John Lemon Circle
1.67K subscribers
47 photos
15 videos
1 file
16 links
Download Telegram
Ni soalan aku selalu dapat.

1. Bila nak buat brand collaboration, asas paling utama adalah “win-win basis”. Tak boleh la ko sorang je nak menang. Konsep dia, kita ride kelebihan brand masing-masing.

2. Kelebihan masing-masing ni dalam bentuk market share, distribution, facility, brand image atau apa sahaja.

3. Bila LV collab dengan Supreme, LV dapat market share “street fashion” dan Supreme dapat market share “high fashion.

4. Kebanyakkan yang kita tengok kat pasaran tu adalah licensing brand. Contohnya, dherbs buat sabut kanak-kanak pakai imej upinipin. Tu bukan brand collab. Tu dia kena bayar fee penggunaan imej upinipin kepada Les Copaque (image owner).

5. Apa pun, ia bergantung kepada nilai brand kita. Kalau brand kita power, dia pun akan dapat banyak benefits hasil collab ni, sekupang pun brand lagi satu tak minta. Amat bergantung kepada proses negotiation. What u can offer, what they can offer.

6. Keywordnya juga adalah, “sedar diri”. Kalau brand kita baru, kecil, tak power, jangan la kita pergi approach Tesla, Apple, Ferrari to collab. Sedar diri. Kena jujur.

Sekian, menaip sambil melabur.
Aku selalu dapat soalan berbunyi macam ni:

“John, aku ada duit. Aku teringin nak buat bisnes la. Ko ada idea nak buat bisnes apa tak?”

95% soalan macam ni aku dapat daripada member-member aku yang bekerja dengan syarikat korporat.

Biasanya aku malas nak jawab. Tapi di hari Sabtu ni, dan ketika aku sedang release stress baru habis kerja kat office ni, aku luangkan la masa untuk jawab.

Korang baca la perbualan kitorng kat bawah ni ya.

Renung-renungkan.
Salam. Dah lama tak bersiaran. Aku just nak share pasal pemeriksaan kesihatan sebab sekarang ni tengok ramai betul orang berlari, berbasikal, hiking dan macam-macam lagi.
Ni namanya Athletes Endurance Test
Penting untuk kita tahu keadaan jantung kita. Kejadian mati mengejut boleh berlaku ketika berehat atau “resting”, ketika melakukan aktiviti berat atau selepas melakukan aktiviti berat.
Fungsi paru-paru dan buah pinggang pun diuji sama ketika test ini dibuat
Ini senarai pakej yg ada
Korang minta je diskaun kata John Lemon rekemen
InsyaAllah dapat
Lepas dah buat ni dan tahu kondisi jantung kita macam mana, barulah hati tenang nam bersukan.