JohorKini
230 subscribers
9.71K photos
3 videos
11 files
9.73K links
Download Telegram
JohorKini
Photo
Cadangan buka sempadan untuk rakyat Malaysia ulang-alik ke Singapura sedang dirunding

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Kementerian Luar sedang berunding dengan kerajaan Singapura berhubung cadangan membuka pintu sempadan dan membenarkan rakyat Malaysia berulang-alik dari Johor ke republik itu untuk bekerja. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu telah pun disiapkan oleh Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan…

https://www.johorkini.my/cadangan-buka-sempadan-untuk-rakyat-malaysia-ulang-alik-ke-singapura-sedang-dirunding/
JohorKini
Photo
Pusat pemindahan sementara SK Batu 10 Skudai ditutup sepenuhnya

JOHOR BAHRU, 23 NOV: Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10 dekat Skudai yang diletakkan dalam langkah berjaga-jaga kini ditutup sepenuhnya. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru, dalam kenyataan hari ini, berkata berkata PPS berkenaan ditutup petang tadi berikutan cuaca cerah dan tidak berlaku air pasang. Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan…

https://www.johorkini.my/pusat-pemindahan-sementara-sk-batu-10-skudai-ditutup-sepenuhnya/
JohorKini
Photo
Covid-19: “Kluster Kobena” dikesan di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 23 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster jangkitan Covid-19 baru, “Kluster Kobena” di daerah Johor Bahru, Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham berkata kluster indeks bagi kluster tersebut adalah kes ke-52,599 yang merupakan kes ‘Severe Acute Respiratory Infections’ (SARI) dan dilaporkan positif pada Jumaat lepas. “Sehingga 23 November 2020, sejumlah 111 individu…

https://www.johorkini.my/covid-19-kluster-kobena-dikesan-di-johor-bahru/
JohorKini
Photo
Ahli Tabung Warisan Anak Selangor akan terima cecair basmi kuman, pelitup muka mulai Disember

SHAH ALAM, 23 NOV: Seramai 21,346 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) lahir pada 2008 menerima peralatan mencegah penularan wabak, iSafe mulai Disember ini. Penolong pengurus korporat Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Sharizan Mohd Shariff, berkata alat berkenaan mengandungi pelitup muka dan cecair pembasmi kuman. “Pemberian melalui Pusat Khidmat Masyarakat di setiap Dewan Undangan Negeri…

https://www.johorkini.my/ahli-tabung-warisan-anak-selangor-akan-terima-cecair-basmi-kuman-pelitup-muka-mulai-disember/
JohorKini
Photo
Gelang merah jambu milik petugas kesihatan – JKN Johor

JOHOR BAHRU, 24 NOV: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan gelang merah jambu yang ditemui berhampiran sebuah kedai di Desaru Utama dekat Kota Tinggi, seperti yang tular sejak dua hari lepas, milik petugas di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi (PKDKT). Pengarahnya, Datuk Dr Aman Rabu berkata hasil siasatan mendapati petugas kesihatan PKDKT itu menjalani ujian…

https://www.johorkini.my/gelang-merah-jambu-milik-petugas-kesihatan-jkn-johor/
JohorKini
Photo
SPRM cari tiga saksi bantu kes salah guna cap sempadan

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu bagi membantu kes rasuah membabitkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara. SPRM, dalam satu kenyataan semalam memaklumkan lelaki pertama dikenali sebagai Clement Chen Wei Chien, 35, yang mempunyai alamat terakhir di 12A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000…

https://www.johorkini.my/sprm-cari-tiga-saksi-bantu-kes-salah-guna-cap-sempadan/
JohorKini
Photo
Sultan Johor nasihat rakyat berhati-hati berikutan cuaca tidak menentu

JOHOR BAHRU, 24 NOV: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah menasihati rakyat di seluruh daerah negeri ini supaya sentiasa berhati-hati berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini. Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Johor, baginda bertitah beberapa kawasan dinaiki air berikutan hujan lebat pada masa sekarang hingga segelintir penduduk dipindahkan ke Pusat…

https://www.johorkini.my/sultan-johor-nasihat-rakyat-berhati-hati-berikutan-cuaca-tidak-menentu/
JohorKini
Photo
Peningkatan kes bunuh diri membimbangkan, kerajaan perlu ambil langkah serius – Adun Parit Yaani

JOHOR BAHRU, 24 NOV: Kes bunuh diri yang direkodkan sebanyak 266 kes sepanjang PKP telah mengejutkan ramai pihak dan dibimbangi terus meningkat akibat tekanan ekonomi yang berlaku. Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan berkata, perkara ini perlu diberikan perhatian oleh kerajaan secara berterusan dan menggandakan usaha meningkatkan ekonomi rakyat yang kian tersepit. “Memang kesempitan ekonomi ini…

https://www.johorkini.my/peningkatan-kes-bunuh-diri-membimbangkan-kerajaan-perlu-ambil-langkah-serius-adun-parit-yaani/
JohorKini
Photo
Malaysia tiada hala tuju pembangunan tenaga boleh diperbaharui

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dilihat hilang hala tuju dalam usaha pembangunan tenaga boleh diperbaharui (TBB). Ahli parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh berkata, jawapan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) diterimanya pada 10 Nov yang mahu mengkaji semula sasaran 20 peratus TBB menjelang 2025 dan hendak menetapkan…

https://www.johorkini.my/malaysia-tiada-hala-tuju-pembangunan-tenaga-boleh-diperbaharui/
JohorKini
Photo
Projek baikpulih selekoh jalan perlu disiapkan segera, gesa ahli parlimen Kulai

KULAI, 24 NOV: Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching menggesa kerajaan negeri, kontraktor dan agensi berkaitan menyegerakan penyiapan projek memperelok jajaran jalan di laluan Johor Bahru – Ayer Hitam yang tertangguh. Nie Ching berkata, projek naiktaraf dan baikpulih lencongan di laluan FT001, KM38-40 Johor Bahru-Ayer Hitam (Selekoh S) itu masih gagal disiapkan sehingga hari ini.…

https://www.johorkini.my/projek-baikpulih-selekoh-jalan-perlu-disiapkan-segera-gesa-ahli-parlimen-kulai/
JohorKini
Photo
Covid-19: Rekod tertinggi lagi dengan 2,188 kes, empat kematian, kes aktif 14,353

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 341 kes. Sementara itu jangkitan harian mencatatkan rekod baru, iaitu sebanyak 2,188 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 58,847. Kesemua kes yang dilaporkan hari ini adalah kes penularan tempatan. Terdapat 1,673 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang…

https://www.johorkini.my/covid-19-rekod-tertinggi-lagi-dengan-2188-kes-empat-kematian-kes-aktif-14353/