IrSofian.com
371 subscribers
637 photos
16 videos
3 files
623 links
An avenue for my collection of thoughts from my charts observation, readings and ratings.

Go to my web and if you find my postings beneficial to you, do share. www.irsofian.com
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
APabila kita meletakkan sesuatu pada TEMPATnya yang betul, ianya akan dihargai.
Otherwise ianya dipinggiri atau dipandang sepi
Kejayaan selalunya akan disulami dengan kegagalan.

Indahnya kita menikmati KEJAYAAN apabila kita menghargai pengalaman pada waktu KEGAGALAN.

Setuju ?
Panas belum habis lagi dengan cerita Luna Crypto yang jatuh dari harga setinggi 119 hingga ke 0.00025 (price pada jam 9,15am 16 May 2022).

Yang mana previous low sebelum ini adalah 0.122 20 Julai 2020.

Dalam 6 bulan dia menjalar berjalan mendatar sahaja. Awal 2021, kenaikannya mencanak tinggi hingga naik ke bulan.

Ye....
Dalam sela masa tidak sampai setahun setengah, kenaikan hampir 100,000% .
Memang tidak masuk akal kan!

Jenis pelaburan apakah ini ????
Namun dalam tempoh 1 bulan pula,

Sesiapa yang membeli pada suku pertama tahun 2022 ini, kena libas pula.
Market membuat penurunan tidak ada belas kasihan.
Dari harga 65 turun hingga tiada harga.
Menangis kalau sesiapa yang tergantung di atas tu,
Lagi-lagi jikalau mereka meletakkan sejumlah wang yang besar di dalam market ini.
Harapan untuk naik semula mungkin ada, dan mungkin tidak ada.
Jika ada, masanya adalah panjang
jika tidak ada, ianya bersebab orang telah melihat game yang bermain dalam pasaran ini.
#Luna Cyrpto
Ini bukan kali pertama sebenarnya

Pada saya apa-apa juga yang related dengan financial market ia tidak terlepas dari speculation dan manipulation.

PAstinya market di buat untuk tujuan orang tertentu memanipulasi sesuatu.
Apakah anda berfikir bahawa cyprto market ini di buat untuk anda ?

Jawapannya adalah bukan untuk anda.
Tetapi untuk mereka yang mencipta,

Cuba fikirkan sedalam-dalamnya
Apakah yaang telah berlaku kepada pasaran minyak dunia ?

Sedangkan ianya adalah sumber bahan api utama dunia dan produk hilirannya memang meluas di gunakan di seluruh dunia.


Pada awal tahun 2020, harga minyak dunia telah di manipulasi sehingga ianya jatuh di paras harga 0.00 $/tong.
Harga negative dollar lagi gitu.

Bayangkan malaysia pada masa itu harga minyak telah di peg kan pada harga $60/tong.

Apa macam ?

Siapa yang sambut harga pada harga rendah ?
Ataupun siapa yang telah membeli harga minyak pada harga yang tidak masuk akal di bawah paras $10/tong pada masa itu ?

cuba fikir-fikirkan
#Bursa Construction Index ini down trend mode.
Dalam weekly chart yang saya lampirkan di atas, menuntukkan index saham pembinaan di bursa dalam keadaan down trend.

PAda awal tahun 2022 sendiri menunjukkan bahawa, index pembinaan membuat harga 'new low' seiring dengan kelembapan industri pembinaan akibat wabak covid 19
Pada pemerhatian saya juga, ini memberikan gambaran yang tidak sihat kepada industri kerana ia akan memberi kesan yang besar rantaian industri pembinaan.
Dari projek-projek kerajaan, developer, mahupun swasta. sememangnya menampakkan kemurungan industri ini.
Jika kita lihat pada ruang masa yang lebih besar, charta dari tahun 2013 hingga sekarang tahun 2022, menunjukkan kemuncak prestasi index pembinaan adalah pada tahap yang tinggi
Peralihan tampuk pimpinan teraju kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 menunjukkan tiada booster kepada industri pembinaan yang ramai sedia maklum, ianya memberi kesan besar kepada kecairan ekonomi malaysia
Kenapa Ramai Trader Gagal ???


Saya rasa korang banyak dah terbaca tajuk ini terutama bagi sesiapa yang nak tahu rahsia bagaimana orang boleh buat duit dari mengadap chart !

Memang tajuk ini agak best kalau nak di kupas.
NAk bersembang tentang tajuk ni pun best, silap2 boleh makan 2 hari kalau nak kupas betul2.
Saya start belajar ilmu trading sejak tahun 2011 dulu,
Waktu itu, forex adalah wadah ilmu dalam dunia trading ini.

Cerita bab trade saham bursa, saham international, trade gold, komoditi , apatah lagi cryptocurrency memang jauh sangat laaa.
Memang ruang skop pembelajaran masa tu kecil,
Cikgu yang mengajar pun boleh di kira.
Cumanya saya tak berminat sangat dengan forex atau currency,
Sebab apa ?
Banyak rugi dari untung.
Lastly, rasa dalam jiwa tu macam tak best aje.

Belajar tu pun cuma nak tahu membuat analisa market,
Saya cuba relate kan dengan pasaran gold, kerana saya memang minat gold fizikal sejak beberapa tahun sebelum tu.
Cut the the story short, Alhamdulillah.
Setelah beberapa tahun bergelumang dengan ilmu Teknikal Analisis ini,
Habis buku saya cari, baca , bedah dan experience dalam real market.
Akhirnya .. Allah jumpakan saya dengan 15 strategi menghadapi market yang telah saya garapkan dalam silibus STS.
Simplified Trading Signal.

Satu dari chapter tu, iaitu chapter terakhir saya ambil dan saya jadikan satu kelas saya ajar untuk Short Term Trading atau scalping yang saya beri nama Trade Gold For Money atau nama manja dia TG4M.
Itu pada tahun 2015.....

Owh lupa,
Dalam chapter ke 8 saya masukkan chapter 'Cangkul Sakti',
Yang mana ini adalah finding saya untuk simplified kan ilmu
Dow Theory dan Elliot Wave (EW).

Sebab saya berpendapat bahawa, boleh jadi gila nak count EW dan akan mengundang banyak dispute jika nak berbahas tentang EW ni.

So saya terbitkan cara saya sendiri bagaimana untuk membaca wave market.
Cerita bab EW ini saya pernah buat class JV dengan rakan saya, otai dalam ilmu TA Mr Fred Tham.
Ini pada tahun 2013. Saya buat kelas gabungan ilmu emas fizikal dan TA. dalam masa 3 hari,
Memang berasap kepala student nak hadam ilmu tu.
Padat dan sarat sangat dengan ilmu yang berat.
dan dalam itu ada silibus Elliot Wave.
Bila terdapat argument tentang wave yang di count software, saya tak ingat masa tu, beliau menggunakan software dari Singapore. Bagus jugak software tu.

Tapinya saya masih berpegang kepada ilmu asas dan padu yang saya belajar pada tahun 2011 dulu tu. dan saya ada cara saya sendiri untuk 'menilik market' cumanya ianya ada dalam kepada saya dan tidak structured.

Saya masih ingat beberapa kali kami 'berdebat' secara ilmiah laaa tentang perjalanan market kemana arah selepas ini!

Agak menarik journey ini.

Itu yang saya ambil masa 2 tahun untuk menyusun ilmu yang ada dalam kepala saya, kepada strukutur ilmu yang lebih mudah untuk saya rungkaikan dan apply dalam trading saya.

Syukur Cangkul Sakti yang jadi master piece saya yang saya gunakan sampai ke hari ini.