๐Ÿ“ก Info SABK Maahad Al-Khair Lil Banat
67 subscribers
126 photos
9 videos
8 files
79 links
Download Telegram
Forwarded from Nursakinah Qina
Photo from nursakinahnoortewan
Assalamualaikum..Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin kongsikan sedikit info berkaitan Panic Attack, sekiranya situasi ini pernah terjadi kepada diri atau individu di sekeliling kita, boleh cuba gunakan Teknik Pernafasan untuk membantu meredakan keadaan.
Channel name was changed to ยซ๐Ÿ“ก Info Maahad Al-Khair Lil Banatยป
Assalamualaikum..Jom tukar gambar profil kepada gambar anda yang terkini. Tidak perlu malu, yakin pada diri. Hargai dan Sayangi Diri Anda..
Calon peperiksaan SPM 2021 akan menerima dos pertama suntikan vaksin COVID-19 mereka, bulan depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pelajar terbabit akan menerima vaksin jenis Pfizer.

Tambahnya, suntikan akan dibuat di sekolah masing-masing.
Kami mencari anak-anak Asnaf dan anak golongan B40 (pendapatan bawah RM5000 sebulan) dari mana-mana negeri, untuk dibantu melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.

Kolej ini adalah dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Telah beroperasi sejak 29 tahun yang lepas dan kami telah berjaya melahirkan ramai Graduan yang cemerlang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kelayakan untuk masuk hanya menggunakan keputusan SPM yang sederhana sahaja.

Kami percaya Ilmu pengetahuan merupakan satu cara untuk seseorang lebih maju ke hadapan dan seterusnya mengubah nasib mereka serta dapat membantu keluarga mereka untuk keluar dari kategori Asnaf & B40. InshaAllah

Ini lah peluang kedua untuk mereka, walaupun tidak cemerlang dalam SPM. Kerana kami sedar bukan semua orang mampu untuk menyediakan keperluan pendidikan tambahan seperti tuisyen untuk anak-anak mereka.

Tolong share dan war-war kepada keluarga anda, sanak-saudara, kenalan & rakan-rakan, serta group2 whatsapp tentang peluang ini.

Semoga usaha kecil kita ini diberikan ganjaran oleh Allah SWT kerana apabila kita berusaha untuk bantu orang menuntut ilmu pahala nya amatlah besar.

Antara bantuan yang diberikan kepada pelajar di Kolej Profesional Baitulmal ini adalah:
๐Ÿ‘‰๐Ÿพ Yuran pendaftaran ditanggung.
๐Ÿ‘‰๐Ÿพ Elaun bulanan RM300 sebulan
๐Ÿ‘‰๐Ÿพ Asrama percuma
๐Ÿ‘‰๐Ÿพ Tajaan penuh apabila capai keputusan cemerlang
- CGPA 3.5 ke atas
- Asnaf, Fakir, Miskin dan Muallaf sahaja.
๐Ÿ‘‰๐Ÿพ Pinjaman PTPTN

Untuk info lanjut anda boleh whatsapp/ hubungi En. Ahmad di talian :
010-3139327

website:
www.kpbkl.edu.my

facebook :
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Antara Kursus Yang Ditawarkan: *(Sesi Kemasukan 26 & 27 Jun 2021)*
- Diploma Pengajian Muamalat.
- Diploma Pentadbiran Perniagaan.
- Diploma Pengurusan Industri Halal.
- Diploma Teknologi Maklumat (Keusahawanan)
- Diploma Syariah Islamiyah
- Diploma Pengurusan Zakat & Waqaf
- Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.

Janga Lupa SHARE, SHARE, SHARE dan Kongsikan Peluang Ini.

Sekian. Terima kasih.

Ahmad
Tel : 010-3139327

*Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur*
[WEBINAR TAFSIR : PENDIDIKAN SEKSUALITI ANAK-ANAK MENURUT NERACA AL-QURAN]

Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Sultan Azlan Shah menjemput semua untuk menonton forum diskusi dalam membicarakan pendidikan seksualiti anak-anak menurut neraca al-Quran.

Forum ini bertujuan untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai konsep dan objektif pendidikan seksualiti menurut perspektif al-Quran. Selain itu, ia bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan seksualiti di awal usia anak-anak serta kesan akibat pengabaian pendidikan seksualiti anak-anak.

๐Ÿ“Œ Panel Jemputan
Panel Pertama :
Dr. Nor Azyati binti Yusoff
Pensyarah Perubatan & Pakar Pediatrik,
Jabatan Pediatrik,
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan,
Universiti Putra Malaysia.

Panel Kedua :
Dr. Mohd Zulfahmi bin Mohamad
Ketua Jabatan Usuluddin,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Sultan Azlan Shah.

๐Ÿ“Œ Moderator
Ustaz Arif Amin bin Rushihi
Pensyarah Jabatan Usuluddin,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Sultan Azlan Shah.

Berikut merupakan maklumat butiran webinar:

๐Ÿ“† Tarikh: 30 Jun 2021 (Rabu)
โฒ๏ธ Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Pautan Webinar : Facebook Live Jabatan Usuluddin FPI USAS
https://www.facebook.com/JabatanUsuluddinUSAS
Salam Sejahtera Cikgu,

Maxis eKelas akan mengadakan Tutorial LIVE bersama Cikgu eKelas โ€“ BAHASA INGGERIS pada hari Jumaat, 2 Julai 2021 ini. Kami minta cikgu war-warkan kepada pelajar.

Walaupun duduk di rumah, masih boleh terus belajar dengan eKelas. Jom sertai Tutorial LIVE bersama Cikgu eKelas!

โ€ข 3 subjek utama (Matematik, Sains, & Bahasa Inggeris) ditawarkan setiap minggu.
โ€ข Hanya 30 minit setiap sesi dan padat dengan kandungan menarik.
โ€ข Cikgu eKelas bersedia membimbing dan menjawab semua soalan. Boleh tanya sampai faham!
โ€ข Nota disediakan di portal Maxis eKelas (https://www.ekelas.com.my/) untuk pelajar membuat ulangkaji terlebih dahulu sebelum menyertai Tutorial LIVE bersama Cikgu eKelas.
โ€ข Penyertaan adalah *PERCUMA!*
โ€ข Pelajar hanya perlu menyertai sesi YouTube Live di rumah sahaja menggunakan aplikasi YouTube.

Sila tekan pada pautan di bawah ini untuk sertai sesi YouTube Live pada hari *Jumaat, 2 Julai 2021*.

โ–บ Tahun 6
โ€ขBahasa Inggeris: 3.00 pm - 3.30 pm
Pautan YouTube Live: https://youtu.be/q-rpfIadKHk

โ–บ Tingkatan 1
โ€ข Bahasa Inggeris: 3.30 pm - 4.00 pm
Pautan YouTube Live: https://youtu.be/aPk0sZcyiXQ

โ–บ Tingkatan 2
โ€ข Bahasa Inggeris: 4.00 pm - 4.30 pm
Pautan YouTube Live: https://youtu.be/iMHF6fYGZ9Y

โ–บ Tingkatan 3
โ€ข Bahasa Inggeris: 4.30 pm - 5.00 pm
Pautan YouTube Live: https://youtu.be/6VJHpL5qjt0

โ–บ Tingkatan 4
โ€ข Bahasa Inggeris: 5.00 pm - 5.30 pm
Pautan YouTube Live: https://youtu.be/AW-BdpcssU4

โ–บ Tingkatan 5
โ€ข Bahasa Inggeris: 5.30 pm - 6.00 pm
Pautan YouTube Live: https://youtu.be/sN9RCJ46Dy4


Jom memeriahkan Sesi Tutorial LIVE Bersama Cikgu eKelas nanti ya!
#TanyaSampaiFaham \(^_^)/
Assalamualaikum wbt.
Dukacita dimaklumkan Isteri Ustaz Radzi, Ustazah Faridah telah kembali ke Rahmatullah pd jam 4.40 pagi td..Minta sedekahkan Al-Fatihah & doa buat Al-Marhumah Ustazah Faridah.
ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู… ุงุบูุฑู„ู‡ุง ูˆุงุฑุญู…ู‡ุง ูˆุนุงูู‡ุง ูˆุงุนู ุนู†ู‡ุง.