IrSofian.com
371 subscribers
637 photos
16 videos
3 files
623 links
An avenue for my collection of thoughts from my charts observation, readings and ratings.

Go to my web and if you find my postings beneficial to you, do share. www.irsofian.com
Download Telegram
Untuk menjadi MAHIR

Memang kita tidak boleh mahir dalam banyak bidang

Kita hanya akan mahir dalam 1 atau 2 bidang sahaja

Kalau anda declare 'mahir' dalam banyak bidang selalunya bukan di panggil mahir tetapi anda 'tahu' dalam banyak bidang.
Mana ada Professor serba tahu?
Professor hanya tahu bidang dia aje

Betul kan! 😀👌
Adalah satu kebodohan jika anda hendak sesuatu belajar ilmu itu, tetapi anda malu untuk bertanya atau belajar.

Lagi-lagi ianya ilmu yang bagus untuk anda sekarang dan masa depan anda.

Ilmu yang boleh mengubah masa depan anda dan keluarga anda.
Jangan malu untuk bertanya
Kerana malu itu hanya seketika

Dan hanya mainan perasaan anda sahaja
Mainan EGO anda
Belajar ilmu baru setiap hari
Level diri anda akan meningkat setiap hari

Saya doakan anda semua
Berjaya dunia dan akhirat
Suka baca quote by Denzel Washington ni.
Kalau anda hebat, pastinya akan ada orang yang melihat anda.

Memerhati setiap gerak geri anda dan akan membabitkan rasa jeles pada orang tersebut.

Lastnya, jadi sakit hati laaa kan!
Sama juga dengan orang yang memerhati anda tadi,

Dia tidak akan memerhati orang yang dibawah tahap kejayaan dia.
Dia tak ambil tahu dan tidak ambil kisah pun.
Moral yang boleh kita kutip adalah,

Diri kita kena berjaya !!!
Jangan ambil kisah sangat hates yang ber mata lalat yang tidak senang dengan kejayaan anda.


Tukar environment anda.
Masuk dalam koloni yang positif dan saling support each other
Dan suka dengan kejayaan orang lain.

Have a good day guys! 😀
Nak berjaya kena jadi orang yang degil!


Kalau tak jadi orang yang biasa- biasa aje laa!
Ramai dari kita tidak perasan yang sebenarnya bukan mudah nak score result yang tinggi pada masa ambil exam SPM !


Dengan kejayaan dari SPM tu pula, dapat ticket untuk masuk ke Universiti.

Belajar di univesiti pulak bukan lah mudah.
Kelas yang tak tentu masa macam kat sekolah masuk 7.30 pagi balik 1.00 tengah hari.

Assignment pun berderet-deret banyak, kuiz atau spot check short test any time aje lecturer buat, ujian pulak kadang-kadang lari dari tajuk belajar apatah lagi final exam yang carry mark nya tinggi.

Kalau korang tak DEGIL untuk lawan perasaan nak enjoy duduk ala-ala mahasiswa di univesiti.
Santai-santai main guitar, main bola, ambil sambil lewa untuk hantar Assignment mana mungkin korang boleh nak grad dengan result Dean List mahu pun dapat four flet.
Bila saya involved dalam bidang trading atau saham pula.

Saya lihat ramai yang nak berjaya dalam bidang yang asing dalam kehidupan mereka sebelum ni.
Tetiba bila masuk kelas 3 hari, nak letak title diri mereka sebagai trader atau investor !!!

Sedangkan proses mereka dalam bidang ni baru step pertama iaitu dari tak TAHU kepada mereka baru TAHU !
Ilmu yang di pelajari tu, nak kena asah dan sesuaikan diri dengan kehidupan sebagai TRADER yang anda perlu kena spend time untuk mengadap market untuk memahami pergerakan pasaran dan kesan impak dari news selain dari kesan sentimen dan emosi diri yang tidak terkawal.

Dari level TAHU mereka oerlu masuk ke next level
Iaitu FAHAM kan apa yang mereka belajar dan kesesuaian dengan keadaan masa semalam.
Jika tiada latih tubi, buat back testing, menyelam - tidur - makan - hidup - mandi dengan market apa mungkin mereka yang di katakan sebagai newbie ni boleh YAKIN dengan ilmu yang ada di dada ?
Inilah proses kehidupan.

Apa-apa jua kerja yang anda hendak terokai itu, Anda perlu meletakkan diri pada tahap DEGIL !

Ya ! Degil untuk melawan habit kebiasaan untuk meneroka alam kehidupan yang baru.

Baru tu awak akan boleh membuka pintu KEJAYAAN baru dalam hidup anda.
Lihat KEKUATAN diri anda, perkuatkan STRENGTH itu untuk anda terokai kejayaan yang baru dalam hidup anda.


Bila anda berjaya....
Then anda akan FAHAM apa yang dimaksudkan dengan keDEGILan anda sebelum ini
Seingat saya, waktu nak belajar ilmu teknikal analsis aka trading dulu atas asbab saya nak tahu macam mana harga Emas tu turun dan naik.

Seawal tahun 1999/2010 saya involved dalam pelaburan emas.
Masa tu harga emas memang meletup-letup.

Siapa2 pun beli WAJIB akan untung !
Ha ha ha
Ye laaa

Market tengah 'sedap' kan!