INFO MPP UiTM PERAK 24/25
10.8K subscribers
1.22K photos
26 videos
146 files
1.23K links
Segala informasi akan disalurkan di sini buat semua pelajar UiTM Cawangan Perak.

Para pelajar digalakkan untuk mengikuti kami di platform media sosial yang lain melalui pautan berikut: -
Download Telegram
NOTIS MPP TERKINI

PEMAKLUMAN PENDAFTARAN KURSUS KOKURIKULUM [Kampus Tapah]

Assalamualaikum dan Salam UiTM di Hatiku

Perhatian kepada semua pelajar, berkenaan pendaftaran kursus kokurikulum anda diminta untuk memahami beberapa perkara:

📌Semua pelajar wajib untuk membaca dan memahami perlaksanaan bagi pendaftaran kursus kokurikulum dengan betul dan tepat. (Seperti di dalam PDF yang telah dilampirkan)

📌Bagi pelajar SEMESTER 1️⃣, anda WAJIB mendaftar kursus kokurikulum yang ditawarkan sahaja. Anda perlu menyemak kod kokurikulum yang mempunyai satu huruf, A (single A, contoh: BU11ATPH, BU11BTPH & seterusnya) sahaja bagi kumpulan pelajar semester 1.

Jika anda tersalah mendaftar pada kod yang mempunyai dua huruf berturut, AA (double A, contoh: BU11AATPH, BU11BBTPH & seterusnya) anda WAJIB untuk drop course kumpulan tersebut kerana kod kursus kokurikulum itu adalah hanya untuk pelajar semester 2 sahaja - Kursus Kesatria Negara khasnya.

📌Bagi pelajar SEMESTER 2️⃣, anda WAJIB untuk mendaftar kursus kokurikulum yang ditawarkan sahaja. Jika kumpulan kursus itu PENUH, anda diminta untuk BERSABAR DAN MENUNGGU sehingga pelajar semester 1 drop course kumpulan kursus tersebut.

Anda juga diminta untuk menyemak dan mendaftar pada kod yang mempunyai dua huruf berturut, AA (double A) SAHAJA.

📌Bagi pelajar SEMESTER 3️⃣, jika pada semester dahulu anda mendaftar kursus kokurikulum KESATRIA NEGARA, anda BOLEH MEMILIH mana-mana kursus kokurikulum (bukan badan beruniform) yang ditawarkan. Jika kursus kokurikulum anda itu masih ada pada senarai yang ditawarkan di semester 3, anda digalakkan untuk mendaftar kursus kokurikulum yang sama.

Manakala, jika pada semester 1 dan 2 dahulu anda mendaftar di bawah kursus kokurikulum badan beruniform KESATRIA NEGARA, PERTAHANAN AWAM, BULAN SABIT MERAH, SISWA BANTUAN BOMBA & KESATRIA KEMBARA, anda diminta untuk mendaftar kursus kokurikulum yang SAMA sahaja bagi memenuhi syarat 3 semester.

📌Bagi semester 4️⃣ dan 5️⃣, anda diminta untuk mendaftar kursus kokurikulum yang ditawarkan sahaja.

P/s : 1) Jika kumpulan kursus kokurikulum anda sudah penuh, anda diminta untuk menghubungi Unit Kokurikulum untuk dibuka kuota kumpulan tersebut.

2) Anda WAJIB memilih kod kursus yang berakhir dengan kod TPH sahaja (Kampus Tapah).

https://sites.google.com/view/mppuitmperak/bahagian/sukan-dan-kebudayaan/kampus-tapah?authuser=0
[Sila semak senarai kursus yang ditawarkan - Perkara 3 (Kursus Kokurikulum UiTM) ]

3) Sebarang pertanyaan dan persoalan boleh rujuk dan hubungi nombor telefon seperti berikut:

05-4067050 / 7027 / 7161
(Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah)

MPP UiTM CAWANGAN PERAK
SESI 2019/2020
NOTIS TERKINI MPP!

Perkara: Hebahan Pemakluman HEP berkaitan Kemudahan Pertukaran Tarikh Penerbangan Air Asia Fasa 2

Assalamualaikum wbt dan Salam UiTM di Hatiku

KEMUDAHAN PERTUKARAN TARIKH PENERBANGAN AIR ASIA [FASA 2]

Lanjutan daripada pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi berkenaan kemudahan pertukaran tarikh penerbangan Air Asia, berikut disertakan borang berkaitan.

Mohon kerjasama untuk mengisikan maklumat ini dengan tepat

Pelajar: https://forms.gle/UfzcpWBzuFpL3MoFA
Ibu Bapa/Penjaga: https://forms.gle/42idXJFW48k66SiWA

Borang Fasa 2 ini akan dibuka hingga 9 Oktober 2020, jam 6.00 petang

Kerjasama semua amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian,
-Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA-

MPP UiTM Cawangan Perak Sesi 2019/2020
PERKARA : SIRI WEBINAR PEMANTAPAN OKU SELANGOR

Assalamualaikum dan Salam UiTM dihatiku,
 
📌 Webinar ini dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan OKU UiTM dengan kerjasama Bahagian Komunikasi Korporat UiTM dan Malaysian Federation of the Deaf (MFD) serta dengan sokongan Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS).
 
📌 Siri akan berlangsung sepanjang bulan Oktober - Disember 2020.

📌 Siri Webinar ini memberi tumpuan kepada tiga aspek utama latihan :
- Pembangunan Kendiri
- Keusahawanan Digital
- Pemantapan Kerjaya
bagi melahirkan warga OKU Selangor yang berketerampilan dan meningkatkan tahap kebolehpasaran warga OKU Selangor.

📌 Sehubungan itu, semua warga yang memenuhi kriteria, dijemput mendaftar untuk menyaksikan siaran langsung yang dijalankan secara dalam talian menerusi YouTube - UiTM Channel.

📌 Kriteria:
1) Pemegang kad OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan
2) Lahir atau menetap di Selangor sekurang- sekurangnya 10 tahun atau
3) Mahasiswa OKU Selangor (yang menuntut di institusi pengajian tinggi Selangor) atau
4) OKU Selangor (sama ada menetap atau bekerja di Selangor) atau
5) Lahir di Selangor tetapi bermastautin di negeri lain

Sekian, terima kasih.

MPP UiTM CAWANGAN PERAK
SESI 2019/2020

[Tarikh : 10 Oktober 2020]
🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗
MAKLUMAN : MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2019/2020

PERKARA : TARIKH KEPUTUSAN MUET SESI 1 2020
 
📌 Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh pengumumuan keputusan MUET Sesi 1 tahun 2020 adalah pada 30 Oktober 2020 hari Jumaat jam 10.00 pagi.

📌 Keputusan boleh dilihat dengan melayari
http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/

Sekian, terima kasih.

#UiTMdiHatiku #KitaUiTM

ASPIRASI MENERAJUI TRANSFORMASI

Dikeluarkan oleh:
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN PERAK
SESI 2019/2020

[Tarikh : 11 Oktober 2020]
PERKARA : SERAHAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN KELULUSAN (07 Oktober 2020)

Untuk makluman para pelajar kutipan dokumen perjanjian PTPTN tidak dapat dibuat seperti biasa berikutan situasi semasa :

PELAJAR YANG TIDAK BERADA DI KAMPUS
📌 Pelajar diminta menghantar dokumen perjanjian PTPTN tersebut di mana - mana cawangan PTPTN yang berhampiran dengan tempat tinggal sebelum atau selewat - lewatnya pada 20 Oktober 2020 sebelum jam 5.00 petang.

PELAJAR YANG BERADA DI KAMPUS
📌 Bagi pelajar yang berada di kampus dan ingin menghantar borang perlu kemukakannya sebelum atau pada 16 Oktober 2020 melalui :

Kampus Tapah - Pejabat Am HEP, Aras 2, Bangunan Pusat Pelajar

Kampus Seri Iskandar - Kaunter 3 Bahagian HEP, Aras 1, Bangunan Pentadbiran

📍Tawaran pembiayaan hanya sah dalam tempoh 14 hari dari hari kelulusan. Sekiranya dalam tempoh tersebut, dokumen perjanjian tidak disempurnakan, tawaran pembiayaan terbatal.

📍Mohon kerjasama semua pelajar supaya menghantar dokumen perjanjian ini pada tarikh yang ditetapkan.

📍Kegagalan mematuhi tarikh yang ditetapkan adalah tanggungjawab pelajar sendiri. Pihak HEP tidak akan bertanggungjawab atas kelewatan disebabkan oleh pelajar.

📌 Sebarang pertanyaan, pelajar boleh menghubungi :

05-4067013 (Puan Nooraini Ali) Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Tapah.

05-3742037 (Puan Julizawati Abd Halim) Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.


‼️SILA AMBIL PERHATIAN :-‼️

1. Dokumen perjanjian pelajar boleh diambil dari email pelajar, pihak PTPTN emailkan terus dokumen perjanjian tersebut kepada email saudara/saudari. Sekiranya tiada, saudara/saudari boleh mendapatkan dokumen perjanjian tersebut dari laman web PTPTN dengan membuat semakan status permohonan dan klik pada dokumen perjanjian.
2. Dokumen perjanjian perlu di print sebanyak 2 salinan, sila lengkapkan dokumen mengikut senarai semak yang diperlukan.
3. Bagi ruangan saksi, pelajar perlu mendapatkan tandatangan mana-mana pengawai A dikawasan tempat tinggal saudara/saudari.
4. Pelajar perlu membeli 2 keping setem hasil dan tampal pada dokumen perjanjian tanpa perlu mematikan setem hasil tersebut.

Sekian, terima kasih.

MPP UiTM CAWANGAN PERAK
SESI 2019/2020

[Tarikh: 11 Oktober 2020]
SENARAI NAMA JURULATIH DAN PAUTAN GROUP WHATSAPP SERTA GOOGLE CLASSROOM MENGIKUT KURSUS KOKURIKULUM MASING - MASING. [Kampus Tapah]

Assalamualaikum dan Salam UiTM di Hatiku.

Perhatian kepada semua pelajar, kursus kokurikulum bagi sesi 1 2020/2021 ini akan dijalankan secara atas talian (online). Oleh itu, para pelajar yang telah membuat pendaftaran kursus kokurikulum, anda boleh semak kumpulan kursus kokurikulum beserta nama jurulatih anda mengikut kumpulan kursus masing - masing.

Para pelajar juga digalakkan untuk memuatnaik aplikasi Google Classroom di dalam telefon/laptop anda untuk memudahkan proses sesi penyampaian pembelajaran bagi kursus kokurikulum ini.

https://sites.google.com/view/mppuitmperak/bahagian/sukan-dan-kebudayaan/kampus-tapah?authuser=0
[Sila semak pautan Group WhatsApp dan Google Classroom masing-masing - Perkara 3 (Kursus Kokurikulum UiTM) ]

PASTIKAN para pelajar mendaftar kumpulan yang BETUL mengikut kursus kokurikulum yang DITAWARKAN SAHAJA.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon seperti berikut :

05-4067050 / 7027 / 7161
(Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah)

Sekian, terima kasih.

MPP UiTM CAWANGAN PERAK
SESI 2019/2020

[Tarikh : 12 Oktober 2020]
| SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU SESI 1 2020/2021 |

Semoga pembelajaran secara Open and Distance Learning (ODL) ini meningkatkan lagi kecemerlangan para mahasiswa pada semester ini.

#UiTMdiHatiku #KitaUiTM #AspirasiMenerajuiTransformasi #UiTMPerak #MPPPerak
SENARAI PAUTAN BAGI GROUP WHATSAPP MENGIKUT KURSUS KOKURIKULUM MASING - MASING
[Kampus Seri Iskandar]

Assalamualaikum dan Salam UiTM di Hatiku.

Perhatian kepada semua pelajar, kursus kokurikulum bagi sesi 1 2020/2021 ini akan dijalankan secara atas talian (online). Oleh itu, para pelajar yang telah membuat pendaftaran kursus kokurikulum, anda boleh semak kumpulan kursus kokurikulum masing - masing dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa di dalam channel telegram tersebut :

https://t.me/PerakUiTMKokurikulumSI
[Sila tekan pautan tersebut]

PASTIKAN para pelajar mendaftar kumpulan yang BETUL mengikut kursus kokurikulum yang DITAWARKAN SAHAJA.

Segala pemakluman dan info terkini akan dikemaskini di dalam channel telegram khas dari Unit Kokurikulum (Kampus Seri Iskandar) dengan lebih lanjut.

Sebarang pertanyaan boleh rujuk ( whatsapp/hubungi) nombor telefon seperti berikut :

05-3742074 / 2164 / 2454
(Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar)

Sekian, terima kasih.

MPP UITM CAWANGAN PERAK
SESI 2019/2020

[Tarikh : 12 Oktober 2020]
🎗️🎗️🎗️🎗️🎗️🎗️🎗️🎗️🎗️
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2019/2020
[KAMPUS TAPAH]

PERKARA : PERKHIDMATAN KAUNSELING

Assalamualaikum dan Salam UiTM Dihatiku 🌸

Sekiranya anda memerlukan bantuan sokongan emosi, anda bokeh hubungi kaunselor :

👉🏻 Encik Mohd Amirul Azdi
http://www.wasap.my/6054067022/Hello+Kaunselor

👉🏻 Puan Izuani
http://www.wasap.my/6054067021/Hello+Kaunselor

Kami bersedia untuk membantu anda

#WeCareWeHelp
#UKKTapah
#MPPUiTM
#MPPUiTMPerak
#AspirasiMenerajuiTransformasi

MPP UiTM CAWANGAN PERAK
SESI 2019/2020

[Tarikh dikeluarkan : 13 Oktober 2020]
NOTIS MPP TERKINI !!
[Kampus Tapah]

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang berada di kampus Tapah sahaja!

📌 Makmal Komputer 1 di Fakulti Perakauan (MK1 FP) & Makmal Komputer 3 di Fakulti Sains Gunaan (MK3 FSG) untuk kegunaan pelajar yang memerlukan PC dan Webcam.

📌 Waktu operasi 8 pagi sehingga 5 petang sahaja.

📌 Bersama ini disertakan QR Code dan pautan Rekod Kehadiran Pelajar di Makmal Komputer untuk pelajar yang menggunakan fasiliti tersebut mengisi butiran yang diperlukan:

http://tiny.cc/m2fzsz

Terima kasih.

#InfostrukturKampusTapah
#MPPUiTMPerak
#AspirasiMenerajuiTransformasi

MPP UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2019/2020
(Tarikh: 13 Oktober 2020)
NOTIS MPP TERKINI !!

Assalammualaikum & Salam UiTM dihatiku!

📌 Video ini menerangkan kepada seluruh rakyat Malaysia, walaupun bukan hanya berada di zon merah tetapi risiko penularan boleh juga berlaku dari zon kuning.

Minta sampaikan kepada semua! Terima kasih.

#StaySafe
#UnitKesihatanUiTMPerak
#MPPUiTMPerak
#AspirasiMenerajuiTransformasi

MPP UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2019/2020