IrSofian.com
370 subscribers
637 photos
16 videos
3 files
623 links
An avenue for my collection of thoughts from my charts observation, readings and ratings.

Go to my web and if you find my postings beneficial to you, do share. www.irsofian.com
Download Telegram
Ramai dari kita tahu besi ni sangat kuat, malah kalau yang grade/saiz T20mm tu nak bengkokkan dia
Memang susah sangat.
Kalau tengok workers buat bar bending tu kalau pakai tangan
Memang nampak macam nak putus urat perut dia org nak piuh besi tu
Tapi satu perkara yang kita selalu lihat tapi tak pernah terfikir,
Bahawa besi yang kuat ni sebenarnya lemah apabila dirinya terdedah kepada agen air + udara yang boleh menyebabkan dia berkarat
Berkarat sedikit demi sedikit ini akan boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada besi itu sendiri dan struktur
Lihat ini....

Kesannya
Strukur retak dan menampakkan besi yang berkarat #HakCiptaIrSofian
Ia sama juga dengan kita
Sebagai manusia

Sebenarnya kita kuat dari lahiriahnya !

Yes !!
Kita adalah makhluk yang terbaik ciptaan Allah.
Tapinya

Kita akan boleh lemah apabila kita terdedah kepada kerosakan apabila minda kita dan environment kita tidak mendorong kita untuk terus kuat untuk berjaya dan maju.
Oleh itu,

Jagalah diri kita terutama persekitaran kita dan khasnya MINDA kita agar ianya terus cemerlang

Jangan biarkan diri kita terdedah kepada elemen fitnah, hasutan, kebencian, dan perkara yang negatif supaya kita akan terus dapat sihat dan sentiasa berdaya maju dan bahagia.
😀
Pujanggan epic mengatakan:

"Rome was not built in a day"
Kita semua telah mengetahui bahawa kerajaan Rome telah terbina sejak sebelum kelahiran Rasulullah.

Kekuatan empayar Rome di ketahui seluruh pelosok dunia dengan bala tenter dan kerajaannya yang sangat hebat.
Teknologi yang telah digunapakai di empayar Rome tiada taranya

Ia digunakan untuk pembinaan bangunan dan tugu yang berdiri kukuh dan malah untuk kelengkapan perang yang tiada lawannya.
Pembangunan insan yang hebat dan consistent adalah kunci kepada kehebatan Rome sehinggakan ia tercatat dalam sejarah dan menjadi lagenda.
Persoalannya bagaimana mereka ini yang tidak bertuhankan Allah boleh menjadi pemimpin dunia pada satu masa dahulu.

Dan kini bangsa mereka ini juga yang menjadi leader dunia pada zaman ini setelah jatuhnya kerajaan Khalifah Islamiah pada satu masa dahulu.
Kehebatan ini yang perlu kita semua ambil contoh untuk menjadi 'ubat kuat' kepada kita untuk menjadi INSAN yang hebat pada abad ini.
Kehebatan Rome dan kerajaan Khalifah Islamiah bukanlah ditempah dalam tempoh satu malam.

Akan tetapi ianya melalui proses pembentukan INSAN yang dijentik dari dalam diri dan ianya menjadi kuat saban hari.
Tidak cukup dengan jati diri yang hebat malah, ianya perlu di garap lagi dengan perancangan dan usaha yang tidak pernah mengenal erti penat dalam setiap perjalanan hidup mereka.
Adakah kita hanya leka dengan apa yang kita hadap setiap hari?

Layan FB, IG, main game dan sebagainya hingga leka?

Ataupun kita telah meletakkan impian kita untuk menempa kejayaan yang besar pada satu masa yang kita telah tetapkan?
Dan kita sedang progress menuju ke arah tersebut ?
Tahun 2021 akan menutup tirainya

2022 akan membuka pintu untuk kita semua yang sedang bernafas ini.