USIM | Info Akademik USIM
11.6K subscribers
479 photos
2 videos
26 files
312 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2024
Download Telegram
TARIKH-TARIKH PENTING PENILAIAN/PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1, SESI AKADEMIK 2023/2024
Apakah itu kanser? Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. Kanser adalah sejenis penyakit sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam keadaan yang tidak boleh dikawal dan boleh mengakibatkan pemusnahan sel-sel berdekatan atau merebak ke organ-organ.

Nak tahu lagi berkaitan kanser dan kaedah pencegahan, jom sama-sama kita mendengar Tazkirah Bulanan Pusat Pengurusan Akademik dengan tajuk menarik hari ini.

Kanser: Cegah sebelum parah

📅Tarikh : 23 Februari 2024 (Jumaat)
Masa : 9:30 pagi
🧕🏻Penceramah : Dr. Nurul Nadia Jamaluddin, Pensyarah FPSK
🔗Pautan : https://rb.gy/86sd7k dan https://www.facebook.com/akademik.usim/

Semua dijemput hadir
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA

PENDAFTARAN BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2023/2024 (A232)

1. Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran bagi Semester II, Sesi Akademik 2023/2024 secara online melalui portal iStudent (https://istudent2.usim.edu.my) telah ditetapkan seperti berikut:

Tahun 3 dan ke atas | 15 Mac 2024 (Jumaat)
Tahun 2 | 16 Mac 2024 (Sabtu)
Tahun 1 | 17 Mac 2024 (Ahad)


Notis penuh seperti di pautan ➡️ https://shorturl.at/ghjpI
TARIKH-TARIKH PENTING BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2023/2024 (A232)

Dimaklumkan bahawa tarikh-tarikh penting berkaitan pendaftaran kursus dan penjadualan pelajar program Sarjana Muda bagi Semester II, Sesi Akademik 2023/2024 adalah seperti berikut:

TAMBAH KURSUS | 18 – 31 Mac 2024 | Minggu 1 – 2 perkuliahan
GUGUR KURSUS | 18 – 28 April 2024 | Minggu 1 – 4 perkuliahan
SEMAKAN & PENGESAHAN KURSUS YANG DIDAFTARKAN | 29 April – 5 Mei 2024 | Minggu 5 perkuliahan
TARIK DIRI KURSUS | 29 April – 9 Jun 2024 | Minggu 5 – 10 perkuliahan


Pelajar perlu mematuhi tarikh-tarikh yang ditetapkan serta bertanggungjawab terhadap pendaftaran kursus masing-masing bagi mengelakkan berlakunya sebarang permasalahan semasa Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester kelak. Pelajar adalah dinasihatkan untuk menyemak melalui portal iStudent masing-masing dari semasa ke semasa.

Notis penuh seperti di pautan ➡️ https://shorturl.at/nDJR3
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2023/2024 (A231)

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 (A231) bagi program Sarjana Muda boleh dicapai melalui Portal iStudent atau Mobile Apps -https://usimmobile.usim.edu.my selepas pengesahan Mesyuarat Senat Universiti pada 13 Mac 2024 mulai jam 6.00 petang.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pelajar boleh merujuk terus ke pejabat fakulti masing-masing atau menghubungi Pusat Pengurusan Akademik (PPA) di talian 06-7988335 (Whatapps wa.me/6067988335) atau emel kepada peperiksaan@usim.edu.my

Dikeluarkan oleh:-
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia mengucapkan Salam Ramadan 1445H buat warga dan Alumni USIM serta seluruh umat Islam.

Ayuh kita tanamkan sifat ihsan sesama insan di bulan Ramadan ini.

#USIMIhsanInsani
PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PENILAIAN KURSUS PEPERIKSAAN AKHIR & RAYUAN MENERUSKAN SEMULA PENGAJIAN (KES GAGAL DAN DIBERHENTIKAN) BAGI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI AKADEMIK 2023/2024

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 (A231) bagi program Sarjana Muda telah disahkan oleh Senat Universiti dan boleh diakses melalui portal iStudent mulai pada 13 Mac 2024.

Borang-borang juga boleh dimuat turun melalui pautan https://shorturl.at/ehJRS

Permohonan lengkap perlu dihantar ke Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik atau emel ke peperiksaan@usim.edu.my selewat-lewatnya pada 24 Mac 2024. Permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang telah ditetapkan, tidak akan diproses dan dipertimbangkan

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988326/8332/8329/8335 atau Whatsapp PPA wa.me/067988335 atau melalui emel di alamat peperiksaan@usim.edu.my
SESI PERKULIAHAN SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2023/2024

Dimaklumkan bahawa sesi PERKULIAHAN bagi Semester II, Sesi Akademik 2023/2024 (A232) akan bermula pada 18 Mac 2024 (Isnin).

Tarikh pendaftaran semester secara dalam talian (online) menerusi portal iStudent (https://istudent2.usim.edu.my) ditetapkan bermula pada 15 – 17 Mac 2024 secara berperingkat mengikut tahun pengajian sebagaimana yang dimaklumkan menerusi Notis bertarikh 4 Mac 2024.

Lihat notis penuh di ➡️ https://shorturl.at/ciHNU
PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2023/2024 (AMBILAN MAC 2024)

Dimaklumkan bahawa permohonan Pemindahan Kredit pelajar Sarjana Muda Lepasan Diploma bagi Semester II, Sesi Akademik 2023/2024 adalah seperti berikut:

📅 Tarikh : 18 hingga 24 Mac 2024
🖇 Capaian : iStudent > Services > Credit Transfer


Pelajar perlu:
1. Semak struktur program masing-masing dan masukkan semua kursus peringkat Diploma yang ingin dibuat Pemindahan Kredit;
2. Jelaskan bayaran RM30.00 menerusi perbankan online ke akaun Bendahari USIM (No. AkaunBIMB 05058010008884);
3. Muat naik slip bayaran serta salinan Transkrip Akademik Rasmi (Diploma).

⚠️ Permohonan yang diterima selepas 24 Mac 2024 tidak akan diproses.

Lihat notis penuh di ➡️ https://shorturl.at/ruGO4
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN SEMESTER?
Bersama ini disertakan manual ringkas kaedah pendaftaran semester untuk rujukan para pelajar. Sila klik pautan ➡️ https://shorturl.at/ciqIX

SAYA TERLUPA DAFTAR SEMALAM, APA YANG PERLU SAYA BUAT?
Anda perlu membuat bayaran denda lewat mendaftar sebanyak RM25 seterusnya perlu menghubungi fakulti untuk pendaftaran secara manual.
JADUAL PEPERIKSAAN GANTIAN AKHIR SEMESTER I SESI AKADEMIK 2023/2024

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Gantian Akhir Semester I, Sesi Akademik 2023/2024 (A231) bagi program Sarjana Muda akan diadakan mulai pada 25 Mac 2024 (Isnin) hingga 27 Mac 2024 (Rabu) secara bersemuka bertempat di Dewan Peperiksaan Pusat Tamhidi, Aras 5.

Jadual Peperiksaan Gantian Akhir Semester I, Sesi Akademik 2022/2023 adalah sebagaimana di lampiran. Pelajar adalah DIWAJIBKAN membawa Kad Matrik/Kad Pengenalan ke dalam Dewan Peperiksaan.

Notis penuh boleh dilihat melalui pautan ➡️ https://shorturl.at/moIT1
Jadual peperiksaan boleh dilihat melalui pautan ➡️ https://shorturl.at/oqwH4

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengajian Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
MAKLUMAN SENARAI KEHADIRAN DAN NO. MEJA PEPERIKSAAN GANTIAN

Bersama-sama ini di sertakan senarai kehadiran untuk semakan nombor meja mengikut slot dan jadual peperiksaan masing-masing. Calon WAJIB MENGINGATI NO. MEJA masing-masing berdasarkan senarai kehadiran yang telah disertakan dibawah. Calon juga dikehendaki membawa kad pengenalan dan kad pelajar semasa hadir ke dewan peperiksaan selain mematuhi segala peraturan peperiksaan universiti.

⚠️PEPERIKSAAN GANTIAN TIDAK MEMERLUKAN SLIP MASUK KE DEWAN⚠️


Pautan Senarai kehadiran dan no. meja ➡️ https://shorturl.at/bdTZ2

Mesej daripada:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan,
Bhgn. Pengurusan Prasiswazah,
Universiti Sains Islam Malaysia.
Saka merujuk kepada sejenis makhluk halus daripada golongan jin atau syaitan yang dipelihara bagi tujuan memelihara diri. Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka.

Saka merujuk kepada semua jenis jin seperti bajang, toyol, hantu raya, pelesit dan lain-lain.

Menarik kan?? Nak tahu lagi??

Jom luangkan masa bersama kami untuk sesi Tazkirah Bulanan Pusat Pengurusan Akademik dengan tajuk menarik 'Saka: Pemusnah Keturunan' seperti ketetapan berikut:


📅 Tarikh : 20 Mac 2024 (Rabu)
Masa : 2:30 Petang
👨🏻‍💻 Penceramah : Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin, Dekan, FPQS
🔗 Pautan : https://rb.gy/02h8qo dan FB Pages facebook.com/academicusim
Memo kepada : Pelajar Latihan Industri (LI) FPQS, FPBU, FEM, FKP, FST, FSU Semester 2, Sesi Akademik 2023/2024 (A232)

Sumber dari:
SEKSYEN KEWANGAN PELAJAR JABATAN BENDAHARI
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
20 MAC 2023 | 9 RAMADAN 1445H