Intermittent Fasting Notes
364 subscribers
25 photos
3 files
1 link
Download Telegram
From the desk of Timmy James

Hello semua.... pagi ni hujan lebat di KK. Siap ada guntur lagi.. hehehe... kalau yg dari Sabah, sure tau apa tu guntur. Tapi bagus juga la sejuk2 ni. Boleh kasi sejuk hati yg tengah panas dan kasi segar badan2 yg letih lesu. Betul ba kan? Opkos!

Ok... jom kita sembang2 sikit hari ni. Admin selalu terima banyak soalan tentang “berat”.

“Bosku ba.... napa ba aku buat IF ni dari awal bulan tapi sampai sekarang sama jak aku rasa. Si Tracy hilang 7kg maka barupun satu minggu. Napa ba tu bosku?”

“Tuan... I nak tanye ni. I dah start OMAD awal bulan tadi. Hubby I ikut sekali. Tapi dia dah hilang 5kg. I serupa jer. Di mana silap saya tuan?”

“Sifu... saya start IF suda dua bulan. Mula2 tu syok sebab hilang banyak berat. Tapi sekarang statik suda dua minggu. I nak jugak jadi mcm si Zaleha sifu. Tolong?”

Nah.... itu lah antara soalan2 yg selalu kena tanya sama kamiurang. Kadang2 sampi tidak cukup tangan mau jawab. Actually, saya sudah jawab banyak soalan2 tu dlm post2 yg lepas. Utk kemudahan semua, marilah saya post semua link tu di sini. Baca ya. Jgn malas. Nanti kumuks kalau malas baca:-

Berat Part 1:
https://www.facebook.com/groups/244320812681979/permalink/516949275419130/

Berat Part 2:
https://www.facebook.com/groups/244320812681979/permalink/519138231866901/

Berat Part 3:
https://www.facebook.com/groups/244320812681979/permalink/547035535743837/

Berat Part 4:
https://www.facebook.com/groups/244320812681979/permalink/552054808575243/

Berat Part 5:
https://www.facebook.com/groups/244320812681979/permalink/611502519297138/

Berat Part 6:
https://www.facebook.com/groups/244320812681979/permalink/638584923255564/

Mcmana nak track progress?
https://www.facebook.com/groups/244320812681979/permalink/545123212601736/

⚠️Important reminder⚠️
Jgn terperangkap dengan “comparison game”. Very dangerous mindset. Bila kita start compare our journey dengan org lain, kita tak akan menang. There’s always someone out there that will be better than you today, tomorrow, whenever. No matter what, bila kita start comparing, we will always be dissappointed.

Remember guys and gals.... your journey is yours alone. Progress no matter how slow, is your porgress.

Most importantly, this journey is not just changing your eating pattern. This journey is a journey to change your lifestyle. It’s a marathon, not a sprint.

Bak kata seorang fitness influencer yg saya follow, Jordan Syatt:

“Focus on you. Focus on being consistent. Focus on getting better. Focus on being happy. Focus on you and what brings you the most joy and happiness and fulfillment.

Focus on you...and you’ll quickly realize, the thing holding you back is probably spending too much time looking at what others say they’re doing on social media, and not enough time focusing on the actions you need to take for you.”

Saya tutup dengan inspirational quote dari coach saya, Scott B. Sonnon:

"Slow is the only progress. Next is the only goal. Now is the only time. Start where you are. Use what you have. Do what you can."
- Scott B. Sonnon-

Jom puasa!

🤜🏼❤️🤛🏼

#iF4Life
#fastingVegan
MAKAN SIKIT TAPI GEMUK
VS
MAKAN BANYAK TAPI KURUS

Korang mesti ada sorang dua member ni yang makan tak hingat dunia tapi kurus maintain. Tengok dia makan pun jadi sakit hati kita. Hang pulak makan sikit je dah naik perut. Macam mana boleh jadi macam tu?

TEORI

Orang yang makan banyak tapi kurus ni dikatakan tinggi metabolisma dia. Makan apa pun semua tak simpan, semua keluar balik. Ada jugak pemerhati yang berpendapat, sebenarnya diorang ni kalau diperhatikan aktif kehidupannya, kerja keras sepanjang hari ataupun ada je exercise kecik yg dia buat. Itu sebab maintain kurus.

Betul ke?

REALITI

Sebelum kita explain, ketahuilah setiap orang berbeza beza adaptasinya dengan makanan. Tetapi majoritinya, realiti adalah seperti ini:

Ada orang kurus yang makan banyak tapi aktiviti dia sedentiary, relax manjang dan tak exercise. Malahan memang ramai macam tu. Orang orang macam ni kena prepare, sebab badan dia macam bom jangka tunggu masa saja nak error 404 (kegagalan sistem total)

PENJELASAN

Insulin Resistance (Kerentanan Insulin). Walaupun anda kurus, sekiranya anda makan tidak terkawal dan banyak, lama kelamaan anda sedang mendesak pankreas anda mengeluarkan hormon Insulin secara tidak natural. Perembesan hormon Insulin yang banyak lama kelamaan akan menyebabkan sel badan anda tidak lagi bekerjasama dengan Insulin, tidak lagi menyimpan glukos ke dalam sel badan untuk digunakan menjadi tenaga, dan meningkatkan kadar glukos dalam darah. Glukos yang tinggi dalam salur darah akan merosakkan hati, buah pinggang, dan kebanyakan organ di dalam badan kita.

Sangat ramai orang kurus yang datang ke klinik atau hospital terlalu lewat dan didiagnos dengan penyakit Kencing Manis / Darah Tinggi / Penyakit Kardiovaskular. Mereka ini kebanyakannya tidak pernah peduli untuk memeriksa kesihatan mereka secara tahunan. Kurus kan?

Bila dah kena Diabetes dan Darah Tinggi, salahkan keturunan. Ya, possibility itu memang ada. Tapi anda sepatutnya peka.

YANG GEMUK APA CERITA?

Dalam konteks ini, biasanya orang yang menjadi gemuk agak 'bernasib baik' kerana badan anda sebenarnya sudah memberi 'isyarat' bahawa anda sebenarnya mempunyai masalah kerentanan insulin awal.

Walaupun proses penyimpanan lemak badan sebenarnya ialah perkara fisiologi biologikal yang normal untuk manusia, apabila anda menjadi gemuk kerana makan, maka ianya adalah signal yang jelas bahawa

ANDA TELAH MENGAMALKAN PEMAKANAN MELEBIHI HAD ANDA

Dan badan 'terpaksa' menyimpan lebihan zat makanan anda menjadi lemak untuk kegunaan badan sewaktu kecemasan. Itu juga kerja insulin. Insulin bertindak sebagai kunci membawa glukos masuk ke dalam sel untuk digunakan sebagai tenaga; ia juga berfungsi untuk menukarkan tenaga lebihan menjadi lemak simpanan dalam proses yang dinamakan LipoGenesis (Lipo: Lemak, Genesis: Kejadian)

Namun sekiranya anda tidak mengendahkan isyarat yang badan anda berikan itu, badan anda juga SAMA seperti bom jangka yang tunggu masa saja untuk meletup.

NATIJAH

Pengamalan konsep Intermittent Fasting membawa konsep kesederhanaan dalam pemakanan dan pengkualitian waktu puasa. Kita perlu memberikan sistem alimentari kita (sistem penghadaman) waktu untuk menjadi kosong dan 'berehat' selepas menjalani penghadaman untuk membekalkan tenaga badan.

Puasa yang konsisten dan teratur akan menjadikan badan anda sensitif kepada insulin dan tidak stress. Ia juga memulihkan komposisi sel kepada keadaan yang sepatutnya dan natural. Ia juga memberi peluang kepada badan anda untuk menggunakan tenaga simpanan yang terlebih berpunca dari pemakanan harian anda.

KESIMPULAN

Gemuk atau kurus, anda perlu memberi jadual kepada perut anda untuk berehat dari 'bekerja' dan mengaktifkan sistem pemulihan badan semulajadi anda. Sistem alimentari yang sihat adalah punca badan yang kuat.
Precision Nutrition IF Experiment .pdf · version 1
3.4 MB
Precision Nutrition IF Experiment .pdf · version 1