Info Kuliah SPAA
556 subscribers
5.33K photos
96 videos
40 files
1.91K links
Group ini hanya akan menyalurkan info Kuliah SPAA. Sebarkan...
Download Telegram
Alhamdulillah, program Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha yang berlangsung pagi tadi di SPAA telah berjalan dengan jayanya dalam suasana penuh kemeriahan dengan kehadiran para penduduk setempat, sukarelawan serta para peserta korban.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Menteri Pendidikan yang sudi meluangkan masa bersama masyarakat setempat bagi menyantuni para peserta dan petugas program. Kehadiran beliau amat dihargai serta menjadi pembakar semangat kepada seluruh jawatankuasa dan komuniti yang terlibat.

Sebanyak 8 ekor lembu telah berjaya disempurnakan dalam suasana penuh gotong-royong, ukhuwwah dan semangat kebersamaan. Daging korban kemudiannya diagihkan kepada para peserta, asnaf dan penduduk yang memerlukan di sekitar kawasan kariah.

Pihak SPAA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa, petugas, sukarelawan, peserta korban serta para penyumbang yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga segala amal kebajikan dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan dan rahmat buat seluruh warga kariah.

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.”
(Surah Al-An’am : 162)

#SurauPutraAlAmin