Kaki Badminton
8 subscribers
96 photos
83 links
Deposit pertama melebihi RM10 dan ajak tiga kawan masuk grup Telegram kami, terus dapat RM10 bonus🧧

💋 AP26 Customer Service
0177033265
Download Telegram
Nak lebih banyak filem percuma dan berita
Sila klik: https://heylink.me/AP26_SportKaki

Peluang peminat badminton negara untuk menyaksikan semula kemunculan pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) minggu depan bakal termakbul apabila tahap kecederaan belakang dialaminya di Terbuka Malaysia awal Januari lalu sudah semakin pulih.

Menurut Tze Yong, proses latihannya di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada ketika ini berjalan dengan baik dan dua perlawanan awal menentang Brunei dan Kazakhstan bakal menjadi medan pemanas badan untuk dirinya.

"Saya rasa sudah pulih dalam 70 ke 80 peratus. Saya sudah menyertai latihan penuh tetapi mungkin perlu ambil masa lagi," katanya ketika ditemui media selepas sesi latihan di ABM, hari ini.

Ujar Tze Yong, dia sudah tidak berasa sakit di bahagian belakang namun belum 100 peratus cergas sepenuhnya."Ketika main (latihan), belum lagi dapat rasa (tahap cergas) seperti sebelum ini, memang ada beza. Doktor pun tidak ada memaklumkan (jangka masa pulih sepenuhnya), jadi ia memerlukan sedikit masa," katanya.

Ditanya mengenai tahap kesediaannya sekiranya diturunkan pada saingan awal BATC minggu depan, Tze Yong berkata, dia sudah bersedia untuk membantu pasukan negara.

"Rasa minggu depan (BATC) tidak begitu sukar. Lawan Kazakhstan (di perlawanan kedua kumpulan), jadi saya boleh menyesuaikan diri dan lihat sama ada saya boleh 100 peratus ataupun tidak," katanya biarpun sedar laluan mempertahankan gelaran kali ini bukan mudah.

"Dua tahun lalu, mungkin banyak pasukan yang tak menghantar pasukan terkuat mereka. Tapi kali ini banyak yang hantar, namun saya rasa kami boleh memberikan saingan," kata Tze Yong.

#kakibadminton #ScanQR #copylink #ClickLink #badmintonmalaysia #NgTzeYong
Nak lebih banyak filem percuma dan berita
Sila klik: https://heylink.me/AP26_SportKaki

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah akan disediakan rakan sepelatih khusus dalam persediaan mereka menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, pihaknya sudah membawa masuk dua bekas pemain kebangsaan dari Indonesia iaitu Ade Yusuf Santoso dan Gerardo Rizqullah Hafidz untuk membantu Pearly-Thinaah.

Kedua-dua pemain ini sudah pun melapor diri dan akan bersama kem negara sehingga Mac ini sebelum khidmat Ade dan Gerardo akan digantikan dua pemain Indonesia yang lain selepas itu.

"Saya bukan tidak mahu mereka berlatih dengan beregu wanita yang lain kerana seperti media tahu, jurang antara Pearly-Thinaah dan pemain lain itu jauh. Lagi pun, kita tak mahu guna pemain pelapis atau remaja seperti dilakukan sebelum ini untuk dijadikan rakan sepelatih Pearly-Thinaah.

"Ini kerana mereka juga ada tugas masing-masing yang memerlukan mereka untuk fokus. "Oleh itu, saya berikan satu idea, membawa bekas pemain Indonesia untuk dijadikan rakan sepelatih dan umur mereka ini juga 'OK' (masih muda)... cumanya mereka tidak lagi bersama skuad kebangsaan.

Jadi mereka bersetuju untuk jadi rakan sepelatih dan harap kita boleh menaikkan lagi prestasi Pearly dan Thinaah," kata Rexy ketika ditemui media selepas sesi latihan di ABM.

Ade mempunyai perjalanan karier yang baik sebelum ini dengan pernah menjuarai Terbuka Macau 2017, Terbuka Vietnam 2017, Terbuka Thailand 2015 dan Terbuka Belanda 2013 bersama rakan segandingannya Wahyu Nayaka.

Gerardo yang membuat penampilan terakhir di Siri Jelajah Dunia BWF di Sri Antarabangsa Malaysia 2022 pula dengan rekod terbaiknya adalah muncul naib juara di Siri Antarabangsa Remaja Jakarta pada 2019.

#kakibadminton #ScanQR #copylink #ClickLink #badmintonmalaysia #PearlyTan #thinaah
Nak lebih banyak filem percuma dan berita
Sila klik: https://heylink.me/AP26_SportKaki

Beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri sanggup mengetepikan perasaan takut meskipun baru pulih daripada kecederaan hanya semata-mata mahu beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) bermula 13 hingga 18 Februari ini.

Haikal yang bergandingan dengan Choong Hon Jian berkata, kecederaan buku lali yang dialaminya di Masters Indonesia semakin baik dan dia kini sedang melalui fasa pemulihan.

"Buku lali saya semakin baik dan kini saya menjalani latihan dalam masa sama melalui fasa pemulihan. Saya menjalani fisioterapi namun dalam masa sama, saya sering berhubung dengan doktor di ISN (Institut Sukan Negara)," kata Haikal. Menurutnya, doktor ISN memberitahu berlaku kecederaan kecil iaitu tisu buku lalinya koyak namun dia kini lega kerana proses pemulihan berlaku agak pantas.

"Berita mengenai saya dan Hon Jian terpilih menyertai BATC ketika kami berada di Indonesia. Tetapi selepas berita itu, saya alami kecederaan dan rasa sakit itu menjejaskan pergerakan saya sehingga terpaksa menarik diri dari Masters Thailand.

"Tapi dalam latihan, saya tidak rasa sakit lagi kecuali ketika jika mendarat terlalu kuat. Ia membuatkan saya ada perasaan curiga dan takut-takut dalam gelanggang, ketika latihan," kata Haikal lagi.

Kali pertama berada dalam skuad BATC, Haikal tidak mahu hanya sekadar dilabel pelengkap pasukan, sebaliknya berharap dapat diturunkan dalam mana-mana perlawanan.

"Dalam kumpulan kita, pasukan lawan tidak kuat kecuali Taiwan. Jadi saya harap dapat beraksi sekali gus membiasakan diri dengan suasana pertandingan. Saya tak mahu jadi pemain simpanan saja," katanya.

#kakibadminton #ScanQR #copylink #ClickLink #badmintonmalaysia
Nak lebih banyak filem percuma dan berita
Sila klik: https://heylink.me/AP26_SportKaki

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) yang bermula Selasa ini disifatkan sebagai ujian penting buat pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk kembali berada pada tahap optimum selepas dibelenggu kecederaan otot belakang sebelum ini.

Saingan BATC akan menjadi kayu pengukur sebelum dia mempersiapkan diri bagi menghadapi siri kejohanan di Eropah yang mana dia perlu menghasilkan keputusan terbaik dalam misi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Jika tahap kecergasannya mengizinkan, Tze Yong dijangka beraksi sekurang-kurangnya empat daripada lima kejohanan di Eropah iaitu Terbuka Jerman (27 Februari hingga 3 Mac), Terbuka Perancis (5 hingga 10 Mac), Seluru England (12 hingga 17 Mac), Terbuka Switzerland (19 hingga 24 Mac) dan Masters Sepanyol (26 hingga 31 Mac).

Tze Yong sebelum ini terlepas empat kejohanan pertama musim ini selepas mengalami kecederaan otot belakang di pusingan pertama Terbuka Malaysia, bulan lalu sehingga dia terpaksa menarik diri di Terbuka India, Masters Indonesia dan Masters Thailand.

"Saya bekerja keras untuk mendapatkan semula kekuatan saya. Mujur, kami akan berdepan pasukan bawahan ketika saingan peringkat kumpulan BATC (Brunei dan Kazakhstan), kedua-dua perlawanan ini adalah sesuatu yang baik untuk saya kembali menjadi kompetitif," kata Tze Yong.

#kakibadminton #ScanQR #copylink #ClickLink #badmintonmalaysia #ngtzeyong
Nak lebih banyak filem percuma dan berita
Sila klik: https://heylink.me/AP26_SportKaki

Pengalaman berlatih di Korea Selatan akan digunakan sebaik mungkin buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia terutama dalam membantu skuad lelaki mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Menurut pemain nombor 10 dunia itu, banyak ilmu berharga diperoleh menerusi kem latihan di Persatuan Badminton Korea (BKA), di Jincheon, Seoul.

"Saya tidak sabar untuk beraksi di BATC selepas menjalani latihan yang menakjubkan di Korea Selatan. Pasti ramai tahu bahawa BKA melahirkan dua juara dunia (beregu lelaki dan beregu campuran), jadi dapat menjalani latihan bersama mereka sesuatu yang menakjubkan," katanya.

Ujar pemain kelahiran Kedah itu, Korea Selatan mempunyai fasiliti berkelas dunia dan dia berasa gembira kerana kedatangannya dialu-alukan. Skuad lelaki negara munjul juara edisi dua tahun lalu dan Zii Jia, 26, berada dalam pasukan yang menewaskan Indonesia 3-0 pada aksi final.

Mereka yang diletakkan dalam kumpulan B, akan membuka kempen menentang Brunei sebelum berdepan Kazakhstan dan Taiwan. Ditanya mengenai perlawanan manakah yang dia akan mula beraksi, Zii Jia berkata, dia mahu bermain dalam perlawanan menentang pasukan lebih mudah terlebih dahulu.

"Taiwan mungkin tidak membawa barisan terkuat mereka, tetapi mereka masih mempunyai Lin Chun Yi dan Lee Yang-Wang Chi Lin sebagai perseorangan pertama dan beregu pertama mereka. Tekanan tetap ada tetapi kita perlu atasinya," katanya.

Hanya dua pasukan teratas kumpulan akan melangkah ke pusingan kalah mati dan pasukan yang ke separuh akhir akan mendapat tiket automatik ke pusingan akhir Piala Thomas dan Uber di Chengdu, China, April nanti.

#kakibadminton #ScanQR #copylink #ClickLink #badmintonmalaysia #LeeZiiJia
Nak lebih banyak filem percuma dan berita
Sila klik: https://heylink.me/AP26_SportKaki

Pertikaian undang-undang membabitkan pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dengan bekas jurulatihnya, Indra Wijaya menemui noktah selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di luar mahkamah.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan daripada pihak peguam Indra, persefahaman bersama dicapai menerusi surat-menyurat antara peguam kedua-dua pihak.

Surat berkenaan bertarikh 6 Februari oleh Tetuan Law Partnership (bertindak bagi pihak LZJ Management Sdn Bhd) dan 14 Februari oleh Tetuan Wan Ahmad Ridzuan & Co (bertindak bagi pihak Indra Wijaya).

"Berhubung dengan tuntutan yang difailkan Indra terhadap LZJ Management Sdn Bhd (Pengurusan LZJ), dengan suka cita kami memaklumkan bahawa mereka bersetuju untuk menyelesaikan di luar Mahkamah secara baik.

"Perpisahan antara LZJ Management dan Indra berlaku semata-mata atas pertimbangan oleh pasukan LZJ mengenai falsafah, kaedah kejurulatihan dan latihan LZJ.

"Perpisahan antara LZJ Management dan Indra tidak mempunyai kaitan dengan kaedah kejurulatihan dan prestasi Indra di bawah kontrak pekerjaan. "Kami berharap tidak akan timbul sebarang spekulasi mahupun andaian berhubung perkara ini dan mereka mengucapkan selamat maju jaya terhadap karier profesional masing-masing," jelas satu kenyataan media oleh pihak Indra.

Pada Januari tahun lalu, Indra dilapor mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Zii Jia selepas mendakwa diberhentikan secara tidak adil oleh Team LZJ pada November 2022.

Indra yang berasal dari Indonesia menandatangani kontrak tiga tahun dengan Team LZJ pada Februari 2022 tetapi diberhentikan sembilan bulan selepas itu.

Indra ketika ini berkhidmat bersama Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dan menjadi jurulatih perseorangan wanita terbaik negara itu, Gregoria Mariska Tunjung.

#kakibadminton #ScanQR #copylink #ClickLink #badmintonmalaysia #LeeZiiJia
Nak lebih banyak filem percuma dan berita
Sila klik: https://heylink.me/AP26_SportKaki

Walaupun dihimpit masalah kecederaan dan kesihatan yang membabitkan dua pemain perseorangan skuad badminton lelaki negara tidak terkesan apabila berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC).

Malaysia mara selepas menewaskan Singapura 3-1 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, sebentar tadi. Kemaraan ke separuh akhir turut menyaksikan mereka layak secara automatik ke saingan Piala Thomas di Chengdu, China pada April depan.

Bagaimanapun, kemenangan itu dipalit dengan masalah kesihatan dan kecederaan yang menimpa Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong. Tze Yong yang turun selaku perseorangan pertama terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 1-3 di set pertama menentang Jason Teh.

Kecederaan belakang yang dialami ketika Terbuka Malaysia, bulan lalu kembali menghantui Tze Yong, manakala Zii Jia tidak dapat diturunkan dalam perlawanan kerana dinasihatkan oleh doktor susulan mengalami masalah sukar bernafas akibat resdung.

Selepas ketinggalan 0-1, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kembali menyamakan kedudukan buat Malaysia apabila mengatasi gandingan Loh Kean Hean-Howin Wong Jia Hao 21-11, 22-24, 21-14.

Perseorangan kedua, Leong Jun Hao meletakkan skuad negara di depan dengan keputusan 2-1 selepas mencatat kemenangan ke atas Joel Koh 21-8, 21-12.

Beregu kedua, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menyumbang mata kemenangan selepas mengetepikan cabaran gandingan Wesley Koh-Junsuke Kubo 21-6, 20-22, 21-8. Malaysia akan bertemu pemenang perlawanan antara Jepun dengan India bagi perebutan tiket ke pentas final, esok.

Skuad lelaki negara tampil pada edisi kali ini selaku juara bertahan selepas muncul juara buat kali pertama dua tahun lalu menerusi kemenangan 3-0 ke atas Indonesia 3-0 pada aksi final.

#kakibadminton #ScanQR #copylink #ClickLink #badmintonmalaysia
Nak lebih banyak filem percuma dan berita
Sila klik: https://heylink.me/AP26_SportKaki

Lee Chong Wei berkata dia "rasa seperti berputus asa" terhadap sukan badminton di Malaysia dan memberi amaran menjelang Sukan Olimpik bahawa perubahan "drastik" diperlukan untuk menyelamatkan sukan itu di negara ini.

Legenda badminton Malaysia itu bersuara selepas negaranya tewas 0-3 kepada China pada perlawanan akhir pertandingan lelaki di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Kuala Lumpur.

China jauh lebih hebat walaupun tidak menurunkan pasukan terkuat mereka. India menjulang kejuaraan untuk wanita ketika pasukan tuan rumah kandas di suku akhir.

Kejohanan itu menawarkan mata ranking ke Sukan Olimpik Paris musim panas ini. "Saya tahu perkara yang benar itu menyakitkan, tetapi saya fikir badminton Malaysia hanya akan terus merosot jika tiada apa-apa yang dilakukan."

"Sekarang saya rasa seperti berputus asa dengan badminton Malaysia," tambah Chong Wei yang bersara pada 2019 selepas karier gemilang merangkumi tiga pingat perak Sukan Olimpik dan tiga pingat perak Kejohanan Dunia.

Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata, pihak yang bertanggungjawab dengan sukan badminton di Malaysia perlu lebih berusaha untuk memperkenalkan barisan pemain muda sambil mendakwa pemain sekarang tidak mempunyai disiplin dan komitmen tinggi.

"Kita perlu membuat perubahan drastik. Jika tidak, kita akan ketinggalan jauh dan badminton tidak lagi menjadi sukan utama di negara ini. Saya tidak sanggup untuk menghadapinya," katanya.

#kakibadminton #ScanQR #copylink #ClickLink #badmintonmalaysia #leechongwei
Nak lebih banyak filem percuma dan berita
Sila klik: https://heylink.me/AP26_SportKaki

Lee Zii Jia perlu memperhalusi serangannya untuk mengatasi Kodai Naraoka jika dia berharap untuk meneruskan rentak mengagumkannya di All-England.

Keputusan seri ini mungkin meresahkan Zii Jia, memandangkan perjuangannya sebelum ini menentang Naraoka No. 6 dunia. Dalam empat pertemuan mereka, Zii Jia hanya muncul kemenangan sekali, dengan kekalahan terbarunya di Terbuka India bulan lalu.

Namun begitu, Zii Jia boleh bertenang dengan kejayaannya di Arena Birmingham, yang telah terbukti menjadi medan pertempuran kegemarannya. Terutama, dia telah mara ke separuh akhir dalam semua empat penampilan terakhirnya, yang memuncak dengan kemenangan kemenangan pada edisi 2021.

Jika Zii Jia berjaya mengatasi Naraoka, dia akan menentang Angus Ng dari Hong Kong atau Loh Kean Yew dari Singapura pada pusingan seterusnya.

Di bahagian bawah undian, bersama Zii Jia, adalah pencabar terkenal lain seperti Anders Antonsen dari Denmark, yang meraih kemenangan berturut-turut di Terbuka Malaysia dan Indonesia Masters, dan Shi Yu Qi dari China.

Ia masih tidak pasti sama ada Ng Tze Yong yang sedang cedera akan menyertai All England. Bagaimanapun, jika dia bertanding, cabaran awalnya adalah menentang Lakhsya Sen dari India.

#kakibadminton #ScanQR #copylink #ClickLink #badmintonmalaysia #leeziijia #ngtzeyong
Nak lebih banyak filem percuma dan berita
Sila klik: https://heylink.me/AP26_SportKaki

Walaupun terlepas aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Asia Berpasukan (BATC) minggu lalu, skuad wanita negara berjaya menyelinap masuk melalui pintu belakang untuk layak ke Pusingan Akhir Piala Uber April ini.

Malaysia, bersama Taiwan dan Amerika Syarikat (AS), layak ke kejohanan berkenaan berdasarkan kedudukan ranking pasukan keseluruhan. Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky mahu pemain menggandakan usaha bagi mengelak dimalukan di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini.

Rexy berkata, bahawa pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah perlu memperbaiki banyak perkara dalam beberapa bulan akan datang. "Beberapa bulan akan datang adalah penting dan mereka perlu berkorban untuk menjadi pencabar di Sukan Olimpik Paris pada Julai.

"Bagi pemain perseorangan kami seperti K Letshanaa, Wong Ling Ching dan Siti Nurshuhaini Azman, kami mungkin menghantar mereka ke luar negara untuk latihan singkat," kata Rexy.

Di BATC, Malaysia menewaskan pasukan Emiriah Arab Bersatu 5-0 dan tewas 1-4 kepada Thailand untuk menduduki tempat kedua dalam kumpulan Y. Malaysia tersingkir daripada saingan selepas tewas 0-3 kepada Indonesia di suku akhir.

Pada Piala Uber edisi sebelum ini di Bangkok dua tahun lalu, Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan selepas tewas kepada Thailand (1-4) dan Denmark (2-3).

#kakibadminton #ScanQR #copylink #ClickLink #badmintonmalaysia