IrSofian.com
371 subscribers
637 photos
16 videos
3 files
623 links
An avenue for my collection of thoughts from my charts observation, readings and ratings.

Go to my web and if you find my postings beneficial to you, do share. www.irsofian.com
Download Telegram
Inilah proses kehidupan.

Apa-apa jua kerja yang anda hendak terokai itu, Anda perlu meletakkan diri pada tahap DEGIL !

Ya ! Degil untuk melawan habit kebiasaan untuk meneroka alam kehidupan yang baru.

Baru tu awak akan boleh membuka pintu KEJAYAAN baru dalam hidup anda.
Lihat KEKUATAN diri anda, perkuatkan STRENGTH itu untuk anda terokai kejayaan yang baru dalam hidup anda.


Bila anda berjaya....
Then anda akan FAHAM apa yang dimaksudkan dengan keDEGILan anda sebelum ini
Seingat saya, waktu nak belajar ilmu teknikal analsis aka trading dulu atas asbab saya nak tahu macam mana harga Emas tu turun dan naik.

Seawal tahun 1999/2010 saya involved dalam pelaburan emas.
Masa tu harga emas memang meletup-letup.

Siapa2 pun beli WAJIB akan untung !
Ha ha ha
Ye laaa

Market tengah 'sedap' kan!
Bila saya lihat harga bergerak naik & turun dalam 'graf' kitco yang mencatatkan harga emas tu non stop bergerak.
Then saya triggered untuk reserve otak saya untuk belajar ilmu ini.
Pada masa tu,

Guru yang ajar market emas ni tak ada.
Rata-rata yang ajar adalah cikgu forex.
Guru Saham pun tak ada masa tu,

Tahun 2011
Saya serahkan duit & masa saya 3 hari 2 malam untuk berguru.
Dan itulah titik pertama saya belajar ilmu trading mazhab teknikal analisis.

Fee masa tu RM 5000.00
Consider mahal jugak masa tu.
Dari situ saya kembangkan ilmu trading currency kepada ilmu emas

Dari situ tercetus teknik membaca market
Simplified Trading Signal (STS)
Dan
Trade Gold For Money (TG4M)
Pada tahun 2015

Sebelum itu
Tahun 2013 saya bersama Mr Fred mengajar ilmu teknikal analsis dan elliot wave

Dan susulan dari itu bersama rakan-rakan Saham saya Hj Asri dan Dr Nazri untuk memyebarkan ilmu trading saham dengan cara yang mudah dan saya explore tools yang paling mantol Bursa Station pada masa itu untuk jadi senjata untuk berdagang di pasaran Saham Malaysia yang terkenal dengan banyak spekulasinya.
Saya mengambil satu langkah drastic untuk belajar ilmu baru di Italy pada akhir tahun 2017
Dan bermula awal tahun 2018 saya membangunkan tools untuk membantu saya trading dan sempena penjelmaan jenama saya yang baru ke arah teknologi IR4.0

Dari situ wujudnya jenama AlgoGold
Robot yang bercirikan AI (Artificial Intelligence)
Dan Alhamdulillah tahun 2020 ianya mula beraksi.
Persoalan mengapa pada masa itu saya nak tukar kepada mood ke arah robot pula?


Sebenarnya dari tahun 2011 dulu tu, saya dah EXPLORE BANYAK teknik dan membaca banyak buku untuk memuaskan hati saya 'meneka' atau predict pergerakan pasaran.

Memang pelik sikit kan bunyinya.
Tapi ini jugalah prinsip yang apply untuk saya explore bidang CIVIL Engineering hinggakan mendorong saya mengambil exam PE (professional engineer) tahun 2010 dulu.
Saya mendapat 1 jawapan mengapa tiada consistency dalam trading!
Untung - rugi - untung - rugi.
End-up penat.
So macam mana untuk nak consistent dalam dunia trading sebagaimana yang orang gembar-gemburkan yang trading ini boleh membina kekayaan?

Masalah EMOSI perlu saya selesaikan !
Dan ia bukan masalah saya seorang malah masalah ramai orang lain.

So proses 'menghidupkan' AlgoGold adalah solusi untuk overcome masalah over trade , overconfident, dan segala 'over'
Sedangkan banyak dah ilmu yang saya explore.
Syukur pada tahun 2022 ini,
Dengan adanya tools 'CopyTrade'

Algo Gold bukan hanya membantu saya
Malah, ramai orang lain yang hendak keluar dari kepompong kemelut trading dan kesesakan kewangan akan dapat di bantu dengan adanya AlgoGold
Kegilaan apakah ini ?

Pembelian vs Pelaburan NFT
Non-Fungible Token yang tidak masuk akal!
Sebelum ini kita dikejutkan dengan wujudnya matawang alam maya yang diterajui oleh Bitcoin.

Pada awal kemunculannya, semua orang memandang sepi akan kehadiran 'digital currency' ini.
Namun setelah tahun 2017, untuk memiliki 1 unit bitcoin anda memerlukan $19000
Ia tetiba menjadi viral.
Dan ramai orang secara tiba-tiba jadi semacam 'gila' untuk membeli Bitcoin.

Dan ternyata, hukum 'buy at public participation' adalah kebodohan yang tahap gaban apabila selama 2 tahun harga bitcoin yang berada di puncak 19600 turun mendadak ke 3100 untuk 1 bitcoin.
(Rujukan trading view)
Kemudiannya banyaklah lahir 'anak-anak' coin yang namanya dan simbulnya pun sukar difahami
Mengapa wujudnya bitcoin ?

Bitcoin wujud atas dasar tidak puashati apabila matawang negara yang boleh di print sesuka hati dan dimonopoli oleh sesebuah negara sahaja.
Namun disebalik itu perlu juga di ingat bahawa, transaksi penukaran wang haram banyak disekat dalam transaksi matawang fiat money ini.

Dari satu aspek, ini adalah positif.
Untuk membolehkan matawang digital ini diguna pakai, orang awam perlulah diyakinkan dengan sistem digital on line yang hebat dan tidak mudah dicerobohi oleh scammer dan hacker.

Wujudnya block chain adalah sesuatu teknologi yang menyokong kepada keutuhan matawang digital ini.

Namun kita jangan lupa bahawa, ianya juga dicipta oleh para programmer yang tahap dewa.
Dan berkemungkinan besar juga mereka adalah hacker.
Sehinggakan nama Satoshi Nakamoto pun hanya orang kenali sebagai nama yang tidak berjasad.

Tak rasa pelik ka korang?
🤔🤔🤔
Kewujudan NFT yang di beri tajuk cerita kali ini pun perlu di renung-renungkan.

Bayangkan sesuatu yang tidak boleh di pegang secara fizikal,
'Sekeping' gambar boleh dijual dengan harga 69 Juta Dollar !
Ini catatan paling tinggi dalam sejarah.

Lukisan Monalisa yang dilukis oleh Leornado Da Vinci yang mempunyai 1001 makna disebalik lukisan tu yang berharga $850 Juta berbaloi untuk di miliki untuk 'VALUE' yang sebegitu tinggi darjatnya.