USIM | Info Akademik USIM
11.6K subscribers
475 photos
2 videos
26 files
308 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2024
Download Telegram
[TEASER] Drama Raya USIM 2024: Pesan Ibu

https://youtu.be/jUkLVoUeD1g

Saksikan ‘Pesan Ibu’ pada 1 April 2024 secara eksklusif di YouTube dan Facebook USIMTV.

#USIMIhsanInsani
#USIMRaya2024
'PESAN IBU' - FILEM PENDEK RAYA USIM 2024

https://youtu.be/9YoGRnEpoPE

#USIMPesanIbu
Wacana IFWMI-AZKA: Infaq Pembangunan Peradaban: Kemanakah Dana Infaq Disalurkan?

Ayuh kita dengarkan perkongsian panelis dengan menonton siaran langsung ini di https://www.youtube.com/watch?v=GaRqJCIpRQs
Tonton Iklan Raya FEM 2024: Adik; Adaptasi kisah realistik sempena Aidilfitrii.

Iklan Raya 2024: Adik
https://youtu.be/sQC7_jBfw0U

Kongsikan juga pada kenalan yang lain.
Alhamdulillah ‘Pesan Ibu’ kini telah mencapai lebih 100,000 tontonan di YouTube. Terima kasih untuk semua yang telah menonton.

Teruskan menonton di USIMTV

https://youtu.be/9YoGRnEpoPE
Pusat Pengurusan Akademik (PPA), Universiti Sains Islam Malaysia mengucapkan Salam Aidilfitri 1445H buat seluruh warga universiti, para alumni dan seluruh umat Islam.

#USIMRaya2024
SEMAKAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2023/2024 (A232)

Semua pelajar dikehendaki membuat semakan dan pengesahan terhadap senarai kursus yang didaftarkan mulai pada 29 April hingga 5 Mei 2024 (minggu ke-5 perkuliahan) melalui portal iStudent >>> Timetable.

Hanya kursus yang disahkan sahaja yang akan dijana untuk penilaian / peperiksaan akhir.

Sebarang kemusykilan atau pembetulan terhadap pendaftaran kursus, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik
di talian 06-798 8110 (Whatsapp wa.me/6067988110) atau e-mel kepada bpa@usim.edu.my

Sekian, harap maklum.

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
PERHATIAN KEPADA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA USIM
PENGEMASKINIAN NAMA JAWI DI DALAM PORTAL iSTUDENT

DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) ADALAH DIMOHON UNTUK MENGEMASKINI MAKLUMAT DIRI TERUTAMANYA MELENGKAPKAN NAMA DALAM EJAAN JAWI DI DALAM PORTAL iSTUDENT SEPERTI DIATAS.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN MENGEMASKINI SEGALA MAKLUMAT TERSEBUT SEBELUM ATAU PADA 1 JUN 2024. KEGAGALAN PELAJAR MENGEMASKINI MAKLUMAT TERSEBUT TERUTAMANYA PELAJAR YANG AKAN BERGRADUASI PADA TAHUN INI MENYEBABKAN NAMA JAWI DALAM SKROL IJAZAH PELAJAR TIDAK TERTERA.

SEBARANG KEMUSYKILAN SILA BERHUBUNG TERUS MELALUI SEKSYEN PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN, BAHAGIAN PENGURUSAN PRASISWAZAH (BPPS) DI SAMBUNGAN 06-7988326/8335 ATAU APLIKASI WHATSAPP wa.me/6067988335 ATAU EMEL pengijazahan@usim.edu.my

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Dikeluarkan oleh
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa 12 Kursus Micro-Credential USIM akan ditawarkan dengan harga diskaun sehingga 30 Syawal 1445H. Segala maklumat berkaitan Kursus Micro-Credential USIM boleh diakses di pautan https://mooc.usim.edu.my/.

Jangan lepaskan peluang meningkatkan kemahiran anda sambil menikmati diskaun sempena bulan yang mulia ini.

🎓 #USIM #MicroCredential #OnlineCourses #Education #MOOC
Dapatkan Tudung Eksklusif اوسيم bersempena Ulangtahun USIM ke-24 melalui portal: https://faemhub.onpay.my/order/form/hijabpremium/muamalatsc

Istimewa sempena Tutelage Raya FEM; kod promo sah sehingga 27 April 2024 Jam 9.00 pagi
Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah seterusnya sebahagian dari tisu otak akan rosak kerana kurang bekalan oksigen dan apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang.

Agak bahaya bukan? Nak tahu lagi?

Jom sertai Tazkirah Bulanan: Pusat Pengurusan Akademik dengan tajuk menarik kali ini

"Stroke: Time is Brain"
📅 Tarikh: 3 Mei 2024
Masa: 10:30 pagi


🔴 Secara dalam talian melalui pautan dibawah-
Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=mcmhl0sVsJs
Facebook page: http://facebook.com/academicusim
Pendaftaran UEPT

Sila scan untuk membuat pendaftaran.

Sumber:
Bhgn. Pengurusan Siswazah USIM
Tinggal 5 hari sahaja lagi!

Dapatkan Tudung Eksklusif اوسيم bersempena Ulangtahun USIM ke-24 melalui portal: https://faemhub.onpay.my/order/form/hijabpremium/muamalatsc
40 TAHUN. PERMULAAN atau PENGAKHIRAN?

Allah swt. berfirman,
“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Nak kami kupas dengan lebih lanjut?? Okey jom sama-sama kita dengarkan Tazkirah Bulanan Pusat Pengurusan Akademik dengan tajuk menarik kali ini

"40 Tahun: Permulaan atau Pengakhiran?"
📅 Tarikh: 28 Mei 2024
🏷 Hari: Selasa
Masa: 10:00 pagi


🔴 Secara dalam talian melalui pautan dibawah
➡️ Youtube: https://www.youtube.com/@academicusim
➡️ Facebook page: http://facebook.com/academicusim
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I - A231 (GANTIAN)

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir SEMESTER I - A231 (Gantian) bagi program Sarjana Muda boleh dicapai melalui Portal iStudent atau Mobile Apps -https://usimmobile.usim.edu.my selepas pengesahan Mesyuarat Senat Universiti pada 29 Mei 2024 mulai jam 6.00 petang.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pelajar boleh merujuk terus ke pejabat fakulti masing-masing atau menghubungi Pusat Pengurusan Akademik (PPA) di talian 06-7988335 (Whatapps wa.me/6067988335) atau emel kepada peperiksaan@usim.edu.my

Dikeluarkan oleh:-
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
DAULAT TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 3 Jun 2024 bersamaan 25 Zulkaedah 1445H.

Sembah takzim daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor serta seluruh warga USIM.

#DaulatTuanku
#USIM
ASSALAMUALAIKUM WBT.

DIMAKLUMKAN BAHAWA BAHAGIAN PENGURUSAN PRASISWAZAH (BPPS), PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA) SEDANG MENJALANKAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN BPPS UNTUK MENDAPATKAN MAKLUM BALAS KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN YANG TELAH DIBERIKAN PADA SEPARUH TAHUN PERTAMA (JAN-JUN 2024).

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KERJASAMA SEMUA STAF/PELAJAR DIHARAPKAN AGAR DAPAT MENGISI BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN SEPERTI YANG TERTERA PADA PAUTAN DI BAWAH SEBELUM ATAU PADA 28 JUN 2024 (JUMAAT).

PAUTAN SEPERTI BERIKUT :
https://forms.gle/Tsy2AQ8rH1qrSzDq6

RESPON CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN DARIPADA ANDA AMATLAH KAMI HARGAI.

TERIMA KASIH 😊