PENGAMBILAN KADET SIRI 8 BSMM CUKM
338 subscribers
5 photos
3 files
1 link
Download Telegram
Salam Sejahtera!

Tahniah dan terima kasih kerana berminat dengan Pengambilan Kadet Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) UKM Siri 8 Sesi 2023/2024.

Channel ini ditubuhkan untuk menghebahkan segala info dan maklumat tentang pengambilan kadet.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat Datang diucapkan kepada pelajar baharu sesi 2023/2024.

Telegram ini merupakan pelantar perhubungan antara pelajar baharu yang berminat untuk menyertai KADET BSMM CABANG UKM dengan unit Pengambilan Kadet Siri 8.

PENGAMBILAN KADET SIRI 8 BSMM CABANG UKM KINI DIBUKA

Sila baca arahan dengan teliti.

1. Pelajar dikehendaki membaca dokumen Pengambilan Kadet BSMM CUKM untuk mengetahui maklumat berkaitan Kadet BSMM CUKM pada pautan berikut:

https://docs.google.com/document/d/1e-KDOUCmHVBMiNya_xzDFMWVRDsl2oqIZm40gtALQcY/edit?usp=sharing

2. Seterusnya, pelajar diminta untuk membaca dengan teliti dokumen Syarat Pengambilan Siri 8 yang telah disediakan.

3. Pelajar yang berminat untuk menyertai pasukan Kadet BSMM CUKM hendaklah melengkapkan google form Ujian keyakinan diri pada pautan dibawah: (tarikh akhir adalah pada: 16 oktober 2023)

https://docs.google.com/forms/d/1J6qdJbdxeRN96HiXmd6AdfjFQ3XR75QAFtPWoFP3UGM/edit?pli=1&pli=1


4. Akhir sekali, pelajar yang memenuhi kriteria pengambilan diminta untuk menghantar BORANG B001 dan CV ke Google drive:
https://drive.google.com/drive/folders/1fHkb5BNbrFKeRKtwU9LCh371FpR8-N1y

(Selewat-lewatnya pada 16
Oktober 2023, JAM 11.59PM malam)

Sila buat satu folder masing-masing. Pada tajuk folder tersebut hendaklah ditulis seperti berikut:

PENGAMBILAN KADET SIRI 8, NO MATRIK, NAMA

PENGAMBILAN KADET SIRI AKAN DITUTUP PADA 16 Oktober 2023, JAM 11:59PM

14 OKTOBER 2023
UNIT PENGAMBILAN KADET SIRI 8 2023/2024
KADET BSMM CABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
❀3πŸ‘2πŸ”₯1πŸ‘1
5_6150185274275007507.pdf
76.5 KB
Berikut merupakan SYARAT PENGAMBILAN KADET SIRI 8
πŸ‘1
Selamat Sejahtera & Salam Kemanusiaan

Kami terima banyak soalan mengenai Borang CV , Borang CV bermaksud Resume
Maka Setiap Mahasiswa/i perlu buat satu folder untuk masing-masing di dalam link G-Drive tersebut dan memuat naik:-

I) Borang CV (Resume)
II) Borang BOO1


Kegagalan anda dalam memuat naik borang tersebut dalam masa yang ditetapkan, akan mempengaruhi keputusan anda dalam Pemilihan Kadet BSMM ke Peringkat yang seterusnya.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi @john_2607

Sekian Terima Kasih
πŸ‘4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Harini merupakan hari terakhir bagi penghantaran cv, borang B001 dan borang keyakinan diri (Google form). Jadi, bagi sesiapa yang masih belum berbuat demikian boleh hantar cv dan borang B001 ke Google drive selewat-lewatnya isnin (16 OKTOBER 2023), jam 11.59pm.

Terima kasih.
πŸ‘4
Terima kasih kepada semua calon Kadet BSMM Siri 8 sesi 2023/ 2024 yang telah mengisi Ujian Keyakinan Diri dan menghantar Borang 001/ CV ke Google drive kadet.

Untuk makluman anda, setiap siri pengambilan kadet akan melalui 3 peringkat penapisan kadet iaitu:

Peringkat pertama:
Ujian Keyakinan Diri

Peringkat kedua:
Ujian Fizikal

Peringkat ketiga:
Sesi temuduga

Calon kadet yang berjaya melepasi setiap peringkat penapisan akan dimaklumkan melalui channel telegram rasmi. Oleh itu, sila pastikan maklumat yang anda isikan adalah betul dan tepat supaya makluman dapat disampaikan kepada calon kadet dari masa ke masa.

Selamat Maju Jaya! πŸ’ͺ

17 OKTOBER 2023
UNIT PENGAMBILAN KADET SIRI 8 2023/2024
KADET BSMM CUKM
πŸ‘1
Salam Sejahtera.

Sebagai persediaan calon yang layak untuk Ujian Fizikal, anda dinasihatkan supaya membawa:
- pen (untuk mengisi borang)
- tuala kecil sebagai pelapik (in case tiada 'yoga mat' untuk ujian kecergasan)
- air yang secukupnya
- kasut sukan yang sesuai kerana khuatir cuaca hujan akan menyebabkan laluan trak licin

Hanya 3 aktiviti sahaja yang akan diuji:
1. Sit up
2. Push up
3. Larian trak (800m sahaja)

Note:
Ujian kecergasan akan diteruskan walaupun cuaca dijangka/ hujan. Akan tetapi, kita tidak akan melakukan kesemua ujian kecergasan sekiranya hujan lebat demi keselamatan calon.

Sebarang perubahan tentang tentatif program akan dimaklumkan di sini.

Keputusan calon yang layak ke ujian fizikal akan dimaklumkan hari ini(17 OKTOBER 2023) di channel telegram rasmi. Sila alert setiap pengumuman yang dilakukan di channel ini.

Good Luck!
πŸ‘11
KEPUTUSAN UJIAN KEYAKINAN DIRI KADET BSMM SIRI 8

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa calon kadet siri 8 yang telah BERJAYA melepasi saringan Ujian Keyakinan Diri akan menerima emel untuk menghadiri ke Ujian Fizikal yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 18/10/2023 (Rabu)
Masa: 5pm - 7pm
Tempat: Stadium UKM
Pemakaian: Pakaian sukan

Jika anda berjaya melepasi ujian fizikal, anda akan dipanggil ke sesi temuduga yang akan dijalankan pada hari Sabtu (21/10/2023). Masa akan diberitahu kemudian.

Jumpa anda di sana.

Tahniah dan terima kasih!

17 OKTOBER 2023
UNIT PENGAMBILAN
KADET SIRI 8 2023/2024
KADET BSMM CUKM
😒4