URUS AKAUN BISNES SYARIKAT
557 subscribers
245 photos
4 videos
5 files
35 links
Galeri Perkongsian Ilmu Akaun, Urus Bisnes, Perancangan Cukai yang bantu tingkatkan perniagaan anda ke Next Level.
https://www.smartrich.my
Download Telegram
BNCP tu apa pulak? Haaa…
.
Musim pengemukaan borang cukai sudah tiba.
.
Bagi pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan selain dari punca perniagaan, tarikh akhir untuk anda mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) ialah pada 30 April 2022.
.
Manakala bagi individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan pula anda mesti mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2022
.
Untuk kategori individu banyak tax relief yang boleh di claim,tapi tak tahu macamana, hubungi kami pihak kami ☺️

www.wasap.my/60192808067/BNCP
Ya,
.
Anda perlu maklumkan kepada Setiausaha Syarikat anda untuk membuat perubahan dan serah simpan maklumat ke SSM bermula tarikh pertukaran alamat tersebut .
.
Nanti surat menyurat dari SSM/LHDN tak sampai pula ke alamat anda.
Kalau tak submit borang cukai apa kesan dia? Kalau lewat hantar borang cukai apa kesan dia? Ni ramai orang nak tahukan? Baik bisnes ataupun makan gaji.
.
Sebelum tu kita kena tahu dulu tanggungjawab dan tarikh bila nak kena declare cukai ni, ni tarikh asas yang biasa saja saya senaraikan,
.
1. Makan gaji - Sebelum 30 April setiap tahun. Secara online kebiasaan LHDN akan bagi lanjutan sehingga 15 Mei setiap tahun.
.
2. Bisnes Enterprise - Sebelum 30 Jun setiap tahun. Secara online kebiasaan LHDN akan bagi lanjutan sehingga 15 Julai setiap tahun.
.
3. Syarikat Sdn Bhd - 7 bulan dari tarikh tutup perakaunan syarikat tahunan.
.
Lambat hantar borang cukai ni jatuh dekat penalti bawah subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967.
.
Tempoh lewat sampai 12 bulan - Penalti 15%
Tempoh lewat lebih 12 bulan sehingga 24 bulan - Penalti 30%
Tempoh melebihi 24 bulan - Penalti 45%

DARE TO DECLARE FOR YOUR FUTURE!
Jangan tak buat tau Pengurusan Akaun untuk PLT ni,
.
nanti macamana nak submit Annual Declaration.
.
Takkan nak main agak2 je kan. 😁
CUKAI PEGANGAN EJEN, PENGEDAR ATAU PENGAGIH

Apa itu CUKAI PEGANGAN ?

Cukai Pegangan adalah Cukai yang perlu dipotong daripada bayaran tertentu mengikut kadar yang ditentukan dalam Akta Cukai Pendapatan (ACP) atau Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK).
.
Ramai diantara kita yang terlepas pandang dengan cukai ni sebenarnya. Banyak jenis-jenis bayaran yang tertakluk dengan Cukai Pegangan ni.
.
Antara yang terbaru dikeluarkan bawah Bajet 2022 Cukai Pegangan 2% terhadap pembayaran tunai yang dibuat kepada Ejen, Pengedar atau Pengagih (EPP).
.
Jadi syarikat yang melaksanakan sistem EPP ni perlu melakukan potongan cukai 2% untuk mengelakkan PENALTI 10% atas pegangan cukai tersebut.
.
Bukan sekadar itu, syarikat pembayar juga tidak dibenarkan untuk menuntut potongan cukai 2% tersebut sebagai suatu perbelanjaan yang dibenarkan dalam syarikat.

Untuk maklumat lanjut, boleh je layari pada link dibawah.
https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Soalan_Lazim_Seksyen_107D_ACP_1967.pdf
Kenyataan Media HASiL

TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN BORANG NYATA CUKAI BAGI PEMBAYAR CUKAI YANG TIDAK MENJALANKAN PERNIAGAAN

14 April 2022
Modal Perniagaan?
Haa , Bagaimana cara nak dapatkan modal perniagaan?

Sebelum memulakan perniagaan, faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah modal.
Takde modal, macam mana nak mulakan perniagaan kan?

3 cara untuk dapatkan modal sebelum memulakan sebuah perniagaan

1. Menggunakan wang sendiri. Anda boleh menggunakan wang sendiri sama ada simpanan dalam bank, atau menjual barangan peribadi untuk tambahan modal.

Sebagai contoh, ramai yang menjual baju atau barang-barang peribadi sebagai ‘preloved’ untuk mendapatkan wang tambahan.

2. Membuat pinjaman sebagai modal perniagaan juga antara cara yang sering diambil. Melalui pinjaman, perniagaan dapat ditubuhkan lebih cepat tanpa perlu menunggu simpanan sendiri mencukupi.

Walau bagaimanapun, oleh kerana modal anda berpunca dari pinjaman, anda perlu berhati-hati dengan cashflow. Ini kerana anda perlu membayar semula pinjaman tersebut. Sebelum membuat pinjaman perlu tahu keupayaan untuk membayar semula pinjaman tersebut atau siapa yang akan menanggung hutang pinjaman itu jika perniagaan tidak seperti yang diimpikan.

3. Boleh melakukan perkongsian perniagaan dengan orang lain. Melalui perkongsian, risiko perniagaan yang anda tanggung berkurangan kerana anda mengongsikannya dengan rakan-rakan perniagaan yang lain. Tetapi keuntungan perniagaan juga harus dikongsi.

Kredit : Account Warrior
SYARIKAT SAYA TAK AKTIF ATAU DORMANT, SAYA MASIH PERLU KE SUBMIT ANNUAL RETURN?

Jawapan: Ya, masih perlu submit. Kalau gagal untuk submit, kompaun RM5,000.00 bakal menanti anda!

Ramai yang terkeliru tentang ni. Bear in mind, selagi syarikat Tuan/Puan masih berstatus “Existing” iaitu wujud dalam rekod SSM, selagi itu la Annual Return perlu dihantar setiap tahun ke SSM.

Jangan tangguhkan submission anda jika tidak mahu dapat “Surat Cinta” dari SSM ya.

#SmartInfo
Peringatan Mesra
Tarikh Akhir Penghantaran Borang BE 2021
#lhdnm #lhdn #eduzoneHASiL
Peringatan Mesra
Tarikh Akhir Penghantaran Borang BE 2021
#lhdnm #lhdn #eduzoneHASiL
"Perniagaan Enterprise perlu ke buat income tax?"

Setiap peniaga yang berdaftar dengan SSM perlu declare pendapatan perniagaan ke LHDN setiap tahun melalui Borang B

Borang B adalah borang pelaporan cukai bagi individu pemastautin dengan punca pendapatan perniagaan, penggajian dan pendapatan lain

Pelaporan secara manual : sebelum atau pada 30 Jun setiap tahun
Pelaporan secara dalam talian (e-Filing)

Kredit : Tax Department
TAHUKAH ANDA?
.
Bermula dari 1 Januari 2017, Akta Syarikat 2016 telah memansuhkan Jumlah Saham yang Dibenarkan (Authorised Share Capital) dalam sesebuah syarikat.
.
Jumlah Saham yang Dibenarkan tu apa?
.
Jumlah Saham yang Dibenarkan (Authorised Share Capital) bermaksud jumlah maksimum saham yang anda boleh terbitkan di dalam syarikat. Sebagai contoh, Authorised SharebCapital anda ialah RM1 juta. Jadi anda hanya boleh terbitkan saham syarikat anda sebanyak RM1juta sahaja, tidak boleh lebih daripada itu.
.
TETAPI!
.
Akta Syarikat 2016 telah memansuhkan klausa ini. Maknanya apa ya?
.
Maknanya, tiada lagi jumlah maksimum yang dihadkan untuk syarikat menerbitkan sahamnya. Sesebuah syarikat dibolehkan untuk meningkatkan jumlah sahamnya pada bila-bila masa mengikut keperluan syarikat tersebut.
.
Menarik bukan? 😉
JOM HANTAR BORANG B !

Kepada individu pemastautin yang menjalankan perniagaan seperti enterprise, jangan lupa untuk menghantar Borang B sebelum 30 Jun ini bagi mengelakkan dari dikenakan sebarang penalti lewat hantar.

Isytihar dan nyatakan semua pendapatan perniagaan dan penggajian (jika ada) pada tahun 2021 serta pelepasan cukai yang layak dituntut. Pastikan anda mempunyai dan menyimpan dokumen sokongan yang lengkap bagi setiap pelepasan cukai yang dituntut.

Diingatkan juga supaya anda mengisi maklumat diri dan perbankan dengan tepat untuk kelancaran proses jika ada bayaran balik cukai.
"Perniagaan Enterprise Rugi, Perlu Isytihar Cukai ke?"

Declare/isytihar cukai itu wajib, bayar cukai atau tidak itu bergantung pada untung rugi dan pelepasan cukai.

Kalau perniagaan rugi, tak perlu bayar cukai, rugi perniagaan tahun ini boleh di bawa ke tahun hadapan dan tolak dengan untung tahun hadapan. Cumanya pemilik perniagaan enterprise wajib hantar Borang B kepada LHDN untuk melaporkan pendapatan setiap tahun.

Borang B adalah borang yang perlu dihantar oleh individu pemastautin yang memiliki perniagaan, maka borang B ini ‘wajib’ dihantar oleh semua pemilik perniagaan enterprise tak kisah sama ada rugi, untung ataupun baru memulakan perniagaan.

Kalau tidak hantar borang B penalti akan dikenakan kerana tidak melaporkan jumlah pendapatan.

Kredit : Tax Department
Siri 2 - Akta Syarikat 2016 (AS 2016) telah dikuatkuasakan dengan pelbagai penambahbaikan polisi perundangan untuk memansuhkan Akta Syarikat 1965. Kenali AS 2016 dengan lebih mendalam melalui Siri Pendidikan AS 2016.

#SSMDuaDekad #InspirasiKepercayaanPerniagaan