INFO RASMI INTEK
1.76K subscribers
974 photos
33 videos
169 files
297 links
Saluran utk maklumat terkini
Download Telegram
sst1.moe.gov.my
Semak tawaran kemasukan ke SBP Sesi 2018
Pedaftaran Asrama T2 hingga T5 sesi 2018, Isnin 01 Jan 2018, 12pm ~ 6pm, Anjung Mesra, Ikut rumah sukan masing-masing. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2018!
www.myintek.infoProsedur Pendaftaran T1 Ambilan 1 sesi 2018
Kuantan, 06 JaN 2018: INTEK sekali lagi mengalu-alukan kedatangan semua pelajar T1 Ambilan 1 sesi 2018 dan ibu bapa yang akan mendaftar di INTEK seperti berikut:

Tarikh : Rabu, 10 Jan 2018
Masa : 0900 ~ 1300
Tempat : Dewan Perdana & Anjung Mesra (urusan koperasi)
Pakaian : Uniform lengkap sekolah menengah, berkasut kulit hitam.

* Pelajar lelaki DIWAJIBKAN memakai songkok dan digalakkan bertudung labuh bagi perempuan

Secara ringkas, ibu bapa biasanya diminta meletakkan kenderaan di luar sekolah apabila kawasan tempat letak kereta di dalam telah penuh. Ibu bapa boleh terus ke Dewan Perdana (berhampiran pondok jaga) untuk meneruskan sesi pendaftaran. Berikut adalah turutan secara ringkas:

1) Dewan Perdana:

Kaunter A: Semak nama, dapatkan borang-borang berkaitan.
- isi borang-borang di meja-meja yang disediakan.
Kaunter B: Kaunter Pendaftaran Asrama (Rumah sukan, Dorm, Katil, Loker).
Kaunter C: Rekod/inventori peralatan kamar.
Kaunter D: Kaunter bayaran (Asrama, koperasi, SUWA).
Kaunter E: Penyerahan dokumen kepada guru kelas.
ke Koperasi: Kawasan Anjung Mesra.
ke Asrama: kenalpasti dorm, katil, loker dan melaporkan segera sebarang kerosakan.
Tamat.

Setelah selesai, ibu bapa dibenarkan membawa anak keluar jika perlu sehingga jam 3.30pm untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang masih perlu atau makan tengahari bersama. Walaubagaimanapun dewan makan ada menyediakan makan tengahari untuk pelajar sahaja. Pada 3.30pm, semua pelajar baharu hendaklah berkumpul semula di Dewan Perdana untuk taklimat (pelajar sahaja).

Berikut adalah senarai bayaran yang perlu semasa pendaftaran:

1) ASRAMA :
a. Pendapatan ibu-bapa/penjaga ≤ 5000.00 : RM 1.00 sehari X 250 hari = RM 250.00
b. Pendapatan ibu-bapa/penjaga ≥ 5000.00 : RM 3.00 sehari X 250 hari = RM 750.00

2) MAJALAH SEKOLAH : RM 20.00

3) BARANG KEPERLUAN PERIBADI (KOOP) :
a. Pelajar lelaki : RM 533.50
b. Pelajar perempuan : RM 539.50

4) SUMBANGAN PIBG : akan diwartakan selepas Mesyuarat Agung PIBG (Mac)

Ibu bapa boleh memuatturun prosedur pendaftaran lengkap dengan klik link di bawah (pdf):
New Doc 2018-01-06
New Doc 2018-01-06 (1)
List lengkap barang2 kooperasi semasa pendaftaran T1 2018
Nota tambahan : pada tahun ini semua pelajar wajib membeli set buku tulis bernilai RM 11.00 keluaran JPN yg menggunakan kertas recycle, menjadikan jumlah nilai bayaran baru sebanyak RM 539.50 untuk pelajar perempuan dan RM 533.50 untuk pelajar lelaki.
Update:
1) Dewan Perdana:

Kaunter A: Semak nama, dapatkan borang-borang berkaitan.
- isi borang-borang di meja-meja yang disediakan.
Kaunter B: Kaunter Pendaftaran Asrama (Rumah sukan, Dorm, Katil, Loker).
Kaunter C: Rekod/inventori peralatan kamar.
Kaunter D: Kaunter bayaran (Asrama, koperasi, SUWA).
Kaunter E: Penyerahan dokumen kepada guru kelas.
ke Koperasi: Kawasan Anjung Mesra.
ke Asrama: kenalpasti dorm, katil, loker dan melaporkan segera sebarang kerosakan.
*** Ucapan Pengetua & Majlis Penyerahan Pelajar (1200pm)
Tamat.

Setelah selesai, ibu bapa dibenarkan membawa anak keluar jika perlu sehingga jam 3.30pm untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang masih perlu atau makan tengahari bersama. Walaubagaimanapun dewan makan ada menyediakan makan tengahari untuk pelajar sahaja. Pada 3.30pm, semua pelajar baharu hendaklah berkumpul semula di Dewan Perdana untuk taklimat (pelajar sahaja).
Upadte tentatif 12.00pm:
T/HARI - Ketibaan Tuan Pengetua & Para Pentadbir
ATURCARA Majlis Penyerahan Pelajar Baharu:
12.00PM: Ketibaan Tuan Pengetua & Peantadbir
- Aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Tuan Pengetua
- Akad Penyerahan Pelajar oleh Wakil Ibu Bapa
- Akad Penerimaan oleh Tuan Pengetua
- Penyerahan Pelajar kepada Tuan Pengetua
- Majlis Bersurai