HEP FSSR Information Hub
287 subscribers
29 photos
2 videos
18 files
32 links
Download Telegram
Submission deadline utk Challenge ni ialah 30 Nov 2021 (was launched on 25 Sept)
MAKLUMAN UNTUK AR HEP/HEA : PELANJUTAN TEMPOH PENGHANTARAN DOKUMEN TAWARAN DAN PERJANJIAN PINJAMAN PTPTN

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana tuan/puan maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi dilaksanakan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19. Susulan itu, dimaklumkan bahawa tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 8 November 2021 dilanjutkan sehingga 14 Disember 2021. Penghantaran dokumen tersebut boleh dibuat ke pejabat cawangan PTPTN berhampiran.

Sehubungan itu, kerjasama pihak IPT adalah dipohon untuk membuat hebahan berkenaan perkara ini kepada pelajar masing-masing.

Kerjasama tuan/puan didahului ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Photo from Mohamad Saiful
*JOM MENGUNDI (ONLINE) JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2021/2022* 🗳

*Tarikh :*
Mulai 21 Disember 2021 (8.00 pagi) hingga 22 Disember 2021 (6.00 petang)

Klik pautan berikut untuk mengundi https://mystudent.uitm.edu.my

Sebarang pertanyaan sila emel / hubungi ejpp2021@uitm.edu.my / 03-5543 8595

Sekian, terima kasih.

*JAWATANKUASA PELAKSANA eJPP 2021/2022*
Photo from Mohamad Saiful
Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya.