Jabatan Pendaftaran Negara
3.37K subscribers
2.85K photos
25 videos
1 file
280 links
Channel Telegram Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara
Download Telegram
PEGAWAI YANG DIBERI KUASA MEMEGANG/ MENYIMPAN KAD PENGENALAN ORANG LAIN

1. Pegawai pendaftaran

2. Pegawai Polis

3. Pegawai Kastam

4. Anggota tentera yang bertugas

5. Pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI
Jom kunjungi Bas MEKAR JPN dan dapatkan perkhidmatan kami sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

*Anda perlu membawa bil utiliti yang terkini bagi pertukaran alamat pada MyKad.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI
Jom kunjungi Bas MEKAR JPN dan dapatkan perkhidmatan kami sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

*Anda perlu membawa bil utiliti yang terkini bagi pertukaran alamat pada MyKad.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI
TIPS MENJAGA KAD PENGENALAN

Kad Pengenalan merupakan dokumen yang sangat penting. Oleh itu, ia perlu dijaga dengan baik. Ada 7 tips menjaga kad pengenalan supaya kad pengenalan anda tidak mudah rosak.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI
TIPS PALANG SALINAN KAD PENGENALAN

Palang dua garisan lurus dengan menulis tujuan salinan kad pengenalan anda supaya ia tidak disalahguna oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI
PERMOHONAN MYKAD 12 TAHUN DALAM TALIAN

Ibu bapa boleh memohon MyKad secara dalam talian bagi kanak-kanak yang telah genap umur 12 tahun dan kurang daripada 16 tahun. Layari https://web12tahun.jpn.gov.my/ untuk memohon.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI
KAD PENGENALAN 18 TAHUN

Adik-adik yang dah genap umur 18 tahun sudah buat gantian Kad Pengenalan atau belum?

Sekiranya belum, boleh hadir ke pejabat JPN terdekat sebelum umur 25 tahun untuk memohon gantian kad pengenalan.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI
JPN tidak melantik orang tengah atau ejen bagi sebarang urusan pendaftaran.

Pelanggan boleh hadir ke mana-mana 212 pejabat JPN untuk urusan pendaftaran dan khidmat nasihat.

Ikuti media sosial dan portal rasmi JPN untuk maklumat yang sahih.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI
Nak mohon cabutan daftar kad pengenalan (JPN.KP12)?

Mohon sahaja secara online dengan melayari pautan yang disediakan.

Selepas sudah memohon, jangan lupa untuk hadir ke JPN bagi membuat kutipan.

#RakyatDiHatiJPN
#TakKiraMasaDiManaSaja
SISTEM GANTIAN MYKAD ONLINE

Selain daripada hadir memohon gantian MyKad di kaunter JPN, anda juga boleh memohon secara dalam talian dengan melayari https://gantianmykad.jpn.gov.my/. Anda hanya perlu hadir ke JPN bagi membuat kutipan MyKad sahaja.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI
INFO TERKINI MYKID

JPN sedang mencetak 160,000 MyKid dan akan diserahkan kepada pemohon secara berperingkat. Ibu bapa yang telah memohon MyKid anak masing-masing bagi kelahiran tahun 2021 & 2022 boleh mula menyemak status permohonan di portal JPN.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI
PERMOHONAN GANTIAN MYKAD "MYPHONE-IN"

Nak mohon gantian MyKad online tapi tak boleh akses internet? Tak perlu risau. Anda boleh memohon gantian MyKad melalui perkhidmatan talian telefon dengan menghubungi talian 03-8880 8066.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI
KEMAS KINI ALAMAT KAD PENGENALAN

Proses mengemas kini alamat kad pengenalan sebenarnya mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah yang admin kongsikan ni.

Sambil tukar alamat tu, admin sarankan juga supaya anda tukar gambar baharu pada kad pengenalan.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI
MYKAD SIAP 30 MINIT

Nak guna MyKad dengan segera tapi MyKad rosak atau hilang?

Pejabat JPN yang disenaraikan ini boleh proses MyKad anda dalam 30 minit sahaja sekiranya tiada masalah cap jari, bukan hilang kali ke-3 dan tiada masalah sistem.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI