ISMA SHAH ALAM
432 subscribers
539 photos
36 videos
2 files
458 links
Perkongsian ilmu dan aktiviti Isma Shah Alam
Download Telegram
Selamat menyambut dan memeriahkan 10 malam terakhir di bulan Ramadan 1445H.

Malam terbaik sepanjang tahun, ada dalam tempoh ini. Jaga-jaga dengan perbuatan dan perkataan, kurangkan kerehatan dan perbanyakkan mujahadah.

Tak dapat kali ini? Akan datang belum tentu bertemu peluang yang sama lagi.. umur kita berada dalam pengetahuan Yang Maha Mengetahui.

Jom melaju!
Jom kongsikan dan ingatkan teman-teman lain, masanya sudah tiba!





•••••••••••••••••••••••••••••

Ikuti juga perkembangan kami di
https://linktr.ee/isma.shahalam

Facebook: https://www.facebook.com/ismashahalam.net/
Instagram: https://www.instagram.com/isma.shahalam
TikTok: https://www.tiktok.com/@shahalam1sma
Telegram: https://t.me/ismashahalam
Web : https://ismashahalam.org.my

#UmmahFadhilah
#menyucijiwamembinakeluarga
#membebaspalestintanggungjawabbersama
ISMA Shah Alam mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 1445H kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang sedang meraikan masa bahagia di samping yang tercinta.

Selamat pergi, selamat pulang dan jadikan prestasi Ramadan kali ini penguat azam kita untuk capai yang lebih baik pada Ramadan akan datang!
إنا لله وإنا إليه راجعون

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan takziah di atas pemergian 10 kru TLDM yang terlibat dalam kemalangan di Lumut, Perak.

Kemalangan melibatkan 2 buah helikopter yang bertembung ketika menjalani latihan di udara.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, al-Fatihah.

Juga takziah kepada keluarga kru TLDM bukan Islam. Semoga diberi ketabahan atas pemergiannya.

______

Ikuti perkembangan kami di
https://linktr.ee/isma.shahalam
SELAMAT HARI IBU

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu pada ibu dan wanita diseluruh dunia. Perjuangan seorang ibu dalam membangunkan institusi keluarga khususnya, merupakan perjuangan yang panjang dan penuh cabaran. Allah adalah sebaik-baik ganjaran atas usaha ini.

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu. (Riwayat Muslim).

Dikesempatan ini juga, titipkan doa buat wanita Gaza dalam membangunkan keluarga mereka dalam suasana perang, dalam masa yang sama mereka juga merupakan pejuang pembebasan Palestin.

______

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Dirgahayu Tuanku Merafak Sembah Menjunjung Kasih

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM IBNI AL-MARHUM SULTAN ISKANDAR

sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Tuanku

pada

3 Jun 2024 bersamaan
25 Zulkaedah 1445H


Sembah Takzim Daripada:
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

______

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
TARIKH PENTING DALAM BULAN ZULHIJJAH 1445H

7 Jun 2024 (28 Zulkaedah 1445H)
Hari terakhir untuk potong kuku dan segala bulu di badan buat yang melakukan ibadah korban kali ini.

Daripada Ummu Salamah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, Janganlahh dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.”

(Hadis Riwayat Muslim, No. 1977)

8-15 Jun 2024 (1-8 Zulhijjah 1445H)
Perbanyakkan amal soleh antaranya puasa sunat, bersedekah dan lain-lain.

16 Jun 2024 (9 Zulhijjah 1445H) Wukuf di Arafah,
Ketika ini jemaah haji berwukuf (berhenti) di Arafah. Bagi yang tidak menunaikan haji, disunatkan untuk berpuasa.

sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim)

17 Jun 2024 (10 Zulhijjah 1445H) Wukuf di Arafah,
Hari Raya Aidiladha, bermulanya ibadah korban sehingga 13 Zulhijjah, iaitu hari terakhir hari tasyriq.

Semoga kita sama-sama menghayati 10 hari pertama bulan Zulhijjah sepertimana kita menghayati dan meraikan 10 hari terakhir bulan Ramadan yang lepas.

______

Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia