INFO MPP UiTM PERAK 24/25
10.9K subscribers
1.21K photos
26 videos
146 files
1.23K links
Segala informasi akan disalurkan di sini buat semua pelajar UiTM Cawangan Perak.

Para pelajar digalakkan untuk mengikuti kami di platform media sosial yang lain melalui pautan berikut: -
Download Telegram
πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2021/2022

[INFO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT MAHASISWA]

PERKARA: PERMOHONAN ZAKAT UiTM CAWANGAN PERAK SEMESTER MAC-OGOS 2022

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku✨

Makluman kepada para pelajar berkaitan Permohonan Zakat UiTM Cawangan Perak Semester Mac-Ogos 2022 telah dibuka bermula pada 22 Mac 2022.

πŸ“Œ Pelajar yang ingin memohon perlulah berstatus aktif dan merupakan pelajar semester 2 keatas.

πŸ“Œ Para pelajar boleh membuat permohonan dengan mengikuti langkah berikut: -
1. Isi borang maklumat diri melalui pautan Google Form yang disediakan (Sila gunakan Email Student UiTM): -
πŸ”—: https://forms.gle/sdDKzuZTCxxmjNqUA
2. Muat turun Borang Pengesahan Pendapatan & Tanggungan Keluarga melalui pautan yang disediakan. Borang mestilah diisi dengan lengkap dan disahkan: -
πŸ”—: https://drive.google.com/file/d/1tjDCjmCuZCK6kty66AnK00m1IS4ytkOZ/view?usp=drivesdk
3. Muat naik bukti jumlah pembiayaan pendidikan keseluruhan dan bilangan semester ATAU muat naik bukti jumlah pembiayaan pendidikan satu semester begi semester lepas (screenshot daripada portal akaun PTPTN/JPA/MARA ATAU screenshot kemasukan dermasiswa zakat, pinjaman lain daripada akaun internet banking)

πŸ“Œ Temuduga hanya akan dilakukan bagi kes khusus.

πŸ“Œ Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 April 2022.

πŸ“Œ Pelajar yang memohon juga diingatkan untuk menyertai Telegram Info Zakat UiTM Cawangan Perak melalui pautan yang diberikan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan dalam Group Telegram tersebut:-
πŸ”—: https://t.me/+JPWopN_dEYA5NTM1

πŸ“Œ Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: -
πŸ“ž MPP Afham - wasap.my/60175911704 (Kampus Tapah)
πŸ“ž Timb. Diana - wasap.my/60146478864 (Kampus Seri Iskandar)

Sekian, terima kasih.

”KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK”

Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.

[Tarikh: 28 Mac 2022]
πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2021/2022

[INFO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT MAHASISWA]

PERKARA: PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN UiTM BAGI PELAJAR YANG DIBENARKAN MEMBAWA KENDERAAN DI KAMPUS TAPAH

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku✨

Makluman kepada pelajar yang membawa kenderaan ke kampus, anda dikehendaki untuk membuat permohonan pelekat kenderaan.

πŸ“Œ Hanya pelajar tertentu sahaja yang dibenarkan membawa kenderaan mengikut syarat yang digariskan di dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak UiTM.

πŸ“Œ Berikut adalah makluman kepada para pelajar yang dibenarkan membawa kenderaan:

1️⃣ Pelajar haruslah membuat permohonan terlebih dahulu kepada Ketua Polis Bantuan, ASP/PB Tuan Norkhairi Bin Awang Nor melalui email yang berikut:
norkhairi@uitm.edu.my

2️⃣ Setelah mendapatkan kebenaran daripada Ketua Polis Bantuan, pelajar diminta untuk membuat permohonan stiker kenderaan di Student Portal.

3️⃣ Setelah permohonan dibuat di Student Portal, pelajar diminta untuk mencetak borang permohonan tersebut dan pelajar dikehendaki menghadirkan diri ke Pejabat Kolej untuk semakan dokumen sokongan.

4️⃣ Nama pelajar akan diluluskan di sistem Student Portal setelah pelajar tersebut hadir ke pejabat untuk proses semakan dokumen sokongan.

5️⃣ Setelah itu, pelajar perlu hadir ke pejabat Bendahari bagi proses pembayaran pelekat kenderaan dan kemudian hadir ke pejabat Polis Bantuan bagi mendapatkan pelekat kenderaan.

πŸ“Œ Pelajar boleh menyemak Senarai Semak Pendaftaran Pelekat Kenderaan dan Dokumen Sokongan yang perlu dibawa melalui pautan Google Drive berikut:
πŸ”— : https://drive.google.com/drive/folders/11AOqipa5Kd8fBTiJEC2JdbcIo7vy5_g4

πŸ“Œ Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: -
πŸ“ž MPP Afham - wasap.my/60175911704 (Kampus Tapah)
πŸ“ž Timb. Diana - wasap.my/60146478864 (Kampus Seri Iskandar)

Sekian, terima kasih.

”KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK”

Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.

[Tarikh: 28 Mac 2022]
πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2021/2022

[INFO AKADEMIK]

PERKARA: TEMPOH PROSES ENTRANCE SURVEY DAN VALIDASI KURSUS

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku✨

Berikut merupakan maklumat berkaitan dengan tarikh proses Entrance Survey dan Validasi Kursus bagi Semester Mac 2022 - Ogos 2022.

πŸ“Œ Para pelajar boleh melengkapkan proses Entrance Survey di Ufuture manakala Validasi Kursus di iStudent Portal.

πŸ“Œ Semua pelajar diwajibkan untuk melengkapkan proses Entrance Survey dan Validasi Kursus mengikut tarikh berikut: -

πŸ”Ή Tempoh Proses Entrance Survey:
28 Mac - 10 April 2022

πŸ”Ή Tempoh Validasi Kursus:
16 April - 24 April 2022

πŸ“Œ Para pelajar digalakkan untuk melengkapkan proses Entrance Survey dan Validasi Kursus pada tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah kelak.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN HOLSTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK"

Dikeluarkan oleh: -
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.
[Tarikh: 29 Mac 2022]
πŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈ
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UITM CAWANGAN PERAK SESI 2021/2022

[INFO KERJAYA DAN KAUNSELING]

PERKARA: 'WEBINAR ON WELLBEING 3.0: MEMAHAMI KRITIK DIRI'

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku✨

Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar akan mengadakan WEBINAR ON WELLBEING 3.0: Memahami Kritik Diri yang akan disampaikan oleh Encik Muhammad Khalis bin Zakaria, Kaunselor Pelatih, UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.

πŸ“Œ Program ini akan membincangkan mengenai jenis-jenis kritik diri, kecenderungan kritik diri, kesan kritik diri terhadap kesihatan mental dan langkah-langkah mengatasi kritik diri.

πŸ“Œ Maklumat program adalah seperti berikut: -
πŸ—“οΈ Tarikh: 1 April 2022
πŸ“… Hari: Jumaat
⏰ Masa: 3:00 Petang - 4:00 Petang
🏑 Platform: Facebook Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Perak
πŸ”— Pautan:
https://www.facebook.com/599628740133181/posts/4933365786759433/?sfnsn=mo

πŸ“Œ Diharapkan semua pelajar UiTM Cawangan Perak dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi program ini. Kehadiran anda amatlah dihargai.

πŸ“Œ Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
πŸ“ž Pejabat Am Unit Kerjaya dan Kaunseling, UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar - https://wa.me/message/NT7YFYANOULGM1

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK"

Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.

[Tarikh: 29 Mac 2022]
πŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈ
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK

[INFO KEUSAHAWANAN]

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku.

PERKARA: FAMILYMART TOP ENTREPRENEURSHIP PROGRAM (UiTM Zon Utara) - JOM SERTAI FAMILYMART

πŸ“Œ Perniagaan _FamilyMart_ tidak asing lagi di Malaysia. Anda
berminat menjadi sebahagian daripadanya dan memenuhi kriteria dibawah: -
- Mempunyai minat menjadi usahawan
- Latihan Industri dari pelbagai bidang kursus
- Alumni (Dalam tempoh 24 bulan)
- Sedang dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda dan akan menjalani latihan industri
- Berminat menimba pengalaman dalam pengoperasian francais

Jom sertai program β€œFamily Mart Top Entrepreneurship" untuk mengetahui pelbagai maklumat lebih lanjut.
πŸ”† Pendaftaran adalah percuma
πŸ”† Sijil penyertaan disediakan

Tarikh: 30 Mac 2022 (Rabu)
Masa: 2 - 4 petang
Platform: Google Meet FM TOP ENTREPRENEURSHIP PROGRAM ZON UTARA


πŸ”—: Wednesday, 30 Mar Β· 2 – 4 PM
Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/ixm-yyvw-nqs
Or dial: +1 402-751-0165 PIN: 936031203-


Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK"

Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.

[Tarikh: 30 Mac 2022]
πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2021/2022

[INFO SUKAN]

PERKARA: NOTIS PENGOPERASIAN GIMNASIUM UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS TAPAH

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku✨

Untuk makluman para mahasiswa UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah, berikut merupakan waktu pengoperasian gimnasium.

πŸ“Œ Waktu pengoperasian gimnasium adalah seperti berikut: -
Lelaki:
πŸ”Ή Hari: Isnin, Rabu & Jumaat
πŸ”Ή Masa: 5.00p.m. - 7.00p.m.

Perempuan:
πŸ”Ή Hari: Selasa & Khamis
πŸ”Ή Masa: 5.00p.m. - 7.00p.m.

πŸ“Œ Gimnasium tidak akan beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

πŸ“Œ Tatacara penggunaan gimnasium boleh dirujuk pada bahagian info di pautan berikut: -
πŸ”—: https://sites.google.com/view/mppuitmperak/utama?authuser=0

πŸ“Œ Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: -
πŸ“ž MPP Syukri - wasap.my/601139893843 (Kampus Tapah)
πŸ“ž Timb. Dania - wasap.my/60174942892 (Kampus Seri Iskandar)

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK"

Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.

[Tarikh: 30 Mac 2022]
πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2021/2022

[INFO SUKAN]

PERKARA: NOTIS PINJAMAN PERALATAN SUKAN UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS TAPAH

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku✨

Untuk makluman para mahasiswa UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah, berikut merupakan jadual waktu pinjaman peralatan sukan.

πŸ“Œ Waktu operasi Isnin hingga Khamis: -
πŸ”Ή 8 pagi - 1 petang / 2 petang - 5 petang

πŸ“Œ Waktu operasi Jumaat: -
πŸ”Ή 8 pagi - 12:15 tengahari / 2:45 petang - 5 petang

πŸ“Œ Tiada pinjaman peralatan pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

πŸ“Œ Tatacara peminjaman peralatan sukan boleh dirujuk pada bahagian info di pautan berikut: -
πŸ”—: https://sites.google.com/view/mppuitmperak/utama?authuser=0

πŸ“Œ Pastikan penama yang meminjam peralatan sukan untuk menjaga peralatan dengan baik untuk mengelakkan denda.

πŸ“Œ Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: -
πŸ“ž MPP Syukri - wasap.my/601139893843 (Kampus Tapah)
πŸ“ž Timb. Dania - wasap.my/60174942892 (Kampus Seri Iskandar)

Sekian, terima kasih.

”KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK”

Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.
[Tarikh: 30 Mac 2022]
πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2021/2022

[INFO SUKAN]

PERKARA: NOTIS UMUM GIMNASIUM UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku✨

Untuk makluman para mahasiswa UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar, berikut merupakan jadual waktu penggunaan gimnasium.

πŸ“Œ Waktu operasi bagi siswa: -
πŸ”Ή Hari: Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat
πŸ”Ή Masa: 5:00 petang hingga 7:00 petang

πŸ“Œ Waktu operasi bagi siswi: -
πŸ”Ή Hari: Selasa
πŸ”Ή Masa: 5:00 petang hingga 7:00 petang

πŸ“Œ Tatacara penggunaan gimnasium boleh dirujuk pada bahagian info di pautan berikut: -
πŸ”—: https://sites.google.com/view/mppuitmperak/utama?authuser=0

πŸ“Œ Gimnasium akan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dan hanya akan dibuka jika ada tempahan minimum 3 orang ke atas.

πŸ“Œ Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: -
πŸ“ž MPP Syukri - wasap.my/601139893843 (Kampus Tapah)
πŸ“ž Timb. Dania - wasap.my/60174942892 (Kampus Seri Iskandar)

Sekian, terima kasih.

”KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK”

Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.

[Tarikh: 30 Mac 2022]
πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2021/2022

[INFO SUKAN]

PERKARA: PENGGUNAAN FASILITI SUKAN & PINJAMAN PERALATAN SUKAN HARIAN UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku✨

πŸ“Œ Untuk makluman para siswa dan siswi UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar, penggunaan fasiliti sukan dan pinjaman peralatan sukan dibenarkan dengan syarat mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

πŸ“Œ Hari dan waktu penggunaan dan pinjaman adalah seperti berikut: -
πŸ”Ή Hari: Setiap hari Isnin hingga Jumaat
πŸ”Ή Masa: 5 petang hingga 7 petang

πŸ“Œ Sports Night adalah seperti berikut: -
πŸ”Ή Hari: Setiap hari Selasa dan Jumaat
πŸ”Ή Masa: 8 malam hingga 10:30 malam

πŸ“Œ Saturday Sports Night adalah seperti berikut: -
πŸ”Ή Hari: Setiap hari Sabtu (Minggu 1 dan minggu 3 sahaja)
πŸ”Ή Masa: 8 malam hingga 10:30 malam

πŸ“Œ Sehubungan dengan itu, diharapkan para siswa dan siswi dapat menggunakan kemudahan dan fasiliti yang disediakan dengan baik. Bersama kita menuju gaya hidup sihat.

πŸ“Œ Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:-
πŸ“ž Encik Khazani Haji Ibrahim - https://wa.me/60163377562
(Penolong Pegawai Sukan Kanan, UiTM Cawangan Perak)

Sekian, terima kasih.

”KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK”

Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.

[Tarikh: 30 Mac 2022]
πŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈ
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK

[INFO KEUSAHAWANAN]

PERKARA: PERMOHONAN TAPAK NIAGA BAZAAR RAMADAN

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku ✨

Berikut merupakan pemakluman berkaitan pembukaan sewaan tapak bazaar ramadan kepada para pelajar dan persatuan UiTM Cawangan Perak.

πŸ“Œ Sukacita dimaklumkan bahawa bazaar ramadan akan dibuka bersempena menyambut bulan ramadan di Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah.

πŸ“Œ Pelaksanaan bazaar ramadan adalah seperti berikut:
Masa: 4:00petang - 8:00malam
Tempat:
Jalan Lenggung (Seri Iskandar)
Tempat letak kereta berhadapan Pusat Islam (Tapah)


πŸ“Œ Jika ingin membuat permohonan tapak bazaar ramadan, boleh berhubung dengan:
πŸ“žPuan Izan (Seri Iskandar)
01112542113
πŸ“žPuan Fad (Tapah)
0124348341

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK"

Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.

[Tarikh: 31 Mac 2022]
πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2021/2022

[INFO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT MAHASISWA]

PERKARA: PEMILIHAN LOKASI WAKAF UiTM CAWANGAN PERAK

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku✨

Perundingan Wakaf UiTM Cawangan Perak 2022 telah merancang untuk membina sebuah wakaf di UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Sehubungan dengan itu, pihak Perundingan Wakaf UiTM Cawangan Perak 2022 ingin meminta para pelajar untuk memilih lokasi yang sesuai untuk pembinaan wakaf tersebut.

πŸ“Œ Terdapat 9 lokasi cadangan untuk pemilihan lokasi wakaf ini. Para pelajar diminta untuk mengundi lokasi yang sesuai untuk pembinaan wakaf tersebut. Disertakan juga Pelan Pemilihan Lokasi Wakaf Untuk pelajar merujuk lokasi cadangan.

πŸ“Œ Pelajar boleh membuat undian melalui pautan berikut: -
πŸ”—: https://forms.gle/68ELCb4udTeRRN3NA

πŸ“Œ Pelajar perlu membuat undian sebelum Jam 11.59 malam pada 10 April 2022. Diharapkan pelajar dapat memberi kerjasama yang baik.

πŸ“Œ Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: -
πŸ“ž MPP Afham - wasap.my/60175911704 (Kampus Tapah)
πŸ“ž Timb. Diana - wasap.my/60146478864 (Kampus Seri Iskandar)

Sekian, terima kasih.

”KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK”

Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.

[Tarikh: 31 Mac 2022]
πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2021/2022

[INFO AKADEMIK]

PERKARA: TAKLIMAT MENGENAI PROSEDUR ENGLISH PLACEMENT TEST (EPT)

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku✨

Berikut merupakan taklimat mengenai prosedur English Placement Test (EPT) buat pelajar semester 1 yang memohon.

πŸ“Œ Dimaklumkan kepada pelajar semester 1 yang mengambil English Placement Test (EPT), sebuah taklimat akan diadakan untuk para pelajar mengetahui prosedur ujian tersebut dengan lebih lanjut.

πŸ“Œ Tarikh taklimat tersebut adalah seperti berikut: -
πŸ“… Tarikh: 31 Mac 2022
πŸ—“ Hari: Khamis
⏰ Masa: 9:00 malam - 10:00 malam
🏠 Platform: Microsoft Teams
πŸ”—: shorturl.at/kzLNX

πŸ“Œ Diharapkan supaya para pelajar yang terlibat dengan English Placement Test dapat menghadirkan diri agar tidak terlepas sebarang informasi mengenai ujian tersebut.

πŸ“Œ Para pelajar juga boleh mendapatkan informasi mengenai ujian tersebut melalu poster yang disediakan.

Sekian, terima kasih.

”KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK”

Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.

[Tarikh: 31 Mac 2022]
πŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈπŸŽ—οΈ
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UITM CAWANGAN PERAK SESI 2021/2022

[INFO KERJAYA DAN KAUNSELING]

PERKARA: 'FLASH TALK: KAUNSELOR BUKAN MALAIKAT'

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku✨

Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah akan mengadakan Flash Talk: Kaunselor Bukan Malaikat yang akan disampaikan oleh Encik Nazirul Ikram, Kaunselor Pelatih UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.

πŸ“Œ Sehubungan dengan itu, semua pelajar UiTM Cawangan Perak dijemput untuk mengikuti program ini yang akan berlangsung secara atas talian.

πŸ“Œ Maklumat program adalah seperti berikut: -
πŸ“… Tarikh: 1 April 2022
πŸ—“οΈ Hari: Jumaat
⏰ Masa: 10:00 Pagi
🏑 Platform: Facebook Live Unit Kerjaya dan Kaunseling, UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah
πŸ”— Pautan:
https://www.facebook.com/UKKTapah/

πŸ“Œ Diharapkan semua pelajar UiTM Cawangan Perak dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi program ini. Kehadiran anda amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK"

Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.

[Tarikh: 31 Mac 2022]
πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2021/2022

[INFO AKADEMIK]

PERKARA: MAKLUMAT PENTING BERKENAAN ENGLISH PLACEMENT TEST (EPT)

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku✨

Berikut merupakan maklumat-maklumat penting berkaitan English Placement Test (EPT) buat pelajar semester 1 yang membuat permohonan.

πŸ“Œ Para pelajar boleh mendapatkan maklumat - maklumat tersebut melalui pautan di bawah: -

πŸ”Ή EPT Briefing
πŸ”—: http://shorturl.at/kzLNX

πŸ”Ή EPT Schedule
πŸ”—: https://drive.google.com/file/d/1-VbABWVZ5ug6THxtx8Kkq_cU6r-Lh8q7/view?usp=sharing

πŸ”Ή EPT Info
πŸ”—: http://apb-tech.com/home.html

πŸ”Ή EPT Tutorial
πŸ”—: https://drive.google.com/drive/folders/1O-TKuoh2XZv2gaAaeuRzXRFnOslGlfXM?usp=sharing

πŸ“Œ Oleh itu, para pelajar boleh membuat persediaan rapi sebelum menduduki ujian tersebut.

Sekian, terima kasih.

”KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK”

Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.

[Tarikh: 31 Mac 2022]
πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—πŸŽ—
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2021/2022

[INFO AKADEMIK]

PERKARA: KELONGGARAN BAYARAN SESI MAC - OGOS 2022

Assalamualaikum dan Salam UiTM di hatiku✨

Berikut merupakan pemakluman mengenai kelonggaran bayaran yuran pengajian sesi Mac - Ogos 2022.

πŸ“Œ Dengan ini, Majlis Eksekutif Universiti (MEU) telah bersetuju untuk memberi kelonggaran bayaran yuran pengajian dengan membenarkan penagguhan bayaran bagi sesi II 2021/2022 kepada semua pelajar Pra-Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PHD).

πŸ“Œ Tarikh akhir bayaran yuran pengajian bagi sesi Mac - Ogos 2022 adalah pada 27 Ogos 2022.

πŸ“Œ Penangguhan bayaran akan diberikan secara automatik kepada pelajar yang masih belum membuat bayaran selepas 18 April 2022.

πŸ“Œ Oleh itu, para pelajar tidak perlu untuk membuat permohonan bagi tujuan penangguhan bayaran yuran bagi sesi pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

”KEPIMPINAN HOLISTIK PENERAJU MAHASISWA IDEALISTIK”


Dikeluarkan oleh:
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Perak
Sesi 2021/2022.

[Tarikh: 1 April 2022]