Ismaweb.my
7.49K subscribers
16.7K photos
978 videos
2 files
69.9K links
Download Telegram
Lelaki dihukum penjara 5 bulan kerana ugut Harith Iskander, keluarga

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 terhadap seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah menghantar kata-kata ugutan jenayah yang menakutkan pelawak Harith Iskander dan keluarganya, minggu lepas.

Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzuddin Md Salim, 31, menjalani hukuman penjara sebulan jika dia gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh berusia 40-an, didakwa melakukan perbuatan tersebut melalui aplikasi pesanan ringkas, yang menimbulkan ketakutan kepada mangsa.

Ancaman dipercayai dibuat selepas pelawak berkenaan memuat naik hantaran di media sosial mengenai topik ham dan disambut pengikutnya dengan pelbagai komen.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘4πŸ‘Ž2
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani tiba di Damsyik pada Khamis, menjadikannya pemimpin Arab pertama yang melawat Syria sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad.

Ahmed Al-Sharaa, yang diisytiharkan sebagai Presiden sementara Syria semasa satu persidangan pada malam Rabu, menyambut kedatangan Sheikh Tamim di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.

Perdana Menteri Syria, Mohammed Al-Bashir; Menteri Luar, Asaad Al-Shaibani dan Menteri Pertahanan, Murhaf Abu Qasra turut hadir menyambut kedatangan Sheikh Tamim.

Sumber: Agensi

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘10
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan cubaan menyeludup rokok bernilai lebih RM100,000 dalam serbuan di Kampung Manjor, Laloh, pada Rabu lepas.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar pukul 8.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 46,000 batang rokok putih dan 10,000 batang rokok kretek yang dipercayai untuk pasaran tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘3
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$116.22 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$4.50 juta pada akhir Disember 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$10.60 bilion.

"Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$29.23 bilion pada akhir Disember 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” kata BNM dalam kenyataan Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Disember 2024, pada Jumaat.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘1
Israel meneruskan serangan besar-besaran ke atas kem pelarian di Jenin untuk hari ke-11 berturut-turut, sementara serangan di kem pelarian Tulkarm memasuki hari kelima.

Keadaan di kedua-dua kem pelarian semakin kritikal, apabila banyak keluarga terperangkap dalam keadaan tidak selamat akibat serangan udara dan serbuan tentera Israel.

Sehingga kini, tiada maklumat rasmi dari pihak Israel mengenai sasaran atau tujuan serangan, namun pihak berkuasa Palestin mengutuk tindakan ini sebagai satu serangan keji terhadap penduduk awam.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
🀬10😑2πŸ€“1
Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, pada Ahad menggesa Israel dan Hamas untuk segera memulakan rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Kami menekankan kepentingan semua pihak untuk mematuhi sepenuhnya semua syarat perjanjian gencatan senjata di Gaza serta memulakan rundingan fasa kedua," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan di Doha.

"Seharusnya tidak ada kompromi untuk melibatkan diri dalam rundingan fasa kedua," tambahnya.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘8❀2
Perang di Gaza telah menyebabkan 34 hospital terpaksa ditutup dan tidak lagi dapat beroperasi, menurut laporan pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Pasukan perubatan dan sukarelawan yang masih beroperasi kini berhadapan dengan kekurangan peralatan dan bekalan perubatan, sekali gus menyukarkan usaha untuk memberi rawatan yang mencukupi kepada pesakit.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza telah meminta bantuan segera daripada badan-badan antarabangsa dan organisasi kemanusiaan untuk menyokong pemulihan sistem penjagaan kesihatan yang terjejas teruk akibat konflik ini.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
😒7πŸ”₯1
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan, bergerak antara RM4.41 dan RM4.44 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap dasar tarif AS.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes memberitahu bahawa mata wang tempatan mungkin menghadapi tekanan secara tidak langsung akibat ketegangan tarif AS yang semakin meningkat.

"Memandangkan hubungan perdagangan Malaysia yang kukuh dengan China, yang merupakan sebagai salah satu negara yang terjejas disebabkan pengumuman tarif terkini, trajektori mata wang ini sebahagian besarnya bergantung pada retorik tarif AS minggu depan.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
😁3
Penganalisis percaya Malaysia mampu memainkan peranan untuk mengajak lebih banyak negara bekerjasama dalam membantu pembangunan semula Gaza melalui pendekatan diplomasi.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata pembangunan enklaf terkepung yang lebih 80 peratus musnah itu memerlukan kerjasama kolektif daripada banyak negara.

"Kita tidak mampu untuk membangunkan sepenuhnya Gaza, tetapi kita boleh gunakan langkah demokratik melalui kerjasama dengan negara Teluk yang menyediakan dana dan juga negara-negara lain," katanya.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘4🫑1
Pasukan pendakwaan mengemukakan 32 saksi dalam perbicaraan kes ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin terhadap pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme itu di Mahkamah Sesyen mulai hari ini.

Tarikh-tarikh perbicaraan yang ditetapkan ialah pada 3 hingga 7 Februari, 17 hingga 21 Februari dan 10 hingga 14 Mac ini.

Jumaat lalu, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira AbdulManaf, 30, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menggantung prosiding perbicaraan itu.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang.

"Siasatan awal mendapati, ketika kejadian empat motosikal serta sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Hulu Langat menghala ke Ampang.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
😒7😭3
Mesir bersedia menerima rakyat Palestin yang cedera atau sakit untuk mendapatkan rawatan perubatan melalui Lintasan Rafah, yang kembali beroperasi pada Sabtu, menurut pegawai negara itu.

Sejak Mei 2024, bahagian Palestin di lintasan tersebut dikawal oleh Israel, yang telah menyekat operasinya sehingga perjanjian gencatan senjata baru-baru ini.

Bermula Sabtu, Lintasan Rafah membenarkan rakyat Palestin keluar dari Gaza buat pertama kali dalam tempoh sembilan bulan, tetapi ketika ini hanya mereka yang cedera atau sakit dibenarkan keluar.

Sumber: Awani

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘6🫑2
Operasi perobohan oleh tentera Israel yang bertindak meletupkan bangunan di kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki memusnahkan kira-kira 20 struktur bangunan, lapor agensi berita Palestin.

Rakaman yang merekodkan perobohan itu menunjukkan beberapa siri letupan serentak dilakukan di kem yang padat dengan penduduk.

Kepulan asap menyelubungi bandar Palestin di mana tentera Israel menjalankan operasi ketenteraan besar-besaran selama hampir dua minggu, atas alasan menyasarkan pejuang Palestin dan bertujuan merampas simpanan senjata mereka.

Sumber: Reuters

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
🀬11😑3πŸ‘1
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bahawa Parlimen bukanlah tempat untuk bertegang urat, memaki-hamun atau menabur fitnah.

Sebaliknya, Seri Paduka Baginda bertitah Parlimen ialah dewan yang mulia untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.

Selain itu, Sultan Ibrahim bertitah Parlimen ialah dewan perhimpunan paling utama dalam sistem negara yang merupakan gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, menggubal undang-undang serta dan medan semak dan imbang atau check and balance ke atas pentadbiran negara.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ₯±8πŸ‘7
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus kepada pekerja asing, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kadar itu lebih rendah berbanding cadangan awal sebanyak 12 peratus.

"Tetapi terdapat kebimbangan ia akan meningkat, bermula pada 2 peratus kemudian naik kepada empat peratus dan enam peratus.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
😁1
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.

Pengumuman itu dibuat Naim Qassem yang kini menerajui gerakan tersebut menerusi ucapan disiarkan stesen TV pada Ahad.

β€œSituasi keselamatan menyebabkan urusan persemadian beliau terpaksa ditangguhkan selama kira-kira dua bulan. Kami berharap ia dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna bersesuaian dengan personaliti hebat beliau,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ€”2
Insiden tembakan membabitkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu kini di bawah siasatan Bukit Aman.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil alih siasatan kes itu berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.

Jelasnya, selepas beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mereka bersetuju agar anggota disiasat direhatkan.

Sumber: Awani

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
😱7🀬4
Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, menolak bantahan awal dikemukakan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin yang berdepan satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism itu, dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Hakim, Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendapati pertuduhan yang dihadapi Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf tidak cacat dan mengikut peruntukan undang-undang.

β€œTiada unsur dalam pertuduhan yang menunjukkan tertuduh dinafikan untuk membangkitkan pembelaan sewajarnya.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘3πŸ‘2