Info Astronomi Malaysia
1.49K subscribers
790 photos
34 videos
8 files
430 links
Info info menarik berkaitan ilmu astronomi atau falak yang berlaku di Malaysia serta seluruh dunia .
Download Telegram
Mars Exploration Family Portrait . .

pendarat InSight secara rasmi telah menjadi
' ahli keluarga ' yang terbaru . .

untuk imej yang lebih jelas :

http://planetary.s3.amazonaws.com/assets/images/charts-diagrams/2018/20181126_mars-exploration-family-portrait-v09.jpg
Info Astronomi Malaysia:
Sebut sahaja nama Arab Saudi , mesti terlintas di fikiran kebanyakkan orang bahawa negara tersebut merupakan negara yang sentiasa panas serta keadaan muka buminya berpandang pasir yang luas tanpa tumbuh - tumbuhan yang menghijau .

Bila tersebar gambar - gambar pemandangan yang dipenuhi tumbuhan hijau di Arab Saudi ,
terus dikaitkan dengan tanda - tanda kiamat .

Sabar . .
tunggu dahulu .
jangan terburu - buru mengaitkan itu ini .
..

klik link untuk baca :


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2191776591035710&id=100006101700227
TAHUKAH ANDA ? :

Bumi -> 1 Hari =
23 jam, 56 minit dan 4 saat

Marikh -> 1 Sol =
24 jam, 39 minit dan 35 saat

Sol merujuk kepada ' hari ' bagi planet Marikh .
gambar terbaru planet Marikh yang berjaya diambil oleh pendarat InSigh yang kini berada di permukaan planet tersebut .
..

bagi yang ingin menyaksikan gambar - gambar terbaru yang berjaya diambil oleh InSight , boleh ke klik pautan ini :

https://mars.nasa.gov/insight/multimedia/raw-images/?order=sol+desc%2Cdate_taken+desc&per_page=100&page=0&mission=insight
Buruj Orion dan Buruj Belantik . .
..

Sejak dari zaman sekolah lagi kita dididik bahawa Buruj Orion dan Buruj Belantik itu merupakan buruj yang sama . .

Yang membezakannya adalah :
Belantik itu nama yang diberikan oleh orang Melayu , Orion pula nama yang diberikan oleh
" orang putih "

Secara teknikalnya , ia tidak tepat .

Buruj Orion dan Buruj Belantik merupakan buruj yang mempunyai bentuk yang berbeza walaupun bintang - bintang yang membentuk kedua buruj tersebut hampir sama .

Buruj Orion melambangkan seorang pemburu di dalam mitologi Yunani . .

Buruj Belantik pula melambangkan perangkap jenis tombak yang kebiasannya digunakan untuk menangkap haiwan besar seperti rusa , kijang dan lain - lain .

Jom kita sama - sama perbetulkan kesalahfahaman ini .

Belantik itu belantik . . Bukan Orion sang pemburu .
..
..

Kredit gambar buruj Belantik :

Nurul Fatini Jaafar
LANGIT UNTUK SEMUA . .

Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-100 penubuhan International Astronomical Union (IAU), aktiviti 100 Hours of Astronomy atau Astronomi 100 jam telah di jadualkan untuk dijalankan di seluruh dunia bermula daripada 10 Januari hingga 13 Januari 2019.
..

Planetarium Negara akan turut menjayakan beberapa aktiviti bersempena program 100 Hours of Astronomy.

Pergi ke pautan di bawah untuk mengetahui senarai program yang diadakan di seluruh negara . .

https://www.planetariumnegara.gov.my/index.php/2019/01/09/100-hours-of-astronomy/

FB Planetarium Negara :

https://www.facebook.com/planetariumnegara/
Sebuah Asteroid yang tergolong dalam kumpulan asteroid Apollo iaitu " 2019 AS5 " telah bergerak melintasi Bumi dengan jarak sekitar 0.04 LD atau sekitar
15000 KM iaitu kurang daripada satu kali jarak Bumi ke Bulan pada jam 0037 UTC , 08 Januari 2019 yang lalu .
..

* Anggaran diameter 2019 AS5 ini adalah diantara 0.94 m dan 2.1 m . .

Fuhhh . .

Mujur melintas sahaja . .

Kalau memasuki atmosfera Bumi , dengan saiz sedemikian , ia akan meledak dan berkecai di udara .
ASTEROID 2002 NT7 TELAH MELINTASI BUMI AWAL PAGI HARI INI . .

Masih ingat lagi isu sebuah asteroid 2002 NT7 yang heboh ketika ini kononnya akan menghentam Bumi pada awal bulan Februari 2019 nanti ?

Untuk pengetahuan semua , 2002 NT7 telah selamat melintasi Bumi pada awal pagi tadi .

Asteroid 2002 NT7 telah berada pada titik terdekatnya dengan Bumi pada jam 1250 AM , 14 Januari 2019 ( waktu Malaysia ) dengan jarak sekitar 61 Juta Kilometer atau sekitar 159 kali jarak Bumi ke Bulan .

Pada 01 Februari 2019 pula , asteroid tersebut akan berada pada jarak sekitar 69 juta kilometer atau sekitar 180 kali jarak Bumi ke Bulan .
Peluang Menyaksikan Stesen Angkasa Antarabangsa ( ISS ) di langit Malaysia .

Pada malam ini ( 14 Januari 2019) , kita di Malaysia berpeluang menyaksikan lintasan Stesen Angkasa Antarabangsa ( ISS ) .

Lokasi yang berpeluang menyaksikan peristiwa ini adalah keseluruhan semenanjung Malaysia dan sebahagian negeri Sarawak .

..

Pukul berapa dan arah mana untuk kita menyaksikan peristiwa ini ?

Hasil data lintasan ISS yang diperolehi ,
Cerapan boleh dilakukan bermula sekitar jam 0836 PM sehingga 0843 PM
..

ISS akan terbit di sekitar arah barat daya dan bergerak menghala ke arah timur laut dengan keadaan yang malap dan beransur - ansur meningkat kecerahannya sebelum kembali malap tatkala ia semakin meninggi di langit .

..

Untuk pengetahuan , waktu yang dinyatakan di atas adalah waktu secara rawak untuk di keseluruhan lokasi yang berpeluang menyaksikan peristiwa ini .

Untuk mengetahui waktu lintasan yang lebih tepat ,

Kita boleh ke laman sesawang :-

( heavens-above.com )
..

Laman sesawang tersebut antara laman paling mudah serta diminati peminat astronomi kerana membolehkan kita mendapatkan segala maklumat data lintasan objek buatan seperti satelit dan sebagainya di ruang angkasa lokasi masing - masing . .
..

Apa yang diperlukan hanyalah memasukkan data lokasi masing - masing di laman tersebut . .

Selepas itu , kita boleh memilih samada untuk melihat ISS , satelit dan lain - lain .
..

Nota tambahan :-

ISS jika disaksikan dengan mata kasar hanya kelihatan seperti cahaya bintang berwarna putih , tidak berkelip serta bergerak laju dan lurus .
..

* Gambar menunjukkan kedudukan ISS dan arah lintasannya di langit .
Pada 20 Januari 2019 , terdapat dua buah Asteroid akan melintasi Bumi kita .

1) Asteroid 2019 AB5

Ia akan berada pada titik terdekatnya dengan Bumi pada jam 0655AM , 20 Januari 2019 ( waktu Malaysia ) dengan jarak sekitar 2.8 Juta Kilometer atau sekitar 7.5 kali jarak Bumi ke Bulan .

Diameter : 28 meter
..

2) Asteroid 2019 AZ8

Ia akan berada pada titik terdekatnya dengan Bumi pada jam 0918 AM , 20 Januari 2019 ( waktu Malaysia ) dengan jarak sekitar 5.2 Juta Kilometer atau sekitar 13.7 kali jarak Bumi ke Bulan .

Diameter : 25 meter
..

Purata 1 kali jarak Bumi ke Bulan
( * unit : LD ) adalah sekitar
384401 Kilometer .