USIM | Info Akademik USIM
11.6K subscribers
481 photos
2 videos
26 files
312 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2024
Download Telegram
https://www.instagram.com/p/DFy6v5ozHz1/?igsh=MXdsdWJ4bThldzcxMA==

Kekuatan dan ketabahan seorang pensyarah bersama-sama para pelajarnya di dewan peperiksaan walaupun dalam keadaan berkerusi roda. Inspirasi kepada kita semua menunjukkan betapa besar pengorbanan seorang pendidik dan kasih sayang terhadap pelajarnya ❤️
https://vt.tiktok.com/ZSMJkEeEB/

Semoga kecekalan dan ketabahan pelajar tahun akhir FPQS, Abdul Razak Hazman ini menjadi contoh serta inspirasi kepada kita semua.

Al-Fatihah buat ayahnya ❤️
PRA-PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2024/2025

Pra-pendaftaran kursus bagi Semester II, Sesi Akademik 2024/2025 (Sem A242) telah ditetapkan sebagaimana seperti di notis rasmi.

Mohon kerjasama semua pelajar (termasuk pelajar berstatus Tangguh Pengajian serta Tidak Mendaftar pada semester semasa) untuk membuat pra-pendaftaran kursus sebagaimana tarikh yang ditetapkan menerusi portal iStudent baharu di pautan berikut https://istudent2.usim.edu.my

Lihat notis rasmi melalui pautan https://shorturl.at/VcCCU

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
PENUTUPAN SEMENTARA PERMOHONAN SURAT PENGESAHAN PELAJAR/KWSP

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Surat Pengesahan Pelajar dan Surat Pengesahan Bagi Pengeluaran KWSP untuk Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 (A241) akan ditutup mulai pada 10 Mac 2025 hingga 16 Mac 2025. Penutupan ini adalah untuk tujuan pengemaskinian status aktif pelajar bagi Semester II, Sesi Akademik 2024/2025 (A242).

Lihat notis rasmi melalui pautan https://shorturl.at/rtWfQ

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1446H

Selamat berpuasa, semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kemudahan dalam menjalankan ibadah ini hingga datang Hari Kemenangan.

Ikhlas dari wargakerja Pusat Pengurusan Akademik USIM
TARIKH PENTING PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025 SARJANA MUDA

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan,
Bhgn. Pengurusan Prasiswazah,
Pusat Pengurusan Akademik.


Telefon 067988148 | Whatsapp wa.me/6067988148
PENDAFTARAN BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2024/2025 (A242)

Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran bagi Semester II, Sesi Akademik 2024/2025 secara online melalui portal iStudent (https://istudent2.usim.edu.my) telah ditetapkan seperti dipautan https://shorturl.at/qEMfb

Pelajar yang tidak membuat pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan TIDAK AKAN DIBENARKAN mengikuti pengajian pada semester berkenaan.

Sebarang kemusykilan boleh merujuk terus kepada fakulti masing-masing.

Lihat notis penuh ➡️ https://shorturl.at/qEMfb

Dikeluarkan oleh,
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025 (A241)

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 (A241) bagi program Sarjana Muda boleh dicapai melalui Portal iStudent atau Mobile Apps -https://usimmobile.usim.edu.my selepas pengesahan Mesyuarat Senat Universiti pada 12 Mac 2025 mulai jam 6.00 petang.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pelajar boleh merujuk terus ke pejabat fakulti masing-masing atau menghubungi Pusat Pengurusan Akademik (PPA) di talian 06-7988148 (Whatapps wa.me/6067988148) atau emel kepada peperiksaan@usim.edu.my

Lihat notis penuh di https://shorturl.at/ERyBV

Dikeluarkan oleh:-
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PENILAIAN KURSUS PEPERIKSAAN AKHIR & RAYUAN MENERUSKAN SEMULA PENGAJIAN (KES GAGAL DAN DIBERHENTIKAN) BAGI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI AKADEMIK 2024/2025

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 (A241) bagi program Sarjana Muda telah disahkan oleh Senat Universiti dan boleh diakses melalui portal iStudent/Mobile Apps mulai pada 12 Mac 2025.

Pelajar boleh membuat permohonan Semakan Semula Keputusan Penilaian Kursus Peperiksaan Akhir Semester dan Rayuan Meneruskan Semula Pengajian (Kes Gagal Diberhentikan) merujuk kepada pautan notis rasmi https://shorturl.at/h6jk1

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang seperti di lampiran. Borang-borang juga boleh dimuat turun melalui laman web Pusat Pengurusan Akademik (PPA) https://ppa.usim.edu.my/bahagian-pengurusan-prasiswazah/muat-turun/

Sekian.

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
TARIKH-TARIKH PENTING BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2024/2025 (A242)

Dimaklumkan bahawa tarikh-tarikh penting berkaitan pendaftaran kursus dan penjadualan bagi pelajar program Sarjana Muda, Semester II, Sesi Akademik 2024/2025 adalah seperti dipautan https://shorturl.at/FPJEl

Pelajar perlu mematuhi tarikh-tarikh yang ditetapkan serta bertanggungjawab terhadap pendaftaran kursus masing-masing bagi mengelakkan berlakunya sebarang permasalahan semasa Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester kelak. Pelajar adalah dinasihatkan untuk menyemak melalui portal iStudent masing-masing dari semasa ke semasa.

Sekian, harap maklum.

‘BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA’

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
‼️MAKLUMAN DARI PUSAT PENGAJIAN TERAS (PPT)‼️

PELAJAR YANG MENGIKUTI KURSUS WAJIB DIMOHON UNTUK IMBAS LINK INI UNTUK KE GROUP KELAS MASING-MASING (WHATSAPP / TELEGRAM).


SENARAI KURSUS:
UTC1022 ETHICS AND CIVILZATION
UTI1032 AL-DIRASAT AL- ISLAMIYYAH II
UTK2012 PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH
UTP1012 FALSAFAH DAN ISU SEMASA
UTR1012 KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH
UTT3012 PENGANTAR KITAB TURATH
UTU3012 KEUSAHAWANAN
JADUAL PEPERIKSAAN GANTIAN SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025 SARJANA MUDA

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Gantian Akhir Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 (A241) bagi program Sarjana Muda akan berlangsung mulai pada 8 hingga 10 April 2025 (Selasa hingga Khamis) bertempat di Dewan Peperiksaan Tamhidi, Aras 5.

Peperiksaan Gantian ini akan diadakan sekali sahaja pada tarikh yang telah ditetapkan. Pelajar yang gagal menghadirkan diri pada tarikh yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah akan dikira TIDAK HADIR (TH) dan mendapat GRED F (GAGAL).

➡️ NOTIS RASMI: https://shorturl.at/4ec4K
➡️ SENARAI NAMA & NO MEJA: https://shorturl.at/qeh4k

Sebarang kemusykilanhubungi Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988148/7978650 atau melalui emel peperiksaan@usim.edu.my atau Whatapps PPA wa.me/6067988148 untuk maklumbalas segera.

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2024/2025 (AMBILAN MAC 2025)

Dimaklumkan bahawa permohonan Pemindahan Kredit pelajar Sarjana Muda Lepasan Diploma Ambilan Mac bagi Semester II, Sesi Akademik 2024/2025 adalah seperti berikut:

📅 Tarikh : 17 hingga 23 Mac 2025
🖇 Capaian : iStudent > Services > Credit Transfer


Pelajar perlu:
1. Semak struktur program masing-masing dan masukkan semua kursus peringkat Diploma yang ingin dibuat Pemindahan Kredit;
2. Jelaskan bayaran RM30.00 menerusi perbankan online ke akaun Bendahari USIM (No. AkaunBIMB 05058010008884);
3. Muat naik slip bayaran serta salinan Transkrip Akademik Rasmi (Diploma).

⚠️ Permohonan yang diterima selepas 23 Mac 2025 tidak akan diproses.

Lihat notis penuh di ➡️ https://shorturl.at/5S52T

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
‼️PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA,USIM‼️

PELAJAR BOLEH IMBAS QR TERSEBUT UNTUK MENDAPATKAN LINK KELAS BAGI KURSUS-KURSUS BAHASA INGGERIS

SENARAI KURSUS SEPERTI BERIKUT:

BIP1012
BIA2012
BIP2012
BIF2012
BIA3012
BIU3012
BIF4012
BIS4022
BIF4022
BIF4032
BIF4042
BIF4052
BIS5012
‼️MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR : GANGGUAN RANGKAIAN DI KAMPUS NILAI‼️

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan warga USIM yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa Kampus USIM Nilai sedang mengalami gangguan rangkaian buat masa ini. Pihak SDEC sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih.

Maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan kami amat menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak.

Sekian, terima kasih.

SDEC USIM
18 Mac 2025
8:15am
MAKLUMAN PINDAAN JADUAL PEPERIKSAAN GANTIAN SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025 SARJANA MUDA

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat perubahan kepada Jadual Peperiksaan Gantian Akhir Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 (A241) bagi program Sarjana Muda yang telah dikeluarkan pada 16 Mac 2025 bagi Slot 3 dan Slot 4. Maklumat pindaan Jadual Peperiksaan Gantian A241 adalah seperti di pautan berikut https://shorturl.at/eo8Ng

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988104/8650/8651 atau melalui emel di alamat peperiksaan@usim.edu.my atau Whatapps PPA wa.me/6067988148 untuk maklumbalas segera.

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
‼️ PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA, USIM‼️

PELAJAR BOLEH IMBAS QR TERSEBUT UNTUK MENDAPATKAN LINK KELAS BAGI KURSUS-KURSUS BAHASA ARAB YANG TELAH DIDAFTAR

SENARAI KURSUS SEPERTI BERIKUT :

BAF1022 / BAP1022 /BAA1022
BAA2022/BAU2022
BAM3032
BAM3042
aBAA3022/BAF3022
‼️ PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR BOLEH IMBAS QR TERSEBUT UNTUK MENDAPATKAN LINK KELAS BAGI KURSUS-KURSUS BAHASA ELEKTIF YANG TELAH DIDAFTAR ‼️

SENARAI KURSUS SEPERTI BERIKUT :

BJA2013
BJA2023
BJA3033
BMA2013
BMA2023
BPA2013
BPA2023
BPA3033
Bulan Ramadan telah kita lalui. Kini tiba hari kemenangan yang suci.

Untuk itu, marilah kita bersihkan hati dari segala khilaf dan kesalahan.

Admin mewakili Pusat Pengurusan Akademik USIM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H, Maaf zahir & batin.
‼️MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR‼️

Dimaklumkan bahawa semua staf Pusat Pengurusan Akademik (PPA) akan berada di Dewan Tuanku Canselor pada:

📆Tarikh: 9 April 2025 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari


bagi menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Universiti Sains Islam Malaysia.

Sehubungan dengan itu, sebarang urusan berkaitan boleh berhubung melalui aplikasi WhatsApp seperti berikut:

Bahagian Pengurusan Prasiswazah
WHATSAPP:
wa.me/6067988148

Bahagian Pengurusan Siswazah
WHATSAPP:
wa.me/6067978640

Bahagian Pemasaran dan Kemasukan Pelajar
WHATSAPP:
wa.me/6067978683

Sekian, terima kasih.