USIM | Info Akademik USIM
11.6K subscribers
475 photos
2 videos
26 files
309 links
Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

© PPAUSIM2024
Download Telegram
SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PENILAIAN KURSUS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER & RAYUAN MENERUSKAN SEMULA PENGAJIAN (KES GAGAL DAN DIBERHENTIKAN)

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2022/2023 (A221) bagi program Sarjana Muda telah disahkan oleh Senat Universiti dan boleh diakses melalui portal Mobile apps mulai pada 22 Mac 2023.

Justeru permohonan Semakan Semula Keputusan Penilaian Kursus Peperiksaan Akhir Semester dan Rayuan Meneruskan Semula Pengajian (Kes Gagal Diberhentikan) adalah sebagaimana imej diatas.

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang seperti di lampiran. Borang-borang juga boleh dimuat turun melalui laman web Pusat Pengurusan Akademik (PPA) https://bpa.usim.edu.my/borang/

Dikeluarkan oleh:
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
JADUAL PEPERIKSAAN GANTIAN AKHIR SEMESTER I SESI AKADEMIK 2022/2023

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Gantian Akhir Semester I, Sesi Akademik 2022/2023 (A221) akan diadakan mulai pada 4 April 2023 (Selasa) hingga 7 April 2023 (Jumaat) secara bersemuka bertempat di Dewan Peperiksaan Pusat Tamhidi dan
secara dalam talian melalui Portal Peperiksaan (Portal MyExam).

Jadual Peperiksaan Gantian Akhir Semester I, Sesi Akademik 2022/2023 adalah sebagaimana di lampiran.

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988326/8329/8335/8332 atau melalui emel di alamat peperiksaan@usim.edu.my atau Whatsapp BPA wa.me/6067988335 untuk maklumbalas segera.

Dikeluarkan oleh:
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengajian Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
JADUAL PEPERIKSAAN GANTIAN AKHIR SEMESTER I SESI AKADEMIK 2022/2023

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Gantian Akhir Semester I, Sesi Akademik 2022/2023 (A221) akan diadakan mulai pada 4 April 2023 (Selasa) hingga 7 April 2023 (Jumaat) secara bersemuka bertempat di Dewan Peperiksaan Pusat Tamhidi dan
secara dalam talian melalui Portal Peperiksaan (Portal MyExam).

Jadual Peperiksaan Gantian Akhir Semester I, Sesi Akademik 2022/2023 adalah sebagaimana di lampiran.

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988326/8329/8335/8332 atau melalui emel di alamat peperiksaan@usim.edu.my atau Whatsapp BPA wa.me/6067988335 untuk maklumbalas segera.

Dikeluarkan oleh:
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengajian Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
JADUAL PEPERIKSAAN GANTIAN AKHIR SEMESTER I SESI AKADEMIK 2022/2023

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Gantian Akhir Semester I, Sesi Akademik 2022/2023 (A221) akan diadakan mulai pada 4 April 2023 (Selasa) hingga 7 April 2023 (Jumaat) secara bersemuka bertempat di Dewan Peperiksaan Pusat Tamhidi dan secara dalam talian melalui Portal Peperiksaan (Portal MyExam).

Jadual Peperiksaan Gantian Akhir Semester I, Sesi Akademik 2022/2023 adalah sebagaimana di lampiran.

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988326/8329/8335/8332 atau melalui emel di alamat peperiksaan@usim.edu.my atau Whatsapp BPA wa.me/6067988335 untuk maklumbalas segera.

Dikeluarkan oleh:
Unit Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengajian Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Assalamualaikum w.b.t.,


Sempena bulan Ramadan yang mulia dan penuh barakah, Pusat Pengurusan Akadamik (PPA) akan mengadakan Program CSR Semurni Kasih Ramadan 1444Hs. Program CSR ini akan melibatkan pemberian barangan keperluan harian & sumbangan tunai kepada asnaf terpilih sekitar Nilai.

Sumbangan wang tunai boleh diserahkan melalui akaun Bank Islam 12029020301582 (Siti Maizatul Akmar Ismail), Ruj : Asnaf.

Semoga sumbangan yang diberikan tuan/puan akan mendapat ganjaran dan keredhaan Allah s.w.t.

Terima Kasih.
Assalamualaikum.

Perhatian kepada pelajar yang membuat pembayaran ;

1. Secara bill presentment bermula 24 Mac sehingga hari ini

2. Secara mypayment bermula 23 Mac sehingga hari ini

3. Secara 3rd party transfer/instant transfer tetapi masih tidak diberi maklumbalas resit melalui Unit Terimaan & Kawalan Kredit Jabatan Bendahari

Berikutan pendaftaran semester dan beberapa aktiviti Universiti lain yang sedang berjalan secara atas talian dalam masa yang sama, pengemaskinian lejer pelajar dan pembukaan sekatan keputusan peperiksaan serta pendaftaran akan mengalami kelewatan.

Emel yang dihantar melalui helpdesk USIM dan kredit.bend@usim.my akan diberi maklumbalas satu per satu setelah sekatan dibuka secara manual. Talian juga amat sibuk ketika ini kerana hanya empat orang staf yang menguruskan Unit Kewangan Pelajar.

Untuk masa akan datang, pelajar dinasihatkan untuk menyemak lejer pelajar di istudent dan membuat pembayaran lebih awal dan dalam tarikh yang ditetapkan supaya tidak berlaku masalah seperti ini.

Terima kasih.

Unit Kewangan Pelajar
Jabatan Bendahari USIM
MAKLUMAN PERTUKARAN LOKASI KELAS/KULIAH

Dimaklumkan bahawa penggunaan kelas/kuliah di Dewan Kuliah Pusat 1 (DKP1) dan DKP 2 terpaksa dipindahkan ke Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3) dan Dewan Kuliah Pusat 4 (DKP4) atas sebab kerja-kerja pembaikan penghawa dingin.

Pertukaran ini adalah berkuatkuasa pada tarikh Notis ini dikeluarkan.Sebarang kemusykilan, sila berhubung terus melalui pejabat Fakulti masing-masing atau Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengurusan Akademik di talian 06-7988110 / wa.me/6067988110

Sekian, harap maklum.

Dikeluarkan oleh :
Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
‼️PERHATIAN KEPADA PELAJAR SARJANA MUDA (LEPASAN DIPLOMA)‼️

PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2022/2023 (AMBILAN MAC 2023)

➡️Tarikh : 27 Mac hingga 2 April 2023
➡️Capaian : iStudent > eServices > Academic > Transfer Credit

⚠️ Permohonan yang diterima selepas 2 April 2023 tidak akan diproses.

Pelajar WAJIB mengikuti semua kursus yang telah didaftarkan sehingga keputusan rasmi Pemindahan Kredit dikeluarkan oleh Pusat Pengurusan Akademik (PPA). Pelajar juga perlu membuat pengesahan kursus (pada minggu kelima perkuliahan) kerana kursus yang telah diluluskan untuk Pemindahan Kredit akan dikeluarkan dari daftar kursus pelajar secara automatik dan tidak akan tersenarai dalam senarai kursus untuk Peperiksaan Akhir Semester.

Sebarang kemusykilan, sila hubungi Unit Pendaftaran Kursus dan Penjadualan, Bahagian Pengajian Prasiswazah, PPA di talian 06-7988110 atau menerusi aplikasi Whatsapp PPA wa.me/6067988335 untuk maklum balas segera.

Sekian, harap maklum.
"Kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) yang disifatkan sebagai kegagalan terbesar sektor itu sejak krisis kewangan global pada 2008 telah mencetuskan kebimbangan kepada komuniti antarabangsa jika ia memberi impak kepada seluruh sistem perbankan. Persoalannya, apakah yang kita faham dan perlu kita pelajari akan isu ini?"

Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia membawakan Siri Wacana IFWMI-AZKA: "Kejatuhan Bank Silicon Valley: Apa yang perlu kita pelajari?" yang akan berdiskusi pada 5 April 2023, 2.30 petang;

Panel:
1. Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi & Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd.
2. Prof. Dato' Dr. Mustafa Mohd Hanefah, Profesor, Fakulti Ekonomi dan Muamalat

Moderator:
Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Profesor Madya, Fakulti Ekonomi dan Muamalat

Siaran Langsung melalui platform Facebook USIMTV: https://fb.me/e/49V1aoVKO?mibextid=RQdjqZ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Tuan/Puan,

Tazkirah Bulanan Pusat Pengurusan Akademik - Ramadan: Kemaafan Yang Ditagih

Tarikh : 10 April 2023 (Isnin)
Masa : 2:30 Petang
Penceramah : Ustaz Mohd Shamsul Hakim Abd Samad
Pautan :
https://bit.ly/3Uc8IvU | FB @academicusim

Semua dijemput hadir.
Bulan Ramadan telah kita lalui. Kini tiba hari kemenangan yang suci.

Untuk itu, marilah kita bersihkan hati dari segala khilaf dan kesalahan.

Admin mewakili Pusat Pengurusan Akademik USIM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H, Maaf zahir & batin.
Perhatian kepada semua pelajar!

Kami ingin memaklumkan bahawa University English Proficiency Test (UEPT) Bil. 01/2023 akan diadakan pada 17 Jun 2023 (Sabtu).

Pendaftaran kini dibuka, dan kami menggalakkan semua pelajar untuk mendaftar lebih awal untuk mendapatkan tempat.

Untuk mendaftar, sila kunjungi pautan berikut: https://forms.gle/TNKoByvvKCeE7bke6

Untuk sebarang pertanyaan, sila sertai Telegram UEPT di pautan berikut: https://t.me/joinchat/aPX1bLgGLQdjZGE1

Sekian.
NOTIS SEMAKAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2022/2023 (A222)