INFO Perpustakaan Laman Hikmah
271 subscribers
1.04K photos
7 videos
2 files
232 links
Telegram rasmi Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan Perpustakaan Laman Hikmah yang terkini.
Download Telegram
Channel photo updated
Pihak pembekal Proquest akan mengaktifkan akses PERCUMA bagi pangkalan data ProQuest Central yang mengandungi jurnal bagi subjek Business, Health and Medical, Language and Literature, Social Sciences, Education, Science and Technology, Performing and Visual Arts, History, Religion, Philosophy dan termasuk surat khabar dari seluruh dunia.

Anda boleh mengakses pangkalan data ini sehingga 15 Ogos 2020 melalui portal PLH. Pengaksesan dari luar kampus juga adalah menggunakan pautan yang sama.

#perpustakaanlamanhikmah
#utem20years
#proquestcentral
Pihak ProQuest akan mengadakan  sesi webinar Supporting online learning with ProQuest seperti ketetapan berikut:
 
Masa   : 2.30 petang โ€“ 3.00 petang (waktu Malaysia)

Tarikh  : 1 Julai 2020 (Rabu) /
 5 Ogos 2020 (Rabu)

Pada yang berminat untuk menyertai webinar ini, pendaftaran boleh dibuat pada link yang tertera di poster.Rakaman webinar juga boleh didapati bagi yang telah membuat pendaftaran.

#perpustakaanlamanhikmah
#utem20years
#proquest
Sit, Relax & Play some fun games at our library.
Game Zone @ PLH is the perfect entertainment for EVERYONE!

Don't forget SOP! ๐Ÿ˜‰

#perpustakaanlamanhikmah
#utem20years
#gamezone
Untuk makluman warga UTeM, hanya 6 Pangkalan Data yang dilanggan bagi tahun 2021.

Semoga warga UTeM dapat memaksimumkan penggunaan pangkalan data yang telah dilanggan ini bagi tujuan P&P.

#langgananpangkalandata2021
#perpustakaanlamanhikmah
Selamat pagi.

Sekiranya terdapat pengguna yang ingin merujuk tesis atau Projek Sarjana Muda (PSM) bolehlah membuat temu janji bersama kami dengan menghubungi pegawai berikut:

Encik Zaidi : 06-270 1225 / 019-9226651
En. Harulrizam : 06-270 1216/ 013-7031190

Mohon maklum temu janji adalah pada hari RABU sahaja.

Terima kasih.

#perpustakaanlamanhikmah
PEMAKLUMAN : NOTIS GANGGUAN CAPAIAN RANGKAIAN, LAMAN WEB, SISTEM MAKLUMAT DAN INTERNET UTeM

Dimaklumkan bahawa kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) secara dalam talian seperti WebOPAC, User Account KOHA, Portal Perpustakaan Laman Hikmah dan EZproxy tidak dapat diakses dalam tempoh seperti ketetapan berikut :-

๐Ÿ—’Hari/Tarikh/Masa : Jumaat (18 Februari 2022) 6.00PM sehingga Ahad (20 Februari 2022) 8.00PM

HARAF MAAF, SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI!

#perpustakaanlamanhikmah
Assalamualaikum wrt. wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Perkhidmatan Perpustakaan Laman Hikmah akan DITUTUP pada Cuti Umum Awal Ramadhan 1443/2022 seperti  ketetapan berikut:-
 
TARIKH : 04 APRIL 2022 (ISNIN)

3.     Ruang Legar Kampus Induk masih dibuka 24 jam kepada pengguna. Perpustakaan Laman Hikmah akan beroperasi kembali pada 05 APRIL 2022 (Selasa).
 
Sebarang pertanyaan mengenai waktu perkhidmatan Perpustakaan, sila hubungi Kaunter Sirkulasi ditalian 06-2701200.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian, harap maklum.
Book & Coffee 10/2022 โ˜•

Foundations of software testing : ISTQB certification
QA76.76.T48 .G73 2020
Main Campus, PLH

[Drink coffee, read book, be happy]

#bookandcoffee
#perpustakaanlamanhikmah
Tahniah diucapkan kepada Cik Rasida binti Abu Bakar, Pustakawan Kanan dan Puan Nurul Akmar binti Mehat, Pustakawan Kanan di atas pembentangan kertas persidangan dalam Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2022.

#perpustakaanlamanhikmah
#plhutem
#PTPM2022
Pihak Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) dengan kerjasama Persatuan Alumni UTeM (AUTeM) dan Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) akan menganjurkan Program Sembang AUTeM @ Memori Korporat (โ€œMenelusuri Kecemerlangan & Kegemilangan UTeM: Di Sini Segala Bermula...โ€).

Program ini bertujuan untuk mengumpul alumni-alumni UTeM bagi berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan sejarah awal penubuhan universiti melalui sejarah lisan.

Pihak perpustakaan berbesar hati menjemput untuk menyertai program ini pada ketetapan berikut:

Tarikh : 9 Jun 2022 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat/Platform : Ruang Santai, Aras 1, Perpustakaan Laman Hikmah (Kampus Induk)
Syabas Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM kerana telah terpilih sebagai 10 finalis dalam Pertandingan SDG Perpustakaan Akademik Universiti Peringkat Akhir yang akan berlangsung hari ini. Warga PLH amat berbangga dengan pencapaian ini.

Semoga berjaya!

Semua dijemput untuk mengikuti Pertandingan SDG tersebut pada link berikut :
https://upsi.webex.com/.../1a4a4297f1974afa85f80eab5e1d9e...

Sesi UTeM : Jam 10.30 Pagi - Memartabatkan Ilmu Pengetahuan Melalui Bual Bicara Keilmuan Dalam Melestari PSH : Talkshow@Library : The Unsung Hero (UTeM).
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN KAUNTER SIRKULASI PERPUSTAKAAN LAMAN HIKMAH

Perkhidmatan Kaunter Sirkulasi akan ditutup sementara bermula 2.00 petang hingga 5.30 petang pada 2 Jun 2022 bagi memberi laluan kepada staf PLH menghadiri Program Kesidang Mas bersama Naib Canselor.

โ˜Ž๏ธSebarang pertanyaan mengenai waktu perkhidmatan Perpustakaan, sila hubungi Kaunter Sirkulasi di talian 06-2701200.

#perpustakaanlamanhikmah
#utem