ISMA SHAH ALAM
432 subscribers
540 photos
36 videos
2 files
459 links
Perkongsian ilmu dan aktiviti Isma Shah Alam
Download Telegram
Selamat menyambut dan memeriahkan 10 malam terakhir di bulan Ramadan 1445H.

Malam terbaik sepanjang tahun, ada dalam tempoh ini. Jaga-jaga dengan perbuatan dan perkataan, kurangkan kerehatan dan perbanyakkan mujahadah.

Tak dapat kali ini? Akan datang belum tentu bertemu peluang yang sama lagi.. umur kita berada dalam pengetahuan Yang Maha Mengetahui.

Jom melaju!
Jom kongsikan dan ingatkan teman-teman lain, masanya sudah tiba!





•••••••••••••••••••••••••••••

Ikuti juga perkembangan kami di
https://linktr.ee/isma.shahalam

Facebook: https://www.facebook.com/ismashahalam.net/
Instagram: https://www.instagram.com/isma.shahalam
TikTok: https://www.tiktok.com/@shahalam1sma
Telegram: https://t.me/ismashahalam
Web : https://ismashahalam.org.my

#UmmahFadhilah
#menyucijiwamembinakeluarga
#membebaspalestintanggungjawabbersama
ISMA Shah Alam mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 1445H kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang sedang meraikan masa bahagia di samping yang tercinta.

Selamat pergi, selamat pulang dan jadikan prestasi Ramadan kali ini penguat azam kita untuk capai yang lebih baik pada Ramadan akan datang!
إنا لله وإنا إليه راجعون

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan takziah di atas pemergian 10 kru TLDM yang terlibat dalam kemalangan di Lumut, Perak.

Kemalangan melibatkan 2 buah helikopter yang bertembung ketika menjalani latihan di udara.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, al-Fatihah.

Juga takziah kepada keluarga kru TLDM bukan Islam. Semoga diberi ketabahan atas pemergiannya.

______

Ikuti perkembangan kami di
https://linktr.ee/isma.shahalam
SELAMAT HARI IBU

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu pada ibu dan wanita diseluruh dunia. Perjuangan seorang ibu dalam membangunkan institusi keluarga khususnya, merupakan perjuangan yang panjang dan penuh cabaran. Allah adalah sebaik-baik ganjaran atas usaha ini.

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu. (Riwayat Muslim).

Dikesempatan ini juga, titipkan doa buat wanita Gaza dalam membangunkan keluarga mereka dalam suasana perang, dalam masa yang sama mereka juga merupakan pejuang pembebasan Palestin.

______

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Dirgahayu Tuanku Merafak Sembah Menjunjung Kasih

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM IBNI AL-MARHUM SULTAN ISKANDAR

sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Tuanku

pada

3 Jun 2024 bersamaan
25 Zulkaedah 1445H


Sembah Takzim Daripada:
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

______

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
TARIKH PENTING DALAM BULAN ZULHIJJAH 1445H

7 Jun 2024 (28 Zulkaedah 1445H)
Hari terakhir untuk potong kuku dan segala bulu di badan buat yang melakukan ibadah korban kali ini.

Daripada Ummu Salamah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, Janganlahh dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.”

(Hadis Riwayat Muslim, No. 1977)

8-15 Jun 2024 (1-8 Zulhijjah 1445H)
Perbanyakkan amal soleh antaranya puasa sunat, bersedekah dan lain-lain.

16 Jun 2024 (9 Zulhijjah 1445H) Wukuf di Arafah,
Ketika ini jemaah haji berwukuf (berhenti) di Arafah. Bagi yang tidak menunaikan haji, disunatkan untuk berpuasa.

sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim)

17 Jun 2024 (10 Zulhijjah 1445H) Wukuf di Arafah,
Hari Raya Aidiladha, bermulanya ibadah korban sehingga 13 Zulhijjah, iaitu hari terakhir hari tasyriq.

Semoga kita sama-sama menghayati 10 hari pertama bulan Zulhijjah sepertimana kita menghayati dan meraikan 10 hari terakhir bulan Ramadan yang lepas.

______

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
LIVE TIKTOK:
SIDANG MEDIA KEMPEN BAPA QAWWAM

Nantikan LIVE TikTok Sidang Media Kempen Bapa Qawwam di TikTok @ikatanmusliminmalaysia

https://www.tiktok.com/@ikatanmusliminmalaysia

______

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Video Montaj Kempen Bapa Qawwam
https://t.me/infoBKM/1330


Saksikan video montaj sempena Majlis Pelancaran Kempen Bapa Qawwam Lambang Pengorbanan.

Hidupkan kempen ini di pelusuk negara sepanjang bulan zulhijjah.

Bapa Qawwam, Lambang Pengorbanan!

#BapaQawwam
#lambangpengorbanan
#UmmahFadhilah
AIDILADHA 1445H: IBRAH ARAFAH

Bersempena dengan hari Arafah pada esok hari (waktu Saudi), mari sama-sama dengarkan perkongsian jemaah haji yang berada disana dalam mengupas ibrah yang boleh diambil sempena hari Arafah.

15 Jun 2024 (Sabtu)
2.00 petang (waktu Malaysia)
LIVE TikTok @ikatanmusliminmalaysia

Moderator: Ustaz Shahier Sa’min (Naib Presiden ISMA, Ketua Biro Dakwah)
Panelis 1: Tn. Haji Fakrur Radzi (YDP ISMA Shah Alam, CEO Maghfirah Travel & Tours)
Panelis 2: Ustaz Haji Wan Muhammad (Pengarah Urusan Amani Travel)

______

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
SELAMAT HARI BAPA!

Bapa adalah tunggak dalam sebuah keluarga, masyarakat dan negara. Bapa adalah kurniaan Allah kepada keluarganya, diamanahkan untuk membentuk keluarga sebaik-baik keluarga.

Moga sama-sama menjadi lelaki dan bapa 'qawwam' terhadap keluarganya.

#bapaqawwam #lelakiqawwam #lambangpengorbanan #bapakuheroku


______

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
WHATSAPP CHANNEL ISMA.

Dapatkan info terkini di WhatsApp Channel Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Ikuti kami di WhatsApp Channel
https://whatsapp.com/channel/0029VaiSaEXHLHQajyPW1I2C

#ummahfadhilah

______

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Mengharungi Medan Dakwah: Seruan Sumbangan Infak untuk Relokasi dan Renovasi Pejabat ISMA Shah Alam

Mengharungi medan dakwah yang kian mencabar, ISMA Shah Alam mengambil langkah berani dalam memastikan dakwah dapat diteruskan dalam masa yang sama, operasi ISMA Shah Alam dapat dioptimakan. Sehubungan dengan itu, ISMA Shah Alam akan berpindah ke lokasi yang baru, Seksyen 24.

Dalam usaha ini, kami memerlukan sokongan anda. Kami mensasarkan untuk mengumpulkan RM30,000 bagi menampung kos relokasi dan renovasi baik pulih pejabat baru kami. Dengan sumbangan serendah RM30, anda boleh menyumbang 1 lot, dan kami memerlukan 1,000 lot untuk mencapai sasaran ini.

Rasulullah SAW bersabda:
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir biji yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 261)

Sumbangan anda bukan sahaja akan membantu dalam peralihan ini tetapi juga akan memastikan kelangsungan dakwah di Shah Alam. Setiap ringgit yang anda dermakan akan memberikan impak besar dalam menyokong operasi dan aktiviti dakwah ISMA Shah Alam.

Bersama kita memperkukuhkan medan dakwah dan memastikan kelangsungan misi kita. Semoga Allah memberkati dan membalas setiap sumbangan anda dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Cara Menyumbang:

🏦Bank transfer:
Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia
Maybank Islamic Berhad (562218106348)

💻Online payment: [ https://ismashahalam.org.my/kempen/ ]

💰Cash: Nur ‘Adila Binti Saad https://www.wasap.my/60113289982

📲 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Nur ‘Adila Binti Saad di https://www.wasap.my/60113289982 atau bendahari.sa@gmail.com

Mari bersama-sama mengukir sejarah dalam dakwah di Shah Alam. Infakkan sedikit daripada rezeki anda untuk ganjaran yang besar di akhirat kelak.

Jazakumullahu khairan kathira atas segala sumbangan anda!