IrSofian.com
370 subscribers
637 photos
16 videos
3 files
623 links
An avenue for my collection of thoughts from my charts observation, readings and ratings.

Go to my web and if you find my postings beneficial to you, do share. www.irsofian.com
Download Telegram
Pelaburan terbaik adalah pelaburan terhadap diri anda..

Lebih banyak anda belajar,
Lebih banyak yg akan anda dapat..

#akademijl
#quotes
WORK FROM HOME ADALAH SATU PELUANG REZEKI BAGI MEREKA YANG MENGETAHUINYA..
.
.
Sejak PKPB dilaksanakan di kawasan Selangor ni, memang ramailah yg bekerja dari rumah.

Dalam bekerja dari rumah, adakah anda mengambil peluang yg ada dengan menambahkan lagi rezeki anda??

Salah satu ibadat yang boleh dikerjakan untuk menambahkan rezeki iaitu dengan menunaikan Solat Dhuha.. Sekurang-kurangnya 4 rakaat.

Dan dari situ anda boleh minta Allah lapang dan permudahkan rezeki anda. Dengan siapa lagi kita nak minta kalau bukan pada DIA?

Sedikit ringkasan nota utk yg nak kerjakan solat dhuha:

1) Boleh mula solat dhuha 30 minit selepas matahari terbit hingga 10 minit sebelum azan zohor.
2) Kerjakan 2 rakaat 1 salam. Boleh buat 4 rakaat atau lebih.
3) Niat " Usholli sunnatad-dhuha rak’ataini lillahi ta’alaa"

Mudahkan?
Boleh je ambil sikit waktu untuk kerjakan solat dhuha. Ini juga salah satu usaha kita untuk dapatkan rezeki.

#akademijl
#solatdhuha
#rezeki
SUDAH MENGAKU KALAH?
.
Selamat pagi sahabat fb semua. Pagi ini kami nak kongsikan dengan anda satu quote yang anda boleh berpegang padanya..

"Jika anda mengaku kalah dengan keadaan diri anda, tiada siapa pun yang menang sebenarnya. Jadi bangkitlah."

Dalam apa jua keadaan yang kita hadapi sekarang ini, sama ada covid, norma baharu, tiada pekerjaan, pendapatan kurang, kewangan tak stabil, dan banyak lagi, jangan sekali-kali kita mengaku kalah dengan keadaan kita.

Sebab tak ada siapa pun yang akan menang. Untuk itu, kita sendiri yang perlu meneruskan perjuangan ini. Bangkit dan merubah keadaan diri.

Supaya menjadi lebih baik. Allah kan ada.. DIA akan bantu hambanya jika hambanya juga sudah berusaha sehabis baik.

Jadi sabarlah..
Bertahanlah..
Dan teruskanah..


#akademijl
#motivasi
#quotes
JANGAN KENA SCAM 10K PULAK!

Semua pun dah tahu dan dapat berita gembira kan yang KWSP dah benarkan pencarumnya untuk keluarkan max RM10k dari akaun KWSP mereka.

Jadi kami nak bagi PERINGATAN untuk diri sendiri dan anda juga.. Waktu musim-musim covid ni lah makin ramai Scammer yang muncul.

Terbaru yang viral, tentang apps yang konon klik Likes untuk pages media sosial macam Tik Tok, IG, Youtube, Facebook boleh buat duit. Ada syarikat bagai, sekali syarikat tutup selepas dah kaut keuntungan dari mereka yg keluarkan modal untuk topup upgrade.

Tak mustahil bila ramai dapat keluarkan 10K nanti akan ada scam jenis lain pula keluar.

Jadi, berhati-hatilah menggunakan wang KWSP yang sudah penat bertahun anda kumpulkan.

Jangan leburkan dan hanguskannya dalam sekelip mata hanya disebabkan nafsu tamak dan nak cepat kaya tanpa usaha.

Fikir sedalam-dalamnya sebelum buat keputusan. Jika nak berniaga, buat kira-kira dan research dahulu, bukan main terjah. Begitu juga jika nak melabur, jangan terlalu mudah percaya pada skim pelaburan yang janjikan bulan bintang seperti pelaburan emas Tok Belagak.

Kami harap, sama-sama kita dapat elakkan diri ditipu oleh scammer. Biarkan mereka berputih mata tak dapat duit simpanan KWSP kita dari kita yg berputih mata duit hilang, family hilang..

Pesanan panjang pula pagi ni sebab risau ada yg terkena..

#akademijl
#scam
#jagaduitKWSPkita
#JANGANTERPEDAYA
Permohonan i-Sinar bagi kategori 1 sudah bermula hari ini.

Siapa yg tergolong dalam kategori 1 ni?
- Mereka yang hilang pekerjaan
- Diberi cuti tanpa gaji
- Hilang sumber pendapatan
- Sudah lama tidak mencarum
- Bekerja sendiri
- Bekerja di sektor ekonomi gig
- Suri rumah

Jadi kalau anda tergolong dalam kategori di atas, boleh lah mohon secara online di sini

https://isinar.kwsp.gov.my/

p/s: kategori 2 boleh mohon bermula 11 Jan 2021 nanti.
Agihan DIviden ASB 2020
.

3.50 seunit + bonus 0.75 = 4.25

Tahun lepas keseluruhan adalah 5.50. Jadi boleh kata agihan dividen ASB untuk tahun ini telah menurun dari angka 5.00 se unit.

Tapi, ASB ada bagi ehsan 0.75 se unit untuk 30,000 unit pertama sempena sambutan ulang tahun ke 30 ASB yang diperkenalkan bermula tahun 1990.
Dah Standby Kukuhkan Kewangan Diri?
.

Tahun 2020 tahun yg sangat struggle buat kita semua. Dan kini tahun 2021 mungkin adalah tahun yg tough juga buat kita.

Nak tak nak, anda kena merancang kewangan dengan baik. Awal2 tahun ni lah dah kena plan siap2 macam mana nak kukuhkan lagi kewangan anda.

Menyimpan!
Macam mana susah pun kena juga menyimpan, tak banyak sikit pun jadi. Sebab kalau anda langsung tak menyimpan, anda tak tahu bila2 anda terdesak dan perlukan wang ia akan membantu.

Lagi??
Boleh baca seterusnya di sini.

https://irsofian.com/2020/09/30/tips-mengukuhkan-kewangan-diri/
Nak Sertai Klinik Trading?? Percuma Aje!

Setelah sekian lama kami tak buat kelas percuma sebegini, kali ini kami nak offer anda sesuatu yg best.

"KLINIK TRADING"

Sesi kelas seakan coaching ini adalah bertujuan untuk merungkai permasalahan dalam trading yang dihadapi oleh para trader.

Jadi, kalau anda rasa nak sertai dan dapatkan penyelesaian masalah anda, isi form di bawah ini ye sebelum kami tutup penyertaan.

http://bit.ly/kliniktrading

Anda boleh pilih sama ada nak sesi secara personal atau berkumpulan.

Jom ajak kawan2 sertai. Share kan pada kawan anda yg lain juga ye.

#irsofian
#akademijl
#kliniktrading
IrSofian.com pinned «Nak Sertai Klinik Trading?? Percuma Aje! Setelah sekian lama kami tak buat kelas percuma sebegini, kali ini kami nak offer anda sesuatu yg best. "KLINIK TRADING" Sesi kelas seakan coaching ini adalah bertujuan untuk merungkai permasalahan dalam trading…»
PENGUNGUMAN!!

Bersempena Ramadhan yg bakal mengunjungi kita esok hari, kami dari AJL nak announce berita baik untuk semua follower dan sahabat fb semua..

Kami akan mengadakan KLINIK TRADING EDISI RAMADHAN sepanjang Ramadhan 2021 ini berlangsung.

Klinik Trading ini akan diadakan setiap hari Selasa dan Khamis pada pukul 10pagi hingga 11pagi secara langsung dari Dewan Seminar AJL dipancar kan LIVE di fbpage IrSofianFan juga..


Haa...apa lagi, mari beramai2 memeriahkan Klinik Trading yg bakal dianjurkan ini.. Gunakan peluang yg ada untuk anda bertanyakan masalah tentang trading anda pada pakar teknikal analisis, Ir Sofian.

Dan bagi yg nak hadir secara langsung, boleh contact admin AJL bagi melihat kekosongan kehadiran. Kehadiran secara langsung di Dewan Seminar adalah limit kerana pematuhan SOP.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh pm admin. Klik link di bawah ini.

👉https://KlinikTradingSpecial.wasap.my
👉https://KlinikTradingSpecial.wasap.my

#kliniktrading
Take A Break If You Tired
.

Jika anda rasa penat, berehatlah seketika. Tinggalkan dahulu segala pekerjaan dan urusan yang membebankan diri dan fikiran anda. Tarik nafas dalam2 dan berikan diri anda Me Time.

Oleh kerana sewaktu PKP ni terlalu banyak kes kemurungan, stress dan bunuh diri berlaku. Jadi anda perlu kuat utk menangani jika anda mulai rasa burnout.

Sayangi diri anda.
Sayangi keluarga anda.

#akademijl
#motivasipagi
Hari Arafah

Hari ini 9 zulhijjah iaitu bersamaan dengan hari arafah. Bagi yang mengerjakan ibadah haji, hari ini adalah hari di mana orang yg mengerjakan haji akan berwukuf di arafah. Waktu itu pintu langit dibuka utk mengangkat doa2 yg dipohon.

Bagi kita yg tidak dapat bersama berwukuf di arafah, kita juga boleh turut sama menunaikan sunnah2 di hari arafah ini. Antaranya berpuasa, banyakkan berzikir, berdoa dan mohon keampunan.

#akademijl
#hariarafah
Salam Maal Hijrah

Kami dari AJL ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap sepanjang anda mengenali kami.

Berakhirnya asar hari ini membuka lembaran buku baru bagi tahun hijriah yang baru iaitu 1443H.

Semoga amal kita semua diterima, dosa2 kita diampunkan dan pembukaan lembar baru ini akan lebih baik buat kita semua dunia akhirat.

Jangan lupa untuk baca doa akhir tahun dan awal tahun ye.

#akademijl
#maalhijrah
#awalmuharram
Salam Kemerdekaan ke-64 tahun..

Hampir separuh abad kita merdeka. Jangan dilupakan perjuangan orang lama hingga kita dapat kebebasan yg sekarang ini.

Sebarkan semangat patriotik dalam diri generasi akan datang. Sematkan semangat perpaduan dlm kalangan kita semua..

Sebab kita rakyat Malaysia..😊
PELUANG KEEMASAN BUAT DUIT!!

Wow.. Peluang keemasan bagi anda yang nak belajar buat duit poket atau buat duit dari rumah dengan trading.

👉Sesuai untuk newbie atau yang zero knowledge.
👉Sesuai untuk anda yang ada masa nak menghadap chart pasaran.
👉Sesuai untuk anda yang mencari side income.
👉Sesuai untuk anda yang nak buat duit poket/belanja.

Apa yang anda akan pelajari?
👉Asas trading
👉Teknik scalper
👉8 indicator trading
👉Teknik entry
👉Dan banyak lagi..

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan satu sementara harga promo sempena Pandemik Sales. Memang harga mampu milik.

Order terus di link bawah ini👇👇

https://dvdgti.com/product/dvd-gold-trading-intensive/
Salam semua

Selamat bercuti sempena Dewali.

Moga semua dari anda sihat walafiat
Channel name was changed to «IrSofian.com»
Dah 1 minggu duduk kuarantin di rumah.
3 orang anak dan wife infected covid

Syukur Alhamdulillah
Wife yang masuk wad, sudah di tanggalkan oksigen.
Moga test pcr akan -ve
Dan anak2 pun nampak semakin pulih dari demam dan batuk
Sesungguhnya covid 19 banyak memberi kesan kepada semua manusia.

Baik dari segi kehidupan harian mahupun ekonomi, lifestyle, journey kehidupan pun terpaksa berubah
Contohnya jikalau dulu
Pakar kewangan bercakap tentang saving perlu reserve selama 6 bulan

Namun penangan covid menunjukkan formula tersebut perlu di tukar kepada 2 tahun reserve