Ismaweb.my
7.49K subscribers
16.7K photos
978 videos
2 files
69.9K links
Download Telegram
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Ketibaan Presiden Prabowo yang mengadakan Lawatan Negara pertamanya ke negara Asia Tenggara, diraikan dengan istiadat Sambutan Negara dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Polis merakam percakapan pemilik akaun Facebook Cecelia Yap Song KL bagi membantu siasatan berhubung hantarannya pada akaun pelawak popular, Harith Iskander mengenai isu 'ham' yang didakwa menghina agama Islam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata proses rakaman percakapan wanita berusia 65 tahun itu yang juga pesara jururawat swasta bermula jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Katanya, sebanyak 21 soalan ditanya kepada wanita berkenaan yang mana dia mengaku memuat naik komen di ruangan Facebook terbabit.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ”₯8😈1
⚫ Chatbot AIFA diperkenalkan sebagai platform perangi maklumat palsu, semak berita tidak ditentusahkan dalam talian.

⚫ Jumlah kandungan berita palsu yang dikesan melalui semakan fakta sepanjang 2024 mencecah hampir 20,000. - Bernama

- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil
😁6πŸ‘Ž5πŸ‘3😱1
Sebanyak 43 kampung yang terletak berhampiran 12 muara sungai di Terengganu berisiko dinaiki air susulan fenomena air pasang besar yang diramal bermula pada 9 malam ini hingga 30 Januari.

- Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, Ir Osman Abdullah
Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menganjurkan majlis bagi meraikan tahanan yang dibebas dan dipindahkan ke luar Palestin dalam fasa pertama Perjanjian Taufan Al-Aqsa.

Tahanan Palestin yang dibebaskan merupakan individu yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan telah menjalani hukuman lebih 20 tahun di penjara Israel.

Majlis tersebut dihadiri pimpinan Hamas, Jihad Islami, Barisan Popular, beberapa fraksi Palestin lain, serta keluarga tahanan yang terlibat.

Delegasi kanan Hamas kini berada di Kaherah untuk pertemuan rasmi dengan pihak berkuasa Mesir bagi membincangkan perkembangan terkini mengenai pelaksanaan gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dijadualkan berlangsung dalam tiga fasa.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘11❀3πŸ”₯1πŸ₯±1
Seorang tahanan Palestin yang baru dibebaskan menceritakan pengalaman deritanya bersama tahanan lain di penjara Israel.

Mahmoud Samer Jabarin dari kem pelarian Jenin di Tebing Barat berkata, penjara Israel ibarat 'kubur untuk orang yang masih hidup'.

Beliau menceritakan pengalaman diseksa dengan layanan yang tidak berperikemanusiaan semasa dipenjara selama 7 tahun.

β€œSewaktu pembunuhan beramai-ramai berlaku di Gaza, kami diseksa, dipukul dan dihina di penjara Israel. Tempoh itu adalah tempoh yang paling sukar."

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
😭9😑3πŸ₯±1
Perbicaraan kes ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin yang berdepan dengan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu tetap diteruskan pada 3 Februari depan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Perkara itu diputuskan selepas Hakim Dr Syahliza Warnoh menolak permohonan peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya Ismanira Abdul Manaf untuk melapangkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada Februari dan Mac ini.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘6
Briged Izz al-Din al-Qassam mengumumkan kesyahidan mujahidin dan pimpinan utama dalam pertempuran Taufan al-Aqsa baru-baru ini.

Berita mendukacitakan itu diumumkan Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaidah selepas gerakan mempertimbangkan faktor keselamatan yang ditetapkan dalam keadaan perang dan pertempuran di medan.

Mereka ialah:

β–ͺ️Pemimpin Agung Umat, Muhammad al-Deif (Abu Khalid) – Ketua Staf Briged Al-Qassam.
◾️Komander Besar, Marwan Issa (Abu al-Bara') – Timbalan Ketua Staf Briged Al-Qassam.
◾️ Pejuang Mujahid, Ghazi Abu Tama’a (Abu Musa) – Ketua Bahagian Persenjataan dan Perkhidmatan Tempur.
◾️Pejuang Mujahid, Raed Thabet (Abu Muhammad) – Ketua Bahagian Angkatan Manusia.
◾️Pejuang Mujahid, Rafi’ Salama (Abu Muhammad) – Komander Briged Khan Younis.
◾️Ahmed Al-Ghandour (Abu Anas) Komander Briged Utara.
◾️Ayman Nofal (Abu Ahmed) - Komander Briged Pusat


https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
😭14😒6πŸ’”2πŸ‘1🫑1
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat pagi ini dengan seramai 7,760 orang daripada 2,185 keluarga mendapat perlindungan di 54 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, dua lagi PPS menempatkan 129 mangsa tanah runtuh di Miri, manakala satu PPS menempatkan 37 mangsa kebakaran rumah panjang di Kanowit.

Ia sekali gus menjadikan jumlah PPS yang masih aktif di seluruh Sarawak kini sebanyak 56 dan menempatkan mangsa seramai 7,926 orang daripada 2,225 keluarga.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Dua bas membawa tahanan Palestin yang dibebaskan oleh Israel tiba di Ramallah di Tebing Barat yang diduduki pada Khamis, dengan ketibaan mereka disambut oleh ratusan rakyat Palestin, lapor seorang wartawan AFP.

Perkhidmatan Penjara Israel mengesahkan membebaskan 110 banduan pada Khamis sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Hamas untuk gencatan senjata di Gaza, yang berkuat kuasa pada 19 Januari.

Orang pertama yang turun dari bas di kompleks sukan Ramallah, di mana kedua-dua kenderaan itu tiba ialah bekas ketua pejuang, Zakaria Zubeidi, 49, yang melangkah keluar sambil menunjukkan tanda kemenangan.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ”₯7🫑1
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diarah memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri susulan banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.

- Perdana Menteri
Seorang pelarian Iraq yang juga aktivis anti-Islam ditembak mati di Sweden beberapa jam sebelum menerima keputusan mahkamah berhubung perbicaraan mengenai pembakaran al-Quran.

Lima individu sudah ditahan berkaitan insiden itu pada Khamis.

Menurut polis Sweden di laman web mereka, kelima-lima individu itu ditahan berkaitan insiden yang berlaku lewat Rabu dan diperintahkan untuk ditahan oleh pendakwa raya.

Sumber: Reuters

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘12πŸ‘7🫑3
Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) membebaskan tiga lagi tahanan Israel di bawah perjanjian gencatan senjata fasa pertama Gaza:

β€’ Askar wanita Agam Berger telah diserahkan kepada Palang Merah di kem pelarian Jabalia di utara Gaza
β€’ Dua lagi tahanan – Arbel Yehud dan Gadi Mozes telah diserahkan kepada Palang Merah di bandar Khan Younis
β€’ Lima pekerja Thailand - diserahkan di luar runtuhan rumah bekas pemimpin Hamas Al-Syahid Yahya Sinwar

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
🫑10πŸ‘2
Majlis Islam Sarawak (MIS) mengarahkan semua masjid dan surau yang mengadakan solat Jumaat di seluruh Sarawak untuk melaksanakan Solat Hajat Bencana Banjir selepas solat fardu Jumaat hari ini.

Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.

Arahan itu dikeluarkan melalui satu pekeliling bertarikh semalam yang ditandatangani oleh Setiausaha MIS Mual Suaud, dan diedarkan kepada semua pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau di seluruh Sarawak.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
😒4πŸ‘3
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tetap berpendapat Mesir dan Jordan perlu menerima penduduk Gaza yang dipindahkan.

Pendirian Trump itu diulangi walaupun kedua-dua negara Arab itu menolak rancangannya untuk memindahkan penduduk Palestin dari wilayah berkenaan.

Trump mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dan Raja Jordan Abdullah II menolak sebarang pemindahan paksa penduduk Gaza berikutan perang antara Hamas dan Israel.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
🀬20😈2πŸ‘Ž1πŸ”₯1
Sekumpulan 29 banduan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel tiba di Genting Gaza lewat Khamis sebagai sebahagian daripada kumpulan ketiga dalam perjanjian pertukaran banduan di bawah perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Anadolu (AA).

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengangkut banduan berkenaan melalui Pintu Masuk Kerem Shalom di timur Rafah, selatan Gaza, menurut wartawan Anadolu.

Mereka kemudian dibawa ke Hospital Eropah Gaza di Khan Younis, selatan Gaza, untuk pemeriksaan perubatan.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘8🫑1
Sebanyak 34 serpihan dipercayai tulang manusia ditemui di tepi Pantai Batu Burok 2, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira jam 10.10 malam.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat melalui panggilan telefon oleh orang awam dan satu laporan polis dibuat bagi siasatan lanjut dijalankan.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Seramai 4.37 juta pekerja akan menikmati kadar gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 berkuat kuasa esok berbanding RM1,500 sebelum ini.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaklumkan, perintah gaji minimum baharu itu ditetapkan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih serta majikan menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan berkenaan.

Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos ini bagi memastikan majikan diberi tempoh mencukupi untuk melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘2
Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan menghentikan perjanjian gencatan senjata yang telah dimeterai dan menyambung semula pertempuran dengan segera.

Perbincangan keselamatan diadakan hari ini untuk menilai situasi semasa yang semakin tegang di lapangan.

Keputusan itu kemungkinan besar akan memberi kesan besar terhadap langkah Israel dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
🀬16πŸ’©4πŸ”₯2πŸ‘Ž1😁1
Hampir 100 orang daripada pelbagai kelompok hak asasi manusia dan kesatuan sekerja berkumpul dan bertindak agresif melemparkan telur di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta, semalam.

Antaranya, termasuk ahli Konfederasi Serikat Pekerja Indonesia (KSPI) dan Partai Buruh melemparkan telur ke dinding hadapan bangunan kedutaan.

Tindakan itu dilakukan untuk membantah kes tembakan membabitkan warga Indonesia pada 24 Januari lalu di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, menyebabkan seorang terbunuh dan empat yang lain cedera.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ€·β€β™€4🀬4πŸ‘1πŸ‘Ž1🀨1
Lelaki dihukum penjara 5 bulan kerana ugut Harith Iskander, keluarga

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 terhadap seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah menghantar kata-kata ugutan jenayah yang menakutkan pelawak Harith Iskander dan keluarganya, minggu lepas.

Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzuddin Md Salim, 31, menjalani hukuman penjara sebulan jika dia gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh berusia 40-an, didakwa melakukan perbuatan tersebut melalui aplikasi pesanan ringkas, yang menimbulkan ketakutan kepada mangsa.

Ancaman dipercayai dibuat selepas pelawak berkenaan memuat naik hantaran di media sosial mengenai topik ham dan disambut pengikutnya dengan pelbagai komen.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘4πŸ‘Ž2