas, kacau hingga mendidih dan sedikit pekat.

Kemudian masukkan cili, nenas dan bawang dan masak selama 1 minit.

Kemudian masukkan campuran tepung jagung dan air kepekatan dan kacau hingga mendidih lagi.

Kemudian masukkan ayam dan gaul sehingga rata.

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

βž–unknown

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒKUAH ROJAK

Bahan;

β€’ 1 kg cili sos.
β€’ 1 botol besar kicap manis.
β€’ 1 kg gula (boleh dicampur gula melaka dan gula pasir).
β€’ 1 botol petis / otak udang.
β€’ 20 biji cili api dikisar halus (ikut kesesuaian pedas yang dikehendaki).
β€’ 1/2 cawan kacang tumbuk.
β€’ 1/2 cawan bijan panggang.

Caranya:

Satukan bahan-bahan ke dalam kuali. Masak semua bahan-bahan tersebut dengan api perlahan sehingga pekat.

Dah masak, sejukkan. Kemudian simpan ke dalam bekas kedap udara.

βž–Cikputeh

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒAISKRIM HOMEMADE PADDLE POP

Bahan:

β€’ 1 Tin susu cair.
β€’ 3 Sudu besar susu pekat.
β€’ 2 Sudu besar ovelet.
β€’ 1 Sudu besar tepung jagung.
β€’ 1 Sudu besar esen vanila.

Caranya:

Mix / blend semua bahan hingga kembang anggaran 10-15 minit.

Campurkan pewarna yang disukai.

Masukkan dalam bekas dan bekukan semalaman.

Siap dan sedia dinikmati.

Selamat mencuba!

βž–unknown

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒPUDING TIRAMISU


Bahan:

β€’ 1 Tin susu pekat.
β€’ 1 Tin susu sejat / cair.
β€’ 5 Tin air (guna bekas Tin susu tadi untuk sukat air).
β€’ 11 Sudu Makan tepung kastad (bumbun tau)maksud bumbun tu macam penuh membukit.
β€’ Biskut marie (nak sedap cari yang perisa kopi).
β€’ Milo secukup nya.

Caranya:

Masukkan susu sejat, susu pekat , air dan tepung kastad ke dalam periuk. Kacau bagi sebati kemudian baru buka api sederhana. Kacau sampai pekat dan bekilat tutup api.

Masukkan ke dalam loyang secara berlapis. Mula dengan kastad, biskut pastu tabur milo.

Kemudian ulang lagi kastad, biskut, milo sampai akhir biar tinggal kastad sahaja.

Kemudian blend kasar sedikit biskut dengan milo dan tabur untuk yang paling atas. Siap!

Masukkan dalam peti ais. Dah sejuk boleh ngap.

Selamat mencuba

βž–Norliza Bahari

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒAYAM GORENG REMPAH

Bahan:

β€’ Potong ayam besar-besar, selalunya saya potong 4.

Resepi untuk setengah ekor ayam.

Bahan kisar;

β€’ Bawang besar 1 biji.
β€’ Bawang putih 3 ulas.
β€’ Halia, lengkuas 2 inci.
β€’ Cili kering/serbuk cili.
β€’ Serai 5 batang.
β€’ Ketumbar 1 sudu.
β€’ Jintan manis setengah sudu.
β€’ Buah keras 3 biji, tak letak pun boleh.

Kuantiti cili kering/serbuk cili tu ikut selera masing-masing, kalau tak nak letak pun boleh.

Blend semua bahan tu dengan 2 biji telur dan air asam jawa pekat, kalau boleh jangan masuk air langsung sebab kita taknak ayam tu berair sangat. Kalau letak air pun stakat untuk bagi blender tu pusing saja.

Perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi dan juga bahan-bahan ni;

β€’ Serbuk kari 1 sudu penuh.
β€’ Garam.
β€’ Daun kari sikit.
β€’ Secubit gula.
β€’ 1 sudu tepung beras.
β€’ 1 sudu tepung jagung.
β€’ Sedikit bahan perasa contohnya hilal / aji / cukup rasa / pasti sedap etc.

Perap 30 minit, satu malam lagi umphh.

Goreng dengan api sederhana.
Tutup dengan penutup periuk sewaktu menggoreng.
2-3 minit sebelum angkat kena buka tutup periuk. Kaedah ni untuk dapatkan ayam yang rangup tapi berjus didalam.

Untuk dapatkan serat yang garing tu, bila dah siap goreng semua ayam, amik serdak-serdak yang tinggal dan goreng dengn api sederhana.

Masa tengah goreng tu, kacau-kacau serdak tu supaya dia tak bergumpal atau berketul.

Bila dah garing, angkat, tos dan tabur pada ayam goreng tadi.

Nota;
Lepas goreng ayam, rehatkan ayam tu lebih kurang 5-10 minit sebelum dipotong, sebab kita tak nak ada darah yang keluar lepas ayam dipotong.

Selamat mencuba.

βž–Murni Rahmat

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒTOM YAM PUTIH

Bahan:

β€’ 1/4 Ekor ayam dipotong kecil.
β€’ 3 Ekor sotong dipotong bulat.
β€’ 6 Ekor udang besar.
β€’ 3 Batang serai dititik.
β€’ 2 Ulas bawang putih diketuk.
β€’ Β½ Bawang besar dipotong.
β€’ 6 Helai daun limau purut dikoyakkan sedikit.
β€’ 1cm Lengkuas dihiris.
β€’ 3 Bawang kuning dibelah 4.
β€’ 5 Biji cili api dititik sedikit.
β€’ 1 Biji tomato di belah 4.
β€’ Carrot sedikit.
β€’ Cendawan tiram sedikit.
β€’ Bunga kobis sedikit.
β€’ Beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis mengikut selera masing-masing.
β€’ Garam, gula, serbuk perasa.

Caranya:

Masukkan air 8 cawan, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. Rebus semuanya hingga mendidih.

Setelah ayam masak, masukkan sotong, udang dan daun limau purut.

Selepas itu masukkan semua sayuran. Setelah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa.

Tutup api dan masukkan perahan limau. Sedia dihidangkan.

βž–unknown

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒDAGING GORENG KICAP KERING

Bahan:

β€’ 1/2 kg Daging dipotong nipis, bersihkan dan gaulkan dengan garam, kunyit dan perasa.
β€’ 2 Biji bawang besar dihiris.
β€’ 4 Biji cili padi dihiris.
β€’ 2 Biji cili masak dihiris.
β€’ 2 Ulas bawang putih dihiris.
β€’ 1 Sudu makan sos tiram.
β€’ Sedikit lada sulah.
β€’ Kicap.

Caranya:

Masukkan daging yang siap di gaul garam, kunyit tadi dalam kuali untuk keringkan airnya.

Bila air daging dah tak ada, masukkan minyak (lebih sikit) supaya daging masak rata.

Goreng hingga daging garing warna keperangan.

Masukkan sos tiram dan lada sulah.

Masukkan semua bahan hiris.

Akhir sekali masukkan kicap, tak perlu banyak sangat ya.

Siap!!! Selamat mencuba.

βž–Mazliza Ahmad

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒAYAM MASAK MERAH

Bahan:

β€’ 6 Ketul ayam.
β€’ 1 Cawan santan pekat.
β€’ 1 Cawan air.
β€’ 2 Batang serai diketuk.
β€’ 2 Keping asam keping.
β€’ Secukup rasa garam, gula dan perasa.

Bahan kisar:

β€’ 2 Labu bawang besar.
β€’ 3 Ulas bawang putih.
β€’ 2 cm Halia.
β€’ 15 Tangkai cili kering direbus.

Caranya:

Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh garing. Angkat dan toskan minyak.

Guna minyak goreng ayam (buang sikit jika banyak), tumis bahan kisar. Masukkan serai dan asam keping. Masak hingga pecah minyak.

Masukkan gula dan biarkan gula 'caramalised' baru dikacau untuk meghasilkan warna kuah yang menarik.

Masukkan santan, air, garam dan perasa. Kacau sebati.

Masukkan ayam dan masak hingga kering. Kacau sekali sekala supaya tidak hangit.

βž–unknown

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒCUCUR KODOK VIRAL

Bahan:

β€’ 3 Cawan tepung gandum.
β€’ 3 Cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yg baru mendidih).
β€’ Segenggam ikan bilis di blend.
β€’ 2 Biji bawang besar kisar.
β€’ 1 Ulas bawang putih kisar.
β€’ Garam secukup rasa.
β€’ Serbuk kunyit secukupnya.
β€’ Minyak untuk menggoreng.

Caranya:

Gaulkan semua bahan, kemudian tuangkan air panas sikit demi sedikit hingga sebati semua.

Bila doh sedikit sejuk, basahkan tapak tangan dengan minyak dan boleh di bulat-bulatkan.

Goreng keemasan hingga garing.

Dah siap, boleh makan dengan sos peberet korang.

βž–Umi Azah

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒDAGING MASAK HITAM

Bahan;

β€’ 1kg Daging.

Rempah 4 sekawan;
β€’ Cengkih,
β€’ Bunga lawang,
β€’ Buah pelaga,
β€’ Kayu manis

.
Bahan A (blend);

β€’ 2 Labu Bawang Besar.
β€’ 5 Ulas Bawang Kecil.
β€’ 5 Ulas Bawang Putih.
β€’ 1 Biji buah Keras.
β€’ Seruas ibu jari halia.
β€’ Seruas ibu jari lengkuas.
β€’ 3 Batang serai.
β€’ 1 Sudu besar jintan putih.
β€’ 1 Sudu besar jintan manis.
β€’ 1 Sudu besar lada hitam.
β€’ 2 Sudu besar biji ketumbar.
β€’ 10 Biji cili merah + (cilipadi - optional)

.
Bahan B;

β€’ Kicap manis.
β€’ 3 Sudu besar kerisik.
β€’ Garam/gula/perasa optional
β€’ Air asam jawa.
β€’ Daun kari.
β€’ Daun limau purut.

Caranya;

Tumiskan rempah 4 sekawan.
Kemudian tambah Bahan A. Tumis sehingga naik bau dan garing.

Setelah semua bahan tumis sebati dan naik bau wangi masukkan daging.

Kecilkan api dan reneh sehingga daging mengeluarkan air dan lembut, tutup kuali. Jika tak cukup lembut boleh tambah air lagi.

Setelah daging dah lembut dan sebati tambahkan bahan B masak sampai balance rasa pedas, manis, masin, masam. biarkan seketika sehingga kering and keluar minyak.

Done. Selamat mencuba.

βž–Khairun Nisa Ismail

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒBEBOLA BAKSO / BEBOLA DAGING

Bahan:

β€’ Daging cincang ramli 2 paket.
β€’ Dada ayam 300g blend halus.
β€’ Bawang rose goreng 3 sudu besar.
β€’ Bawang putih goreng 1 sudu besar.
β€’ Lada putih 1/2 sudu kecil.
β€’ Telor 1 biji.
β€’ 10 sudu besar tepung ubi.
β€’ Garam.
β€’ Air untuk merebus bebola.

Caranya:

Masukkan semua bahan kecuali tepung ubi, gaul semua bahan hingga rata.

Dan akhir sekali masukkan tepung ubi.

Panas kan air dalam kuali, masukkan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar minyak masak, biar mendidih.

Kemudian masukkan bebola bakso.

Nak tahu bebola dah masak, bebola akan timbul ke atas.

Cubalah resepi simple cara saya.

βž–Liza Awang Harsani

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒTWISTER ALA KFC

Bahan:

β€’ Roti tortilla dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit.
β€’ Isi ayam bahagian dada digoreng tepung.
β€’ Mayones secukupnya.
β€’ Sos Thousand Island secukupnya.
β€’ Daun salad secukupnya.
β€’ Tomato dipotong dadu.
β€’ Lobak merah disagat.
β€’ Timun disagat.
β€’ Keju ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa.


Bahan Perap Ayam;

β€’ Tepung goreng serbaguna.
β€’ Telur dipukul.
β€’ Bahan perasa.

Caranya:

Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.

Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.

Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.

Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.

Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.

Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.

Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.

Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. (boleh bakar guna kuali non stick sahaja). Jika tak nak bakar pun tak apa.

Sedia untuk dinikmati.

βž–unknown

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒSUP DAGING THAILAND

Bahan A:

β€’ 300gm Daging tetel dihiris.
β€’ 3 Inci halia ditumbuk kasar.
β€’ 3 Hiris lengkuas.
β€’ 2 Pokok akar ketumbar.
β€’ 1 Biji Bawang Holland kecil.
β€’ Sedikit kulit kayu manis.
β€’ 1 Kuntum bunga lawang.
β€’ 1 Sudu teh gula.
β€’ Air secukupnya.


Bahan B:

β€’ 3-4 Ulas bawang putih di ketuk.
β€’ 2 Batang serai.
β€’ Cili padi secukupnya.
β€’ Daun limau purut.
β€’ 1 Biji bawang Holland.
β€’ Daun ketumbar dihiris.
β€’ Β½ Biji tomato.
β€’ 2 Biji jus limau nipis.
β€’ 3-4 Sudu makan sos ikan.
β€’ Minyak untuk menumis.

Caranya:

Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.

Kemudian masukkan serai, bawang Holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.

Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi daging tadi.

Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.

Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.

Sedia untuk dinikmati.

βž–unknown

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒKERUTUK AYAM

Bahan;

β€’ 1/2 Ekor ayam dipotong
β€’ 1 Cawan santan.
β€’ 2 Sudu kerisik.
β€’ 7 Tangkai cili kering.
β€’ 6 Ulas bawang merah.
β€’ 3 Ulas bawang putih.
β€’ 2 cm Halia.
β€’ 1 Batang serai.
β€’ Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga).
β€’ 1/2 Bungkus rempah kerutuk adabi.
β€’ 1/2 Bungkus rempah kari adabi
β€’ Air.
β€’ Minyak.
β€’ Garam.
β€’ Gula melaka.


Caranya:

Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering di blender (rebus dulu cili kering ).

Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yang dikisar. Masukkan sekali rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula melaka supaya bahan tumisan cepat garing.

Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk. Masukkan sedikit air, kacau, kemudian masukkan ayam. Gaulkan.

Masukkan kerisik dan santan.

Kacau sampai pekat dan agak kering, sebelum tu masukkan garam. Rasakan.

Tengok pekat ikut cita rasa masing-masing. Siap!

βž–unknown

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒAYAM TEPPANYAKI

Bahan Ayam:

β€’ 300gm Isi dada ayam didadu kecil.
β€’ 100gm Tauge.
β€’ 2 Ulas bawang putih dihiris.
β€’ 1/2 Sudu teh serbuk lada hitam.
β€’ 2 Sudu makan kicap sotong / sos ikan.
β€’ 1 Sudu makan mentega.


Bahan Sayur Goreng:

β€’ 50gm Kobis dihiris.
β€’ 1 Tangkai daun bawang dihiris
β€’ 1/2 Batang lobak merah dihiris.
β€’ 1 Sudu makan kicap cair.
β€’ 1/2 Sudu teh lada sulah.
β€’ 1 Sudu makan mentega.
β€’ 3 Ulas bawang putih dihiris.


Caranya:

Untuk memasak ayam, cairkan mentega dan goreng ayam bersama bawang putih hingga masak.

Kemudian masukkan kicap sotong dan serbuk lada hitam. Gaul rata.

Setelah ayam kelihatan garing, masukkan tauge. Kacau hingga sebati dan biarkan seketika.

Padamkan api, angkat.

Cairkan mentega dan tumis bawang putih hingga garing.

Masukkan kesemua sayur dan tumis hingga lembut.

Perasakan dengan kicap dan lada sulah. Angkat.

Sediakan nasi putih dan nikmati bersama ayam serta sayur goreng tadi. Enak dinikmati panas-panas.

Info:
Garam tidak diperluakn kerana kicap sotong sudah mempunyai rasa masin.

βž–unknown

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒCROQUE MONSIUER SAMBAL IKAN BILIS

Bahan;

β€’ Roti sandwic secukupnya.
β€’ Beberapa keping keju cheddar.
β€’ Beberapa helai daun salad.
β€’ 2 Sudu makan mentega.


Bahan Inti;

β€’ 1 Biji bawang besar.
β€’ 2 Ulas bawang putih.
β€’ 2 Biji tomato.
β€’ 2 Sudu makan minyak zaitun.
β€’ 4 Sudu makan puri tomato.
β€’ 3 Sudu makan sos tomato.
β€’ 1 Sudu makan sos cili pedas.
β€’ 1 Sudu teh oregano.
β€’ 1 Sudu teh mix herbs.
β€’ 75gm Ikan bilis.
β€’ Garam dan gula secukup rasa.


Caranya;

Untuk menyediakan inti, panaskan minyak zaitun dan bawang putih sehingga wangi.

Kemudian masukkan tomato, puri tomato, sos tomato, oregano,mix herbs dan sos cili. Gaul rata.

Kemudian masukkan bilis.

Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Letakkan inti sambal ikan bilis di atas kepingan roti, dikuti kepingan keju cheddar dan hirisan salad.

Ulangi langkah yang sama untuk satu lagi lapisan.

Dalam kuali leper, cairkan mentega dan masak tadi sehingga kedua-dua bahagian roti menjadi keperangan dan keju cair.

Angkat, potong roti dan nikmati segera.

βž–unknown

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒDAGING GORENG PETAI

Bahan;

β€’ Daging dihiris nipis.
β€’ 1 Bawang holand / bawang besar dihiris.
β€’ Cili merah.
β€’ Halia ditumbuk.
β€’ Bawang putih ditumbuk.
β€’ Kunyit.
β€’ Garam.
β€’ Gula.
β€’ Sos tiram.
β€’ Petai.


Caranya;

Tumbuk bawang putih dan halia . Jangan sampai lumat. Tumbuk manja saja. Gaulkan bersama daging, kunyit dan garam.

Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut. Tambahkan air jika perlu. Jangan goreng garing pula.

Bila daging dah empuk boleh tutup api dan ketepikan.

Panaskan kuali, tumis bawang holland sehingga layu, masukkan daging, sos tiram dan tambah sedikit air. Biarkan semuanya sebati.

Kemudian masukkan cili merah, garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan petai. Goreng sehingga daging agak kering. Bila semuanya dah sebati boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba

βž–unknown

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
​​@kakimakan
πŸ“ŒDONUT BALL CHEZZY LELEH

β€’ 1 kg tepung gandum
β€’ 1 sudu tea baking powder
β€’ 1 peket mauripan
β€’ 500 ml air suam
β€’ 2 sudu tea susu pekat
β€’ 1 senduk majerin
β€’ 1 sudu tea garam
β€’ 24 keping cheese dibelah dua

Caranya;

A) air, mauripan, garam dan susu disatukan dalam jug biarkan sehingga berbuih

Ayak tepung bersama baking powder masukkan bhn A diatas, uli dlm 10minit masukn margerin uli lagi 10 minit

Biarkan adunan 1/2 jam ditempat panas sehingga kembang naik

Selepas setengah jam tumbuk adunan utk keluarkan
angin, kepal2 doh agak2 size setengah genggam kemudian masukan cheese. Boleh la terus digoreng sehingga keperangan.

selepas itu tabur gula icing.

βž–Ainul Sara

β›±Sertai Telegram KakiMakan t.me/kakimakan